"Isyah!" tegur Qayyum. Alisyah tersenyum apabila melihat Qayyum yang menegurnya.
"Kenapa tak tunggu abang? Lepas habis kelas terus keluar macam tu je" Qayyum membuat suara seakan merajuk.
Alah.. Abang aku ni.. Nak merajuk pulak.
"Isyah sakit perutlah.."
Qayyum mengangguk perlahan. Baru nak merajuk. Qayyum memandang pelik wajah Alisyah.
"Asal sembab sangat mata tu?"
Alisyah meraba mukanya. Alah.. Nampak lagi ke? Aku ingatkan dah hilang sembab ni.
"Errr.. Arr.. Isyah.. Isyah tak cukup tidur.. Tu yang sembab sikit mata ni. Ye lah.. Banyak sangat kerja yang sir bagi."
Berkerut dahi Qayyum apabila mendengar jawapan yang sedikit tidak masuk akal dari Alisyah.
"Ye ke? Tapi sebelum ni, kalau sir bagi kerja banyak mane pon, Isyah tak pernah pulak sampai tak cukup tidur kan?" tebak Qayyum.
Alah.. Abang ni.. Tau2 je.. Aku tipu die. Nak bagi alasan ape ni?
"Isyah.. Cepat bagi tau abang. Kenapa ni?"
"Tak de apa2 lah abang.. Abang ni.. Risau sangat."
"Mestilah abang risau.. Sayang abang ni.." Qayyum mencuit hidung Alisyah.
"Okeylah.. Kalau Isyah tak nak bagi tahu tak pe. Tapi.. Abang nak tau. Kenapa hari tu waktu abang dekat hospital.. Isyah menangis? Haaa ni jangan nak tipu abang. Abang kenal eh muka orang yang baru lepas menangis."
Alisyah mengeluh perlahan. Abang ni.. Ade je cara nak korek rahsia orang..
"Isyah ade masalah family sikit.." lirih suara Alisyah.
Masalah family? Aku tengok okey je diorang.
"Masalah ape ni? Ceritalah dekat abang. Mana tau abang boleh tolong."
Cerite je lah Isyah.. Dah abang kau ni nak tahu sangat.. Selagi tak cerita, selagi tu die paksa kau. Alisyah menarik nafas sedalam2nya, lalu dihembus perlahan. Alisyah menceritakan kepada Qayyum tentang masalahnya bersama Zakwan daripada awal sehingga akhir, termasuklah kejadian yang berlaku padanya tempoh hari.
"Ya Allah.. Macam tu sekali Wan buat dekat Isyah..."
Alisyah hanya menundukkan wajahnya. Air matanya sudah bergenang di kelopak matanya. Tahan Alisyah... Kau tak penat ke asyik menangis je kalau cakap pasal abang Wan? Kau kene kuat.
"Abang akan cuba selesaikan masalah ni.." tekad Qayyum. Alisyah sudah membulatkan matanya. Haaa ni tak suke ni..
"Abang.. Tak payah lah.. Menyusahkan abang je.. Ni kan masalah Isyah.." serba salah Alisyah jadinya.
"Mane ade menyusahkan.. Tak pe.. Abang tahu nak buat macam mane.."
"Haiihh.. Cara abang cakap macam abang kawan dengan abang Wan pulak." Alisyah tersenyum sinis ke arah Qayyum.
"Iqbal kan kawan abang."
Alisyah mengangguk perlahan. Lupe pulak abang Kai kawan dengan abang Iqbal.
"Dah jom lah! Tak yah sedeyh2.." Qayyum bingkas bangun dari tempatnya. Lalu tangan dihulurkan kepada Alisyah.
Alisyah tergamam dengan kelakuan Qayyum. Haihh!! Abang Kai ni.. Seriuslah.. Orang tengok kut.
Qayyum membuat isyarat mata kepada Alisyah. Alisyah yang memahami dengan isyarat mata Qayyum, perlahan2 menyambut huluran tangan Qayyum. Hmm.. Nasib lah kau Isyah.. Mestilah... lepas ni jadi bahan mulut diorang. Iyalah.. Budak famous kot dekat U ni.
****
2 tahun kemudian
"Isyah.. Abang nak bagitahu sesuatu ni.." Qayyum memulakan bicaranya setelah beberapa minit berdiam diri.
"Hmm.. Ape die abang." soal Alisyah teruja lalu disisip sedikit air jus oren di depannya. Matanya tidak beralih daripada terus menatap wajah Qayyum. Wajah yang dirinduinya setelah beberapa bulan tidak berjumpa.
Qayyum tersenyum apabila melihat wajah Alisyah yang dari tadi tidak lekang dengan senyuman.
"Abang rindu Isyah..." luah Qayyum.
"Isyah pon rindu abang jugak... I miss you soo much!"
Qayyum tergelak kecil apabila Alisyah siap membuat memek muka yang comel apabila mengatakan yang dia juga merindukan dirinya. Terhenti tawa Qayyum setelah mengingati hajatnya untuk bertemu Alisyah.
Berkerut dahi Alisyah apabila melihat kelakuan Qayyum yang tiba2 berubah 360 darjah.
"Abang Kai? Abang okey tak?"
Qayyum hanya mengangguk apabila mendengar soalan Alisyah. Wajahnya masih tertunduk sambil tangannya menguis2 penyedut minumannya.
"Abang...." panggil Alisyah sekali lagi. Hatinya kuat mengatakan yang Qayyum berada dalam masalah sekarang ini.
"Isyah... Abang nak bagi tahu sesuatu ni.."
Makin berkerut dahi Alisyah apabila melihat kelakuan Qayyum yang tiba2 menjadi sopan dengannya.
"Abang kenapa ni? Peliklah Isyah dengan abang ni.. Ye.. Isyah tahu.. Kite dah lame tak jumpe.. Tapi abang janganlah macam ni.."
"Jangan macam ni macam mane?" soal Qayyum.
"Abang janggal dengan Isyah kan?"
Qayyum tertawa terbahak2 apabila mendengar ujaran Alisyah yang lawak baginya.
Alisyah sudah mencebik apabila dirinya di tertawakan oleh Qayyum.
"Mane ade... Abang nak bagi tahu Alisyah yang abnag kene pergi Paris. Abah suruh abang tengokan hotel dekat sana.."
Terus mati senyuman Alisyah apabile mendengar kenyataan daripada Qayyum. Sedeyh! Itulah perasaannya saat ini.
"Lame ke?" soal Alisyah sambil tangannya menguis2 strow airnya.
"Tak de lah lame mane.. Cume 3 tahun je?"
Hah?! Cuma 3tahun dia cakap? Argghh!!! Jeritan itu hanya bergema di hatinya.
"Kenapa senyap je ni?" soal Qayyum pelik apabila melihat kelakuan Alisyah.
Apa soalan ni? Mestilah aku tengah sedeyh!!
"Tak de ape lah.. Jadi bile abang gerak pergi sane ni?"
Wuiisshh!! Ni macam tak sabar je nak aku pergi.
"Lusa in sya Allah. " balas Qayyum.
Hampir tersedak air yang diminum Alisyah. Eee.. Abang Kai ni biar betul?!! Kenapa baru bagi tahu? Ya Allah.. Kuatkan hatiku.. Mungkin dia main2 kot.
"Abang biar betul? Abang janganlah main2.." suara Alisyah sudah bertukar serius.
"Mane ade abang main2.. Abang seriuslah.."
Tanpa di pinta, laju sahaja air mata Alisyah mengalir di pipinya.
Qayyum menjadi terpinga2 apabila melihat Alisyah tiba2 menangis.
"Eh Isyah... Kenapa menangis ni?" pujuk Qayyum.
"Kenapa abang baru bagi tahu Alisyah sekarang.. Abang tahu tak Alisyah rindukan abang sangat2.. Dah lah dah 2 tahun kite tak jumpa. Sebab apa kita tak boleh jumpa pon Alisyah tak tahu.. Ni tiba2 bila dah dapat jumpa, abang bagi tahu abang kene pergi Paris pulak. Abang.. Abang tahu tak bende ni perit bagi Alisyah? Ke abang dah tak sayangkan Alisyah? Kalau abang tak sayangkan Alisyah abang cakap je.. Abang janganlah bagi harapan palsu dekat Isyah.." tersedu2 Alisyah menangis.
Qayyum juga sudah mengalirkan air matanya setelah mendengar pengakuan Alisyah. Sungguh! Dia juga merasakan kesakitan yang dirasakan Alisyah. Tetapi ada sebab kenapa dia buat semua ini. Semua ini untuk kepentingan diri Alisyah juga. Qayyum menggenggam erat tangan Alisyah.
"Iya sayang.. Abang pon sayangkan sayang.. Tapi nak buat macam mane.. Abang terpaksa pergi juga.. Sebab memang tak ade orang yang handle hotel abah dekat sane.. Jadi sebabkan abang sorang je anak lelaki yang ibu dan abah ade.. Jadi abanglah yang kene pergi. Tak kan lah sayang nak suruh Ahnaf kot yang handle hotel kat sane.. Kalau Ahnaf tu baby boss abang tak kesah.. " sempat lagi Qayyum mengusik Alisyah.
Alisyah tertawa apabila mendengar usikan Qayyum itu dengan air matanya yang masih mengalir di pipinya.
"Dah2.. Janganlah nangis2.. Sayang tak rindu abang ke? Dah lah kita dah lame tak jumpa.. Lepas tu sayang pulak nak sedeyh2.. Tak mau lah.." Qayyum menyeka air mata Alisyah yang masih mengalir di pipi Alisyah.
"Isyah sayang abang tau.."
"Iya.. Abang pon sayang Isyah.." balas Qayyum sambil tersenyum.
"Abang jangan gatal2 eh duduk dekat negara orang?"
"Iya.. Abang janji.."
"Promise?"
"Yaaa.. I'm promise.." jari kelinking mereka berpaut menandakan mereka berjanji.
Share this novel