Bab 18

Romance Series 3274

Terduduk Puan Sakinah apabila mendengar berita yang tidak di sangka dek akalnya mengenai kesihatan Qayyum.

"Sabarlah Kina.. Kite kene kuat.. Kalau kite tak kuat, macam mane Kai nak kuat kalau die nampak kite macam ni?" Tuan Talhah menggosok lembut belakang Puan Sakinah. Cuba menenangkan isterinya yang menangis teresak2. Sedangkan dia juga tidak dapat menahan dirinya daripada mengalirkan air mata.

Luqman juga tidak ketinggalan. Dia juga sudah menangis tidak henti2 apabila mendapat tahu yang Qayyum menghidap kanser hati daripada beberapa minggu yang lepas. Patutlah kau lain sangat akhir2 ni Kai.. Aku nak cakap dah.. Pegi klinik.. Kau tak nak.. Ade hikmah juga kau excident Kai.. Kalau tak memang sampai bila2 aku tak tahu yang kau tu ade penyakit. Alhamdulliah penyakit kau ni masih peringkat awal. Doktor cakap in sya Allah masih dapat dicegah. Semoge apa yang doktor cakap tu betullah. Amin.. Tapi.. Aku nak tau sangat.. Macam mana kau boleh excident ni? Kai.. Cepatlah bangun..

****

"Isyah.. Dalam bape hari ni umi tengok kamu ni asyik keluar... Je.. Pagi keluar, malam baru balik. Kamu pegi mane?" soal Datin Asyiqin tidak puas hati dengan perangai anaknya sejak akhir2 ini. Tidak pernah lagi Alisyah berkelakuan begitu.

Alisyah tersedak apabila mendengar soalan dari ibunya. Eh! Tak kan abi tak bagi tahu umi? Dipandang abinya tidak puas hati. Abi nii!! Makin geram Alisyah apabila melihat ayahnya telah tersenyum memandangnya. Alah.. Rilex ah Isyah.. Kau bukan buat dosa pon. Abi pon dah tau kan kau pegi mane? Jadi kalau tiba2 umi cakap nape tak bagi tahu umi.. Pancinglah name abi.. "Isyah dah bagi tahu abi dah" haaa settle.. Mestilah umi tak marah aku.. Pastu umi marah abi.. Hahahah..

"Errr.. Isyah pergi hospital umi.. Kawan Isyah excident.." takut juga Alisyah apabila ingin berhadapan dengan ibunya ketika ibunya sudah berubah muka menjadi muka singa.

Datin Asyiqin mengangguk sebelum bersuara semula.

"Tapi kenapa Isyah tak bagi tahu umi yang Isyah pergi hospital? Umi ingatkan Isyah pergi mane.. Umi risau tahu tak? Ye lah.. Isyah tu dah lah perempuan.. Pastu balik malam2"

Haaa tengok Isyah.. Umi dah mula dah dia punya bebel.. Ni semue abi punya pasallah ni.. Kalau tak, tak de free2 dengar umi punya bebel. Tak boleh.. Aku kene jugak cakap aku dah bagi tau abi.

"Isyah dah bagi tahu abi lah umi.. Abi tak bagi tahu umi ke?"

Tersedak Dato' Faqruddin apabila Alisyah mengkaitkan sekali namanya. Cepat2 dia minum air kopi yang telah di sediakan Kak Hashimah pembantu rumah mereka.

Haaa.. Sampai tersedak abi.. Isyah... Isyah.. Kahat betul kau.. Tapi aku terpaksa.. Kalau tak nanti aku yang kene marah dengan umi.. Sorry eh abi.. Lain kali Isyah tak buat lagi..

"Kenapa abang tak bagi tahu saya? Punyalah saya tanye abang.. Tapi abang kate tak tahu" Datin Asyiqin merenung tajam anak mata Dato' Faqruddin. Meminta penjelasan daripada suami tercintanya.

"Eerr.. Ade eh.. Sayang tanya abang?" Dato' Faqruddin menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sengaja buat2 lupa. Padahal dia ingat kejadian waktu itu. Tidak tentu arah dia melihat isterinya ke hulu ke hilir memikirkan Alisyah yang tidak pulang lagi. Ditelefon.. Gak diangkat.. Angkat.. Di WhatsApp.. Gak di baca... Baca.. Di massage gak di respon jugak.. Oh Alisyah.. Kau di.. Mana.. Hahahha.. Sempat pulak kalau Datin Asyiqin nak nyanyi lagu bobo di mana. Memang tak lah.. Orang tengah risau pasal anak boleh pulak nak nyanyi.

Eh! Orang tua ni.. Buat2 lupa pulak. Ade yang aku bagi hadiah buku lima ni kang. Kalaulah yang depan die ni bukan suami die, dah lama dah Datin Asyiqin buat macam tu. Tapi kalau dah kate suami, kalau die buat macam tu.. Memang nerakalah tempatnya. Tak nak lah Datin Asyiqin dia akan di cop isteri derhaka di akhirat nanti. Lagipon dia sangat sayang pada suaminya ini. Sanggupkah dia ingin berbuat begitu?

"Abang jangan nak buat2 lupe eh? Sayang punyalah ke hulu ke hilir risau pasal Isyah.. Abang buat dek... Je.. Patutlah tak kisah.. Rupa2nya dia dah tahu."

Tertelan air liur Alisyah apabila Datin Asyiqin menceritakan tentang kegusarannya pada waktu itu. Kesiannya umi.. Sampai macam tu sekali aku buat umi risau. Derhakanya aku sebagai anak. Alisyah mengenggam erat tangan Datin Asyiqin yang berada di sebelahnya.

"Umi.. Isyah minta maaf ye.. Sebab buat umi risau sampai macam tu sekali."

Datin Asyiqin tersenyum memandang Alisyah. Sejuk hatinya dengan kelakuan Alisyah itu. Kemarahannya yang tadi membuak2, telah kembali reda akan sikap anaknya. Tidak tersalah didikannya selama ini terhadap Alisyah.

"Lain kali Isyah cakap ngan umi tau? Risau umi." tangan Alisyah dielus lembut.

"Habestu tak payah bagi tahu abi?" soal Alisyah. Mana tahu.. Boleh minta izin dari ibunya saja.

"Tak kisahlah.. Isyah nak minta izin sape.. Tapi yang pasti bagi tau umi."

Alisyah mengangguk perlahan. Faham dengan maksud ibunya.

"Umi.. Umi nak tahu tak? Yang excident tu anak Cik Kina"
Terbuntang mata Datin Asyiqin mendengar berita Alisyah.

"Yang Qayyum tu?" soal Datin Asyiqin minta kepastian.

Alisyah mengangguk. Aik! Abang Kai ade adik beradik lain ke? Hari tu aku tengok sorang je adik dia. Tu pon kecil lagi. Apa nama dia? Ahnaf?

"Isyah kawan dengan Qayyum tu?"

Alisyah mengangguk mendengar soalan ibunya. Tapi sekarang bukan kawan dah umi.. Lebih sikit. Sambung Alisyah di dalam hatinya. Dia tersenyum sendiri.

"Teruk ke die?" risau pula Datin Asyiqin jadinya.

"Hmm... Bolehlah.. Teruk juga"

"Bang.. Esok kite lawat Qayyum nak? Abang busy tak esok?" terus pandangan Datin Asyiqin beralih kepada suaminya yang masih tertumpu pada telefon pintarnya yang berjenama Huawei 3i.

Dato' Faqruddin berfikir sejenak sebelum memberikan kata putus. Lalu die memeriksa jadual di telefon pintarnya. Takut sekiranya esok die perlu bertemu dengan mane2 klien.

Setelah beberapa minit mendiamkan diri, barulah Dato' Faqruddin bersuara.

"Boleh juga... Sebab esok abang free."

Zakwan yang baru sahaja menjejakkan kakinya pada tangga terakhir merasa menyampah apabila melihat drama tak bergaji itu antara ibu dan adiknya. Terasa meluat apabila melihat Alisyah. Apabila berada di depan ibunya, baiknya seperti malaikat. Tetapi apabila di belakang ayah dan ibunya, dialah syaitan yang paling kejam di dunia ini. Bila hati sudah penuh dengan kebencian, tiada lansung sekelumit sayang dihatinya. Langkah kakinya dibawa ke ruang dapur. Mati niatnya hendak menonton drama kegemarannya apabila melihat ibunya dan Alisyah sedang membuat drama disitu. Silap2 sekiranya dia duduk sekali disitu, dia juga join menjadi artis tidak berbayar disitu. Itu tidak apa lagi. Ini inginkan dia menjadi hero kepada Alisyah. Oh no! Sorrylah.. Memang dia akan tolak tawaran itu awal2.

Alisyah hanya mengekori langkah Zakwan dengan anak matanya. Sayu dia apabila melihat kelakuan Zakwan padanya. Lansung tidak bersuara walau sepatah perkataan pun apabila bertembung dengannya. Gelagat mereka seperti orang asing. Tidak kenal antara satu sama lain. Sedangkan mereka itu mempunyai ikatan adik beradik. Ya Allah... Semoga suatu hari nanti Kau satukanlah hati kami adik beradik seperti beberapa tahun yang lepas.

****

"Woii.. Kau buat apa sorang2 kat sini?" tegur Qushayyi apabila melihat Zakwan sedang bermain telefon bimbitnya di ruang dapur kering.

"Hah! Tak de lah.. Aku saja je duduk sini" Zakwan sedikit terkejut apabila ada tangan yang menyentuh bahunya.

Qushayyi melabuhkan punggungnya setelah mengambil segelas air oren.

"Asal kau duduk sini? Duduklah dekat depan" kata Qushayyi lalu diteguk sekali air yang diambilnya tadi.

"Aku malas ah nak tengok muka budak tu. Menyakitkan hati aku." matanya masih tertumpu pada skrin telefonnya.

"Hah! Ni aku still tak faham ni." gelas yang dipeganggnya tadi di tolak ke depan sedikit sebelum memulakan bicaranya.

"Kenapa dengan korang ni sebenarnya? Bile aku nak tanye adek, asyik lupe je bila dah duduk dengan dia. Nak tanya kau, kau bukan selalu ade kat rumah. Haa.. Ni sekarang aku nak tahu. Cite sekarang dekat aku daripada A sampai Z."

Mata Zakwan yang tadinya tertumpu pada skrin telefonnya telah beralih kepada Qushayyi.

" Malas aku.. Menyakitkan hati aku je kalau fikir balik"

"Alah.. Citelah Wan.. Kau ni.. Tak baik ah.. Aku ni kan abang kau. Macam mane keluarge sendiri tak tahu yang dalam keluarga die tu ade masalah. 5 tahun we.. Kejadian tu berlaku. Aku tak tahu lansung apa masalahnya."

Kesian pula Zakwan apabila melihat muka Qushayyi yang betul2 ingin mengetahui masalah antaranya dan Alisyah.

"Okey.. Okey.. Aku cite.."

Bersinar muka Qushayyi apabila mendengar jawapan Zakwan. Diperbetulkan kedudukannya dengan lebih selesa terlebih dahulu.

"Okey! Cepat!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience