"Kau cari ape?" tanya Qayyum sambil memerhatikan wajah Alisyah.
Boleh dia tanya aku cari ape. Dah terang2 aku dekat kedai jam, mestilah aku cari jam... Heii.. "Cari jam lah bang oii.. Kalau tak, tak de Isyah kat sini.." sinis jawapannya.
Qayyum menjeling Alisyah sekilas. Aku tanya je. Sampai nak sinis2 aku apehal. Kalau aku keluar ayat sinis aku ni... Mahu kau jadi bisu.
Alisyah melihat jam di tangannya dengan pandangan runsing. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tidak tahu hendak memilih yang mana satu antara dua jam ini. Kedua2nya menarik di matanya. Adoii.. Nak pilih yang mana ni. Aku dah lah tak reti nak pilih2 ni. Sara ni pulak hilang entah ke mana. Memang lah Sara ni.. Aku ajak dia nak minta tolong pilihkan. Aku ni bukannya reti bab pilih memilih ni. Dia pulak yang menghilang. Kau siap Sara.. Kau muncul depan aku.. Aku sekel kepala kau.
Qayyum yang pelik melihat gelagat Alisyah itu, berkerut memandangnya. "Kau kenapa ni?"
Alisyah sedikit terkejut dengan soalan Qayyum. Lalu pandangannya tepat pada anak mata lelaki itu. "Errr... Isyah nak belikan jam untuk seseorang sebenarnya. Tapi tak tahu lah nak pilih yang mana satu"
Qayyum mengambil jam yang berada di tangan Alisyah, lalu dia tersenyum sinis.
"Kau nak belikan untuk aku eh?"
Erk! Apa? Nak belikan untuk dia. Weeii.. Memang tak ah.. Kau ingat kau suami aku ke..? Kalau kau tu suami aku bolehlah aku nak membazirkan duit aku ni untuk kau. Alisyah menjeling tajam Qayyum di depannya.
Qayyum tergelak kecil apabila melihat jelingan tajam Alisyah padanya.
"Isyah nak belikan untuk abi sebenarnya.. Tapi tak tahu nak pilih yang mana satu. Kalau abang, abang pilih yang mana?"
Wuh!! Nasib baik ada abang Kai.. Boleh juga tolong dia pilih yang mana lagi sesuai.
Qayyum melihat lagi jam berwarna hitam biru dan hitam merah di tangannya. Hmm.. Dua2 cantik reka bentuk dia.
"Memang yang ni je ke yang paling cantik bagi kau?" dia juga tidak tahu ingin memilih yang mana satu antara dua jam itu. Dua2 menjadi tarikan di hatinya.
"Hmm.. Kalau bagi Isyah yang ni lah cantik. Tapi tak kan nak bagi kat abi yang kan?"
Qayyum menepuk dahinya. Adoii Isyah ni.. Janganlah bengap sangat.. Kau ingat ayah kau nak pakai ke jam warna pink cam tu.. Terserlah lagi menyerlah nampak yang tu jam memang jam perempuan.
"Pandai juga kan kau ni kan..? " Qayyum mengusap lembut rambut Alisyah yang diikat satu itu.
Alisyah tersenyum kambing melihat Qayyum.
"Kau ni nak bagi ayah kau ke, nak beli untuk kau? Aku sekel kepala tu baru tahu"
Alisyah tidak membalas kata2 Qayyum. Dia hanya tersenyum melihat Qayyum.
"Kau kenapa senyum macam tu dekat aku?"
Terus mati senyuman Alisyah apabila ditegur sebegitu dari Qayyum. Terus mukanya yang putih melepak itu menjadi merah ( malu).
"Ada tak pilihan lain kau ni?"
Boleh tak tanya tu tak payah nak marah2. Sakitnya hati Ya Allah.. Kalau tak nak tolong tu tak payah tolong. Aku boleh pilih sendiri. Erk! Tapi boleh ke Isyah. Kau bukannya reti buat pilihan pon. Baik aku diam je. Alisyah menggelengkan kepalanya atas pertanyaan Qayyum tadi.
Apabila terasa sudah lama masa yang diambil Qayyum untuk membuat pilihan, Alisyah bertanya "Bang.. Lame lagi ke..? Due je jam nya.."
Qayyum memandang Alisyah dengan ekor matanya. "Kau sabar boleh tak? Dah lah minta tolong orang.. Pastu tak reti nak sabar.. Kau ingat senang ke nak buat pilihan ni?" satu jelingan tajam dihadiahkan pada Alisyah.
Pang! Kan dah kene.. Aku suruh kau diam kau degil.. Kan dah kene marah.. Padan muka kau... Entah kau ni.. Macam tak tahu pulak buat pilihan tu susah. Alisyah terus membuat isyarat menzipkan mulutnya.
Alisyah hanya mendiamkan dirinya. Takut hendak membuka mulut. Tak pasal2 kene marah lagi. Tangannya sibuk membelek jam2 yang menarik perhatiannya. Kan best kalau aku kaya macam Dato' Sri Vida. Boleh aku beli jam ni. Mata Alisyah tertumpu pada satu jam besi yang bernilai 1000 ringgit. Hmm..
Setelah beberapa minit mendiamkan diri, akhirnya Qayyum bersuara "Nah! Aku rasa yang ni lah yang sesuai kau nak bagi ayah kau. Kalau hitam merah ni dia tak sesuai sangat sebab warna merah hitam ni sesuai untuk remaja2. Kalau yang ni matured sikit. Rekaan dia pon sesuai untuk ayah2." Panjang lebar penerangan yang diberikan Qayyum pada Alisyah. Jam yang berwarna merah hitam itu Qayyum meletakkan di tempat asal dan yang berwarna hitam biru itu dia serahkan pada Alisyah.
Alisyah menyambut huluran Qayyum itu, lalu dia memandang Qayyum. "Betul ke bang?"
Qayyum mengangguk perlahan.
"Tapi kalau kau tak nak kau ambik lah yang warna pink tu. In sya Allah lepas kau bagi ayah kau, kau dah tak nampak dah kelibat jam tu."
Alisyah menjeling tajam Qayyum apabila mendengar ayat perli dari Qayyum itu. Lalu die mambawa langkahnya ke arah kaunter bayaran. Okeylah ni.. Cantik jugak.. Pandai dia pilih.. Harap2 abi suka.
Alisyah terus keluar dari kedai itu. Lankahnya laju ingin meningalkan Qayyum setelah dia membuat bayaran.
Hohoho.. Kau pegi cam tu je? Kuang ajar punya budak. Dah lah aku yang tolong dia pilih. Terima kasih pon tak de, ni dia senang2 tinggalkan aku sorang2 kat sini.
Langkah Alisyah terhenti apabila mendengar ada orang yang memanggilnya. Dia menoleh meligat siapakah gerangan itu. Harap2lah Sara..
Huh! Dia ke? Punyalah aku nak lari dari dia. "Kau ni.. Tunggulah aku. Menonong je kau keluar."
Berkerut dahi Alisyah memandang Qayyum yang sudah berjalan ke arahnya. "Abang nak ikut Isyah ke?"
Qayyum menjeling Alisyah sekilas.Ape punya soalan dia ni? Mestilah.. Dah si Luqman tu entah hilang ke mana.
Alisyah terus memulakan langkahnya apabila melihat Qayyum yang dari tadi asyik merenungnya. Yang nak tenung aku cam tu kenapa? Aku tahu lah aku ni cantik, tak payahlah nak tenung aku macam tu. Hahah.. Perasan ah kau Alisyah. Alisyah tersenyum sendiri.
"Heii kau ingat aku nak sangat ke ikut kau?! Aku ikut kau ni pon sebab terpaksa je.. Kalau tak memang haram ah aku nak ikut kau"
Mati terus senyuman Alisyah apabila melihat Qayyum yang sudah berada disisinya.
Alisyah hanya menjeling Qayyum sekilas. Malas dia mahu bertekak bersama Qayyum. Makin di layan Qayyum ini makin sakit hatinya mendengar kata2 dari mulut lelaki ini. Lebih baik dia mendiamkan diri. Mata melilau mencari kedai beg di dalam mall itu. Misinya kali ini mencari hadiah buat ibunya seperti yang dicadangkan Qaisarah.
Dia nak pegi mana pulak ni! Kedai beg? Qayyum menarik tangan Alisyah sebelum gadis itu melangkah masuk ke kedai itu.
Alisyah yang baru sahaja ingin melangkahkan kakinya masuk ke kedai itu, terhenti apabila terasa tangannya di tarik seseorang. Sape pulak yang suka hati pegang tangan aku ni. Alisyah menoleh ke belakang. Amboii dia ni..Suka2 dia.. Je pegang tangan aku.. Nak minta penumbuk ke ape.. Kalau dia nak penumbuk aku.. Aku okey je.. Tangan ni sentiasa free kalau nak buat perkara itu.
"Kau nak buat ape pulak ni?" tanya Qayyum lantas melepaskan tangan Alisyah yang ditariknya.
Tak habis2 tanya soalan bodoh. Umur dah 25 tapi perangai macam budak umur 5 tahun. "Bang... Abang nampak tak ni kedai ape? Ke nak kene tambah lagi power speck tu?"
Amboii kau.. Perli nampak.. Kau ingat aku ni buta ke? "Aku nampaklah.. Kedai ape ni.. Tapi kau nak buat ape? Cantik lagi kot beg kau ni.. Nampak baru lagi."
Haaa kan dah kene puji melangit. Berbunga2 hati Alisyah apabila mendapat pujian sebegitu rupa dari Qayyum. Mana tidaknya.. Lelaki di hadapannya ini orang yang paling famous di dalam kawasan Universitynya. Dengan kekacakanya yang tidak perlu di katakan lagi. Seperti Kim Beom artis korea itu. Dengan kepandaianya dalam semua subject yang diambilnya. Memang membuatkan semua siswi ingin memilikinya.
Alah kau Isyah nak over2 apehal? Dia bukannya puji kau pon, dia puji beg kau je. Memang betul apa yang dikatakan Qayyum itu. Beg jenama Givenchy yang dipakainya ini adalah hadiah pemberian Qushayyi, abang pertamanya pada hari lahirnya bulan lepas.
"Isyah nak beli beg untuk umi.."
Qayyum mendengus perlahan tetapi masih dapat ditangkap telinga Alisyah.
"Asal tetiba kau ni? Tadi kau belikan untuk ayah kau, ni untuk mak kau pulak."
"Sukatilah.. Sape suruh abang ikut Isyah? Isyah tak suruh pon. Tapi kalau abang nak join Isyah tolong carikan beg untuk umi, jom. Tapi kalau abang tak nak, abang tunggulah kat luar ni. Tapi kalau abang tak nak jugak, abang pegi je lah. Isyah tak kesah pon. Lagi suka Isyah cari barang sorang2" Lantas kakinya melangkah masuk ke dalam kedai beg yang berjenama Gucci itu.
Heii dia ni! Nak buat macam mane Kai.. Kau ikut je lah.. Budak tak matured ni.. Luqman punya pasallah ni.. Kalau bukan sebab Luqman tak de makna aku nak ikut kau. Luqman ni pon satu.. Mane dia ni? Daripada tadi batang hidung kau pon aku tak nampak. Call berkali2 tak angkat. Asyik2 suara mat salleh tu je aku dengar. Rase nak hempuk pon ade mat salleh tu. Lalu kaki melangkah juga masuk di kedai itu.
Huh! Ikut juga aku. Manelah abang Man ni? Cepatlah muncul.. Kalau bukan sebab abang man, tak de makna abang Kai nak ikut Isyah. Abang Man!!! Cepatlah muncul!! Sakit hatilah duduk dengan abang Kai ni.. Jerit Alisyah di dalam hatinya. Qayyum di sebelahnya dikerling sekilas.
Qayyum tidak menghiraukan Alisyah yang sedang sibuk mencari hadiah buat ibunya. Matanya tertumpu pada telefon bimbitnya.
"Ye dik! Ada apa2 yang akk boleh bantu" tanya salah seorang pekerja dalam linkungan - 30 an.
Badan Qayyum yang tadinya disandarkan pada rak beg itu automatik menegak apabila salah seorang pekerja di situ menegur mereka.
Alisyah memaniskan mukanya pada pekerja itu dengan memberikan senyuman."Saya nak tanya.... yang mana beg yang sesuai untuk yang berusia - 50 an?"
"Owh.. Yang adek pegang ni memang sesuai dengan yang berumur 50 an... Beg ni adalah beg keluaran baru di kedai kami." ramah sungguh cara percakapan pekerja itu apabila menerangkan tentang beg yang di pegang Alisyah.
"Macam mane? Adek berminat?"
Alisyah masih berfikir2 dahulu. Dilihatnya tanda harga pada beg tersebut. Rm 500.00. Alhamdulliah cukup2 dengan bajet aku.
"Cuba tanya suami? Okey tak? Kalau tak berkenan dengan reka bentuk ni kami masih ada pelbagai jenis rekaan."
Terbatuk Qayyum apabila mendengarkan perkataan 'suami' daripada pekerja itu. Walaupun tadinya dia sangat ralet dengan telefon bimbitnya, tetapi dia masih dapat tangkap lagi apa yang baru dikatakan pekerja itu.
Alisyah mengusap lembut belakang Qayyum. Cuba meredekan batuk lelaki itu yang dia rasakan sudah melarat.
Terkejut Qayyum dengan perbuatan Alisyah itu, tetapi dia tidak hiraukan kerana dia memang perlukan seseorang untuk membantunya. Entah kenapa terlalu teruk pula batuknya kali ini.
"Maaf kak.. Ni bukan suami saye.. Ni abang saye." balas Alisyah setelah batuk Qayyum itu reda.
Terbuntang mata Qayyum apabila mendengar balasan Alisyah itu. Dia ni dah kenapa cakap aku abang dia? Ambik kesempatan ke apa?
Alisyah tidak menghiraukan pandangan pelik dari Qayyum itu. Kerana dia memang terpaksa berkata begitu kepada pekerja ini kerana takut pula apa yang akan dipikirkan kakak itu sekiranya dia mengatakan Qayyum ini adalah rakannya. Kak.. Sorry.. Sebab dah tipu akk..
"Owh.. Ye ke.. Patutlah muka pon nak seiras.. Maaf ye.. Macam mane dek? Nak tak?"
Alisyah dan Qayyum hanya memberikan senyuman tawar pada kakak itu. Nampak sangat senyuman mereka itu senyuman palsu.
"Eerr... Haa.. Boleh lah.." tergagap2 Alisyah ingin memberikan jawapan pada pekerja itu.
"Okey.. Tunggu kejap eh" pekerja itu pon pergi meninggalkan Alisyah dan Qayyum bersama beg yang di pilih Alisyah.
Alisyah terus melihat dirinya di cermin yang di sediakan oleh pihak kedai itu apabila kelibat pekerja itu hilang dari pandangan mereka. Qayyum juga membuat kelakuan yang sama seperti Alisyah. Mereka meraba2 muka masing2. Lalu serentak mereka berpandangan antara satu sama lain.
"Sama?!" serentak mereka bersuara . Tidak percaya dengan kenyataan yang baru dikatakan pekerja itu.
"Tang mana yang sama?" soal Alisyah dengan muka yang berkerut sambil itu dia memerhatikan setiap inci wajah Qayyum.
"Entah..aku pon tak tahu. Tang mana yang sama" Qayyum juga membuat perkara yang sama seperti yang dilakukan Alisyah. Mencari dimanakah tempat yang sama yang dikatan pekerja itu. Tiba2 tanpa sengaja mata mereka bertembung.
Jantung Alisyah tiba2 berdegup laju apabila melihat panahan mata dari Qayyum itu. Sungguh cantik mata Qayyum yang berwarna biru laut itu. Bukan pakai apa2 eh.. Ni memang mata semula jadi yang diberikan oleh Allah kepadanya.
"Dik!"
Mati lamunan Alisyah apabila pekerja tadi itu menyapanya dengan membawa satu beg kertas.
"Owh.. Ye kak?" muka Alisyah sudah berubah merah apabila pekerja itu sudah berada di depannya. Huwaaa malunya.. Buatnya kalau akak ni nampak ape yang aku buat dekat abang Kai tadi, boleh jadi viral apa yang baru buat tadi. Kau pon satu Isyah.. Yang kau pandang abang Kai macam tu kenapa.
"Semuanya sekali 500 ringgit"
Alisyah mengeluarkan 5 keping note berwarna ungu kepada pekerja itu. Lalu Alisyah menyambut beg kertas yang diberikan pekerja itu.
"Terima kasih"
Qayyum hanya mengekori langkah Alisyah yang sudah melangkah keluar dari kedai itu.
Alisyah mengurut dadanya berkali2. Degupan jantungnya masih tidak stabil setelah apa yang dilakukannya tadi. Weii rilexlah.. Tak yah lah nak macam ni sangat.. Sakit kau tau tak..?
Isy!! Isyah ni.. Dari tadi asyik nak tinggalkan aku. "Heii.. Tunggulah aku.. Yang macam nak lari dari aku ni kenapa?" Qayyum menarik lengan Alisyah sedikit kuat.
Disebabkan tarikan Qayyum yang sedikit kuat itu membuatkan lengannya terasa pedih.
"Bang.. Sakitlah.."?
Qayyum terus melepaskan peganganya pada lengan Alisyah apabila mendengar suara Alisyah yang sedang menahan rasa sakit.
"Sorry.."
Alisyah menggosok lengannya yang terasa pedih itu.
"Kenapa kau ni? Ok tak?"
Alisyah mengerutkan dahinya apabila mendengar soalan Qayyum.
"Kenapa abang tanya cam tu?"
"Ye lah aku tengok kau macam tak okey je"
"Tak de lah.. Isyah ok je" Alisyah meneruskan langkahnya yang terhenti tadi.
"Kenapa kau cakap aku abang kau tadi?"
Alisyah tersenyum dahulu sebelum menjawab pertanyaan Qayyum itu.
"Sebab takut orang tu fikir lain kalau Isyah cakap abang ni kawan Isyah."
"Sebab tu je?"
Alisyah mengangguk sambil tersenyum.
"Tapi kenapa tadi die cakap muka kite same eh?" Alisyah meletak tangannya di dagu.
"Entah.. Aku pon pelik.." dia juga masih tertanya2 lagi dengan apa yang dikatakan pekerja itu tadi.
"Biarlah.. Malas nak fikir.. Same ke ape ke sukati dia lah nak cakap apa."
Qayyum hanya tersenyum melihat gelagat Alisyah.
"Kai.. Isyah .." terhenti langkah Alisyah dan Qayyum apabila mendengar ada suara yang memanggil mereka.
Ni mesti Luqman ni..
Ni mesti Sara ni..
Qayyum dan Alisyah berpandangan antara satu sama lain. Masing2 seperti mengerti apa yang ada di dalam otak masing2. Alisyah dan Qayyum meneruskan perjalanannya seperti biasa. Buat2 tidak dengar dengan panggilan dari Luqman dan Sara itu.
"Qayyum.. Isyah..."
"Diorang ni memang tak dengar ke buat2 tak dengar?" soal Luqman sambil melangkah ke arah Qayyum dan Alisyah.
"Weeiii.. Kau tak dengar ke kite orang panggil?" Luqman yang sudah mendekati Qayyum itu menepuk bahu rakannya. Sama juga dengan kelakuan Qaisarah. Dia juga menepuk bahu Alisyah setelah mengahmpiri rakannya.
Seperti apa yang di rancangkan dari awal tadi. Alisyah akan sekel kepalanya rakannya apabila Qaisarah berada di depannya begitu juga dengan niat Qayyum dia juga akan sekel kepala rakannya itu apabila bertemu dengan rakannya seorang ini. Outomatik tangan mereka berdua membuat serangan kepada Qaisarah dan Luqman.
"Weii..ape ni..?" jerit Qaisarah dan Luqman serentak.
"Ape kau kate..? Korang berdua pergi mane tadi? Dah lah terus menghilang macam tu.. Tak cakap dengan orang.. Memang patut pon kau kene macam ni." kata Alisyah sambil tangannya menyekel kepa Qaisarah.
"Alah.. Sorrylah.. Kite orang pegi jalan2 kejap tadi" balas Luqman.
"Kejap hotok mu.. Nak dekat 2 jam kau tau tak?" Qayyum melepaskan Luqman yang tadinya dalam serangannya.
Qaisarah dan Luqman hanya tersenyum kambing mendengar kata2 Qayyum. Lame jugak eh? Dua2 sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Okey2.. Tanda kiteorang minta maaf.. Aku belanja korang makan.. Amacam.. Okey tak?" Luqman sudah mengaku kalah setelah apa yang dibuatnya. Memang patut pon mereka dapat serangan begitu. Siapa suruh tidak beritahu terlebih dahulu
Qayyum dan Alisyah permandangan antara satu sama lain." Okey! " balas mereka serentak sambil tersenyum gembira. Siapa tidak gembira kene belanja makan. Sempat mereka membuat high five.
Share this novel