Qayyum memicit kepalanya yang sudah berasa berdenyut2. Ya Allah.. Kenapa ni? Dicarinya R&R yang berdekatan. Sudah tidak ditahan sakitnya kali ini. Terasa mahu pecah sahaja kepalanya. Tiba2 matanya menjadi pitam. Disebabkan Qayyum yang sudah hilang kawalan.
Pin!!!!
Dum!!!
Kereta civic hitam yang dipandu Qayyum terlanggar dengan kereta Myvi yang berada di line bertentangan dengannya.
****
Luqman yang sedang focus pada perjalanannya terganggu apabila telefonnya berbunyi menandakan ada orang yang telefonnya. Lalu keretanya di berhentikan dahulu di bahu jalan untuk menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum Luqman" kedengaran suara wanita tua memberi salam kepadanya di hujung talian.
"Waalaikumussalam.. Iya.. Siapa ye ni?" soal Luqman pelik. Siapalah yang menelefonnya ini. Dan dari mana orang yang menelefonnya ini mengetahui namanya.
"Ni mak Qayyum ni."
"Owh.. Cik Sakinah.. Maaflah.. Saya tak save nombor mak cik"
"Tak pe2.. Mak cik tak kesah.. Mak cik telefon kamu ni nak tanya. Kai dah gerak belum?"
Berkerut dahi Luqman mendengar soalan dari ibunya sahabatnya itu.
"Dah lame dah gerak mak cik. Kami sama2 gerak pukul 10 pagi tadi. Kai tak sampai lagi ke mak cik?" Luqman menelek jam di pergelangan tangannya. Sudah menunjukkan angka 3 tengahari.
"Belum.. Tadi mak cik call berkali2 tak dapat.. Man tolong call die boleh tak? Mak cik risaulah.."
Sayu kedengaran suara Puan Sakinah di pendengaran Luqman.
"Okey.. Boleh cik.. Nanti apa2 saya bagi tau acik."
"Time kaseh ye man.."
"Sama2.." selepas sahaja mematikan talian, Luqman cepat2 mencari nombor Qayyum. Setelah menjumpainya laju sahaja butang hijau ditekan.
"Assalamualaikum Kai.." ucapan salam diberikan dahulu sebelum bertanyakan soalan yang lebih lanjut kepada Qayyum.
"Waalaikumussalam.. Awak ini kawan kepada Qayyum ke?"
Mendengar balasan daripada hujung talian itu, muka Luqman terus berubah. Terkejut, risau, gelabah, semuanya bercampur baur. Luqman tidak tahu apakah perasaannya sekarang ini. Yang dia ingin tahu, apakah yang terjadi pada Qayyum.
"Iya.. Kenapa ye?"
"Kami pegawai polis yang berada di tempat kejadian, ingin memaklumkan bahawa pesakit yang bernama Qayyum baru sahaja mengalami satu kemalangan. Dan sekarang pesakit di bawa ke Hospital Oriental Melaka."
Allah... Ingin meletop jantung Luqman apabila mendengar berita yang paling ditakutinya terjadi kepada sahabatnya. Tetapi kita hanya manusia biasa yang hanya mampu berdoa agar minta di jauhkan perkara2 yang tidak diingini daripada berlaku. Yang selebihnya adalah ketentuan Allah yang tidak kita dapat menghidarinya. Kita harus menerina qada' qadar Allah yang telah ditentukan sejak azali lagi. Tanpa diminta air mata Luqman laju mengalir di pipinya. Selepas sahaja talian dimatikan, Luqman terus membuat pusingan U turn ingin menuju ke arah hospital yang dikatakan polis tadi. Dia tidak heran walaupon perjalanannya sudah separuh jalan menuju ke kampung halamannya. Dia tidak sanggup meninggalkan Qayyum seorang diri sewaktu dia sedang sakit. Sedangkan mereka tdlah berjanji akan bersama walau dalam keadaan susah atau senang.
Baik aku bagi tau Isyah. Dia kan dekat Melaka. Kesian pulak Kai tak de orang datang sebab aku tak bagi tahu orang laen.. Padahal aku lambat lagi ni.
****
Alisyah yang baru sahaja keluar dari bilik mandi, terus meluru ke arah katilnya apabila mendengar ringtone ade orang menghubunginya.
"Kenapa abang man?" tanya Alisyah setelah salam diberikan. Pelik pula apabila Luqman menelefonnya petang2 ini.
"Kai excident. Die dekat Hopital Oriental Melaka. Isyah tolong pegi sana. Abang lambat lagi nak sampai ni. Ok lah Assalamualaikum." Luqman terua sahaja straight to the point kepada Alisyah. Kerana dia masih dalam perjalanan. Tidak pasal2 dia di saman kerana tidak mematuhi undang2 jalan raya. Dan lagi melambatkan perjalanannya ke Melaka.
Terkedu Alisyah apabila mendengar berita daripada Luqman. Seperti tidak percaya dengan apa yang baru di dengarinya. Tak kut.. Mungkin aku salah dengar kut.. Ataupun abang man saje nak kenekan aku. Hishh.. Apelah abang man ni.. Bende ni tak lawak kon nak main gurau2. Tanpa disedari air matanya jatuh mengalir. Cepat2 Alisyah menyarungkan blouse lengan panjang di badannya. Memandangkan blousenya itu parat2 lutut, Alisyah menyarungkan seluar fit putih di kakinya. Rambutnya yang panjang itu, dia ikat satu.
"Isyah nak pergi mane ni?" tanya Dato' Faqruddin. Mana tak peliknya. Baru sahaja tadi dia sampai ke rumahnya. Tup tup.. Mahu keluar pula. Tidak pernah2 lagi anak gadianya bersikap begitu.
"Abi.. Isyah nak minta izin keluar. Kawan Isyab excident. Die sekarang dekat hospital Oriental."
Terang Alisyah dengan air matanya tidak henti2 mengalir.
"Haa iyalah.." cepat sahaja keizinan di berikan Dato' Faqruddin apabila melihat situasi anaknya. Mesti orang itu adalah orang yamg istimewa bagi Alisyah. Kalau tidak kenapa sampai menangis teresak2.
Lantas tangan Dato, Faqruddin diciumnya setelah mendapat kebenaran dari ayahnya.
****
"Maaf.. Nak tanya.. Dekat mana ye ward pesakit yang bernama Qayyum?" Alisyah terus mambawa langkahnya ke kaunter pertanyaan.
"Pesakit yang baru lepas kemalangan tadi ye?"
Alisyah mengangguk laju mengiyakan pertanyaan orang yang menjaga di kaunter pertanyaan itu.
Setelah diberitahu di mana lokasinya, terus Alisyah membawa langkahnya ke tempat yang di katakan.
Alisyah hanya mampu berdoa semoga semuanya baik2 sahaja.
****
Alisyah terus meluru ke arah Qayyum yang sudah terbaring lesu di atas katil pesakit itu. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi yang di sediakan. Air mata yang tadinya sudah kering, merembas lagi setelah melihat keadaan Qayyum. Abang.. Isyah datang ni.. Tangan Qayyum di gengamnya erat. Abang.. Macam mana boleh jadi macam ni... Abang mengantuk ke? Kenapa abang tak berhenti kalau abang mengantuk? Tapi kenapa abang tiba2 datang Melaka? Kan rumah abang dekat Selangor? Bertalu2 soalan Alisyah berikan kepada Qayyum walaupon dia tahu soalan2nya tiada lansung jawapan daripada Qayyum. Kepalanya di letakkan pada palang katil sambil wajahnya tunduk memandang lantai.
Setelah beberapa jam Alisyah duduk di dalam ward yang diduki Qayyum, kedengaran pintu dibuka dari luar.
"Assalamualaikum.."
Alisyah mengangkat mukanya apabila mendengar ucapan salam yang diberikan pada orang yang baru memasuki bilik itu.
"Waalaikumussalam abang Man.." segera air matanya diseka dengan belakang telapak tangannya.
Luqman membawa langkahnya ke arah Qayyum. Beg yang dibawanya diletakkan di atas rak yang sudah disediakan oleh pihak hospital.
"Doktor ada cakap apa2?"
Alisyah menggelengkan kepalanya. Memang dariapda tadi Alisyah berada di situ, tiada pula doktor atau nurse yang masuk.
Setelah beberapa minit berada di ward Qayyum, barulah Luqman teringat.
"Allah.. Abang lupa nak bagi tau mak Kai.." lalu telefon di capai dan di hubunginya ibu merangkap sahabat baiknya.
Alisyah hanya memandang Luqman tanpa riak. Kira diorang ni memang rapatlah.. Sampai ade nombor mak ayah.. Alisyah memandang Qayyum lagi. Sayu hatinya apabila mengenangkan kenangan2nya bersama lelaki itu yang selalu sangat menyakatnya. Ada sahaja ideanya ingin menganggu Alisyah.
****
"Isyah.. Abang nak bagi tau sesuatu ni.."
Terkejut Alisyah apabila dikejutkan dengan kedatangan Qayyum yang secara tiba2 itu automatik buku yang ditulisnya itu terconteng sedikit.
"Abang ni.. Habes terconteng.." Alisyah mengeluh kasar.
Qayyum hanya tersenyum melihat Alisyah.
