Bab 29

Romance Series 3274

"Bang... Kenapa Isyah tengok abang Wan macam happy semacam aje? Peliklah!" soal Alisyah dengan matanya yang tidak lepas dari melihat gelagat Zakwan yang tidak henti2 tersenyum dari tadi. Tetapi senyumannya itu bukan padanya, tetapi pada ahli keluarga yang lain.

"Entahlah.." balas Iqbal. Dia juga pelik apabila melihat gelagat adiknya itu. Selalunya masam sahaja sepanjang masa. Tetapi lain pula pada hari ini. 360 darjah bertukar perangainya.

"Tapi kan dik.." tiba2 Iqbal bersuara setelah mengingati kembali peristiwa semalam.

Alisyah mengalihkan pandangannya ke arah Iqbal apabila Iqbal tiba2 bersuara.

"Semalam abang dengar waktu Zakwan angkat call tu.. Bukan main lagi dia, gelak2lah, senyum2lah.. Siap cakap everything for you baby lagi.. Hmm..Siapa eh agak2nya yang call Zakwan semalam tu? Iyalah.. Sebelum ni pon kalau dia angkat call pon.. Mana pernah dia macam tu. Siap senyum2 lagi.. Ni siap dengan package gelak2 dan ayat2 sweet lagi..." Iqbal meletakkan jarinya di dagu. Sudah seperti detective pula caranya menyiasat. Tinggal ingin buka meja dan buku sahaja untuk lebih menampakkan lagi seperti detective.

Alisyah sudah tersenyum. Di dalam kepalanya hanya satu nama sahaja yang bermain di fikirannya. K. Ummi! Pasti k. Ummi yang telefon abang Wan semalam.

Iqbal memandang pelik ke arah Alisyah apabila adiknya itu tiba2 sahaja tersenyum. Adakah dia sedang membuat lawak? Dengan pantas tangan Iqbal mencubit lengan Alisyah. Alisyah memandang Iqbal dengan pandangan tidak puas hati.

"Abang kenapa?"

"Adik tu yang kenapa? Asal tiba2 senyum sorang2? Abang ada buat lawak ke?"

"Tak ada lah.. Abang nak tahu tak apa dalam otak adik sekarang?"

"Pasal apa?"

"Pasal abang Wan lah.."

"Hah! Apa dia?"

"Abang ingat lagi tak yang Alisyah cerita dekat abang yang Alisyah ada jumpa k. Ummi?"

Iqbal terdiam. Cuba mengingati semula cerita yang adiknya pernah ceritakan padanya dahulu.

"Bukan dah lama ke? Abang rase tahun lepas kan?" tebak Iqbal.

Alisyah mengangguk mengiyakan soalan Iqbal.

"Tak kan lah k. Ummi tak jumpa lagi?"

Alisyah mengangguk perlahan.

"Haah.. K. Ummi cakap dia lupa sangat2.. Sebab dekat butik dia banyak sangat tempahan, sampai lupa janji dia dengan Isyah."

Iqbal mengangguk perlahan mendengar penjelasan dari Alisyah. Iqbal sangat faham dengan kesibukan Ummi. Sejak dia masih ada hubungan bersama Zakwan lagi dia sudah tahu tentang kesibukan Ummi satu itu. Butik terkenal, pastilah ramai yang ingin membuat tempahan dengannya.

"So? Pasal Wan tu macam mana?"

"Adik cakap dekat k. Ummi biar adik aje lah yang cakap dekat abang kalau macam tu.. Sebab adik tak nak lah susahkan akak.. Lagipon janji tu dah setahun berlalu.. Kesian akak.."

"Baguslah.. Kalau macam tu.."

Alisyah memandang abangnya tidak puas hati. Iqbal yang pelik dengan renungan Alisyah itu terangkat keningnya.

"Adik tak habis lagi lah.."

"Owh.. Tak habis lagi ke?" Iqbal senyum senget.

"Lepas tu k. Ummi tanya adik.. Nak jumpa dengan abang bila.. Adik cakaplah tak tahu.. Lepas tu k. Ummi cakap tak apa lah.. Biar je lah akak yang jumpa abang Wan... Lagipon ni kan masalah k. Ummi juga.. K. Ummi kata dia kesian dengan adik.."

Iqbal hanya mengangguk mendengar cerita Alisyah. Di dalam hatinya sudah bertimbun2 pujiannya pada Ummi. Baiknya kau ni Ummi..

"So.. Adik rasa..mungkin yang call abang semalam tu k. Ummi..." sambung Alisyah lagi.

Iqbal sudah tersenyum apabila mendengar kata2 adiknya. Hmm.. Patutlah dah macam orang tak betul dah aku tengok kau Wan.. Pujaan hati call rupanya. Memang mabuk kepayang lah jawabnya..

****

Selepas sahaja tamatkan pengajian, Luqman dan Qaisarah membuat keputusan untuk mengikatkan perhubungan mereka dengan tali pertunangan selama 6 bulan. Bermacam2 halangan yang mereka lalui selama 6 bukan itu. Dengan berkat kepercayaan antara satu sama lain dan doa yang tidak pernah putus antara mereka, akhirnya mereka telah pon di ijabkabulkan. Dan sekarang perkahwinan mereka telah menjejak 1 tahun 3 bulan. Alhamdulliah Qaisarah sekarang sedang mengandungkan anak mereka yang pertama. Usia kandungan Qaisarah sekarang sudah menjejak 5 bulan.

"Abang.. Sampai bila kita nak rahisakan perkara ni dari Isyah..? Sara kesianlah tengok Alisyah..." luah Qaisarah. Sambil tangannya memintal hujung rambut Luqman yang sedang berbaring di pahanya.

Luqman menatap lama muka Qaisarah sebelum membalas soalan isterinya.

" Entahlah.. Abang pon tak tahu.. Abang pon kesian jugak tengok Alisyah. Langsung tak tahu apa2 pasal Qayyum."

"Kita bagi tau aje lah dekat Alisyah. Sara tak sampai hatilah nak simpan rahsia ni lama2 abang.."

"Abang bukan tak nak bagi tahu..Tapi ini kan amanah Qayyum pada kita.. Dia tak nak Alisyah tahu langsung pasal kesihatan dia.."

Qaisarah hanya mendiamkan diri setelah mendengar kata2 Luqman. Memang betul apa yang di katakan Luqman itu. Amanah! Iya.. Sekiranya kita tidak memegang pada amanah yang telah di amanahkan kepada kita oleh seseorang, maka

Meihatkan Qaisarah yang sudah mendiamkan diri, Luqman lantas bangun dari pembaringannya.

"Sayang..." panggil Luqman. Tangan Qaisarah di capai dan di elus lembut.

"Hmm.." balas Qaisarah. Dia membalas renungan mata Luqman padanya.

"Sayang.. Sayang faham kan apa yang abang cuba nak sampaikan?"

Qaisarah mengangguk perlahan. Lalu dia memandang tangannya yang masih dalam genggaman Luqman.

Luqman sudah mati kata apabila melihat reaksi isterinya. Dia tidak mahu menjadi orang yang di laknat oleh Allah dan dalam masa yang sama dia tidak mahu menyakiti hati isterinya. Luqman terdiam sejenak. Cuba berfikir apakah yang patut dia lakukan sekarang ini. Setelah beberapa minit Luqman mendiamkan diri, akhirnya dia mendapat idea untuk masalahnya ini.

"Okey sayang.. Abang dah tahu dah nak buat macam mana" kata Luqman setelah lama mendiamkan diri.

Laju Qaisarah mengangkat wajahnya.

"Macam mana bang?" soal Qaisarah teruja.

****

"Isyah.. Dah lame tak jumpa kau.." kata Qaisarah lalu dia memeluk erat badan Alisyah. Alisyah tersenyum mendengar kata2 Qaisarah. Dia membalas pelukan Qaisarah.

"Tu lah... Dah lama tak jumpa kau.. Baby ni pon dah besar.." kata Alisyah. Alisyah munudukkan sedikit badannya lalu telinganya di tekapkan pada perut Qaisarah.

"Baby.. Baby rindu mama tak? Dah lama mama tak jumpa baby.. Baby sihat?"

Qaisarah tergelak kecil melihat kelakuan Alisyah.

"Baby sihat.. Mama sihat?" tiba2 ada satu suara yang membalas soalan Alisyah dari belakangnya.

Alisyah sedikit terkejut melihat gerangan yang berada di depannya ini.

"Abang Kai?!"

Qayyum perlahan2 mendekati Alisyah.

"Isyah sihat?" soal Qayyum.

"Isyah sihat.. Abang sihat?"

Qayyum mengangguk perlahan.

"Eh! Jom lah masuk.... Tak kan nak berdiri dekat sini je?" pelawa Alisyah.

****

Luqman yang baru sahaja mlangkahkan kakinya masuk ke dalam rumah Alisyah, tiba2 teringat satu perkara.

"Sayang.. Sayang lupa eh hari ni ada apa?" soal Luqman.

"Ada apa bang.."

Hmm.. Aku dah agak dah Sara ni.. Mesti lupa..

"Hari ni kan sayang ade check up..."

Mendengar sahaja kata2 Luqman itu, terus dia mengalihkan pandangannya ke arah Alisyah.

"Haah lah Isyah.. Aku lupa lah yang hari ni aku ada check up.. Sorry eh.." lantas Qaisarah bangun dari kedudukanya. Melihat keadaan Qaisarah yang sedikit payah itu, Luqman membantu isterinya untuk berdiri.

"Lah.. Ye ke.. Kau baru je sampai.. Tak sempat borak apa2 pon lagi.. Tak boleh ke kalau kau tak pergi? " Alisyah susah memuncungkan mulutnya.

"Kau tak payah nak buat muncung itik kau tu kat sini eh.. Entahlah... Aku pon tak tahu... Sebab aku tak pernah pulak tangguhkan check up aku ni.. Alah.. Nanti lepas kite orang dah siap buat check up tu kita datanglah sini balik.. Boleh kan bang?" soal Qaisarah lalu matanya dialihkan memandang suaminya yang berada di sebelah.

"Mestilah boleh sayang.. Bukan senang kita semua ni nak ada masa free macam ni.. Masing2 semua dah kerja"

Mereka yang mendengar kata2 hanya Luqman tersenyum. Memang benar apa yang dikatakan Luqman itu. Masing2 mempunyai syarikat sendiri yang harus di jaga. Jadi masa untuk mereka bercuti itu tersangatlah susah.

"Okey.. Betul eh korang datang balik?"

Qaisarah dan Luqman serentak menganggukan kepalanya.

****

Lama Alisyah memandang Qayyym. Qayyum yang melihat renungan Alisyah padanya itu, menjadi sedikit tidak keruan. Berdegup laju jantungnya.

"Isyah.. Kenapa pandang abang macam nak telan.. Je? Rindu ke?" Qayyum cuba mematikan renungan Alisyah pada wajahnya. Dan cubaannya itu berjaya!

"Rindu tu memanglah rindu.. Sehari tak jumpa abang pon Isyah dah rindu... Tapi.." kembang kuncup hati Qayyum mendengar luahan Alisyah. Tetapi hanya sekejap sahaja perasaanya itu apabila mendengar perkataan tapi pada akhir ayat Alisyah.

"Tapi?"

"Abang kate abang pergi Paris 3 tahun. Ni baru setahun bang. Abang tipu Isyah eh?" tebak Alisyah.

"Err.. Aa.. Errrmm.." tergagap2 Qayyum ingin berkata.

"Eh Kai!! Kau kate kau pergi Paris 3 tahun?" tiba2 kedengaran suara Iqbal menegur Qayyum dari belakang. Lalu mereka berjabat tangan.

"Haaa cepatlah.. Ape kes bro! Ke kau balik sebab kau nak rest sekejap?"

Alisyah yang mendengar soalan daripada Iqbal itu tiba2 berasa panas punggung.

"Abang!! Abang ni sabar boleh tak? Isyah pon baru lepas tanya soalan yang sama dekat abang Kai! Hishhh!!" tajam jelingan Alisyah pada Iqbal. Lalu matanya merenung kembali wajah Qayyum yang sedikit pucat.

"Okey.. Macam ni.. Yang first sekali aku nak minta maaf Iqbal.. Isyah.. Sebenarnya..." Qayyum menarik nafasnya dahulu sebelum memulakan ceritanya.

"Sebenarnya aku tak pergi Paris pon.. Aku ade je dekat rumah.."

"Hah!!" serentak Iqbal dan Alisyah menjerit. Tidak percaya!

"Selama ni abang ade je dekat rumah?" soal Alisyah. Suaranya sudah berubah tegas. Qayyum mengangguk perlahan. Kepalanya ditundukkan memandang lantai. Tidak berani dia ingin menatap wajah Alisyah pada waktu ini. Dia tahu. Pastu Alisyah akan mengamuk.

"Abang!! Sanggup abang tipu Isyah?! Ape motif abang sebenarnya buat Isyah macam ni?! Ke abang dah tak sayang Isyah? Sebab tu abang mengelak dari nak berjumpa Isyah dengan cara ni?! Abang tau tak hati Isyah ni terseksa? Abang tau tak sakit bang sakit!!" Alisyah sudah menangis teresak2 di hadapan Iqbal dan juga Qayyum. Iqbal merubah tempatnya duduk di tepi Alisyah. Lalu belakang Alisyah di gosok lembut.

"Sabarlah dik.. Kita dengar dulu ape yang Qayyum nak cakap.."

Alisyah tidak membalas kata2 abangnya. Hanya esakannya yang kedengaran.

"Tak Isyah.. Abang buat semua ni sebab abang sayang Isyah.. Abang.."

Alisyah memandang tepat ke anak mata Qayyum. Dengan linangan air matan yang masih mengalir di pipinya.

"Abang nak Isyah cuba lupakan abang.. Abang nak Isyah cari kebahagiaan Isyah. Hidup Isyah masih panjang."

Alisyah menjadi tergamam mendengar kata2 Qayyum. Iqbal juga terkejut mendengar kata2 dari sahabatnya itu. Seperti ada perkara yang selama ini dia rahsiakan dari dia dan Alisyah.

"Apa yang abang cakap ni?"

Qayyum sudah mengalirkan air matanya. Sungguh dia tidak kuat untuk menghadapi ujian satu ini yang Allah berikan padanya!

"Abang dah tak lama dah dekat dunia ni Isyah.. Abang ade kanser hati.."

Luluh jantung Alisyah apabila mendengar berita yang tidak disangkanya itu dari orang yang dia sayangi. Tersandar Alisyah pada sofa yang didudukinya. Iqbal juga terkejut mendengar berita yang di sampaikan oleh Qayyum.

"Stage?" soal Iqbal lemah.

"3"

Alisyah sudah tidak tahu ingin berkata apa lagi. Lemah segala anggota badannya. Yang dia mampu lakukan sekarang ini hanyalah dengan menangis.

"Kenapa abang tak bagi tahu Alisyah? Kenapa abang perlu sorokkan perkara penting ni dari Alisyah?"

Qayyum hanya mendiamkan diri apabila mendengar soalan dari Alisyah itu. Sebab aku nak kau hidup bahagia dengan orang lain!

Tapi sanggup ke kau lepaskan Alisyah pada orang lain, sedangkan kau sayangkan dia bagai nak mati Qayyum?!

Tapi kau dah nak mati Qayyum.. Tak ada gunanya..

Arghhh!!

"Abang! Ape kata kita kawin?!"

Terkejut Iqbal dan Qayyum mendengar permintaan yang tidak masuk dek akal Alisyah.

"Isyah! Ape Isyah merepek ni?" soal Qayyum. Bertaut keningnya.

"Apa yang merepeknya. Isyah tak main2lah.. Ke abang yang tak sayang Isyah..?"

"Tak.. Mane ade.. Abang sayanglah Isyah.. Sayang sangat2.. Tapi.."

"Haa.. Kalau macam tu kita kawin aje lah.."

"Isyah.. Ababg ni dah nak mati dah Isyah.. Tak pasal2 muda2 lagi Alisyah dah dapat gelaran janda."

"Hishh!! Isyah tak kesah pon lah pasal gelaran tu. Sebab Isyah sayangkan abang sangat2. Lagipon semua manusia akan mati, cuma masa yang kita tak tahu bila. Dan Allah tak cakap pon sesiapa yang sakit teruk mesti akan mati dulu. Tengok2 Isyah yang sihat ni yang mati dulu dari abang yang sakit.. Haaa.. Kan.. Betul tak? Kita mana tahu"

Iqbal dan Qayyum hanya tersenyum mendengar kata2 Alisyah itu.

"Kita kawin eh bang?" soal Alisyah sekali lagi.

"Amboi adik ni! Minta kawin macam minta ais krim je!" kata Iqbal.

"Biarlah.. Elleh.. Jealous lah tu" Alisyah mengerling sekilas Iqbal di sebelahnya.

Qayyum hanya tersenyum melihat gelagat dua beradik itu di depannya.

"Hmm.. Macam mana Kai?Adik aku ni dah miang sangat ni"

Alisyah hanya buat muka selamba mendengar kata2 abangnya. Malas dia mahu bertengkar.

Qayyum hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum.

*Sorry ye kalau ade ayat yang x kene tu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience