Alisyah yang baru pulang dari kampusnya terus merebahkan badannya di atas tilamnya yang empuk. Disebabkan kepenatan yang teramat,dia akhirnya terlelap.
" Assalamualaikum.." ucapan salam diberikan oleh Qayyum setelah melangkahkan kakinya ke dalam rumahnya. " Acu.." jerit Ahnaf yang sedang bermain mainannya di ruang tamu. Terkedek2 dia berjalan ke arah Qayyum. " Adek..." panggil Qayyum manja. Didokongnya Ahnaf yang telah manghampirinya. Dicium adiknya berkali2. Terkekek2 Ahnaf apabila diperlakukan begitu. " Hah! Balik dah Kai?" Qayyum hanya tersenyum memandang ibunya. " Qayyum nak makan tak?" soal Puan Sakinah. Qayyum menggelengkan kepalanya sambil menurunkan Ahnaf dari dukungannya. "" Kai penatlah bu... Kai nak rehat dulu..." Puan Sakinah tersenyum melihat anaknya." Amboii.. Penatnya.. Sampai x nak makan dulu.."
" Haah bu.. Penat sangat hari ni.. Sebab tadi sir suruh kiteorang buat practical tentang ape yang kiteorg dah belajar minggu lepas.. Tu yang penat sangat.. "
Puan Sakinah mengangguk mendengar penjelasan anaknya." Ok lah bu.. Kai naik dulu.. " Qayyum mencium tangan ibunya sebelum berlalu ke biliknya.
Alisyah menelek jam di pergelangan tangannya sambil menggosok2 matanya. Terbuntang matanya apabila melihat jam telah menunjukkan pada pukul 6:30 p.m. ' Adoiii.. Lambat dah ni.. Manelah si Sara ni.. Bukan nak kejot aq.. Hisshh!!' ngomel Alisyah. Die bergegas menuju ke bilik air.
Selesai sahaja menunaikan solat asar, Alisyah mendengar pintu biliknya dikuak dari luar. Dia menoleh ke arah pitu biliknya. Terjengul muka Qaisarah di sebalik pintu. " Isyah.. Kau baru solat ke?" tanya Qaisarah dengan perasaan yang serba salah. " Dah kau nampak aq tengah buat ape?" Alisyah mengerling sahabatnya itu. " Isyah.. Sorrylah.. Aq pegi beli KFC tadi.. Aq ingatkan kejap je.. Tibe2 aq datang ramai pulak.. Sorrylah.. Aq x nak kejot kau sebab baru pukol 5:00 p.m. Kesian kat kau.. Penat sangat aq tgk.. " terang Sara panjang lebar. " Hmm..." bingkas Alisyah bangun dari tempatnya." Isyah.. Jom.. Aq ade belikan KFC untok kau " ajak Qaisarah." Ye lah tu.. " balas Alisyah sambil tangannya ligat melipat telekung yang dipakainya tadi." Iya.. Cepat tau.. " Qaisarah pon berlalu meninggalkan Alisyah.
" Mane.. Tengok ckit ape kau belikan untok aq.. " tanya Alisyah lalu melabuhkan punggungnya berdepan dengan Qaisarah. Qaisarah meghulurkan satu kotak kepada Alisyah. Alisyah membuka kotak itu." Tau je kau eh.. Aq suke signature box" Alisyah tersenyum memandang Qaisarah. " Well.. Tengoklah sape.." Qaisarah mengangkat keningnya. Alisyah tergelak kecil melihat gelagat Qaisarah.
Selesai solat maghrib, Tuan Talhah mencapai Al-quran miliknya yang terletak di rak buku di biliknya. Dia melabuhkan punggungnya di atas katil bersebelahan dengan Puan Sakinah yang sedang khusyu' membaca Al-quran.
" Allah.. Baru teringat.." keluh Puan Sakinah lalu cepat2 meletakkan Al-qurannya ke tempat asal. Tuan Talhah yang terkejut dengan kelakuan Puan Sakinah bertanya " Kenapa Kina?" Puan Sakinah menoleh memandang suaminya. " Kina lupe nak kejot Kai.. Tadi die penat sangat.. Takot pulak kalau die tak bangon lagi solat maghrib.." cepat2 Puan Sakinah melangkah keluar dari biliknya. Tuan Talhah tersenyum melihat kelakuan Puan Sakinah. Makin sayang dia terhadap isterinya. Puan Sakinah adalah seorang isteri dan ibu yang sangat bertanggungjawab. Semua tugasannya dilakukan dengan sempurna. Lagi2 yang berkaitan dengan ibadah.
" Kai..." berkali2 Puan Sakinah mengetuk pintu bilik Qayyum. " Ye bu.." balas Qayyum dari dalam. Puan Sakinah memulas tombol bilik Qayyum.
" Kenape bu.." soal Qayyum sambil melipat sejadah yang digunakannya tadi. Puan Sakinah tersenyum melihat Qayyum." Ibu ingat Kai x bangon lagi.. Tu uang ibu datang bilik kamu ni.. " Qayyum mengangguk perlahan. Lalu Puan Sakinah meninggallkan bilik anaknya itu.
Qayyum merebahkan badannya di atas tilamnya. Fikirannya melayang pada kejadian yang berlaku di kampusnya tadi.
" Okey.. Sekarang ni saye nak awaq semue pratice balik ape yang saye dah ajar minggu lepas... Saye nak awaq buat due2.. Tak payah nak cari jaoh2.. Org sebelah awaq je.." sekejap sahaja suasana di dalam kelas yang tadinya senyap sunyi sudah bertukar riuh.
