BAB 5

Romance Completed 15425

Hani sedang menyiapkan pakaian Tengku Shahrizal untuk ke pejabat.
Dia sedang menggosok kemeja yang bakal dipakai Tengku Shahrizal.
Sedang dia membuat tugasnya itu.Tengku Shahrizal sudah terjegat di sebelahnya.

"Hani..esok kita pergi ke masjid..kita akan akad nikah dekat masjid".
Ujar Tengku Shahrizal dengan sedikit senyuman.

"Kau tak kisah kan takda majlis sanding semua ?".Soal Tengku Shahrizal ingin kepastian.

"Tak..cukup Tengku sudi terima saya untuk dihalalkan".Ucap Hani dengan airmata bangga.

"Dah tak payah nak drama sangat..sekarang kau cakap dengan aku apa yang kau nak sebagai hantaran ?".Soal Tengku Shahrizal tenang.

"Saya nak kasih sayang dari Tengku boleh ?".Pinta Hani dengan senyuman.Terkejut Tengku Shahrizal,gadis didepannya ini meminta secebis kasih sayang daripadanya.

"Kenapa kau minta kasih sayang..itu bukan benda yang boleh dibuat hantaran".Terang Tengku Shahrizal dengan wajah berkerut.

"Saya taknak hantaran..saya nak kasih sayang je..cukup Tengku bagi kasih sayang dekat saya..saya takkan minta lebih-lebih dekat Tengku".
Ujar Hanum sedikit sebak.

"Aku akan jaga kau baik-baik macam nyawa aku Hani".Ujar Tengku Shahrizal penuh kasih.

"Terima kasih bakal suami".Ujar Hani bergurau.

"Sama-sama bakal isteri".Ujar Tengku Shahrizal turut bergurau.

"Nanti aku tak balik makan tengah hari..aku nak keluar dengan Damia..so malam nanti je aku makan kat rumah".Ujar Tengku Shahrizal.
Tetapi semasa menyebut nama Damia,airmuka Hani berubah tiba-tiba seolah orang cemburu.

"Hani..kau dengar tak aku cakap ni".Soal Tengku Shahrizal yang lihat Hani hanya diam dengan penyataannya tadi.

"Dengar Tengku".Ujar Hani ringkas.Kemudian Hani memberi pakaian pada Tengku Shahrizal untuk dipakai dan dia terus turun menyambung membuat kerja didapur.

"Aku salah cakap ke ?".Soal Tengku Shahrizal sendirian yang sudah ditinggalkan oleh Hani.Dia pelik tiba-tiba sahaja Hani diam tidak mahu bercakap.

Dia terus bersiap untuk ke pejabat.Sebelum itu dia menjamu makanan yang telah disediakan Hani.Sungguh berselera kerana airtangan Hani mengikut cita rasanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~

Sesampai sahaja Tengku Sharizal sampai di pejabat.Helena terus mendapatkan dia.

"Tengku..buah hati u ada dalam office".Ujar Helena ringkas dan menyampah.

"Okay..".Ujar Tengku Shahrizal yang sudah tersenyum gembira dengan penyataan Helena itu.

Dia terus melangkah masuk ke biliknya.Dia mendapatkan Damia di dalam bilik itu.Dia terus memeluk dan mencium gadis itu.Mereka hanyut seketika kerana berasmara.

"Sayang..sampai hati u tak datang jumpa I ehh..u dah janji nak bawak I shopping lepastu cancel cakap ada kerja..".Ujar Damia merajuk dan agak gedik.

"Sorry lah baby..I tak boleh tinggal kerja I tu..and I penat sikit..so I takut I tak boleh nak focus dekat u..tu yang I cancel je".Ujar Tengku Shahrizal sambil membelai lembut kepala Damia.

"So u kena bagi I shopping double lah ni".Ujar Damia mengugut.

"Yes baby,kejap lagi kita pergi shopping okay..tapi u kena layan I dulu".
Ujar Tengku Shahrizal nakal.Damia juga turut berminat dengan ajakan Tengku Shahrizal itu.

"Sayang I nak cakap dekat u sikit boleh ?".Soal Damia minta izin.

"Cakaplah..nak cakap apa ?".Soal Tengku Shahrizal sambil memainkan hidungnya di batang leher Damia.Damia terbuai dengan perilaku Tengku Shahrizal itu.

"I nak pindah duduk Instanbul boleh ?".Soal Damia.

"Why ?? u dah tak suka duduk sini dekat dengan I ke ?".Soal Tengku Shahrizal seperti orang kecewa.

"Bukan tak suka sayang..tapi I lebih suka duduk dekat Instanbul..dekat sana best..cantik..and moden skit".Ujar Damia

"Habis lepas ni kita macam mana..susah lah nak jumpa ?".Soal Tengku Shahrizal dan terhenti perilakunya dengan Damia.

"u lah kena korban masa untuk jumpa I..nanti kalau I yang ada datang Sanliurfa boleh lah I datang jumpa u..boleh ehh sayang ?".Pinta Damia sambil menggoda Tengku Shahrizal.

"Okay lah..nanti I uruskan urusan u nak pindah ke Instanbul...".Ujar Tengku Shahrizal mendatar.

"Yeayyy...thank you sayang".Ujar Damia terus memeluk Tengku Shahrizal.

"Welcome Honey".Ujar Tengku Shahrizal selamba.Damia mengerutkan dahinya.

"Why you call me Honey ?".Soal Damia tidak puas hati.

"Ehh..kenapa I tak boleh panggil u Honey ?".Soal Tengku Shahrizal tersenyum kecil.

"Selalu kan u panggil I baby".Terang Damia lagi.

"Okaylah..welcome baby".Ucap Tengku Shahrizal memujuk Damia.
Sebenarnya dia tiba-tiba teringatkan Hani dan terlepas panggil Honey dengan panggilan manja pada Damia.

"Sayang lunch jom..I lapar lah".Ujar Damia gedik..

"Jom..".Laju sahaja mereka beriringan dan menuju ke kereta.

~~~~~~~~~~~~~~~~

Petang itu,Tengku Shahrizal baru pulang dari kerja.Dia memasuki ke rumah melalui pintu rumah yang berada didalam kawasan garaj kereta.
Dia menuju ke ruang tamu.

"Hani kau masak apa harini ?".Soal Tengku Shahrizal kepada Hani.

"Tak masak..".Ujar Hani selamba.

"Kenapa kau tak masak ? habis malam ni kita nak makan apa ?".Soal Tengku Shahrizal tidak puas hati.

"Dah Tengku taknak beli barang..macam mana saya nak masak ? barang dapur dekat dapur tu dah habis".Ujar Hani selamba lagi.

"Kenapa kau tak bagitau aku yang barang dapur dah habis..masa balik kerja kan aku boleh belikan sekali".Ujar Tengku Shahrizal yang agak dingin.Hani memandangnya dengan pandangan yang tajam.

"Kalau Tengku jawab salah satu call saya tadi..mungkin Tengku boleh tolong belikan barang apa yang saya perlu untuk masak".Ujar Hani mempertahankan diri.Tengku Shahrizal terkedu.Segera dia mengeluarkan telefon dari poket seluarnya.Dia terkejut melihat panggilan yang tidak berjawab dari Hani sebanyak 30 panggilan tidak berjawab.Dia duduk di sofa sebelah Hani duduk.

"Aku minta maaf..aku tak perasan yang kau ada call aku..aku kalau dengan Damia biasa memang tak on phone".Ujar Tengku Shahrizal jujur.

"Ohhh..saya minta maaf lah kalau ganggu Tengku dengan Cik Damia".Ujar Hani mendatar.Tiba-tiba hatinya sakit mendengar penjelasan Tengku Shahrizal itu.

"Habis kau tak makan tengah hari lagi lah ni ?".Soal Tengku Shahrizal.

"Belum..rasa nak muntah dah ni sebab tak makan".Ujar Hani ingin membuat majikannya itu risau.

"Adoiii...takpa aku order makan je nanti kau nak makan apa ?".Soal Tengku shahrizal.

"Nak KFC".Ujar Hani.Dia teringin nak makan sedap-sedap.

"Yelah..kejap lagi aku order..aku nak naik mandi kejap".Ujar Tengku Shahrizal tersenyum kepada Hani.

Hani terasa bagai ada anak panah cinta telah mendarat di hatinya.Adakah dia telah jatuh cinta dengan lelaki buaya darat itu ?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience