Bab 8

Romance Series 3274

"Adik!" terkejut Alisyah dengan sergahan abangnya Zakwan. "Acik ni!! Terkejut adiklah... Hisshh" marah sungguh Alisyah apabila dikejutkan sebegitu. Mana tidaknya, dia yang sedang berfeeling2 membaca novel yang ditulis oleh Siti Rosmizah menjadi terganggu. Baru nak feeling2! Huh!

"Alah... Sorrylah dik..." Zakwan melabuhkan punggungnya bersebelahan Alisyah. "Dik! Tengok ni.. Cantik kan?" Zakwan menunjukkan satu foto kepada Alisyah. Telefon bimbit Zakwan sudah berubah tangan. Alisyah meneliti gambar tersebut.

"Cantik!" balasnya sepatah. Lalu memulangkan semula telefon bimbit milik Zakwan. "Sape tu Acik?" soal Alisyah ingin tahu.

"Kawan acik satu tempat kerje" Zakwan menilik gambar tersebut. Cantiknya.. Kau Ummi. "Abang suke die.."

Alisyah yang tadinya sibuk membaca novel terhenti. Seperti tidak percaya dengan apa yang dikatakan abangnya. "Ape acik? Tak dengarlah?"

Haih! Adik aku ni.. Duduk sebelah2 pon tak dengar ke?. "Abang suke die!!" sengaja dia menekan sedikit ayat suka itu.

Alisyah sudah ketawa terbahak2 mendengar luahan abangnya. Mana tidaknya. Abangnya seorang ini sudahlah hati batu. Tetapi tidak hairan jugalah abangnya boleh jatuh cinta dengan perempuan yang ditunjukkan abangnya. Dengan matanya yang berwarna hazel, hidung mancung, bibir tipis, dengan jarinya yang runcing dan bandannya yang lansing, memang sesuai sangat dengan abangnya yang kacak.

Eh adik aku ni! Lawak sangat ke aku kate aku suke dak Ummi ni?

"Acik.. Sape perempuan yang sampai boleh jatuhkan ego Acik yang melangit tu? Adik nak jumpe die nak ucap terime kaseh sebab dah bukakan pintu hati Acik yang tertutup selame ni" kata Alisyah dengan sisa tawa yang masih berbaki apabila perasan dengan perubahan wajah yang ketara dari abangnya.

Zakwan tergelak kecil apabila mendengar kata2 Alisyah. "Tapi masalahnya sekarang ni die tak tau yang abang suke ni.." Huh!

Mati tawa Alisyah apabila Zakwan berkata begitu. Novel yang dipegangnya ditutup dan diletakkan disisinya. "Acik tak bagi tau die ke?" tanya Alisyah sambil membetulkan kedudukannya menghadap Zakwan.

Zakwan menggelengkan kepalanya.

"Kenapa abang tak bagi tau die?"

"Sebab abang takut." tiba2 Zakwan mendapat idea yang menarik. Zakwan memandang Alisyah dengan mata yang bersinar2.

Alisyah seperti dapat mengagak apa yang abangnya inginkan. Cepat2 Alisyah bingkas bangun ingin melarikan diri dari abangnya.

Sempat Zakwan menarik tangan Alisyah yang ingin lari daripadanya "Dik tolonglah acik.. Adik tak kesian ke dengan acik.. Umur acij dah lah dah tua.. Sampai bila acik nak macam ni..? " rayu Zakwan dengan mimik muka yang meraih simpati.

Mendengar rayuan abangnya, Alisyah duduk semula ditempatnya. Kesian pula apabila melihat keaadaan abangnya.

Zakwan sudah tersenyum nakal. Yess!

Alisyah menjeling tajam abangnya apabila melihat abangnya yang sudah tersenyum gembira.

"Acik nak adik tolong ape? " soal Alisyah malas.

"Tolong pikatkan die untuk abang?"

Serius ah acik ni? Nak suruh aku pikatkan perempuan tu untuk die? Aku dah lah tak pernah ada pengalaman pasal bende2 ni.. Adoii! Alisyah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Boleh tak dek?" soal Zakwan apabila adiknya hanya mendiamkan diri.

Erk! "Er.. Bolehlah.." balas Alisyah. Sebenarnya dia tidak berapa yakin dengan jawapannya.

Yess! Zakhwan bersorak gembira. Dia sudah mula berangan2 bagaimana sekiranya impiannya akan tercapai untuk berasam Ummi.

Amboi! Suka nampak. "Tapi adik tak janji tau.. Ye lah.. Adik tak pernah ade pengalaman"

"Tak pe tak pe... Asalkan adik dah cube... Kalau die tak terime itu dari diri die lah..."

"Hmm.." Alisyah membaca semula pembacaan novelnya yang terbantut.

"Sayang adik!!" Zakwan memeluk Alisyah erat. Alisyah hanya tersenyum dengan kelakuan abangnya.

Alisyah menangis teresak2 apabila mengingati keakrabannya bersama abangnya Zakwan. Dia sangat merindui detik2nya bersama Zakwan. Disebabkan peristiwa 5 tahun lepas, semuanya berubah mendadak. "Ini semue sebab kau Athirah!!! Ni semue sebab kau!!! Aku benci kau!! Kalau bukan sebab kau, ni semue tak kan terjadi!!! Aku benci kau!!!!!" Alisyah menjerit sekuat2 hati di balkoni apartmentnya. Cuba melepaskan semua kemarahannya yang terbuku selama ini. Mukanya yang putih sudah menjadi merah padam apabila mengingati semula peristiwa itu.

"Isyah..." panggil Qaisarah yang baru memasuki ruang apartmentnya. Qaisarah berjalan mendekati Alisyah. Semakin Qaisarah mendekati Alisyah, dia menjadi risau apabila melihat air mata Alisyah yang tidak henti2 mengalir. "Isyah.. Kau kenape ni?" lantas dia memeluk rakannya itu.

Alisyah menangis semahu2nya di bahu Qaisarah. Qaisarahlah yang menjadi tempatnya untuk mengadu pada waktu ini. Hanya Qaisarah yang mengetahui kejadian yang berlaku antara Alisyah dan Zakwan. Qaisarah mengusap lembut belakang Alisyah, cuba menenangkan sahabatnya.

"Sara.. Aku rindu abang aku.." luah Alisyah dengan esak tangis yang masih tersisa.

Ni mesti pasal abang Zakwan ni! "Sabarlah Alisyah... In sya Allah suatu hari nanti kau akan dapat jugak cerite perkare sebenar dekat abang kau.."

"Bile Sara... Asal aku nak explain je die tak nak dengar...Aku penatlah..."

"Kite doa je banyak2 isyah... Semoge Allah bukakan pintu hati die..."

Alisyah mengangguk perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience