"Assalamualaikum.." ucap Alisyah setelah melangkah masuk ke dalam rumahnya.
"Waalaikumussalam.." ucap mereka serentak yang berada di ruang tamu itu.
"Aipp.. Happy semacam je umi tengok muka Isyah tu. Kenapa?" soal Datin Asyiqin. Berseri2 sahaja dia melihat wajah anak daranya.
"Hah?! Happy? Ade ape2 ke dekat wajah Isyah ni yang menampakkan Isyah happy?" soal Alisyah pula. Lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Iqbal.
"Eh! Orang tanya die, die tanye kite balik."
Alisyah hanya tersenyum mendengar kata2 uminya.
"Abang.." Alisyah mencuit pinggang abangnya Iqbal.
"Haa.. Kenapa?" tanya Iqbal. Matanya masih focus pada television yang sedang menyiarkan drama kesukaannya.
Alisyah membisikan sesuatu pada Iqbal. Tiba2 sahaja Iqbal menjerit.
"Seriously?!!"
Dengan serta merta semua mata tertumpu pada Iqbal.
"Kenapa ni Iqbal?" soal Dato Faqruddin tegas. Sambil tangannya mengurut dadanya. Terkejut dia tiba2 sahaja mendengar jeritan dari Iqbal. Tahu2 sahajalah bagaimana jeritan seorang lelaki. Dengan suara garaunya.
"Sorry abi.."
"Lepastu apa jadi dik?" bisik Iqbal pada Alisyah.
"Nantilah adik cerita.." kata Alisyah lalu dia bingkas bangun dari tempatnya.
"Isyah cerita apa, sampai kamu siap menjerit lagi.." soal Datin Asyiqin pula.
"Tak ade apa lah umi.." balas Iqbal dengan senyuman kerang busuknya.
****
Terjingkit2 Iqbal berjalan ke arah adiknya yang sedang duduk di tepi kolam rumahnya.
"Haargghhh!!!!"
Alisyah yang terkejut dengan sergahan itu,sedikit sahaja lagi dirinya ingin terjun ke dalam kolam. Tetapi nasibnya baik kerana tangan Iqbal cepat2 memegang lengannya daripada terjatuh ke dalam kolam. Dengan sepantas kilat cubitan ketam Alisyah hinggap di lengan abangnya.
"Adik!!! Sakitlah!!!" jerit Iqbal sambil tangannya menggosok2 lengannya yang perit dicubit Alisyah.
"Padan muka! Sape suruh abang terkejutkan Alisyah macam tu? Kalau Alisyah ni ada penyakit jantung, memang sekarang ni abang tengah maratapi Alisyah lah.. Haa waktu tu baru bak menyesal.." Alisyah menjeling tajam ke arah Iqbal yang duduk bersebelahan dengannya.
"Alah... Adik ni.. Abang gurau je.."
Alisyah tidak mengendahkan Iqbal yang sudah memeluk bahunya. Matanya masih ralit bermain telefonnya.
"Adik... Cepatlah cerita... Adik cakap ape je lepas jumpa k. Ummi tu?" soal Iqbal teruja. Tidak sabar dia ingin mendengar cerita daripada adiknya itu.
"Owh.. Haah.. Lupa pulak Isyah nak cerita.." Alisyah terus menyimpan telefon pintarnya ke dalam pocket seluarnya lalu dia memperbetulkan sedikit kedudukannya untuk duduk dengan lebih selesa sebelum memulakan ceritanya.
"Okey.. Macam ni.." Alisyah pon memulakan ceritanya daripada A sehingga Z kepada Iqbal tentang perjumpaannya bersama k. Ummi merangkap bekas tunang abangnya Zakwan pada petang tadi.
"Alhamdulillah.. Baguslah.. K. Ummi boleh terima.. Habes tu Wan tu macam mana pulak?" soal Iqbal.
"Tentang masalah adik dengan abang Wan pon k. Ummi dah tahu. K. Ummi kata dia nak tolong adik. Dia kata biar dia sendiri yang cuba ceritakan tentang perkara ni dekat abang Wan."
"Baguslah kalau macam tu.. Adik tak payahlah nak risau2 lagi lepas ni.." kata Iqbal sambil mengusap belakang Alisyah.
Alisyah mengangguk perlahan mendengar kata2 abangnya.
"Dah lah.. Jom lah masuk dalam.. Dah pukul berapa ni.. Tak elok perempuan duduk dekat luar ni malam2.. Dah lah sorang2.."
"Hmm.. Abang masuk je lah dulu.. Nanti adik masuk.." kata Alisyah.
"Kenapa... Rindukan cik abang ke?" usik Iqbal. Sejak daripada peristiwa kemalangan yang menimpa Qayyum itu, mereka sekeluarga sudah pun tahu tentang hubungan Alisyah bersama Qayyum.
"Haah.. Kenapa? Jealous ke?" perli Alisyah.
"Amboii... Perli nampak?" balas Iqbal dengan senyuman sinis yang menghiasi bibirnya.
Alisyah hanya tersenyum nakal.
"Dah lah.. Abang masuk dulu.." lalu Iqbal melangkah masuk ke dalam rumahnya.
Share this novel