"Apa2 lah.. Abang nak bagi tahu sesuatu ni.. Isyah nak dengar tak..?"
Alisyah menjeling sekilas Qayyum yang duduk berhadapan dengannya.
"Tak nak.."
Qayyum mengangkat bahunya. Ok fine..
Alah.. Die ni.. Mengada lah.. Nak ngajuk2 bagai apasal..
"Iyalah.. Cepatlah.."
Qayyum tersenyum sinis. Elleh.. Nak jugak.. Terbantut langkahnya.
"Abang suke Isyah.." senyuman yang paling kacak diberikan pada Alisyah. Selamba sahaja pengakuannya pada Alisyah.
Ternganga mulut Alisyah apabila mendengar kejujuran yang di ucapkan Qayyum. Abang Kai ni kan... Agak2 ah.. Nak gurau pon.. Aku dah lah dah cinta dia separuh mati ni. Boleh pingsan aku kat si ni tengok die senyum. Dah lah hensem nak mampos.
"Abang gile eh..?" Alisyah menjeling tajam ke arah Qayyum. Tangan masih ligat membuat kerja yang diberikan teacher Juliza.
"Apa pulak Isyah cakap abang gila? Abang seriuslah.." Apa lah budak ni.. Aku cakap serius.. Dia cakap aku gila pulak. Kang aku hempuk dengan beg ni kang. Mahu lebam muka comel tu. Tapi sanggup ke kau Kai.. Sayang tu.. Buat Alisyah tiba2 benci kau ke? Eee.. Tak boleh.. Tak boleh..
Alisyah hanya membuat muka selamba mendengar luahan dari Qayyum. Mana ada orang luah macam tu.. Hisshh.. Main2 ah.. Abang Kai ni.. Jangan bagi aku harapan lah.. Sakit kau tahu tak? Dah lah jantung ni tak tahu dah buat konsert apa kat dalam ni.. Dah berdegup macam nak pecah dah ni.
Qayyum mengeluh perlahan apabila melihat Alisyah yang tidak menhiraukan lansung luahannya. Ni mesti Isyah tak percaya apa aku cakap ni. Lalu tangan Alisyah digenggamnya erat.
Terkejut Alisyah dengan tindakan Qayyum yang secara tiba2 itu. Lidahnya jadi kelu. Lansung satu patah perkataan pun tidak dapat di keluarkan dari mulutnya. Seketika mata mereka bertembung. Cantiknya mata abang Kai. Alisyah terpegun seketika.
"Isyah... Abang serius ni.. Abang sayangkan Isyah sangat2... Isyah tak percaya abang ke?" tangan Alisyah di ramasnya beberapa kali.
Tertunduk wajah Alisyah apabila terasa segan dengan panahan mata cantik Qayyum.
Mesti dia tak terima kau Qayyum. Tapi ape aku ni tak cukup hensem ke? Hahaha... Sempat kau puji diri sendiri Kai.. Perlahan2 Qayyum melepaskan tangan Alisyah. Tapi tak pe lah.. Aku nak luah kat dia je. Biar die tahu aku ni sayang die.
"Kalau Isyah tak terima abang tak pe.. Abang cuma nak bagi tahu tentang perasaan abang ni dekat Alisyah je.. Okey lah.. Abang pegi dulu"
Cepat2 Alisyah mengangkat mukanya apabila mendengar terasa Qayyum sudag ingin meninggalkannya. Gile kau nak tolak? Orang yang tengah luah dekat dia ni orang yang dia sayang kot? Dah lah orang yang faling famous kat University ni.
Terhenti langkah Qayyum apabila namanya di seru Alisyah.
"Hmm.. Kenapa Isyah." Qayyum melabuhkan semula punggungnya.
"Isyah pon sayang abang lah.." selamba sahaja Alisyah mengaku tentang perasaannya. Malunya die tolak ke tepi. Di tolaknya jauh2 pada waktu ini.
Ternganga Qayyum apabila mendengar jawapan Alisyah. Terasa ingin melompat sahaja di situ. Tidak di sangka, rupa2nya cintanya tidak bertepuk sebelah tangan.
"Betul ke Isyah?" sengaja Qayyum menyuruh Alisyah mengulangi semula jawapannya. Walaupon dia sudah pasti apakah jawapan yang di dengarinya dari Alisyah tadi. Qayyum tak pekak lagi ye you all..
"Iya lah abangku.." saja je..padahal dah dengar. Alisyah menjeling tajam ke arah Qayyum sambil tersenyum.
Tanpa disedari, air matanya mengalir lagi. Sekiranya dapat di tadah air mata Alisyah pada hari itu, dengan izin Allah, in syah Allah penuh satu baldi dengan air matanya.
Share this novel