Bab 25

Romance Series 3274

Hishh!! Sape pulak ni? Bisinglah... Tak boleh sabar ke? Alisyah merengus kasar sebelum berlalu keluar dari biliknya apabila mendengar ada orang yang menekan loceng rumahnya berkali2.

"Ye.. Cari siapa ya?" soal Alisyah ramah apabila melihat ada seorang perempuan yang sedang menunggu di luar pagar rumahnya. Mukanya sedaya upaya cuba dimaniskan kepada perempuan yang berada di depannya ini. Tetapi di dalam hati hanya Allah yang tahu. Bermacam2 cacian yang dia lemparkan kepada perempuan itu.

"Zakwan ade?" soal wanita itu.

"Err... Abang Wan tak de.. Kenapa ya?" Alisyah berasa pelik pada wanita yang berada di depannya ini. Siapa pulak perempuan ni? Aku rase abang Wan mane pernah ade kawan perempuan kecuali k. Ummi sorang. Ni siap datang rumag lagi ni. Dah lah baju pon macam tak cukup kain. Haiihh.. Memang tak lah abang Wan nak kat kau. Eh! Ape kau merepek ni Isyah? Kau pon tak tahu dia ni siapakan pada abang Wan? Tiba2 kau nak cakap mestilah abang Wan tak pandang dia lah apa lah.. Haihh.. Mengarut je kau ni.

"Saye ni kawan Zakwan."

Owh... Alisyah mengangguk perlahan setelah mendengar penjelasan dari wanita itu.

"Dia pergi mana ya?" soal wanita itu lagi.

"Saya tak pasti pulak abang Wan pergi mana. Tak pe lah.. Macam ni.. Nanti bile abang Wan dah balik nanti saye cakap dekat abang Wan yang ade orang cari die.. Tapi sebelum tu nama akak apa ye?"

"Athirah.."

"Haa okey.. Nanti saya cakap.."

"Adik ni sapa?"

"Saya adik abang Wan... Alisyah.."

"Owh.. Okey.. Nice to meet you"

Alisyah hanya tersenyum apabila mendengar kata2 wanita itu.

****

"Huii adik!" tegur Zakwan setelah melangkah masuk ke rumahnya. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Alisyah.

"Happy nampak.." Alisyah mengerling sekilas Zakwan di sebelahnya.

"Mestilah happy.. Jumpa orang tersayang kot..." balas Zakwan sambil tersenyum.

"Elleh... Ingat sikit eh.. Tu semue tu.. Semue sebab Isyah tau... Sebab Isyah yang tolong satukan abang dengan k. Ummi.. Kalau tak.. Hmm memang tak lah.."

"Eh adik... Semue ni ketentuan Allah lah.. Adik tu asbab je.."

"Iyalah.. Adik tahu lah.. Hishh.. Dah lah abang ni.. Pergi mandilah.. Dah lah busuk.."

"Elleh.. Dah kalah nak halau orang pulak.. Mane ade abang busuk.. Adik tu yang busuk.."

"Eee.. Dah busuk tak nak mengaku.. Dah lah abang ni.. Jangan kacau orang lah.. Nak tengok cerita pon tak senang.."

"Hmm.. Iyalah.. Iyalah.. Jangan sampai.. Satu hari nanti adik rindu abang eh.. Bile abang dah tak manja2 dengan adik macam ni.."

"Hmm.. Tak heran pon.." Alisyah menjelirkan lidahnya kepada Zakwan tanda mengejek.

"Okey.. Kite tengok eh.."

"Hmm.."

Langkah Zakwan terhenti apabila tiba2 namanya di panggil oleh Alisyah.

"Abang.. Tadi ade orang cari abang"

Berkerut dahi Zakwan apabila mendengar apa yang baru disampaikan oleh Alisyah. Tidak pernah2 pula ada orang mencarinya sehingga ke rumah. Kalau hendak jumpa pon, pasti orang itu akan call atau masaage memaklumkan padanya.

"Sapa dik!"

"Nama dia Athirah.."

"Athirah?" berkerut2 dahi Zakwan cuba mengingati nama itu. Setelah beberapa minit mendiamkan diri. Baru lah dia ingat.

"Owh.. Athirah tu.. Kenapa dia cari abang?"

"Entahlah.. Adik pon tak tahu.."

"Hmm.. Iyalah.." lalu kakinya menyambung semula langkahnya yang terhenti tadi.

****

Sejak daripada hari itu, hendak di katakan hampir setiap hari Athirah datang ke rumahnya. Sehinggalah sampai satu hari ni Athirah mengajak Alisyah untuk keluar bersamanya.

"Alisyah.. Alisyah busy tak?" tanya Athirah.

"Ermm.. Tak.. Kenapa kak?"

"Nak tak Alisyah keluar dengan akak?"

Alisyah sedikit terkejut dengan pelawaan Athirah. Tetapi dia cuba mengawal riak wajahnya daripada di kesan Athirah.

"Errr.. Bolehlah.. Isyah pon bosan jugak sebenarnya duduk dekat rumah ni.. Sorang2 kan.. Yang lain semue dah keluar.. Yang ade dekat rumah sekarang pon abang Iqbal je.. Tapi abang Iqbal tu selalu terperap dalam bilik dia je"

"Okey.. Kalau macam tu Alisyah pergilah siap2.. Akk tunggu dekat sini.."

Alisyah mengangguk perlahan lalu dia bingkas bangun dari kerusi yang didudukinya.

Setelah 5 minit Alisyah bersiap, Alisyah mencari2 telefonnya. Eh.. Mane telefon aku ni? Alisyah mencari2 telefonnya di setiap inci di dalam biliknya. Aikk! Tak de?! Aku letak mane? Tiba2 Alisyah menepuk dahinya baru teringat yang dia tidak membawa sekali telefonnya naik ke atas tadi.

Baru sahaja Alisyah ingin melangkah keluar ingin menuju ke arah Athirah, tiba3 tangannya di tarik seseorang. Alisyah memandang pelik abangnya itu.

"Kenapa bang?" soal Alisyah kepada Iqbal. Pelik dengan reaksi Iqbal yang tiba2 meletakkan jari telunjuknya pada bibirnya menandakan menyuruh Alisyah senyap. Iqbal menarik Alisyah rapat ke arahnya.

"Kenapa abang ni?" soal Alisyah dengan suara berbisik.

"Tengok tu.." arah Iqbal sambil jari telunjuknya menudingkan ke arah Athirah.

Alisyah sedikit terkejut apabila melihat Athirah telefonnya berada di tangan Athirah. Sudahlah telefonnya tidak meletakkan password. Baru sahaja Alisyah ingin melangkah ke arah Athirah, tiba2 lengannya di tarik Iqbal.

"Abang... Lepaslah.. Adik nak ambik telefon adiklah.. Sukahati dia je tengok telefon adik.. Dah lah tak minta izin." Alisyah meronta2 minta dilepaskan. Merah padam mukanya menahan marah.

"Sabarlah adik... Kite tengok dulu apa yang dia nak buat dengan telefon adik tu.." pujuk Iqbal. Alisyah akur dengan arahan Iqbal. Mereka hanya memerhatikan kelakuan Athirah di sebalik langsir ruang tamu mereka. Sakit hati Alisyah apabila melihat Athirah seakan menaip sesuatu di telefonnya.

"Abang...."

Iqbal yang faham dengan perasaan Alisyah saat ini mengusap lembut belakang Alisyah meminta supaya Alisyah bersabar. Setelah beberapa minit telefon Alisyah berada di tangan Athirah, akhirnya dia meletakkan semula telefon Alisyah di atas meja di mana telefon itu berada tadi. Sepantas itu juga Alisyah terus melangkahkan kakinya menuju ke arah Athirah.

"Eh Isyah... Sorry sangat2... Akak kene gerak sekarang ni... Tiba2 akak ada emergency call pulak tadi.. Sorry tau Isyah.." cepat2 Athirah bangun dari kedudukannya.

"Owh.. Ye ke kak.. Tak pe lah kalau macam tu.. Isyah tak kesah pon... In sya Allah.. Mana tahu kite boleh keluar hari laib ke.. Kalau umur kita masih panjang lagi.." Alisyah cuba memberikan senyuman palsunya pada wanita yang bernama Athirah itu.

"In sya Allah... Okeylah.. Akak gerak dulu.. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakaaruh.." Alisyah menjeling tajam wanita itu setelah wanita itu memboloskan dirinya ke dalam kereta myvi miliknya.

Cepat2 dia membuka telefonnya cuba mencari apakah yang telah dilakukan Athirah pada telefonnya. Dia cuba membuka messenger, tidak ada apa2 yang mencurigakan. Lantas dia membuka aplikasi Fac. Juga tidak ada apa2 yang mencurigakan. Dan yang terakhir sekali, dia membuka aplikasi WhatsApp. Terbuntang mata Alisyah apabila melihat nama k. Ummi yang paling teratas sekali. Jadi maksudnya wanita itu tadi cuba menghantar massage kepada k. Ummi.

"Abang!! Abang!!" jerit Alisyah cuba memanggil Iqbal.

Bergegas Iqbal berlari ke arah adiknya.

"What's wrong Isyah...?? Terkejut abang.."

Alisyah menunjukkan telefonnya ke arah Iqbal. Berkerut dahi Iqbal melihat gelagat adiknya.

"Kenapa dengan telefon adik?"

Alisyah menepuk dahinya. Adoii.. Asal bengap semacam abang aku sorang ni hari ni..

"Tu... Tengoklah... Ape perempuan tu dah buat... Dia pergi hantar massage dekat k. Ummi..." terang Alisyah.

Terbuntang mata Iqbal apabila mendengar keterangan Alisyah.

"Ya Allah... Ye ke dik...? Die tulis ape je?"

'Eh perempuan! Aku nak cakap sikit dengan kau ni.. Untuk pengetahuan kau lah kan... Kau tu... Tak layak lansung untuk abang aku sebenarnya. Aku rase kan... Better kau putus kan je lah pertunangan kau dengan abang Wan. Sebab abang Wan pon bukannya sayang dan cintakan kau pon.. Tapi kalau kau tak nak... Terpulanglah.. Tapi bile lepas kau kahwin, aku nak pesan awal2... Kau jangan menyesal pulak.. Sebab aku ni dah masak sangat dengan perangai abang Wan tu.. Bawak perempuan keluar masuk hotel. Huh! Aku dah masaklah dengan perangai abang Wan tu. Wuihhh... Dia, kalau depan mak ayah aku, fuhhh.. Baik die macam malaikat, belakang mak ayah aku.. Die tu dah macam keturunan dengan iblis dah aku rasa. Tapi nasiblah muka tu hensem.. Kalau tak memang dah boleh di labelkan keturunan iblislah.. Aku bukan nak buat cerita eh.. Ni memang dengan ape yang aku pernah nampak.. Okeylah.. Tu je yang aku nak bagi tahu engkau.. Terpulanglah kau nak putus ke tak nak, sebab kau yang akan lalui semua tu bukan aku. Good luck!

Hampir rebah Alisyah setelah membaca massage yang di hantar Athirah kepada k. Ummi. Nasiblah ada Iqbal di belakangnya. Cepat2 Iqbal memegang lengan adiknya. Alisyah tersandar lemah pada dada bidang Iqbal. Setitis demi setitis air matanya jatuh menuruni pipinya.

"Abang... Ape yang adik nak kene buat ni?" soal Alisyah kepada Iqbal dengan sedu sedannya.

"Adik call lah k. Ummi sekarang.. Cuba explain balik apa yang dah jadi.. Masih belum terlambat lagi ni.." pujuk Iqbal. Dia juga terkejut dengan apa yang telah di lakukan oleh Athirah pada Ummi. Mahu sahaja dia tumbuk wanita itu sekiranya dia ada di depan matanya.

Cepat2 Alisyah mendail nombor k. Ummi seperti yang di cadangkan abangnya. Malangnya tidak di angkat. Berkali2 dia cuba menelefon k. Ummi. Tetapi responnya sama sahaja.

"Abang.. Adik rasa k. Ummi dah block adiklah.." rintih Alisyah.

Iqbal juga buntu. Dia sudah tidak tahu bagaimana lagi ingin menyelesaikan masalah ini.

"Kite bagi tahu Wan je lah.. Numi je cara yang kite ade.." Alisyah mengangguk perlahan. Setuju dengan cadangan abangnya.

"Dah.. Sekarang adik pergi berehat.. Tenangkan fikiran.. Dah tak payah fikir sangat pasal bende ni.. In sya Allah tak ade ape2 yang berlaku. Kite doa je.." Alisyah mengangguk lalu kakinya di bawa ke tangga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience