BAB 34

Romance Completed 15425

Selepas setengah jam,Helena tiba di perkarangan rumah Tengku Shahrizal.Dia berlari masuk ke dalam rumah Tengku Shahrizal.Dia mendapatkan Hani di ruang tamu.

"Hani...why..macam mana Tengku boleh pengsan ?".Soal Helena bertalu-talu.

"Saya tak tahu..dia tengah marah-marah lepastu dia pengsan".Ujar Hani cuak.

"Marah ? kenapa ?".Soal Helena pelik.

"Sebenarnya saya gaduh dengan dia pasal Damia..dia pukul Damia teruk beberapa hari lepas..saya kesian dekat Damia..dia lelaki macam mana rasa kalau dia pukul perempuan ?".Luah Hani kepada Helena.

"Hani..sebelum awak kahwin dengan Tengku dia ada beritahu tak apa-apa pasal rahsia dia ?".Soal Helena menduga.

"Rahsia ? rahsia apa ? apa yang awak cuba nak sampaikan ni Helena ?".Soal Hani takut-takut.

"Sebenarnya Tengku ada penyakit".Jawab Helena lemah.

"Penyakit apa ?".Terkejut Hani dengan penyataan Helena itu.

"Dia ada sakit mental".Ujar Helena lemah lagi.

"Gila ?".Soal Hani seolah tidak percaya dengan kata-kata Helena itu.

"Ye...dia pernah masuk hospital bahagia dekat Malaysia..dia ada rekod hospital tersebut..selepas dia keluar dari hospital tu dia berhijrah ke Turkey..dia kata nak duduk dekat Sanliurfa...dia kata Sanliurfa buat dia rasa tenang".Ujar Helena sayu.Hani Nazirah mengalirkan airmata.Dia tidak sangka yang dia sedang melalui kehidupan bersama seorang pesakit gila.

"Habis..sekarang ni..sakit dia tu datang balik ke ?".Soal Hani ingin tahu.

"I think maybe..better u tinggalkan dia Hani..susah kalau dia buat lagi teruk dari ni..I bukan suruh u tinggalkan cerai..I mean..pergi mana-mana yang u nak pergi..u tak boleh hidup dengan dia dalam keadaan dia macam ni".Ujar Helena.

"Saya tak boleh keluar dari rumah ni tanpa izin dia".Ujar Hani ringkas.

"I rasa dia sendiri yang akan buat keputusan tu sendiri".Ujar Helena tenang.Terkedu Hani mendengar penyataan Helena.

"Maksud awak...dia suruh saya keluar dari rumah ni".Ujar Hani takut-takut.

"Kita tengok je lah..sama ada awak yang keluar atau sebaliknya".Ujar Helena kurang pasti.

Sedang mereka membawa perasaan gusar masing-masing Hani terdengar ada suara memanggilnya dari tingkat atas.Dia bergegas naik ke atas diikuti Helena.

"Bie...Bie..dah okay ke ?".Soal Hani risau.Dia duduk di sebelah lelaki itu.

"Hmm..Bie okay..kenapa sayang tak temankan Bie ?".Soal Tengku Shahrizal lemah.

"Sayang taknak kacau Bie tidur...Bie okay ke ni ?".Soal Hani pelik dengan suaminya.

"Okay je...kenapa ? kenapa Helena ada dekat sini ?".Soal Tengku Shahrizal seolah tidak ingat apa yang terjadi kepada dirinya.Hani dan Helena saling berpandangan.

"I datang saja nak jumpa u Tengku..but Hani beritahu u tidur..u kan dah lama tak masuk office..rindu pulak dekat Hotz boss I ni".Ujar Helena mengedik.

"Kau dah kenapa..bini aku ada dekat sebelah ni".Ujar Tengku Shahrizal selamba.Hani tertawa dengan kerenah Helena itu.

"Okay lah..I balik dulu".Ujar Helena meminta diri.

Hani menghantar Helena hingga ke muka pintu.Kemudian dia kembali ke meja makan ingin menemankan suaminya yang sedang makan akibat lapar.

"Kau yang panggil Helena kan ?".Soal Tengku Shahrizal tiba-tiba.Terkejut Hani dengan pertanyaan suaminya yang agak kasar itu.

"Kau ingat aku tak dengar kau berbual dengan Helena..dan kau dah tahu tentang sakit aku kan ?".Ujar Tengku Shahrizal lagi.Sambil merenung sinis isterinya.Bergeletar seleruh badan Hani dengan pertanyaan suaminya itu.

"Bie...Helena yang beritahu sayang...S...sayang tak tanya dia pun".Ujar Hani terketar-ketar.

"Habis..apa keputusan kau ? nak tinggalkan aku ke ? nak aku tinggalkan kau ?".Soal Tengku Shahrizal selamba dalam nada sinis.

"Bie...apa yang Bie cakap ni ?".Soal Hani sayu.

"Aku tanya jawab je lah..susah sangat ke ?".Soal Tengku Shahrizal dengan suara menekan.

"Jangan lah buat sayang macam ni".Ujar Hani dalam linangan airmata.

"Aku tanya jawab je lah Hani...aku taknak kau hidup dengan orang gila macam aku Hani".Tinggi satu oktaf suara lelaki Tengku Shahrizal.

"Sayang ikut keputusan Bie".Ujar Hani dalam tangisan yang lebat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience