Mereka sudah menyelesaikan Aktiviti Mereka.Esok adalah hari terakhir Hani dan Tengku Shahrizal menginap di hotel mewah ini.Mereka akan pulang ke Sanliurfa dan Tengku Shahrizal akan memulakan tugasnya seperti biasa.
"Bie..sayang kenyang sangat lah..nak tidur kejap boleh ?".Ujar Hani manja.
"Boleh sayang...nak Bie teman ke ?".Soal Tengku Shahrizal.
"Nakk..tapi Bie buka baju please".Pinta Hani manja.
"Kenapa nak buka baju pulak..nak tidur ke nak gatal".Ujar Tengku Shahrizal selamba.
"Ishhh..sayang taknak bau baju Bie tu..busuk..nak bau badan Bie je".Ujar Hani selamba.
"Ye lah sayang..memang pelik lah budak ni..yang bukan-bukan dia mintak".Ujar Tengku Shahrizal sambil mengelengkan kepalanya.
"Alaa..minta nak manja je..kang minta Emas..Bie jugak yang pokai".Ujar Hani manja.
"Mintak lah apa pun..Bie sanggup bagi..tapi jangan mintak Bie tinggalkan sayang sudah".Ujar Tengku Shahrizal lembut.Dia mengucup dahi isterinya dengan lembut.
"Bie jangan buat hal lah kalau taknak sayang tinggalkan Bie".Ujar Hani menyakat suaminya.
"Dah..dah..jom tidur".Ajak Tengku Shahrizal yang menarik selimut ke paras dadanya.Mereka terlena diulit mimpi.
~~~~~~~~~~~~~~~
Pada jam 5 pagi Tengku Shahrizal bangun dari tidurnya.Dia terasa ada sesuatu yang menimpa atas perutnya.Dia melihat tangan Hani menimpa perutnya.Dia mengalihkan tangan isterinya perlahan-lahan supaya Hani tidak terjaga dari tidurnya.Dia bangun berdiri dan mengambil telefon bimbitnya menuju ke balkoni bilik tersebut.Dia membuat panggilan dengan seseorang.
Tengku: Assalammualaikum Hel..kau apa khabar sihat ke ?.
Helena: Waalaikummusalam..sihat..wahh dah holiday dah lupa kita lah.
Tengku: Kalau aku lupa aku tak call kau tahu tak ?.
Helena: Hahaha..saja je nak kacau boss I ni..amacam dekat Malaysia best ?.
Tengku: Mestilah best..lagi-lagi ada bini.
Helena: Bini ??? sejak bila Tengku kahwin..jadi u pergi Malaysia sebab u kahwin ke ? matilah I lepas ni..nak kena jaga bini u pulak.
Tengku:Sorry lah Hel..aku dah kahwin dekat Sanliurfa bulan lepas..dah sebulan dah pun..tapi aku tak ready nak story dekat sesiapa lagi.
Helena: Whattt ??? u dah kahwin bulan lepas tapi tak story dekat I..why ???
Tengku: Itu privacy aku Hel..aku tak boleh suka-suka bagitau kau..lagi satu kau pun tahu Damia tu masih kejar aku lagi.
Helena: Dah u yang tak bagitau dia u dah kahwin..memang dia akan kejar u terus jelah.
Tengku: Aku call kau ni nak minta tolong settle masalah..bukan tambahkan lagi masalah aku.
Helena: Masalah apa pulak ?? baru kahwin dah ada masalah ??.
Tengku: Bini aku ni pelik lah Hel..dia asyik nak manja dengan aku..lepastu suka bau badan aku.
Helena: Bau badan u semua girl suka Tengku..hahahahha.
Tengku: Aku serius lah Hel..jangan lah bergurau..aku nak buat apa sekarang ni ?.
Helena: Bawak lah wife u pergi klinik..check..ada isi ke takda.
Tengku: ohhh..hmm..okay lah Hel..nanti kita jumpa lusa..aku balik Turkey esok.
Helena: Okay Big Boss..bye.
Tengku: Okay bye.
Telefon bimbit Tengku Shahrizal dimatikan.Dia terkejut apabila ada seseorang memeluknya dari belakang.
"Ishh..astaghfirullahalazim..terkejut Bie..sayang kenapa bangun ?".Soal Tengku Shahrizal sambil memusingkan badannya menghadap Hani.
"Bie takda kat sebelah sayang..tu yang sayang bangun tu".Ujar Hani sambil mengosok matanya seperti anak kecil.
"Dah lah..sayang..pergi mandi..lepastu kita solat jemaah".Ujar Tengku Shahrizal sambil mencium dahi isterinya.
"Okay Bie..".Hani terus membuka langkahnya laju memasuki bilik air.
Mereka solat berjemaah dan bersiap sedia untuk pulang ke Sanliurfa,Turkey.
Share this novel