Jam sudah menunjukkan pukul 6:00 a.m. Qaisarah menuruni anak tangga untuk menuju ke ruang dapur. Dari tangga lagi dia sudah menghidu sesuatu yang sedap" Huii.. Masak ape tu..? Macam sedap.. Je" tanya Qaisarah sambil tersenyum. " Eh kau ni! Macam first time pulak makan masakan aku..." Qaisarah menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya. " Wee Isyah.. Asal kau marah sangat si Qayyum tu semalam?" Qaisarah sengaja mengajukan soalan itu untuk menghidupkan suasana yang sunyi sepi sedari tadi. Mendengar soalan yang diajukan oleh Qaisarah sebentar tadi telah membuat air muka Alisyah yang tadinya ceria sudah berubah muram. Qaisarah berasa bersalah apabila melihat air muka Alisyah yang serta merta berubah. " Isyah... Sorrylah... Kalau pertanyaan aku ni buat kau tak terasa" Alisyah hanya diam tidak membalas kata2 Qaisarah.
Dibawa kuew teow yang telah dimasukkan ke dalam bekas ke meja makan. Alisyah melabuhkan punggungnya di kerusi. Qaisarah hanya memerhatikan gelagat Alisyah yang sudah seperti kakak mithali. Qaisarah sudah merasakan yang dia ini seperti adik kepada Alisyah. Sedangkan umur mereka sebaya. Alisyahlah yang menegejutkannya tiap2 pagi, Alisyahlah yang memasakkan makanan untuk mereka tiap2 hari, dan ini pula Alisyah yang mencedokkan makanan untuk dirinya. Qaisarah tersenyum sendiri apabila memikirkan hal itu. Dia sangat bersyukur dikurniakan oleh Allah sahabat yang baik seperti Alisyah.
Alisyah yang baru sahaja ingin menyuakan kuew teow ke mulutnya terhenti apabila melihat Qaisarah yang tiba2 tersenyum memandangnya. " Woii!! Kau kenapa? Ok tak? Dah macam orang angau aku tengok kau ni.. Apesal?" terkejot Qaisarah dengan sergahan Alisyah. Qaisarah hanya tersenyum memandang Alisyah. Lalu menyuakan kuew teow ke mulutnya.
" Isyah.. Kau marah aku ke sebab tanya pasal Qayyum tadi? " soal Qaisarah. Hatinya berasa tidak tenang apabila memikirkan peristiwa tadi. Alisyah memandang wajah Qaisarah dengan senyuman. " Tak de lah.. Aku biase je.. Cume aku tak nak dengar name die pagi2 ni.. Hilang mood aku untuk satu hari.. " Qaisarah mengangguk faham. " Eh isyah.. Kau tau tak kite cuti sem bile?" soal Qaisarah. Alisyah menggeleng mendengar soalan Qaisarah. " Lepas ni kite tengoklah kat papan kenyataan " cadang Alisyah. Qaisarah menggangguk sambil tersenyum.
" Awalnye kite datang hari ni.. Mesti kite orang first datangkan? " soal Qaisarah sambil matanya melilau melihat keindahan tuhan. ' cantiknyaaaa' getus hati Qaisarah. Alisyah mengangkat bahunya menandakan dia tidak tahu mengenai soalan yang diajukan Qaisarah tadi. Mereka berhenti di depan papan kenyataan kampus yang mereka ingin tuju. " Alah.. Lambat lagi.. Aku ingatkan dah nak dekat.." kata Alisyah. " Hmm.. Ingatkan dah nak dekat..." Sedang mereka khusyu' melihat apa yang ada di papan kenyataan itu, tiba2 bahu Alisyah dilanggar kuat oleh seseorang.
" Aucchh!!" Alisyah menggosok2 bahunya yang sakit di langgar oleh orang yang tidak dikenalinya. " Heii!! Dah langgar orang pastu blah macam tu je!!" jerit Alisyah. Qayyum memandang Alisyah sambil mengenyitkan matanya. Ternganga Alisyah apabila melihat orang yang melanggarnya itu adalah Qayyum. " Hhiisshh!!!" Alisyah mengepalkan penumbuknya. Mahu sahaja dia menumbuk muka Qayyum itu biar kasi lebam di dua2 belah matanya. Geram sungguh dia dengan kelakuan Qayyum yang tidah henti2 menyakitinya. Qaisarah menggosok lembut belakang Alisyah. " Sara.... Aku sakit hati betollah dengan mamat tu... Boleh tak aku nak tumbok muka die sekali... Geram kau tau x..."
" Sabarlah Isyah... Mungkin die niat nak gurau.. Tapi dah melebih.. Sabar eh..?" Qaisarah cuba menenangkan emosi Alisyah. " Weee tu bukan guraulah.. X habes2 sakitkan hati orang.. " laju Alisyah meninggalkan Qaisarah di belakang." Wee.. Kau nak marah die kau marahlah.. Tapi janganlah tempias kat aku.. Hisshh.. " Qaisarah berlari anak mengejar Alisyah yang sudah kedepan meninggalkannya.
Sedang Qayyum leka bermain telefon pintarnya, terdengar derapan kaki yang melangkah masuk ke ruangan kelasnya. Terlihat Alisyah dan Qaisarah yang baru tiba di kelas. Sempat Qayyum membuat tangan peace kepada Alisyah. Melihat jelingan tajam yang diberikan oleh Alisyah dia tersenyum nakal.
Alisyah menelek jam dipergelangan tangannya. Baru menunjukkan pukul 7:30 a.m. Masih ada masa setengah jam sebelum kelas bermula. " Sara.. Nanti pukul 7:55 a.m. kejut aku.. Aku nak tido kejap."
" Hmm.." balas Qaisarah dengan mata yang tertumpu pada telefon pintarnya.
" Isyah... Bangon ah... Dah pukol 7:55 a.m." kejut Qaisarah sambil mengusap lembut belakang rakannya. Alisyah menelek jam di pergelangan tangannya sambil menggosok matanya. " Aku nak gi tandas kejap" lalu Alisyah bingkas bangun dari tempatnya.
" Auucchh!!!" terduduk Alisyah apabila dia terlanggar sesuatu apabila baru ingin melangakah keluar dari kelasnya. " Awak.. Sorry.. Saya tak sengaja.." kata Alisyah sambil cuba untuk bangun. " Auucchh!!" Alisyah memegang pinggangnya. Susah untuk dia bangun. Tiba2 ada satu tangan yang dihulurkan kepadanya. Alisyah mendongak melihat gerangan yang empunya tangan. 'Huh! Die ke.. Menyesal pulak aku minta maaf.. Sepatutnye aku tak payah minta maaf pon..' Alisyah menjeling melihat Qayyum yang berada di depannya. " Nak aku tolong tak?" soal Qayyum. " Tak payah.." Alisyah menepiskan tangan Qayyum yang ingin membantunya. Qayyum yang sudah dapat mengagak apa yang akan dilakukan Alisyah laju menangkap tangan gadis itu, lalu dia menolong Alisyah untuk bangun. Alisyah hanya mengikut gerak geri Qayyum. Malas mahu bertengkar di situ. " Time kaseh" ucap Alisyah. Dia melangkah keluar dari kelasnya. Baru satu tapak dia melangkah, tiba2 Alisyah merasakan yang dia akan terjatuh. Cepat2 Alisyah memaut bahu Qayyum cuba mengimbangkan dirinya daripada terjatuh. Asbab pelanggaran itu tadi , pinggangnya menjadi sangat sakit. Susah untuk dia bergerak. Qayyum memandang Alisyah dengan pandangan pelik " Kau ok tak ni..?" soal Qayyum. Alisyah hanya mengangguk sambil mukanya ditundukkan memandang lantai. Mukanya sudah berubah merah, malu dengan tindakan drastiknya. Perlahan2 Alisyah berjalan keluar dari kelasnya. Qayyum kasihan melihat keadaan Alisyah. Lantas dia memaut pinggang Alisyah untuk memudahkan gadis itu berjalan. Alisyah terkedu dengan perbuatan Qayyum. Jantungnya tiba2 berdegup kencang. Dia memandang Qayyum meminta penjelasan daripada lelaki itu " Kau kenapa pandang aku macam tu?" soal Qayyum. Lama Alisyah berdiam diri. Setelah beberapa saat berdiam diri akhirnya Qayyum bersuara. " Aku nak tolong kau je.. Kau nak pegi tandas kan?" Alisyah mengangguk mengiyakan kata2 Qayyum. " Haaa... Tandas dah lah jaoh... Entah2 kau nak ke sane dah ambik mase bape lame.. Nak ke sini balik.. Tengok2 kau tak masok kelas disebabkan ni je.." Alisyah hanya diam tidak membalas kata2 Qayyum. Dalam masa yang sama dia mengiyakan apa yang dikatakan Qayyum. Qayyum memulaka langkahnya dan diikuti Alisyah.
