Bab 23

Romance Series 3274

Alisyah bergolek2 di atas katilnya. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Dia tidak tahu ingin mengisi masa lapangnya pada hujung begini dengan aktiviti apa. Umi dan abinya pagi2 lagi sudah keluar. Katanya ingin membeli barang dapur yang sudah lama habis. Mula2 Datin Asyiqin ada juga mengajaknya tetapi Alisyah memilih untuk duduk di rumah sahaja. Sebab apa? Dia juga tidak tahu. Abang2nya juga sudah keluar lebih kurang pukul 10 pagi tadi. Aduh!! Nak buat ape niii.. Bosannya.. Dah lah Mak Jah tak de dekat rumah.. Kalau ade Mak Jah boleh juga sakat2 manja.. Alisyah tertawa kecil apabila mengingati reaksi Mak Jah apabila disakatnya. Tiba2 mata Alisyah tertancap pada senaskah Al Quran yang berada di atas meja belajarnya. Rindunya nak mengaji... Keluh Alisyah. Sekiranya tidak difikirkan yang dia sedang bendera merah, sudah lama dia menghabiskan masanya dengan membaca kalimah2 suci Al Quran.

Alisyah membuka aplikasi WhatsAppnya apabila melihat telefonnya tiba2 berkelip menandakan ada pesanan masuk. 'Alisyah.. Jom.. Keluar.. Aku bosanlah..' Alisyah tersenyum sinis apabila membaca massage daripada Qaisarah.

Isyah: Owh kau.. Bosan baru nak cari aku eh.. Kalau tidak.. Berkepit.. 24 jam dengan cik abang kau tu..

Sara: Eh! Mana ada Isyah.. Kau ni.. Tak baik tau cakap macam tu.. Aku still ingat kau eh. Elleh.. Kau pon sama.

Isyah: Eh.. Eh.. Eh.. Aku mana ada eh.. Kau tak ingat ke... Aku ni dah lama tak jumpa dia. Minggu lepas baru aku jumpa dia sebelum dia pergi Paris. Tu first time tau aku jumpa dia lepas kite habis belajar.

Sara: Hihi.. Okey2.. Sorry.. Tapi kan.. Pasal tu.. Kenapa eh dia tiba2 tak jumpa kau?
Isyah: Entah.. Aku pon tak tahu.. Tak teringat pulak nak tanya dia hari tu.. Ye lah.. Rindu kot.. Semua bende lupa bila dah jumpa.. Pastu tiba2 bila dah jumpa pulak dapat berita dia kene pergi Paris sebab nak kene jaga hotel ayah die kat sana.. Aku apa lagi.. Menangislah...

Sara: Kau menangis depan dia? Seriously?

Isyah: Iyalah.. Aku tak fikir dah malu ke apa.. Sebab aku rindu dia sangat2.. Kau faham tak..

Sara: Okey2.. Aku faham.. Dah lah.. Tak payah cakap pasal ni lagi.. Mesti kau tengah nangis kan sekarang.. Dah lah.. Jom keluar..

Isyah: Tahu2 je kau..

Sara: Mestilah.. Contact hati kuat ni..

Isyah: Hahahha.. Eh.. Tapi.. Kejap2.. Kau ajak aku keluar..? Tapi sekarang ni... Kau dekat Selangor aku dekat Melaka? Wehh.. Lawak ke?

Sara: Sebab aku dekat dekat Melakalah aku ajak kau.. Aku duduk rumah nenek aku ni..

Isyah: Owh.. Okey2.. Kite nak pergi mana?

Sara: Kite pergi MP lah..

Isyah: Alah.. Asyik MP je.. Aku bosanlah..

Sara: Kau ye lah bosan.. Sebab kau tu duduk Melaka.. Dah banyak kali pergi... Aku ni duduk dekat Selangor.. Mana pernah pergi lagi.. Nak harapkan kau bawak aku pergi sane? Huh! Berangan je lah..

Isyah: Amboi2.. Sedap mengata eh..

Sara: Mana ada.. Aku cakap bende betul..

Isyah: Okey.. Okey.. Ye lah.. Dah jom.. Kite pergi sane ye sayang..

Sara: Yeayyy!!!

****

Setelah beberapa minit bersiap, Alisyah melihat dirinya di cermin biliknya terlebih dahulu sebelum turun ke bawah. Okey.. Done! Kata Alisyah sendiri selepas menepek sedikit bedak compact di mukanya dan mencalitkan sedikit lipstick di bibir nipisnya.

'Umi.. Isyah keluar dengan Sara kejap tau..'

Alisyah memaklumkan kepada Datin Asyiqin terlebih dahulu sebelum dia meninggalkan perkarangan rumahnya. Tidak mahu lah tiba2 Datin Asyiqin pulang ke rumah melihat Alisyah tidak ada di rumah. Sedangkan tadi dia mengatakan kepada Datin Asyiqin dia ingin duduk di rumah sahaja kerana pinggangnya sakit. Tidak ke risau Datin Asyiqin jadinya.

****

"Wuiisshh tantiknyee... Cik akak tite.." tegur Qaisarah apabila Alisyah sudah melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Qaisarah.

"Well.." balas Alisyah sambil mengangkat keningnya.

Qaisarah hanya tersenyum dengan reaksi Alisyah sebentar tadi. Dia tahu Alisyah cuma bergurau dengan reaksinya tadi. Kerana Alisyah bukanlah seorang yang suka membangga diri dengan apa yang dia ada. Tetapi Qaisarah memang tidak dapat menafikan tentang kecantikan Alisyah kerana Alisyah memang sudah dikurniakan oleh Allah paras rupa yang sangat menawan sehingga sekiranya Alisyah memetik jarinya, berpusu2 lelaki akan beratur inginkanya.

"Elleh kau.. Nak puji2 konon.. Padahal dia tu lagi cantik dari kite."

"Aku cantik? Hahaha... Mungkin kau tak nampak dengan jelas kot sebab kau kan pakai speck mata hitam kau tu.. Cuba kau bukak.." sambil jari Qaisarah menujukan kepada reben hitam yang dipakai Alisyah.

Alisyah membuka speck matanya setelah mendengar kata2 Qaisarah.

"Dah.. Dah jelas dah.."

"Haaa tak cantik kan?" mata Qaisarah.

"Tak... Cantik je.. Cantik sangat2.. Tengok tu.. Sampai semua yang lalu lalang dekat sini boleh nak dikatakan semua pandang kau. Sebab kau cantik.." lalu tangan Alisyah mencuit hidung Qaisarah.

"Better kau pegi kedai speck mata kot.. Sebab aku rase kau ni dah rabunlah.." balas Qaisarah.

"Woii.. Mane ade.. Mata aku sihat lagi eh.." laju tangan Alisyah mencubit pinggang Qaisarah.

Qaisarah mengadu sakit lalu tertawa terbahak2 apabila melihat Alisyah sudah memuncungkan mulutnya. Melihat Qaisarah yang sudah tertawa terbahak2, Alisyah juga tertawa. Lalu reben hitam yang berada di tangannya di pakainya semula.

****

Setelah puas pusing satu mall itu, Alisyah bersuara.

"Sara.. Kau tak penat ke?" soal Alisyah lalu duduk di bangku yang berdekatan dengannya.

Terhenti langkah Qaisarah apabila melihat Alisyah yang sudah duduk di salah satu bangku yang berada di situ.

"Tak.. Aku tak paus lagi.." balas Qaisarah sambil tersenyum.

Terbuntang mata Alisyah apabila mendengar jawapan Qaisarah. Seriously? Dia ni kaki ape dok?

"Wehhh biar betik kau ni? Aku ni dah sakit kaki plus sakit pinggang lagi. Kau boleh kata kau tak puas lagi?" Alisyah hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat Qaisarah yang hanya tersenyum memandangnya.

"Okeylah... Apa kate kita makan dulu? Perut aku ni dah berbunyi dari tadi lagi nii.. Sementara tu bolehlah aku bagi kaki aku ni berehat kejap."

"Kau tak makan ke pagi tadi?" soal Qaisarah prihatin.

Alisyah menggeleng kepalanya.

"Ya Allah... Kau ni bukan nak cakap... Nasib baik kau tak pengsan tau.. Kalau kau pengsan sapa nak angkat kau... Aku ni bukan abang Kai.." sempat Qaisarah menyakat Alisyah.

"Apa2 je lah kau ni... Jom lah.. Kita makan pizza.. Aku dah lame dah teringin nak makan pizza sebenarnya." kata Alisyah lalu bingkas bangun dari kedudukannya.

"Okey.. Jom.."

****

"Sara.." panggil Alisyah.

"Hmm.." balas Qaisarah dengan pizza yang penuh di dalam mulutnya.

"Hari tu waktu aku jumpa abang Kai kan... Aku tengok die macam dah lainlah.."

Mendengar sahaja kata2 Alisyah, terus sahaja matanya tertumpu pada Alisyah.

"Apa yang lain Isyah..?"

Alisyah mengeluh perlahan.

"Abang Kai curang dengan kau ke?" soal Qaisarah setelah mendengar keluhan daripada Alisyah.

"Bukan..."

"Habistu.."

"Aku tengok dia macam sakit... Je.. Muka dia pucat sangat.." sayu sahaja suara Alisyah. "Aku rasa dia ada sorok something dari aku lah.." sambung Alisyah lagi.

Hampir tersedak air yang di minum Qaisarah.

"Eh! Kau okey tak Sara?" soal Alisyah cemas.

"Tak de lah.. Aku okey je.. Ye ke Isyah..?"

Alisyah mengangguk perlahan.

"Kau dah try tanya abang Man?"

Alisyah mengangguk perlahan.

"Abang Man cakap mungkin waktu tu abang Lai tengah demam kot."

"Lepastu..?"

"Aku tak surelah pasal bende tu.. Mungkin betullah kot apa yang abang Man cakap. Tapi aku tak tahulah kenapa aku rasa ade bende lain yang dia sorokan dari aku. Aku tak rase dia setakat demam.."

"Dah lah.. Kau tak payah fikirlah.. In sya Allah abang Kai tak de ape2 pon.. Kite doa je.. Mungkin perasaan kau je kot"

Alisyah hanya mengangguk mendengar kata2 Qaisarah.

"Thanks Sara" ucap Alisyah lalu menggenggam tangan Qaisarah.

"No prob lah.." Qaisarah membalas genggaman Alisyah.

Sorry Isyah.. Aku terpaksa rahsiakan bende ni dari kau... Ni janji aku dengan abang Kai dengan abang Man.. Sorry sangat2. Qaisarah cuba kuatkan hatinya supaya tidak menangis di hadapan Alisyah sedangkan air matanya sudah bergenang di kelopak matanya.

"Eh! Kau okey tak? Asal tiba2 menangis ni?" soal Alisyah pelik.

"Eh! Mana ada aku menangis.. Mata aku masuk habuklah..." balas Qaisarah lalu menyeka air matanya yang akhirnya tumpah juga.

****

"Isyah... Tu bukan k. Ummi yang bekas tunang abang kau tu ke?" soal Qaisarah sambil menudingkan jarinya ke arah gerangan yang dikatakan.

Alisyah cuba mencari gerangan yang ditunjukkan oleh Qaisarah. Tiba2 matanya tertancap pada susuk tubuh yang sedang ralit mencari tudung di salah satu butik yang tidak jauh dari tenpat mereka.

"Iyalah Sara.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience