BAB 19

Romance Completed 15425

Tengku Shahrizal sedang bersiap di depan cermin.Tiba-tiba ada satu semburan hebat disembur ke arah Tengku Shahrizal.Hani menyembur pewangi ke arah suaminya dengan banyak.

"Ehh..ehh..apa ni sayang ? kenapa buat Bie macam ni ?".Soal Tengku Shahrizal yang tidak tahan bau wangiannya itu kerana terlalu keras dan banyak.

"Biarlah..sayang nak Bie wangi-wangi untuk sayang je".Ujar Hani manja.Kemudian dia memeluk suaminga erat.

"Yaa allah..kenapa lah sayang manja sampai macam ni sekali".Ujar Tengku Shahrizal sambil mengusap kepala isterinya yang paras dada itu.

"Kenapa ? Bie tak suka ke ?".Soal Hani yang sedikit sebak.

"Ehh..bukanlah..Bie takut..kalau sayang manja macam ni..macam mana Bie nak pergi kerja lepas ni".Ujar Tengku Shahrizal lembut.

"Emmm..Bie bawak lah sayang pergi kerja".Ujar Hani selamba.

"Sayang nak temankan Bie pergi kerja hari-hari ke ?".Soal Tengku Shahrizal menduga.

"Aah..boleh manja dengan Bie selalu".Ujar Hani manja.

"Hmmm..kalau sampai tempat kerja pun sayang nak ikut Bie..habis lah..jawatan Bie tu rasa dah boleh serah dekat Helena kot..sebab kena layan wife Bie je lepas ni".Ujar Tengku Shahrizal sambil memicit pipi gebu Hani.

"Haa..boleh juga..sebab senang lah kerja sayang..tak payah gosok baju kerja Bie".Ujar Hani selamba kepada suaminya.

"Sayang..kejap lagi kita pergi klinik okay".Ujar Tengku Shahrizal lembut.

"Klinik ? kenapa Bie sakit ke ?".Ujar Hani dengan riak wajah yang risau.

"Bukan Bie..sayang lah..Bie nak bawak sayang check doktor".Ujar Tengku Shahrizal yang ingin bermain teka teki dengan isterinya.

"Sayang ? sakit ? sakit apa ?".Soal Hani bertalu-talu dengan lurus.

"Sakit jiwa".Ujar Tengku Shahrizal ringkas.Dan mengelakkan isterinya.

"Ishhh..Bie ni..suka kutuk orang lah".Ujar Hani yang sudah bergenang airmata.

"Haa...tu apa tu...macam orang mengandung emotional dia".Ujar Tengku Shahrizal menyakat isterinya.

Mereka bersiap untuk ke klinik dan membuat pemeriksaan kandungan Hani Nazirah.

~~~~~~~~~~~~~~~

Sesampai sahaja mereka di klinik.Tengku Shahrizal mendaftarkan nama isterinya untuk membuat pemeriksaan.Misi yang bertugas menyuruh mereka tunggu dikerusi menunggu.

"Bie..takut lah..kita balik boleh".Ujar Hani dengan riak wajah takut.

"Relaks lah sayang..nak check pregnant je pun..bukan nak check ada sakit jantung ke tak ?".Ujar Tengku Shahrizal bergurau.

"Ishh..Bie ni..sayang nervous ni..".Ujar Hani sambil menepuk lengan suaminya.

"Sayang relaks je okay..Bie ada ni..".Ujar Tengku Shahrizal lembut.

"Hmm..okay...thank you Bie..Bie selalu bagi semangat dekat sayang".Ujar Hani manja.Tengku Shahrizal memeluk isterinya ke dalam dakapan.

Selepas beberapa minit mereka menunggu Misi di klinik itu memanggil mereka masuk ke bilik doktor.Hani dan suaminya masuk bersama.Hani mengeratkan lagi pegangan tangannya dan Tengku Shahrizal.

"Sila duduk".Jawab Doktor lelaki itu mesra.

"Terima kasih Doktor".Ucap Tengku Shahrizal kepada Doktor itu.

"Jadi..dekat rekod baru saya tulis ni..Puan mengalami alahan ye..alahan Puan yang macam mana ye ?".Soal Doktor itu menanya kepada Hani.

"Ahhh....makan banyak dan manja dengan suami saya".Ujar Hani selamba dengan riak wajah Blur.Tengku Shahrizal menahan ketawa.

"Ohh..macam tu ye..okay..okay..sekarang kita check dulu..sama ada Puan mengandung atau tidak".Ujar Doktor itu turut menahan tawanya.

"Okay".Ujar Hani ringkas.

Hani membuntuti Doktor itu ke sebuah bilik yang berada di luar bilik Doktor tersebut.Selepas beberapa minit Doktor lelaki itu dan Hani memasuki semula mendapatkan Tengku Shahrizal yang sedang menunggu mereka berdua.

"Macam mana sayang ?".Soal Tengku Shahrizal kepada Hani Sebaik sahaja isterinya duduk di sebelah.Tetapi Hani hanya menjongket bahu tanda dia sendiri tidak tahu keputusan ujian tersebut.

"Doktor apa keputusan isteri saya ?".Soal Tengku Shahrizal kepada Doktor yang kelihatan tersenyum melihat pregnancy test itu.

"Tahniah Tengku...Tengku akan menjadi Daddy tidak lama lagi... isteri Tengku mengandung 3 minggu".Ujar Doktor itu sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan Tengku Shahrizal.Tengku Shahrizal menyambut huluran Doktor tersebut.

"Tahniah untuk Puan juga..akan jadi mummy tak lama lagi".Ujar Doktor itu kepada Hani.Hani memeluk suaminya dan mengucap syukur.Tengku Shahrizal mengalirkan airmata bahagia.

Mereka sudah selesai dengan urusan di klinik.Tengku Shahrizal memimpin isterinya hingga ke kereta.Mereka berdua sudah pun memasuki ke dalam kereta.

"Terima kasih sayang..sebab bagi Bie zuriat..Bie tak tahu nak cakap macam mana..kalau Bie tunjuk Bie hargai dengan pengorbanan sayang pun takkan sama macam yang sayang tanggung..Bie hanya mampu setia dan jaga sayang dengan baik".Ujar Tengku Shahrizal dalam tangisan kecil.

"Sayang pun nak ucapkan terima kasih dekat Bie..sebab Bie jaga sayang dengan baik..kalau lah ayah dengan ibu ada lagi harini mesti dorang happy sebab kita nak bagi dorang cucu".Ujar Hani dalam tangisan.Tengku Shahrizal terdiam mendengar penyataan Hani tentang ibu dan ayahnya.Ada sesuatu yang menusuk hatinya.Mereka berpelukan.Inilah hari paling bahagia buat Tengku Shahrizal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience