Alisyah terus merebahkan bandannya di sofa ruang tamu mereka. Badannya terasa sangat sakit. Dia juga tidak tahu kenapa. Sedangkan hari ini sir tidak pula suruh mereka membuat assignment.
Qaisarah melabuhkan punggungnya di sebelah Alisyah. "Isyah.. Asal tadi kau panggil Qayyum abang Kai?" tanya Qaisarah apabila teringat kembali peristiwa tadi.
Alisyah yang baru sahaja ingin melelapkan matanya terganggu apabila Qaisarah bertanyakan hal tadi. "Kau ni.. Kacau betollah.. Aku dah lah ngantuk ni.." rungut Alisyah.
Qaisarah sudah mencebik apabila Alisyah berkata begitu. "Kau ni aku tanya je.. Kalau kau tak nak bagi tahu tak pe lah.." baru sahaja Qaisarah ingin beredar dari situ kelihatan Alisyah sudah bangun dari posisinya yang tadi sedang berbaring.
"Eh.. Kau tak yah nak ngade2 eh.. Nak merajuk bagai.. Aku tumbuk baru tau.. Geli kau tau tak" Alisyah sudah membuat memek muka menyampah.
Qaisarah tersenyum nakal apabila Alisyah berkata begitu. "Hah! Cepatlah cakap"
"Kenape kau panggil Luqman abang?"
Qaisarah kurang faham dengan soalan Alisyah berikan. Semestinyalah sebab Luqman itu lebih tua dari mereka. "Mestilah sebab die lagi tua dari kite"
"Hah..! Pandai pon.. Macam tu jugalah kenape aku panggil Qayyum tu abang Kai"
Ternganga Qaisarah apabila mendengar kenyataan yang di katakan Alisyah. "Weehh biar betol! Muka die macam baya kite kot.."
"Hmm.. Itulah.. Aku pon tak caye sebenarnya.. Tapi kalau die sendiri yang cakap memang betollah tu.." Alisyah baring semula untuk melepaskan penatnya. "Kau tu.. Tadi kau dengan bang man buat apa?" sekarang giliran Alisyah pula yang akan menyiasat Qaisarah.
"Hah! Macam yang bang man katelah.. Ade masalah sikit tadi.." Qaisarah sudah tidak senang duduk apabila dia pula yang menjadi mangsa siasatan Alisyah .Qaisarah hanya mampu berdoa semoga Alisyah tidak bertanyakan lebih tentang hal tadi. Tetapi dia tahu Alisyah bukan seperti itu. Jika dia ingin tahu sesuatu perkara itu dia akan sedaya upaya mendesak orang itu.
" Kau tak payah tipu aku lah Sara.. Kau ingat aku ni baru kawan kau semalam ke?" kata Alisyah sambil matanya dipejamkan.
"Err.. Aarr.. Wehh aku masuk dulu ah.. Aku tak solat lagi ni..Kau dah solat ke belum? " Qaisarah cuba mengubah topik perbualan mereka.
Alisyah tersenyum sinis kepada Qaisarah. Adoii kawan aku sorang ni.. Apasal nak lari dari soalan aku ni? Selalu tak macam ni pon." Dah.. Aku dah solat kat U tadi. "
" Owh.. Ok lah.. Aku masuk dululah.. Dah pukul 3:30 p.m. Dah ni.. Bye.." cepat2 Qaisarah mengatur langkah ke biliknya.
"Sara!!! Kau jangan ingat kau boleh lepas dari aku eh!! Nasib aku tengah ngantuk.. Kalau tak memang aku dah kejar kau.." jerit Alisyah dengan senyuman nakal.
Fuh! Nasib baik Alisyah tak kejar aku kalau tak.. Aku terjun tingkap ni.Erk! Berani ke kau? Tingkat 22 ni. Sorok bawah katillah. Tapi kalau die dapat kau jugak? Tak kan kau nak cite perkara sebenar dekat dia? Hah! Memang dia gelakkan kau lah sampai terguling2. Hampeh punya kawan. Eh! Ape kau ni.. Dah lah..Alisyah tak kejar kau tu dah lah. Baik kau pegi solat zohor Qaisarah. Dah lah dah pukul berapa ni.Lambat dah.. Cepat2 Alisyah menuju ke bilik airnya untuk mengambil wudhu'.
"Kai.. Malam ni kite keluar nak..? Ye lah.. Lepas ni kan dah nak cuti sem.. Dah lah cuti 3 bulan.. Mesti aku rindu kau.." ajak Luqman tetapi matanya masih tertumpu pada television.
Qayyum yang sedang focus dengan kerjanya di laptop kesayangannya itu terhenti apabila mendengar permintaan Luqman itu. Lantas dia meletak. tangannya di dagu seperti sedang berfikir dengan ajakan Luqman itu.
Setelah beberapa saat mendiamkan diri, Qayyum pun bersuara." Okey jugak.. Kerja aku pon dah siap ni.. "
" Okey cun.. Kite nak keluar pegi mane?"
"Up tu you. Aku tak kesah"
Luqman diam sejenak. Ligat otaknya berfikir kemanakah mereka ingin pergi. Setelah beberapa minit berfikir, akhirnya dia sudah jumpa kemanakah tujuan yang mereka akan pergi. "Kite pergi Pavilion okey tak?"
"Woo best tu pergi situ. Duit pon melayang."
"Alah.. Kau kan kaya.. Itu pon nak kesah ke.." Luqman senyum sinis.
"Yang kaya mak ayah aku.. Bukan aku.." amboii Luqman ni.. Kalau aku yang kaya tak pe. Tak kesahlah kalau duit tu melayang. Ni dah lah mak ayah aku suruh guna duit tu untuk kegunaan waktu aku dekat University. Tapi boleh aja dia guna duit itu apabila dia ingin pergi kemana2. Tetapi dia tidak suka menggunakan duit mak ayahnya kepada bende yang tidak berfaedah. Nasib baik dia ada juga buat kerje partime. Bolehlah dia menggunakan duit dia yang itu apabila dia ingin keluar bersama sahabatnya.
"Hmm.. Ye lah.. Kalau macam tu kau gunelah duit kau yang kau keje partime tu"
Tau2 aje Luqman ini dia ingin menggunakan duit yang die kerja partime itu. "Hmm... Memang aku nak gune duit tu pon... Nak pergi bile ni?" soal Qayyum.
"Kite pergi lepas isya' lah.." cadang Luqman.
Qayyum mengangguk bersetuju dengan cadangan Luqman.
****
"Sara.. Lepas ni kite pergi pavilion nak tak?" ajak Alisyah.
"Nak buat ape..? Aku malaslah.. Nak keluar.." balas Qaisarah dengan matanya tidak lepas dari telefon bimbitnya.
"Alah... Jom lah Sara... Aku nak belikan hadiah sikit.. Untuk mak ayah aku.." Alisyah menarik2 tangan Qaisarah berharap dia akan bersetuju dengan ajakannya.
"Asal tibe2 kau nak belikan mak dengan ayah kau hadiah ni?"
Eh! Salah ke aku nak bagi mak ayah aku hadiah pon. "Woii! Memangnya salah ke aku nak bagi mak ayah aku hadiah?"
Isy! Aku tak cakap pon salah.. Heii die ni.. Nak merajuj pulak... Kau ni Isyah.. Tau2 je lah..kawan kau ni bukannya reti kalau bab pujuk memujuk ni. Qaisarah menggaru kepalanya yang tidak gatal apabila melihat Alisyah yang sudah berpaling dari mengahadap wajahnya.
"Weeiii.. Aku tak cakap pon tak boleh.. Cume cam pelik sikitlah.. Sebab tak pernah2 pon kau belikan untuk mak ayah kau bile waktu balik cuti sem."
Terbeliak mata Alisyah apabila mendengar kata2 Qaisarah. Tetapi perubahan riak wajah Alisyah tidak dikesan Qaisarah kerana kedudukannya yang membelakangi rakannya. Bertambah sakit hatinya apabila Qaisarah mengatakan dia tidak pernah beli apa2 untuk ibu dan ayahnya sebelum ini. Tapi aku tak bolehlah nak salahkan Qaisarah seratus peratus sebab aku tak pernah pon bagi tau die yang aku ade belikan untuk umi ngan abi. Entah kenapa tiba2 kali ini Alisyah ingin mengajak Qaisarah sekali membelikan barang untuk ibu dan ayanhnya. Mungkin kerana kali ini hadiahnya sempena anniversary ibu dan ayahnya.
Tiba2 Alisyah merasakan ada tangan yang melingkari dipinggangnya. Alisyah tersenyum sebaris apabila mengetahui siapakah yang gerangan yang berada di belakangnya. Dagu Qaisarah diletakkan di bahu Alisyah.
"Isyah.. Kau terase ke..? Aku tak de niat pon.. Nak buat kau terase.. Ok2.. Aku pergi.."
Alisyah terus memusingkan bandannya mengahdap Qaisarah. Berbuanga2 hatinya apabila mendengar perkataan 'ok.. Aku pergi' dari Qaisarah. Tidaklah Alisyah membeli barang untuk kedua orang tuanya seorang diri. Lalu dia memeluk Qaisarah sambil tersenyum.
" Over ah kau.." kata Qaisarah. Lalu tubuh Alisyah ditolak perlahan menjauh darinya. Alisyah tersenyum sumbing.
"Over ah... Kawan aku ni bukannya reti pujuk orang... Ni pon first time aku dapat pelukan macam ni dari kau selama 5 tahun aku berkawan dengan kau.. Dah lah ego melangit. "
Qaisarah tersenyum mendengar kata2 Alisyah. Memang betol apa yang dikatakan Alisyah itu. Ini kali pertama dia memujuk Alisyah seperti itu. Dia pon tidak tahu bagaimana dia boleh terfikir ingin memujuk Alisyah seperti itu. Huh! Jatuh egonya selama 5 tahun itu disebabkan dia mengaitkan mengenai ibu bapa Alisyah sebentar tadi. Tapi dia tidak kesah kerana persahabatan itu lebih penting daripada dia menjunjung tinggi egonya itu. Lebih baik dia buang egonya daripada dia kehilangan sahabat baiknya yang sudah dia bina selama 5 tahun itu. Zaman sekarang ini banyak persahabatan yang putus hanya disebabkan egonya yang tinggi. Disebabkan ego itu juga iya boleh memusnahkan hidupnya.
"Hah! Kau tak cakap lagi kenapa kau tiba2 nak belikan hadiah untuk mak kau"
"Hah!Lupe pulak nak bagi tau kau. Sebab hari kite balik tu hari anniversary mak ayah aku.. Jadi aku nak lah belikan untuk diorang hadiah.. Sempena anniversary"
Tidak lekang senyuman dari bibir tipis Alisyah sewaktu dia mengatakan hajat sebenarnya.
****
"Sara... Aku tak tau lah.. Nak bagi ape kat mak ayah aku.." kata Alisyah dengan matanya melilau melihat kedai2 yang ada sekiranya ada yang membuat hatinya tertarik.
"Tak kan kau tak fikir dulu nak bagi ape?" berkerut dahi Qaisarah menanyakan soalan itu kepada Alisyah.
Alisyah memandang Qaisarah dengan senyuman yang manis tahap gula satu packet manisnya. Qaisarah menepuk dahinya apabila melihat reaksi Alisyah itu. Tahu sangat apabila sahabatnya itu memberikan senyuman yang manis tahap gula itu bermakna dia tidak memikirkan lagi. Qaisarah meletak tangan di dagunya. Memikirkan apakah hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada ibu dan ayah Alisyah. Setelah beberapa minit Qaisarah berfikir,tiba2 dia memetik jarinya.
"Hah! Aku tau.." Qaisarah memandang Alisyah sambil tersenyum.
"Hah! Ape die?" tanya Alisyah dengan bersemangat.
"Mak kau,kau bagi hand bag. Ayah kau,kau bagi jam? Amacam. Ok x?"
Terus Alisyah tersenyum apabila mendengar cadangan Qaisarah itu. "Pandailah kau Sara... Sayang kau" lalu Alisyah menghadiahkan pelukan kepada Qaisarah kerana telah meringankan bebannya memikirkan hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada orang tuanya.
"Isy! Kau ni.. Nak peluk2 aku pulak.. Kite dah lah kat tempat awam... Nanti orang fikir kite ni lesbian pulak" Qaisarah cuba melonggarkan pelukan Alisyah pada pinggannya.
Alisyah terus melepaskan pelukannya dari Qaisarah apabila mendengar kata2 dari Qaisarah. "Nak manja2 pon tak boleh" Alisyah mencebikkan bibirnya. Lalu meninggalkan Qaisarah di belakangnya.
Heii budak ni... Tinggalkan aku pulak.. Qaisarah mengejar Alisyah yang sudah 1 meter di depannya. "Kau ni.. Memang manja kan? Mesti jenuh suami kau nak layan kau.." kata Qaisarah yang telah berada di sisi Alisyah. Alisyah memandang Qaisarah dengan kedutan di dahi.
"Iye lah... Kau tu manja sangat... Mesti ah jenuh suami kau nak layan.." balas Qaisarah yang memahami dengan renungan Alisyah lada dirinya.
Alisyah sudah tergelak kecil apabila mendengar hujah Qaisarah mengenai dirinya itu. "Weeii.. Suami aku lagi sukelah kalau aku manja2 ngan dia... Laenlah kalau aku manja ngan orang laen... Ape lah kau ni..." bahunya sengaja dilanggarkan pada bahu Qaisarah.
Qaisarah hanya tersenyum mendengar balasan Alisyah. Apa yang diakatakan Alisyah itu memang betul. Siapa sahaja lelaki di dunia ini yang tidak suka isterinya bermanja dengannya . Alien sahaja yang tidak suka. Tetapi sekiranya manja terlebih pula boleh membuatkan suaminya itu rimas.
****
"Kai.. Jom pegi tengok jam kat sane tu jap.. Aku dah lame nak beli jam sebenarnya"
Qayyum memandang Luqman dengan pandangan pelik. Jari mencapai straw terlebih dahulu pada air yang baru dibeli tadi. "Kenapa pulak? Aku tengok jam kau tu ok je"
Luqman sudah tersenyum kambing. Lalu dia menunjukkan jam di pergelangan tangannya pada Qayyum.
Hampir tersembur air yang di minum Qayyum di muka Luqman tetapi dapat ditahannya. Kalau tak memang mandi air mulut Qayyum lah jawabnya si Luqman ini...Qayyun tertawa terbahak2 apabila melihat jam yang berada di pergelangan tangan Luqman. "Woii...Selame ni kau gune jam ni tak bergerak lah?" tanya Qayyum dengan sisa tawanya yang masih berbaki.
Luqman menjeling tajam ke arah Qayyum yang galak mengelakkanya. "Aku ingatkan selame ni jam kau tu berfungsi... Hadoii tertipu betol dengan luaran die.. Luaran cantik.. Tapi dalaman?"
"Ape2lah kau... Malas aku nak layan" lantas Luqman cepat2 meninggalkan Qayyum yang masih mentertawakannya.
Mati tawa Qayyum apabila melihat Luqman sudah meninggalkanya. "Weeii tunggulah.."
****
"Ni okey tak?" Alisyah menunjukkan jam berwarne biru hitam di tangannya.
"Nice!"
"Man.. Lek ah.. Kau ni.. Aku cume terkejut je.."
"Ah kau.. Dah lah.."
Alisyah dan Qaisarah tidak menghiraukan lelaki yang telah berada di tempat yang sama mereka mencari jam itu. Mereka masih focus dengan pencarian mereka.
"Sara.. Isyah ..?!" sapa lelaki itu.
Serentak Qaisarah dan Alisyah mengangkat mukanya melihat siapakah gerangan lelaki yang berada di hadapan mereka ini. Siap tahu nama panggilan mereka lagi.
"Abang kai?!"
"Abang man?!"
"Eh.. Sara buat ape dekat sini?" aoal Luqman apabila melihat Qaisarah yang berada di depannya.
"Owh.. Teman Isyah.."
Luqman anggukan kepalanya.
"Abang Kai buat ape kat sini" soal Alisyah pula kepade Qayyum. Geram pula apabila melihat Luqman hanya bertanyakan akan kehadiran Qaisarah sahaja di situ. Qaisarah pula tergedik2 dengan abangnya itu. Aku pon ade abang jugaklah.
"Hah! Owh.. Teman Luqman ni kejap"
Alisyah anggukan kepalanya.
Baru sahaja Alisyah dan Qayyum mengangkat mukanya melihat ke sisi mereka, masing2 sudah berpandangan antara satu sama lain.
Dah mane pulak due ekor ni?!
Share this novel