Petang itu,Tengku Shahrizal membuat minum petang buatnya dan isteri,untuk dinikmati di balkoni di biliknya sambil menikmati pandangan matahari terbenam waktu petang.
"Sayang..jom minum petang..Bie ada buat bubur caca sikit ni".Ujar Tengku Shahrizal yang mengajak isterinya minum petang.
"Mana lah agaknya Bie belajar masak eh ?".Soal Hani tiba-tiba dalam nada gurauan.
"Belajar sendiri je lah sayang..takda siapa yang sudi ajar Bie".Ujar Tengku Shahrizal tenang.Dia menarik tangan Hani supaya duduk di atas ribanya.
"Bie sayang nak minum lah".Ujar Hani ingin melepaskan diri kerana kurang selesa.Tetapi Tengku Shahrizal tidak mengendahkan dia malah terus menghulurkan secawan air kepada isterinya.
"Sayang ni comel..cantik..pernah ada boyfriend tak ?".Soal Tengku Shahrizal tiba-tiba.
"Kalau sayang cakap tak pernah..Bie percaya tak ?".Soal Hani kembali menduga suaminya.
"Baguslah kalau takda...sayang memang ditakdirkan jadi milik Bie lah kan ?".Ujar Tengku Shahrizal tenang.
"Bie...mesti ramai peminat kan ?".Soal Hani menduga suaminya pula.
"Ramai gila sampai tak terlayan".Ujar Tengku Shahrizal selamba.Satu cubitan ketam hinggap didadanya.Hampir terjerit Tengku Shahrizal dibuat oleh Hani.
"Sayang sakitlah..ganas isteri Bie ni rupanya".Adu Tengku Shahrizal sambil mengosok dadanya yang sakit akibat dicubit.
"Ganas lah..Bie ni gatal sangat..bahaya kalau tak jaga elok-elok..muka je elok perangai tak helok pun".Ujar Hani selamba.
"Alaaa Bie nak gatal ngan sayang je...".Ujar Tengku Shahrizal selamba.
"Yelah tu..semalam yang sampai tak balik rumah tu apa pulak ?".Ujar Hani menduga suaminya.Terdiam Tengku Shahrizal yang tidak tahu mahu cakap apa.
Hani bangun dari duduknya di atas riba Tengku Shahrizal dan masuk ke dalam bilik.Tengku Shahrizal meraup mukanya kasar.Dia juga masuk ke dalam bilik untuk mendapatkan isterinya.Hani sedang bersandar di kepala katil.Dipeluk Tengku Shahrizal tiba-tiba.
"Sayang..Bie minta maaf pasal semalam..Bie tahu sayang memang tak boleh terima benda tu langsung".Ujar Tengku Shahrizal sambil mengucup kepala isterinya.
"Takpalah Bie..sayang faham life Bie sebelum ni macam mana ? sayang yang kena belajar menerima..mungkin sayang juga kena belajar untuk berkongsi".Ujar Hani yang nendalam.Suaranya berat kerana menahan sebak didada.
"Dalam dunia ni takda siapa pun yang nak kongsi kasih sayang dan suami..tapi kalau sayang redhakan benda tu untuk Bie..mungkin itu jugalah cara sayang nak dapat masuk syurga dengan lebih mudah".Ujar Hani yang mendalam dan airmatanya mengalir di pipi.Tengku Shahrizal menyeka airmata isterinya dia mengucup pipi Hani.
"Sayang...Bie tahu..Bie tak baik untuk sayang..dan tak sempurna di dalam hidup sayang..tapi satu perkara yang Bie akan pastikan..tiada siapa yang akan kongsi kasih sayang Bie dengan sayang..sebab inilah kasih sayang pertama yang Bie pernah hulurkan..yang pertama dari hati Bie dan yang pertama untuk isteri Bie..dan Bie akan pastikan yang terkakhir juga dalam hubungan kita".Ujar Tengku Shahrizal yang sudah mengalirkan airmata.
"Sayang minta ampun dengan Bie..kalau sayang pun tak sempurna untuk Bie..dari kecil sayang cuma menagih kasih sayang dengan orang je...sayang harap Bie akan jaga sayang dengan baik..sebab sayang dah takda siapa dalam dunia ni".Ujar Hani yang sudah teresak-esak.
Tengku Shahrizal mengucup dahi isterinya sekali lagi dan lebih lama.Dia rasa terharu setiap kali bersama dengan Hani.Mereka melayani perasaan seketika.
~~~~~~~~~~~~~~~
Damia membuat keputusan untuk keluar bersama lelaki simpanannya.Mereka menuju ke sebuah kafe dan minum di situ.
"Damia..u tak syak ke yang Rizal ada perempuan lain selain u".Ujar lelaki itu menduga.
"Hmmm..berani dia nak simpan perempuan ? dia sendiri tahu apa akibat dia kalau dia cuba nak ada yang lain selain I".Ujar Damia berlagak dan yakin.
"Hmmm..u ni memang over confident kan ? if dia betul-betul simpan perempuan macam mana ?".Soal lelaki itu ingin menyakitkan hati Damia.
"I akan hancurkan dia dengan betina tu sekali".Ujar Damia sinis.
"Dah lah Damia..jangan bodohkan diri sendiri..u tahu tak..sebuaya-buaya perangai Rizal tu..kalau dia dah dapat someone yang boleh setia dengan dia..u pun dia tak heran lah".Ujar lelaki itu sinis.
"Kenapa u dah bagitau dia pasal hubungan kita ke ? mana lah tahu..dapat naik pangkat jadi tali barut Rizal kan".Ujar Damia sinis.
"Hmmm..kalau u cuba buat yang bukan-bukan dekat I..automatic segala harta milik Rizal yang ada dengan u akan hilang".Ujar lelaki itu mengugut Damia.
Damia merengus geram dengan lelaki di hadapannya.Dia juga terdetik ingin menyiasat kegiatan Tengku Shahrizal di belakangnya.Dia tersenyum sinis.
Share this novel