" Sara.. Kite buat due eh? " Alisyah memaut lengan Qaisarah dengan membuat muka comel." Err.. Aq bukan tak nak.. Tapi barisan kite kan dah genap.. Dah ade 6 orang.. " Qaisarah memuncungkan mulutnya membuat isyarat Qayyum di sebelah Alisyah. Alisyah melepaskan pautannya dari lengan Qaisarah. " Opps! Lupe pulak abang kat sebelah kite ni.. Mane nak perasan kalau asyik diam macam orang bisu.. " perli Alisyah sambil mengerling Qayyum di sebelahnya. Qayyum yang tersentak dengan kata2 Alisyah, memandang gadis itu dengan rasa tidak puas hati. " Ape masalah kau..? " Alisyah memandang Qayyum dengan senyuman mengejek" Owh.. Ade suare rupenye...ingatkan dah bisu.. " Qayyum menjadi tercabar dengan kelakuan gadis itu. Tidak pernah dia di perlakukan begitu. Merah padam mukanya." Sekarang ni aq tanya.. Kau nak buat dengan aq ke tak? "
" Huh! Nak tak nak mmg kene jugak.. " keluh Alisyah sambil mengeluarkan buku dari begnye.
" Kau yakin?" Alisyah mengangkat keningnya. Qaisarah sudah tidak keruan di tempatnya. ' Lah... Dah kenape pulak budax due orang ni..? Isyah.. Kalau kau tak nak ramai lagi perempuan yang nak.. Aq pun sanggup' getus hatinya.
" Awaq.. Kite tukar partner boleh? " tanya Qayyum pada Qaisarah. Qaisarah yang terpinga2 dengan pertanyaan Qayyum yang secara tiba2 itu terus mengangguk kepalanya. Qayyum sudah tersenyum menang mamandang Alisyah. Alisyah menjeling tajam ke arah Qayyum. Menyampah betul melihat perangai Qayyum. Sakit matanya. Bingkas Alisyah bangon dari tempatnya. " Cepatlah tukar.." kata Alisyah kepada Qaisarah. Qaisarah terpinga2 tidak mengerti dengan situasi itu. " Cepatlah..." Qayyum hanya tersenyum melihat gelagat Alisyah. " Sara.. Cepatlah.. Nanti sir perasan aq lah.." baru sahaja Qaisarah ingin baru dari tempatnya, tiba2 sir Fariz sudah bersuara " Alisyah... Kenapa? Ade ape2 saye boleh tolong?" mendengar namanya dipanggil sir Fariz, Alisyah mengetap bibirnya. ' Hhiiisshhh!!!! Ni semue sebab laki ni lah.. Kalaulah boleh.. Nak je aq tumbok Mike kau... Geramnyee!! Ape aq nak cakap ni..' Qayyum tersenyum sendiri." Alisyah.... Awq ok x? " soal sir Fariz lagi. Kali ini semua mata yang berada di dalam kelas itu tertumpu pada Alisyah. " Eerrr.... Saye... Saye nak minta izin pergi tandas.." Alisyah mengusap dadanya.' Fuh... Naseb munasabah jugak alasan yang aq bagi ni..'
" Owh...Tu je... Pegilah.. Takot saye.. Ingatkan kenape... Care macam nampak hantu.." mendengar usikan dari sir Fariz itu, mengundang tawa mereka semua yang berada di situ. Terus muka Alisyah berubah yang tadinya putih telah bertukar merah. Malu diusik begitu. Sempat Alisyah menjeling tajam ke arah Qayyum yang sedang memerhatikannya sebelum melangkah keluar dari kelasnya.
Qaisarah sudah berganjak ke tempat yang diduduki Alisyah seperti yang diminta Alisyah. " Awaq... Sorry eh... Alisyah memang macam tu kalau tengah marah... Jangan ambik hati ye..." kata Qaisarah. Sudah faham betul dengan sifat rakannya seorang itu. Qayyum yang baru sedar Qaisarah sudah berubah tempat di sebelahnya hanya tersenyum melihat Qaisarah.
" Hhiiiisshh!!! menyampah betol aq dengan mamat tu... Kau ingat kau hensem sangat ke hah!!! Kau ingat semue perempuan suke sangat ke dengan kau!!? Eeee pleaselah... Tolong jangan perasan..." marah sungguh Alisyah dengan kelakuan Qayyum sebentar tadi. Alisyah membetulkan baju yang dipakainya terlebih dahulu sebelum keluar menuju ke kelasnya.
' Naseb baik dah tukar... Kalau tak... Memang aq mengamok kat situ.. Tak nak aq buat practice dengan die' getus hatinya.
Alisyah melabuhkan punggungnya di kerusi yang diduduki Qaisarah.
" Kenapa awaq yang buat practice dengan saye? Bukan sepatutnye Qaisarah ke?" soal Tiara pelik apabila Alisyah duduk di kerusi yang diduduki Qaisarah. " Saje tukar partner... Kenape? Awaq tak selesa ke?" Tiara tersenyum manis kepada Alisyah " Eh.. X de lah.. Saye ok je.."
" Allahu Akbar Allah Akbar...... "
" Astaghfirullahalazim...Ape aq ni... Teringat kat die sampai dah azan isya' " Qayyum meraup mukanya. Lalu dia bingkas bangun dari tempatnya dan menghamparkan sejadah untuk menunaikan solat isya'.
Share this novel