"Assalamualaikum.." Datin Asyiqin yang sedang menonton television sedikit terkejut apabila melihat Alisyah yang sudah melangkah masuk ke dalam rumahnya. Fikirnya yang masuk ke garaj rumahnya adalah suaminya. Rupa2nya Alisyah yang baru sampai.
"Waalaikumussalam.." Terus Datin Asyiqin membawa kakinya ke arah Alisyah. Dipeluk anak bongsunya erat2. Iyalah.. Sudah dekat setahun anaknya tidak pulang ke rumah.
Alisyah hanya tersenyum apabila ibunya memeluknya erat. Dia juga membalas pelukan ibunya. Sudah lama dia tidak merasai kasih sayang seorang ibu.
"Adik!!!!" Iqbal yang baru sahaja menuruni anak tangganya terjerit apabila melihat Alisyah yang sedang memeluk ibunya.
"Abang!!" perlahan Alisyah melepaskan pelukan dari ibunya dan berjalan ke arah abangnya.
"Bile abang balik..." Alisyah mencium tangan abangnya. Lalu dia memeluk Iqbal.. Rindunya pada abangnya seorang ini sudah seperti gunung uhud tingginya. Iya lah.. Abangnya ini belajar di jordan. Balik pon jarang sekali. Apabila teringatkan abangnya seorang lagi matanya terasa pedih. Rindunya pada abangnya seorang lagi itu lagilah membuak2. Kalau yang ini rindunya seperti gunung everest.
"Dah lame dah.." Iqbal melepas pelukannya.
"Bukan nak bagi tau adik.." Alisyah menumbuk manja bahu Iqbal.
"Saje nak surprise.." Iqbal mencubit pipi adiknya sambil tersenyum.
"Mane abang wan..?" soal Alisyah yang telah melabuhkan punggungnya di sofa ruang tamu. Bagasinya diletakkan pada sisinya.
"Ade.. Kat atas.." sayu suara Iqbal apabila membicarakan tentang adiknya seorang itu. Entah kenapa sehingga kini Zakwan tidak dapat memaafkan kesalahan Alisyah yang sebenarnya bukan salah adik bongsunya. Setiap kali dia ingin memberitahu hal yang sebenar pasti ada sahaja alasan Zakwan ingin melarikan diri darinya.
Satu2 kenangan manis terliar di depan matanya apabila teringatkan Zakwan abang yang paling disayanginya. Sebelum kejadian itu berlaku dia sangat rapat dengan abangnya Zakwan. Tetapi disebabkan kejadian itu, seratus peratus hubungan mereka yang rapat seperti air yang tidak pernah putus bertukar 360 darjah. Tanpa dapat dikawal emosinya air matanya laju mengalir di pipi mulusnya.
Datin Asyiqin terpinga2 apabila melihat Alisyah yang tiba2 sahaja menangis teresak2.
"Isyah.. Kenapa ni..?" terus Datin Asyiqin berpindah tempatnya di sebelah Alisyah. Digosok perlahan belakang Alisyah.
"Tak de ape lah mi.." Alisyah menyeka air matanya dengan belakang telapak tangannya. Lalu dia tersenyum melihat Datin Asyiqin.
"Betol ke ni..? Bagi lah tau umi... Kenapa ni?"
Alisyah meramas kedua2 tangan Datin Asyiqin.
"Tak de lah umi..."
"Assalamualaikum.." Dato' Faqruddin dan Qushayyi
"Adik dah balik.." Qushayyi melabuhkan punggungnya. Necktie yang di lehernya di longgarkan sedikit.
"Penat nampak" Alisyah tersenyum melihat abangnya.
"Penatlah.. Adik tau ape.." matanya dipejamkan apabila bandannya sudah dibaringkan di sofa.
"Bila Isyah balik?" soal Dato' Faqruddin.
"Baru je.."
Dato' Faqruddin hanya mengangguk perlahan.
"Okeylah.. Alang2 umi ngan abi dah ade ni.. Isyah nak bagi sesuatu.." tersenyum Alisyah apabila melihat wajah teruja ibu dan ayahnya.
Berkerut dahi Dato' Faqruddin dan Datin Asyiqin.
"Bagi ape?" soal Datin Asyiqin.
"Kejap?" Alisyah membuka beg bagasinya. Di keluar kan satu beg kertas dan satu kotak kecil. Okeylah kan.. Bagi waktu cam ni.. Takot lupe pulan kalau lambat2.. Alisyah tersenyum apabila mengingati peristiwa sewaktu dia membeli beg dan jam orang tuanya. Tiba2 terasa rindu tu bertandang di hatinya kepada lelaki yang telah mencuri hatinya dalam masa 2 bulan sahaja. Hebat betul penangan lelaki itu sehingga dapat membuka pintu hati Alisyah yang selama ini tertutup rapi untuk mana2 lelaki.
"Ni kenapa pulak senyum sorang2 ni?" tegur Dato' Faqruddin. Aduh.. Pelik pulak aku dengan Isyah ni.. Dah kenapa.. Lah.. Tadi kate nak bagi barang.. Ni senyum sorang2 pulak.. Anok.. Anok..
Alisyah hanya tersenyum memandang ayahnya. Lalu diberikan beg kertas kepada ibunya dan sati kotak kecil yang sudah berbalut kepada ayahnya.
Teruja Datin Asyiqin dan Dato' Faqruddin apabila melihat isi di dalmnya..
"Happy Anniversary... Umi.. Abi.."
"Ingat eh.. Isyah.. Anniversary umi ngan abi.." Datin Asyiqin masih lagi membelek beg yang diberikan Alisyah. Memang betul2 mengikuti cita rasnya.
"Of course lah.. Isyah ni.." Alisyah menepuk dadanya acah2 bangga diri.
"Untuk abang tak de?" Qushayyi memandang adiknya sekilas.
Alisyah tersenyum kambing melihat abangnya.
"Kawenlah dulu.."
"Heii tak semestinye anniversary je eh.. Hadiah saja2 pon boleh ehh" terbangun Qushayyi dari pembaringannya.
"Tak nak... Abang kawen baru adik bagi hadiah..." Alisyah bingkas bangun dari duduknya.
"Eh.. Mane boleh macam tu.." tajam anak mata Qushayyi menusuk anak mata Alisyah.
Alisyah menjelirkan lidahnya ke arah Qushayyi lalu berlari menaiki anak tangga.
****
"Kina!! Tolong buat air.. Ni Salim datang" laung Tuab Talhah.
Puan Sakinah yang memang sedang berada di dapur terus membuat kopi yang di suruh suaminya setelah menyahut permintaan suaminya.
Baru sahaja kaki ingin dibawa ke tempat di mana suaminya berada, tiba2 dulang yang berisi 2 buah cawan terlepas dari tangannya.
"Auchh!!" Puan Sakinah mengaduh sakit apabila air kopi panas yang dibuatnya telah pecah dan terkena di kakinya. Tiba2 jantungnya berdegup kencang. Ya Allah.. Kenapa ni? Puan Sakinah mengurut dadanya berkali2.
"Kina!!! Okey tak?" tanya Tuan Talhah apabila mendengar bunyi bende pecah di ruangan dapur.
"Tak de apa bang!!" balas Puan Sakinah. Ya Allah.. Ada apa2 jadi ke?
Setelah memberikan air kopi panas yang baru kepada suaminya, Puan Sakinah berlalu ke biliknya. Niatnya hanya satu, ingin menghubungi anak lelakinya.
Ditekan butang hijau apabila nama Abang sudah dijumpai.
Tut.. Tut.. Tut..
'Nombor yang anda dail, tidak dapat dihubungi, sila tinggalkan pesanan selepas bunyi tut..'
Ya Allah.. Nape Kai tak angkat ni.. Tidak senang duduk Puan Sakinah jadinya. Berkali2 dia menghubungi Qayyum, tetapi hanya suara wanita mat salleh sahaja yang kedengaran. Telefon Luqman lah.
Share this novel