Bab 17

Romance Series 3274

"Assalamualaikum cik"

"Iya Luqman.. Macam mane? Dapat tak? Dah lambat sangat ni.." bertubi2 soalan diberikan Puan Sakinah apabila mendapat sahaja panggilan dari Luqman. Tidak dapat di gambarkan lagi bagaimana keresahannya.

"Maaf cik.. Saya nak bagi tahu. Sebenarnya Qayyum excident tadi. Daripada pukul 3:00 tenga hari tadi lagi.. Saye minta maaf mak cik sebab bagi tahu lambat. Sebab saye pon tadi memang tak dapat terima kenyataan jugak dengan apa yang dah terjadi pada Qayyum. Sekali lagi saya minta maaf mak cik. Sekarang Qayyum ada dekat Oriental. "

Terkejut Puan Sakinah apabila mendengar berita yang baru diterimanya daripada Luqman. Tidak pernah terlintas dek akalnya perkara itu akan terjadi pada Qayyum. Lemah lututnya ingin terus berdiri. Perlahan2 dirinya dibawa ke katil bersaiz king di dalam biliknya.

"Macam mane keadaan dia? Teruk ke?" soal Puan Sakinah dalam tangisannya.

"Teruk juga mak cik. Tapi mak cik jangan risau... In sya Allah.. Tak de ape2. Saye tengok die pon okey je."

"Okeylah.. Terima kasih Luqman. Luqman tolong tengok2kan Qayyum ye? Nanti dalam setengah jam lagi mak cik sampai."

"Mak cik jangan risaulah. Saya akan sentiasa ada dengan Qayyum." balas Luqman sambil tsrsenyum. Sedanangkan senyumannya tidaklah dapat dilihat Puan Sakinah.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.."

Cepat2 Puan Sakinah menuju ke arah almarinya untuk bersiap2.

Tuan Talhah yang baru sahaja melangkah masuk biliknya, berasa pelik apabila melihat isterinya sedang bersiap2 sambil air mata yang tidak henti2 mengalir di pipinya.

"Kina.. Kenapa ni?"

Tuan Talhah membawa langkahnya ke arah katil.

"Bang... Jom kite pergi hospital Oriental... Kai excident..." diraihnya tangan Tuan Talhah.

Terbuntang mata Tuan Talhah apabila mendengar berita daripada isterinya.

"Bile die excident?"

"Dari pukul 3 tengah hari tadi"

"Mane tau ni?"

"Kawan Kai bagi tahu Kina"

"Macam mane die boleh excident?"

Bertubi soalan di berikan Tuan Talhah.

Puan Sakinah menggelengkan kepalanya apabila di tanyakan soalan yang satu ini. Dia juga tidak tahu apa puncanya.

"Cepatlah bang.." tegur Puan Sakinah apabila melihat suaminya sudah termenung di atas katilnya.

Termati lamunan Tuan Talhah apabila ditegur isterinya.

Bergegas Tuan Talhah dan Puan Sakinah keluar dari bilik mereka. Tidak lupa juga Ahnaf yang sedang tidur di biliknya.

****

"Assalamualaikum.." ucapan salam diberikan setelah Puan Sakinah melangkah masuk ke bilik Qayyum. Kakinya dibawa langkah ke arah Qayyum.

Luqman mencium tangan Tuan Talhah setelah Tuan Talhah berdiri di sampingnya. Diambilnya Ahnaf dari gendongan Tuan Talhah.

" Hei... Budak comel... Ingat lagi tak.. Cik Luqman" terkekek2 Ahnaf apabila perutnya digeletek oleh Luqman. Apabila Luqman berhenti menggeleteknya, pipi Luqman dicium manja oleh Ahnaf. Luqman hanya tersenyum dengan kelakuan Ahnaf. Rindunya kepada Ahnaf tidak dapat dikatakan.

Ternganga mulut Alisyah melihat orang yang sangat dikenalinya berada disitu.

Melihat reaksi Alisyah yang sedikit pelik bagi Luqman, cepat2 dia mengenalkan padanya orang tua Qayyum.

"Isyah.. Kenalkan.. Ni cik Talhah dan ni.."

"Cik Kina?!"

Terhenti percakapan Luqman apabila Alisyah tiba2 bersuara. Cik Kina? Isyah kenal ke? Berkerut dahi Luqman apabila memikirkan apakah hubungan Alisyah bersama orang tua Qayyum.

"Isyah?!" soal Tuan Talhah dan Puan Sakinah inginkan kepastian.

Alisyah mengangguk sambil tersenyum. Owh.. Ni ke kawan anak umi yang sekali u ngan aku tu.. Rupa2nya abang Kai ke orang yang dimaksudkan.. Alisyah mencium tangan Puan Sakinah.

"Isyah kawan dengan Kai?"

Alisyah mengangguk mendengar soalan Puan Sakinah

Luqman sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dah kenal?

Alisyah memandang Luqman yang sudah berubah reaksinya. Alisyah tsrsenyum melihat muka Luqman. Mesti abang Man pelik mane aku kenal Cik Kina ni? Adoii lawak betul.. Rilexlah muka. Tak yah lah cam tu sangat.

"Cik Kina ngan Cik Talhah ni kawan mak Isyah lah abang.." kata Alisyah sambil tersenyum.

Paun Sakinah dan Tuan Talhah tergelak kecil melihat muka Luqman yang sudah berkerut itu.

"Owh.." Luqman menggosok lehernya beberapa kali. Malu dengan tindakannya tadi.

Sedang mereka bertiga rancak berborak, tiba2 kedengaran pintu dibuka dari luar. Hanya mereka bertiga sahaja yang tinggal, kerana Alisyah sudah pulang ke rumahnya.

"Assalamualaikum.. Ni penjaga kepada Muhammad Qayyum ye?"

Puan Sakinah dan Tuan Talhah mengangguk serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience