Bab 28

Romance Series 3274

Selesai sahaja solat isya', terus Ummi A'ira keluar dari biliknya dan menuju ke ruang tamu apartmentnya.

"Eh! Bile kau balik Qisha?" soal Ummi sebaik sahaja melihat rakannya sudah terbaring di sofa yang telah di sediakan oleh pengurusan.

"Tadi..." balas Qisha sepatah dengan matanya yang masih tertumpu pada television.

Ummi hanya membuat mulut berbentuk 'o' apabila mendengar balasan dari Qisha. Dia mencapai telefonnya yang berada di atas meja.

Sedang dia ralit bermain aplikasi istagram, tiba2 dia teringatkan tentang janji yang telah dibuatnya bersama Alisyah yang ingin memperbaiki semula hubungannya bersama Zakwan. Sudah 2 minggu berlalu pertemuannya bersama Alisyah. Tetapi dia masih tidak menghubungi Zakwan untuk menceritakan hal sebenar yang berlaku antara mereka berdua. Ummi mencari nama yang di simpan di dalan contactnya yang bernama Zakwan. Dia juga sebenarnya tidak pasti yang contact Zakwan masih disimpannya atau tidak.

Hah! Ade pon!

Tiba2 Ummi menjadi tidak tentu arah. Ke hulur ke hilir dia berjalan di situ. Qisha yang sedang khusyu' menonton tv berasa terganggu. Mana tidaknya. Ummi berkehulu ke hilir betul2 di hadapan tv yang sedang ditontonnya. Berkerut2 dahinya melihat kelakuan Ummi yang tiba2 sudah seperti cacing kepanasan. Eh.. K. Ummi ni dah kenapa.. Tadi elok je.. Ni tiba2 dah jadi macam cacing kepanasan ni dah kenapa? Lalu dicampaknya satu bantal ke arah Ummi.

Terhenti langkah Ummi apabila terasa dirinya dibaling dengan satu objek yang lembut. Dia berpaling ke arah Qisha. Terangkat2 keningnya meminta penjelasan dengan kelakuan Qisha sebentar tadi.

"Akak tu dah kenapa? Dok ke hulur ke hilir.. Dah lah halang orang nak tengok tv. Dekat sane tu ruang punyalah luas, nak jugak dekat sini." balas Qisha yang faham dengan reaksi Ummi tadi.

"Qisha... Aku tak tahu lah nak cakap macam mane..." luah Ummi. Lalu dia melabuhkan punggungnya di sebelah Qisha.

"Akak nak cakap apa? Dan kepada siapa?" soal Qisha. Pelik dengan kata2 Ummi yang secara tiba2 itu.

"Zakwan..."

Mendengar sahaja nama yang di sebut oleh Ummi, terus terduduk Qisha dari pembaringannya. Zakwan?! Bukan ke tu bekas tunang k. Ummi yang k. Ummi pernah cerita dulu ke? Dan gara2 lelaki itu jugalah k. Ummi tidak berkahwin lagi sehingga sekarang. Kerana hati k. Ummi sudah lama tertutup untuk mana2 lelaki. Sudah berapa ramai lelaki yang masuk meminangnya, tetapi semuanya dia tolak. Hanya kerana satu sebab. Dan sebabnya ialah, dia tidak mahu dirinya ditipu lagi oleh orang yang dia sayang.

"Zakwan?! Bukan tu bekas tunang akak ke?" soal Qisha.

Ummi mengangguk perlahan mengiyakan soalan Qisha.

"Kenapa dengan dia kak? Dia ada kacau akak ke? Kalau ada biar Qisha sendiri yang jumpa dia. Suka hati dia je kacau kakak kite."

Ummi tergelak kecil apabila melihat gelagat Qisha yang sudah menyinsing lengan bajunya. Lagaknya seperti ingin pergi bergusti.

"Mana ada.."

"Habestu kenapa akak tiba2 cakap pasal dia ni? Dah lame Qisha tak dengar akak cerita pasal dia."

Ummi mengeluh perlahan sebelum menjawab semua pertanyaan Qisha. Dia tahu, pasti sahabatnya ini risaukan tentang dirinya. Walaupon umur mereka sedikit jauh, tetapi bagi Ummi tiada halangan pun untuk mereka berkawan. Lagipon mereka sudah berkawan sejak mereka sama2 belajar di kolej yang sama.

Jadi Ummi pon memulakan ceritanya pada Qisha daripada pertemuannya bersama Alisyah sehinggalah tentang perjanjiannya pada Alisyah. Qisha yang mendengar cerita Ummi bermacam2 respond diberikannya. Ada kalanya dia mengangguk ada kalanya dia menggeleng.

"Ya Allah... Iya ke.. Jadi selama ni akak di tipu je lah?" mengucap panjang Qisha setelah mendapat tahu kisah sebenar di sebalik tragedi yang menimpa Ummi 7 tahun lepas. Teringat pula saat pertama kali dia mendapat tahu tentang apa yang telah Zakwan lakukan pada k. Ummi. Bermacam2 cacian yang dia lemparkan pada Zakwan. Siapa yang tidak sakit hati apabila mendapat tahu yang selama ini sahabat baiknya hanya di tipu dengan segala kebaikan yang di tunjukkan oleh orang yang mereka sayang? Dengan keadaan k. Ummi yang menangis teresak2 sewaktu menceritakan apa yang berlaku padanya waktu itu.

"Jadi akak dah jumpa belum abang Wan?" soal Qisha.

"Belom.. Itu sebablah akak dok ke hulu ke hilir dari tadi.. Sebab akak takut nak bersua muka dengan dia..." terlepas juga apa yang terbuku di hati Ummi sedari tadi.

"Akak nak takut sebab apa pulak?" soal Qisha pelik.

"Qisha... Zakwan tu first love akak tahu tak? Qisha tahu2 aje lah.. First love ni kan susah untuk di lupakan..."

"Mana lah Qisha tahu.. Qisha mana pernah bercinta.."

"Owh.. Haahlah.. Sorry lah dik.. Akak lupa.. Alah.. Nanti suatu hari nanti adik akan rasa juga.."

Qisha membuat muka menyampah apabila mendengar suara mak jemah k. Ummi itu.

"Ape2 aje lah akak ni.. Hah! Bile akak nak call buah hati akak tu?" malas Qisha melayan kerenah k. Ummi apabila dia sudah menjadi mak jemahnya. Entah apa2 tajuklah yang masuk selepas ini.

"Nantilah akak telefon.. Tak kan lah akak nak telefon depan Qisha kot.. Kenelah privacy sikit... Dah lama tak contact kan..." Hah! Bukan main kau... Ummi.. Cakap sekarang bolehlah... Entah2 lepas ni bile kau dah call, suara pon tak terkeluar. Ummi tergelak kecil apabila mendengar suara hatinya berkata2.

"Hmm.. Ape2 aje lah k. Ummi... Qisha nak masuk dululah.. Lebih baik Qisha tidur daripada terus melayan gila akak ni. Kalau tidak.. Sampai ke esok pagi pon tak habis kalau layan akak ni." bingkas Qisha bangun menuju ke biliknya.

Ummi hanya tersenyum mendengar kata2 Qisha itu. Dia juga melangkahkan kaki menuju ke biliknya setelah dia memastikan semua suis di ruang tamu itu sudah di tutup.

****

Setelah lama dia berfikir, akhirnya Ummi memilih untuk membuang jauh2 perasaan takutnya. Lalu dia bergerak ke arah balkoni yang berada di biliknya.

Baik aku tolak tepi2 perasaan takut tu. Kalau nak ikutkan perasaan takut ni, memang sampai bila2lah aku tak dapat nak tunaikan janji aku dengan Alisyah.

Lalu dia mencari nama Zakwan di dalam contactnya. Ummi menarik nafasnya dalam2 sebelum menekan butang call di bahagian nama Zakwan itu. Berdegup kencang dada Ummi saat mendengar ucapan salam dari orang yang di sebelah sana.

****

Sedang mereka sedap menikmati makan malam mereka, tiba2 mereka di ganggu dengan salah satu panggilan yang masuk entah dari telefon siapa.

"Eh! Siapa punya telefon tu?" soal Dato Faqruddin.

Zakwan terus mengambil telefonnya yang berada di dalam pocket seluarnya setelah mandapati ringtone yang di mainkan ialah ringtone telefonnya.

"Telefon Wan.." Daniel membalas bagi pihak Zakwan soalan daripada ayahnya tadi.

Tanpa melihat siapakah gerangan yang menelefonnya, terus Zakwan mengangkat panggilan itu. "Assalamualaikum.." ucap Zakwan.

Sempat Zakwan menghirup air nescafe panas yang di buat oleh Mak Jah.

"Waalaikumussalam.. Maaf nak tanya.. Ni Zakwan ye?" soal pemanggil di hujung talian.

"Iya saya"

"Zakwan.. Ni saya Ummi.." terbatuk2 Zakwan setelah mendengar nama yang di sebutkan oleh pemanggil.

Ummi?!

Semua yang berada di meja makan sudah memandang pelik dengan reaksi Zakwan. Iqbal yang berada di sebelah Zakwan sudah menepuk2 belakang Zakwan, bagi menghilangkan sedikit

"Kenapa ni Wan?" soal Datin Asyiqin. Cemas sahaja nadanya.

Zakwan membuat isyarat ingin berlalu dari situ. Perlahan2 kerusi yang didudukinya di tolak perlahan.

****

Tiba2 masing2 hanya mendiamkan diri. Terasa kelu lidah Ummi saat ini ingin menyampaikan hajatnya yang sebenar.

Setelah lama mendiamkan diri, tiba2 terdengar Zakwan berdehem di hujung talian. Ummi sudah menjadi tidak tentu arah.

Adoii!! Asal berat sangat lidah kau nak bercakap ni Ummi ? Janganlah buang masa Ummi.. Tak pasal2 Zakwan tutup telefon karang...

Ummi menarik nafasnya lalu di hembus perlahan.

"Maaf Zakwan.. Saya ganggu awak ke malam2 ni?"

"Eh tak lah... Lagipon saya tak buat apa2 pon tadi.." tipu Zakwan. Dia tak nak lah tiba2 Ummi berasa bersalah.

"Owh.."

"Kenapa awak tiba2 call saya ni Ummi? Ada apa2 ke?"

"Erm.. Esok awak free tak?"

Zakwan terdiam sejenak mendengar soalan dari Ummi. Lalu di check jadualnya pada hari esok.

"Free alhamdulillah.."

"Saye nak jumpa awak esok boleh tak?" perlahan sahaja suara Ummi mengatakan tujuannya.

Terdiam Zakwan setelah mendengar permintaan dari Ummi. Dia tidak tahu apakah perasaanya saat ini. Terkejut? Pelik? Gembira? Semuanya bercampur baur.

Pelik Ummi apabila Zakwan hanya mendiamkan diri setelah mendengar permintaannya. Hishh!! Mesti dia ni ingat aku terhegeh2 sangat nak jumpa dia. Eh... Tak boleh jadi ni kalau dia fikir macam tu. Memalukan kaum hawa je. Padahal aku nak jumpa dia bersebab. Bukannya saja2.

"Awak.. Awak"

"Zakwan!!!"

Terkejut Zakwan setelah mendengar jeritan yang seperti pontianak itu di telinganya.

"Awak kenapa ni? Jerit2 macam pontianak?"

"Awaklah.. Mengelamun pulak.. Orang panggil elok2 tak dengar.. Lepas tu nak marah2 pulak. Hishh.."

Zakwan tertawa kecil mendengar kata2 Ummi. Sungguh dia rindu dengan gelagat wanita yang pernah menjadi pujaan hatinya itu. Bukan pernah, tetapi cintanya pada wanita itu tidak pernah padam walaupon telah terjadi satu tragedi yang menjadi asbab terputusnya hubungannya bersama Ummi.

"Mana ada saya marah... Saya cakap je.. Lagipon mana boleh saya marah awak.. Dah lah kita dah lama tak contact.." perlahan sahaja suara Zakwan mengatakan perasaannya saat itu. Sehingga Ummi juga antara dengar atau tidak sahaja apa yang Zakwan katakan.

"Apa awak cakap?"

"Tak ada apa lah"

"Jadi macam mana? Boleh tak?"

"Kalau tak boleh macam mana?"

"Kalau tak boleh, kita jumpa lain kali aja lah. Sebab saya memang nak junpa awak sangat sekarang ni"

"Kenapa eh awak tiba2 nak jumpa saya? Awak rindu saya eh...?" Zakwan tertawa kecil setelah berkata begitu pada Ummi.

"Tak ada masa saya nak rindu awak. Saya nak jumpa awak pon sebab saya ada perkara penting yang nak saya beritahu pada awak. Kalau tak, tak ada maknanya saya tiba2 call awak minta nak jumpa."

"Ade perkara penting?"

"Hmm..."

"Pasal apa?"

"Adalah.. Tapi sekarang ni awak boleh tak jumpa saya esok?"

"Everything for you baby..."

"Tak payah nak macam tu sangatlah.. Mengada... Jadi kita nak jumpa dekat mana ni?"

"Everything for you baby..."

Ummi hanya membuat rolling eyes apabila mendengar ayat2 romantik yang terpancul dari mulut Zakwan.

Terus Ummi menekan butang merah setelah menentukan tempat mereka ingin berjumpa. Gelagat Zakwan tidak pernah berubah daripada mereka mula menjalinkan hubungan.

Ummi dan Zakwan masing2 tersenyum di atas katil. Terlepas sedikit kerinduan yang selama ini terbuku di hati masing2.

Tetapi Zakwan berasa pelik bila terfikirkan tujuan utama Ummi ingin berjumpa dengannya.

Perkara apa eh yang Ummi tiba2 nak jumpa aku tu? Ah! Biarlah apa2 pon. Yang pasti aku memang dah tak sabar nak jumpa dia esok. Tapi mana dia dapat nombor aku ni? Mestilah waktu lepas je kejadian tu dia terus buang nombor aku kan? Jadi mana dia dapat? Dan lagi satu yang aku tak sangkanya, rupa2nya dia still guna nombor dia yang lama. Haiihh !! Kalau aku tahu lah, dah lama aku contact dia beritahu dia semua yang dikatakan Alisyah tu semuanya tak betul.

Tiba2 Zakwan berasa panas apabila memikirkan kembali tentang fitnah yang menimpanya 7 tahun lalu.

Sedang dia melayan perasaannya, tanpa dia sedari, akhirnya dia telah pon terlena.

*Sila komen ye selepas baca
*Nak tengok sikit apa pendapat korang dengan cerita ni. (Okey tak?) ^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience