Bab 7

Romance Series 3274

"Isyah.. Aku tak masuk kelas hari ni.." kata Qaisarah kepada Alisyah. Alisyah memandang Qaisarah dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. "Kenapa? Kau sakit ke?" laju Qaisarah menggelengkan kepalanya. " Pastu?" Qaisarah menarik nafas sedalam2nya mencari kekuatan untuk menceritakan kepada sahabatnya seorang ini. "Semalam abang aku call bagi tau mak aku masuk hospital" terbuntang mata Alisyah apabila mendengar berita daripada Qaisarah. Terhenti gerakannya yang tadi sedang mengemas barang2 yang ingin dibawanya ke kampus. "Kenapa?" Alisyah membetulkan posisi kedudukannya untuk mendengar lebih lanjut cerita daripada Qaisarah. "Mak aku jatuh bilik air semalam.."

"Ya Allah.. Lepas tu doctor cakap ape"

"Doctor tak cakap ape2 lagi.. Doa lah semoge tak de apa2.."

" In sya Allah.. Tak de ape2.. Kau kuat tau.." Alisyah menepuk lembut bahu Qaisarah. Qaisarah hanya mengangguk mendengar nasihat sahabatnya.

"Abang!" puas Qaisarah mencari abangnya mengikut lokasi yang diberi dan akhirnya dia menemui abangnya yang sedang duduk di tempat ruangan menunggu sambil bermain telefon pintarnya. "Penat Sara cari.." adu Qaisarah lalu mencium tangan abangnya. "Penat? Kan abang dah cakap abang ade kat sini"

"Memanglah... Tapi abang tak cakap abang duduk dekat tingkat berape.." Qaisarah mengerling abangnya.

Haikal menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersenyum. "Abang tak bagi tau eh? Hehehe.. Abang ingat dah bagi tau.."

"Macam mane dengan mak?Doctor ade cakap ape2 tak?" soal Qaisarah. Haikal menggeleng kepalanya apabila mendengar soalan Qaisarah. Sejak daripada semalam dia menunggu tetapi masih tiada khabar daripada doctor tentang ibunya.

" Abang dah mandi belom? Dari semalam kan abang kat sini? " Qaisarah senyum meleret kepada abangnya. "Eh abang dah mandi eh.. Elok sikit.." Qaisarah sudah tergelak kecil melihat reaksi muka abangnya.

Sedang mereka berbual kosong, tiba2 pintu bilik yang mereka tunggu sedari tadi terbuka. Keluar seorang doktor lelaki yang umurnya dalam lingkungan 20-an. "Siapa waris kepade Aisyah binti Ridhuan?" tanya doctor muda itu. "Ye saye" Haikal mendekati doctor itu diikuti Qaisarah. "Sebelum ni ade buat check up dekat mane2 tak?" soal doktor muda itu. Mendengar soalan dari doktor itu Qaisarah dan Haikal saling berpandangan antara satu sama lain tidak faham dengan apa yang baru ditanyakan oleh doctor itu. "Check up.. Urmm tak pasti pulak..? Jawab Haikal sambil memandang Qaisarah dengan mengangkat keningnya. Berkerut dahi Qaisarah apabila Haikal membuat isyarat begitu padanya. Dia mengangkat bahu menandakan dia tidak tahu. Doktor muda itu menarik nafas terlebih dahulu sebelun memberitahu berita yang mungkin akan mengejutkan adik beradik di depannya ini. "Daripade pemeriksaan yang telah kami buat, mak awak menghidap cancer buah pinggang" hampir rebah Qaisarah apabila mendengar berita daripada doctor itu. Cepat2 Haikal menyambut adiknya. "Betol ke doctor?" soal Haikal minta kepastian. Doctor itu mengangguk perlahan. Kasihan dia melihat 2 beradik itu yang baru mengetahui kondisi kesihatan ibunya. "Stage?"

"Stage 4"

Mendengar sahaja jawapan doctor itu, Qaisarah sudah menangis teresak2. Air mata Haikal yang tadinya hanya bergenang di kolam mata akhirnya mengalir juga.

"Kalau tak de ape2 lagi saye minta diri dulu" pinta doctor itu. Haikal mengangguk perlahan.

"Abang.. Kenape mak rahsiakan semue bende ni dari kite?" tanya Qaisarah dengan suaranya yang tersekat2.

Haikal membawa adiknya yang sudah tidak bermaya ke kerusi menunggu terlebih dahulu sebelum mambalas pertanyaan Qaisarah "Mak tak nak kite risau.. Kite kene same2 kuat Sara.." Haikal cuba memberi semangat kepada adiknya sambik tangannya mengengam tangan Qaisarah.

"Macam mane Sara nak kuat abang.. Mak je satu2nya yang kite ade.." makin kuat tangisan Sara apabila mengingati masalah keluarga yang menimpa mereka . Haikal memeluk Qaisarah erat. Dia juga turut mengalirkan air matanya apabila mendengar kata2 Qaisarah. Hanya Puan Aisyah yang mereka ada. Tetapi berita yang baru disampaikan doctor itu betul2 mengejutkan mereka. Tetapi Haikal cuba menguatkan semangatnya untuk menerima qada' dan qadar Allah yang telah ditentukan sejak azali dengan redha . In sya Allah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience