"Sara.. Sejak kebelakangan ni kau dengan abang Man cam lain je.. Korang ade ape2 eh?" soal Alisyah sambil tangannya ligat memasukkan baju yang sudah dilipatnya ke dalam beg bagasinya.
Qaisarah sedikit terkejut dengan soalan Alisyah tetapi cuba membuat riak muka bersahaja." Mane ade kau ni.. Mengarut je.. "
"Kau jangan tipu aku boleh tak Sara. Aku kenallah kau.. Kau mane pernah layan mana2 lelaki. Tapi kali ni perangai kau lain.... Sangat.. Baik kau bagi tau aku perkara sebenar. Sara.. Aku ni kawan kau lah.. Tak kan dengan aku pon kau nak berahsia? Kite kan KFUJ ( Kawan Fill Until Jannah)."
Qaisarah menarik nafasnya dalam2. Dah tiba masa aku bagi tahu Alisyah perkara sebenar. Betollah apa yang Alisyah cakap. Tak patut dia nak berahsia dengan sahabat baiknya ini. Tidak pernah antara mereka ada istilah rahsia
"Kite orang sebenarnya dah suka sama suka" malu Qaisarah ingin mengatakan hal yang sebenar kepada Alisyah. Serta merta mukanya berubah merah.
Terbeliak mata Alisyah mendengar pengakuan Qaisarah itu.
"Wee serius ah..?!! Ke aku yang salah dengar" Alisyah sudah separuh menjerit
Eee Isyah ni.. Aku dah lah malu ni.. Nak suruh ulang balik pulak.
"Iya.. Aku ngan dia.." ayat Qaisarah hanya tergantung di situ. Faham2 sendirilah Alisyah. Bukan budak kecil lagi.
"Wooo!!!!! Tahniah2!!!!!" rasa ingin bergegar rumah itu dengan jeritan Alisyah. Sampai Qaisarah rasakan jiran sebelab juga boleh mendengar jeritan Alisyah itu.
"Isyah!! Kau ni.. Rilex ah.. Buat jiran sebelah dengar.. Kalau die telefon aku tak nak angkat eh?" awal2 lagi Qaisarah sudah memberi amaran.
"Ok.. Sorry... Sorry.. Mane tak excited wee.. Abang senior tuh.."
Qaisarah sudah menggelengkan kepalanya melihat gelagat Alisyah sambil tersenyum.
****
Luqman hanya memerhatikan Qayyum yang sudah terbaring lesu di katilnya.
"Kai.. Kau okey tak ni? Kebelakangan ni aku tengok kau cam tak sehat je.. Kite pergi kliniklah.. Aku risau lah.."
Qayyum mengangkat tinggi tangannya yang tadi diletak pada dahinya.
"Ape yang kau nak risau.. Aku okey je lah.." Qayyum bangun dari pembaringannya.
"Tapi masalahnya kau tu selalu demam.. Dah lah bile demam bukannya nak pergi klinik"
Qayyum hanya mendiamkan diri mendengar kata2 Luqman. Memang apa yang dikatakan Luqman itu. Entah kenapa dirinya kerap demam akhir2 ini. Dengan darah yang selalu keluar dari hidungnya.
"Kite pergi klinik eh?" sedaya upaya Luqman memujuk Qayyum supaya pergi ke klinik. Tetapi jawapan Qayyum masih sama. Apa lagi kalau bukan "Tak pe lah Luqman.. Aku tawakkal je.."
"Kai... Tawakkal memang tawakkal.. Tapi kite kene berusaha dulu sebelum tawakkal."
"Kau ni Man.. Tak yah lah serius sangat.. Aku sakit biase je ni.."
"Biasa ape Kai.. Kau tu asal buat keje sikit je dah tak larat.. Pastu demam.. Sebelum ni kau mane ade macam ni. Buatlah bape banyak keje sekalipon kau okey je.. Tak de letih2 macam ni"
Qayyum hanya tersenyum melihat Luqman.
Luqman meramas kasar rambutnya dari belakang ke depan. Sudah mati akal rasanya die hendak memujuk Qayyum. Sudah bermacam2 hujah dia berikan kepada Qayyum tetapi keputusan dia tetap sama. Kenapalah kau ni degil sangat Kai.. Aku sayang kau.. Tu sebab aku nak kau pergi klinik jugak. Rasa ingin sahaja Luqman menangis di hadapan Qayyum. Luqman sebenarnya sudah membaca artikel tentang penyakit Qayyum ini. Itu sebab dia tidah henti2 mendesak Qayyum supaya pergi membuat pemeriksaan. Dia tidak sanggup kehilangan sahabatnya yang selama ini telah bersama2 denganya walaupon dalam keadaan suka dan duka. Ya Allah.. Jauhkanlah penyakit yang merbahaya daripada sahabatku ini Ya Allah. Hanya doa sahaja yang mampu Luqman lakukan. Semoga Allah memperkenankan doanya.
****
"Esok kau terus balik rumah ke?" soal Qaisarah sambil matanya masih tertumpu pada television.
"Haah.." balas Alisyah sambil menyuakan keropok super ring ke mulutnya. "Kau?"
"Aku memang duduk kat hospital je lah.. Nak balik rumah pon bukan ade orang pon.. Abang aku pon kat hospital"
Alisyah mengangguk mendengar penjelasan Qaisarah. "Cam ne mak kau sekarang?"
"Alhamdulillah.. Dah makin baik.. Kerja Allah kan.. Kite tak tahu.. Daripada stage 4 dah boleh turun ke stage 2. Aku memang bersyukur sangat2 Allah perkenankan doa aku."
"Ye ke..? Alhamdulillah.. Aku tumpang gembira we.. Kalau cam tu esok aku nak lawat mak kau dulu lah sebelom gerak pergi melaka."
Qaisarah hanya mengangguk perlahan. Gembira sungguh hatinya mendapat rakan seperti Alisyah.
Share this novel