"Heii!! Termenung!" tegur Qaisarah.
Alisyah mengurut dadanya berkali2. Qaisarah tersenyum apabila Alisyah menjeling tajam ke arahnya.
"Kau kenapa ni? Termenung je tak habes2 lepas naik cuti. Ade ape2 citelah dekat aku" risau Qaisarah dibuatnya apabila melihat Alisyah yang kerap termenung.
Alisyah mengeluh perlahan.
"Aku penatlah..." rintih Alisyah. Qaisarah menggosok bahu Alisyah apabila rakannya sudah menangis teresak2.
"Kenapa ni? Apa lagi yang Abang Wan buat dekat kau?" soal Qaisarah. Dia yang mendengar masalah juga sudah merasa penatnya dengan apa yang dihadapi Alisyah, inikan pula Alisyah yang menghadapinya sendiri. Berat betul ujian yang dihadapi Alisyah. Sabarlah sahabatku.
"Abang Wan.. Isyah balik dulu.." tangan dihulurkan pada Zakwan. Tetapi hulurannya lansung tidak disambut.
"Abang Wan.." Alisyah sudah melutut pada Zakwan yang sedang duduk dibuaian yang di perbuat daripada jati yang diletakkan di halaman rumah mereka. Zakwan yang terkejut dengan kelakuan Alisyah terus menyimpan telefon pintarnya ke dalam pocket seluarnya.
"Kau nak ape lagi?!!!" tenking Zakwan.
"Abang... Isyah nak minta maaf dengan apa yang Isyah dah buat dekat abang. Tapi abang.. Tolong bagi Isyah explain." rayu Alisyah. Air matanya laju mengalir dipipinya.
"Kau nak explain ape lagi? Okey!! Cakap sekarang!!" tajam anak mata Zakwan menusuk ke dalam anak mata Alisyah.
Ya Allah.. Berilah aku kekuatan.. Jantung Alisyah sudah berdegup kencang. Tiba2 sahaja lidahnya menjadi kelu.
"Woii!! Cepatle!!" ditolaknya bahu Alisyah dengan kuat sehingga Alisyah terjatuh ke belakang.
"Abang.. Bukan Isyah yang cakap macam tu dekat k. Ummi..." kata Alisyah dengan sedu sedannya.
Zakwan tergelak kecil apabila mendengar penjelasan Alisyah. Ditariknya kasar rambut Alisyah.
"Heii!! Kau ingat aku ni bodoh ke!! Dah terang2 bende tu dalam fon kau!! Kau nak kate tu bukan kau yang cakap!! Heii kau dengar sini ehh!! Mulai sekarang!! Aku tak nak tengok muke kau kat sini!! Jijik kau tahu tak!! Depan umi abi kau macam malaikat. Tapi belakang diorang.. Kau lah syaitan paling kejam sekali!! "
"Zakwan!!!" jerit Daniel dan Iqbal serentak. Terkejut mereka apabila melihat kelakuan Zakwan pada Alisyah. Laju langkah mereka menuju ke arah Alisyah dan Zakwan.
"Kau buat ape ni bodoh!!" tengking Daniel. Kolar Zakwan ditariknya.
"Kau tak ingat ke ape yang aku cerita dekat kau hari tu? Kau ingat senang2 macam tu je aku nak maafkan die!!" tangan Daniel dikolarnya cuba untuk di lepaskan, tetapi cengkaman Daniel terlalu kuat sehingga dia juga terasa tidak dapat bernafas dengan teratur.
"Kau dengar dulu explain die boleh tak?!"
"Explain ape lagi? Kau ingat aku nak percaya ape yang die cakap?!" sinis jawapan Zakwan.
"Okey.. Masalah sekarang ni.. Biar aku yang explainkan dekat kau.. Sekarang ni bende ni depan mata aku sendiri. Aku yang nampak. Susah sangat kan kau nak bagi peluang dekat Isyah nak explain kan dekat kau!!"
"Ya Allah... Kenapa ni??" jerit Datin Asyiqin. Terkejut dia apabila melihat keadaan anak2nya.
Qaisarah menyeka air matanya yang mengalir apabila mendengar cerita dari Alisyah. Sungguh sakit dugaanmu duhai sahabat.
"Alisyah... Sekarang ni kau nak buat ape?" soal Qaisarah.
"Entahlah.. Aku pon tak tahu dah nak buat ape. Sakit Sara.. Die cakap aku macam tu. Aku ni adik die Sara.. Die buat aku ni macam binatang kau tahu tak??" teresak2 Alisyah meluahkan pada Qaisarah. Qaisarah mendekati Alisyah, lalu dipeluk nya tubuh kecil Alisyah. Dia juga turut mengalirkan air matanya.
Share this novel