"Assalamualaikum.." uacapan salam diberikan setelah Alisyah melangkah masuk ke dalam ward yang diduduki oleh ibu Qaisarah.
"Waalaikumussalam.." balas Haikal dan Puan Aisyah serentak.
Qaisarah berjalan menuju ke arah ibu dan abangnya. Alisyah hanya mengekori gerak langkah Qaisarah. Qaisarah mencium tangan abang dan ibunya terlebih dahulu.
"Eh Isyah pon ade?" teruja Haikal apabila melihat kehadiran Alisyah.
Alisyah hanya tersenyum melihat Haikal sebelum mencium tangan Puan Aisyah.
"Alisyah nak melawat mak kejap sebelum gerak pergi Melaka" Alisyah sudah terbiasa memanggil Puan Aisyah dengan panggilan Mak. Kerana Puan Aisyah yang menyuruhnya memanggil dirinya dengan gelaran Mak.
"Mak..." panggil Qaisarah yang baru melangkah masuk ke dalam rumahnya.
"Ya.." Puan Aisyah yang sedang memasak di dapur cepat2 bergegas ke ruang tamu apabila mendengar anaknya terjerit2 memanggilnya.
"Kenapa Sara?" bukan main cemas Puan Aisyah melihat anaknya yang sudah comot mukanya.
"Tak.. Ni haaa... Cik Asyiqin ade bagi makanan ni.." Qaisarah menghulurkan mangkuk tingkat yang berada di tangannya kepada ibunya.
"Hmm.. Ingatkan ape tadi.. Buat terkejut mak je.." laju tangan Puan Aisyah mencubit lengan anaknya sebelum mengambil mangkuk tingkat di tangan Qaisarah.
"Sakitlah mak..." Qaisarah menggosok tangannya yang telah dicubit tangan ketam ibunya.
"Mane Isyah?" tanya Puan Aisyah apabila perasan tiada lansung kelibat anak itu.
"Ade tadi dengan abang.. Lepas ni datanglah tu.."
"Mak!!!" panggil Haikal apabila melihat ibunya yang berada di ambang pintu rumahnya.
"Cik.." penuh sopan Alisyah menyapa Puan Aisyah. Siap mencium tangan Puan Aisyah.
"Tak payah lah panggil cik2.. Panggil mak je.." Puan Aisyah tersenyum melihat anak rakannya seorang ini. Comel.
"Tak pe lah cik.. Segan saya.." Alisyah sudah tersipu2 malu.
"Nak segan ape.. Mak cik dengan mak kamu tu dah macam adik beradik. Kamu ni.. Membesar depan mata mak cik kamu tahu tak? Dah.. Panggil je Mak.. Eh.."
Alisyah hanya tersenyum mendengar permintaan Puan Aisyah.
"Isyah tunggu kejap ye.. Mak nak pergi ambil makanan. Bagi mak kamu"
Alisyah yang baru teringat tentang pesanan ibunya, cepat2 menghalang pergerakan Puan Aisyah.
"Cik... Ehh.. Mak.. Umi kate tak payah..."
Terhenti langkah Puan Aisyah dirinya dihalang tangan kecil milik Alisyah.
"Kenapa?"
"Tak tau.. Tapi umi kate tak payah.."
"Tak pe lah.. Mak saje nak bagi umi kamu.. Tunggu kejap ye.."
"Errmm..Mak.. Tak pe lah..Isyah nak balik ni.. Tak tahan nak kencing.. Balik dulu.." cepat2 Alisyah meninggalkan rumah Qaisarah itu. Sebenarnya itu hanya helah dia untuk melarikan diri daripada Puan Aisyah. Tidak pasal2 dia balik nanti mendapat bebelan free dari ibunya.
Tanpa disedari,air mata Alisyah mengalir apabila mengingati semula peristiwa waktu pertama kali dia memanggil Puan Aisyah dengan gelaran Mak.
Terpinga2 Qaisarah apabila melihat butir2 jernih yang jatuh di pipi Alisyah.
"Isyah... Kau okey tak..? Asal tiba2 nangis ni?" Qaisarah yang berada di sebelah Alisyah, menggosok lembut belakang Alisyah.
Alisyah yang baru perasan akan emosinya, cepat2 menyeka air matanya dengan belakang telapak tangannya.
"Eh.. Tak de lah.. Mate aku ni masuk habuk.."
Hmm.. Ye ye jelah Isyah.. Malas aku nak layan kau.. Tak habes2 nak mengelak.. Qaisarah hanya mengangguk buat2 percaya apa yang dikatakan Alisyah sebentar tadi.
Setelah setengah jam Alisyah di situ akhirnya dia meminta untuk mengundurkan diri." Okeylah mak.. Isyah balik dulu.. Bang.." Alisyah mencium tangan Puan Aisyah terlebih dahulu. Lalu apabila giliran pula Alisyah memeluk erat sahabatnya. Iya lah..3 bulan itu adalah jangka masa yang lame. Pasti dia akan rindu kerenah rakannya ini.
"Nanti kirim salam umi eh.." pesan Puan Aisyah sebelum Alisyah meninggalkan bilik itu. "Abang sekali.. Kirim salam kat abi ngan umi.." Alisyah hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum.
****
"Kau dah nak gerak eh.." soal Qayyum pada Luqman yang membawa beg bagasinya yang ingin diletakkan di dalam bonnet kereta.
"Tak lah.. Aku nak letak awal2 je.. Nanti bile dah pukul 10 nanti terus gerak je.. Kau ni... Balik mane?" Luqman melabuhkan punggungnya di sebelah Qayyum setelah meletakkan begnya.
"Balik mana? Balik rumahlah.." berkerut dahi Qayyum apabila mendengar soalan dari Luqman. Dah kenapa Luqman.. Apa punya soalanlah..
"Tak.. Ke tiba2 kau nak balik melaka ke.."
"Owh.. Tak lah.. Mak aku kat sini.. Buat apa aku nak pegi sana.."
Luqman mengangguk perlahan apabila mendengar balasan Qayyum. Hmm.. Nasib baik kau balik rumah kat selangor je.. Tak de lah aku risau..
Sedang mereka rancak berborak sementara menunggu pukul 10, tiba2 telefon bimbit Qayyum menyanyikan lagu Rampas yang dinyanyikan Akim and the majistrik. Terus Qayyum menekan butang hijau apabila tertera nama ibunya di skrin.
"Assalamualaikum bu.."
"Waalaikumussalam.. Kai.."
"Kenapa bu.."
"Ibu nak bagi tahu.. Kite orang semue dekat Melaka ni.. Kai balik hari ni kan..?"
"Haah.."
"Haaa.. Kalau macam tu Kai tolak pergi Melaka eh.. Kat rumah tak de orang pon.."
"Owh.. Haa.. Ok2" setelah menamatkan dengan ucapan salam Qayyum menamatkan talian.
"Kenapa Kai..?"
"Mak aku dekat Melaka.. Hmm.. Kenelah gerak pegi sane.." Qayyum menyandarkan dirinya di sofa sambil memejamkan mata. Adoii.. Macam mane ni.. Aku dah lah sakit badan ni.. Tangan kananya diangkat tinggi memicit kepalanya yang berdenyut.
"Habestu macam mane? Kau dah lah tak sehat ni.." Runsing kepala Luqman apabila memikirkan kondisi kesihatan Qayyum.
"Macam mane, macam mane? Memang kene gerak pegi sana ah.. Aku dah lah sakit badan ni.."
Tidak keruan Luqman jadinya apabila Qayyum mengatakan yang dia sakit badan. Kalau ikutkan hatinya, hendak sahaja dia yang mengantarkan Qayyum sehingga sampai ke rumahnya. Tapi nanti apa pula kata Qayyum apabila dia membuat keputusan begitu. Luqman tidak tahu ingin membuat apa. Hanya doa yang mampu dia iringi perjalanan Qayyum semoga selamat sampai ke destinasi.
"Okey jom ah.. Pukul 10 dah ni.." Qayyum bingkas bangun dari tempatnya.
Luqman juga membuat perkara yang sama seperti Qayyum.
"Hati2 jalan.. Kalau kau mengantuk berhenti tau.. Jangan nak mencari nahas." sempat Luqman menasihati kawannya. Entah kenapa tiba2 hati Luqman berasa sebak. Ditahannya perasaannya yang tiba2 ingin menangis.
"Okey.. Kau pon same.."
Qayyum.. Semoge kau selamat sampai.. Ya Allah.. Kau selamatkanlh perjalanan sahabatku.
Share this novel