Rakan2 sekelas mereka hanya melihat adegan yang tak terduga daripada Alisyah dan Qayyum. Sungguh mereka tidak percaya apa yang baru mereka lihat. Qayyum yang mereka kenali adalah seorang lelaki yang sangat pendiam, poyo, tidak mudah bergaul dengan orang dan susah untuk memaniskan muka. Tetapi adegan yang mereka lihat tadi memang tidak sama sperti Qayyum yang mereka kenali. Ada yang mengatakan mereka berdua adalah pasangan serasi dan ada pula yang jealous melihat kemesraan mereka berdua.
" Okeylah.. Time kaseh.. Awak baliklah kelas.. In sya Allah saye dah okey.." kata Alisyah walaupon dia merasakan tindakannya itu sedikit menyusahkannya. Tetapi dia lagi rela berjalan sendiri daripada dipapah oleh Qayyum. " Betol?" soal Qayyum inginkan kepastian. Alisyah mengangguk dengan senyumannya yang manis. Qayyum pon pergi meninggalkan Alisyah.
Setelah membasuh mukanya, Alisyah berjalan berhati2 apabila melangkah keluar dari tandas. Kesakitan yang dirasainya tadi masih terasa walaupon sudah kurang sedikit. Baru sahaja dia memulakan beberapa langkah tiba2 dia disergah seseorang " Haaa!!!" Alisyah yang terkejut dengan sergahan itu terasa dirinya tidak dapat mengimbang badannya. Qayyum yang sudah dapat mengagak apakah yang terjadi selepas disergah olehnya, sudah bersiap sedia untuk menyambut Alisyah yang sudah tidak dapat mengimbangkan dirinya dek kerana sakit pinggang yang teramat. Jantung Alisyah berdegup laju apabila merasakan yang dia akan terjatuh buat kali kedua. Tetapi tiba2 dia merasakan ade seseorang memaut pinggannya yang menyebabkan dirinya selamat daripada terjatuh. Alisyah membuka matanya perlahan2. Dilihatnya wajah Qayyum yang betul2 dihadapan mukanya. Cepat2 Alisyah menolak badan Qayyum apabila dia merasakan dirinya betul2 di dalam pelukan Qayyum. Jantung Alisyah betul2 sudah membuat berbagai2 irama. Alisyah menggosok dadanya berkali2. Qayyum hanya tersenyum melihat gelagat Alisyah. Alisyah memukul kuat bahu Qayyum. Mukanya sudah berubah merah. Tidak tahu apakah persaannya saat ini. Marah, malu, geram, semuanya bercampur baur. Qayyum menggosok2 bahunya yang terasa pedih drk dipukul Alisyah. " Saketlah..." aduh Qayyum. Alisyah menjeling tajam ke arah Qayyum " Tau pon saket.. Haa.. Rasekanlah macam mane saye rase waktu awak langgar bahu saye dengan beg awak tu.. Dah lah saket... Macam bawak batu" Qayyum tersenyum melihat wajah Alisyah. "Asal awak kat sini lagi? Kan saye suruh awak balik kelas je" soal Alisyah apabila teringatkan pesanannya pada Qayyum sebelum dia memasuki ruangan tandas wanita tadi. " Aku tak kejamlah nak tinggalkan kau macam tu je" tiba2 Alisyah berasa terharu dengan kata2 Qayyum. "Kau boleh jalan tak ni?" soal Qayyum. Alisyah mengangguk sambil tersenyum. Mereka pon berjalan beriringan menuju ke kelas.
Masok sahaja ke dalam kelas, semua mata tertumpu pada mereka berdua. Alisyah hanya menundukkan wajahnya, malu ingin berhadapan dengan rakan2 sekelasnya.
"Syah.. Kau ok tak?" soal Qaisarah risau. Alisyah menganggukan kepalanya. "Dah macam drama dah korang tadi aku tengok" usik Qaisarah dengan senyuman nakal. Alisyah hanya mengerling ke arah Qaisarah. Malas mahu melayan kerenah rakannya seorang ini.
Share this novel