BAB 22

Romance Completed 15425

Harini hari pertama Tengku Shahrizal akan bermula kerja selepas 4 hari tidak ke pejabat atas urusan peribadinya.Hani sedang memakaikan teli leher suaminya.Tiba-tiba pinggangnya dipaut Tengku Shahrizal dan didekatkan ke badan Tengku Shahrizal.

"Bie..jangan lah..kan sayang nak pakaikan tali leher Bie ni".Pinta Hani untuk dilepaskan.

"Bagi lah Bie manja-manja dengan sayang puas-puas..nanti kalau dah ada anak..nak kena manjakan bini dengan anak pulak".Ucap Tengku Shahrizal sambil tertawa

"Agak-agak kalau dah ada baby nanti...sayang dapat tak manja dengan Bie lagi ?".Soal Hani menduga suaminya.

"Tengoklah nanti..siapa lagi memikat hati Bie..anak ke bini".Ujar Tegku Shahrizal sambil tergelak besar.

"Sampai hati Bie ehh..taknak sayang Bie lagi".Ujar Hani.

"Alahai wife Bie ni..manja sangat lah..comel je..hari-hari buat Bie jatuh cinta".Ujar Tengku Shahrizal sambil mengucup pipi isterinya.

"Yeke hari-hari jatuh cinta ?".Duga Hani terhadap suaminya.

"Mestilah...sayang kan makin comel..nanti sayang jadi Mummy yang baik untuk anak-anak Bie tau..dan Bie pun janji akan jadi Daddy yang baik untuk anak-anak kita".Ujar Tengku Shahrizal kepada isterinya.Dia mengucup lembut bibir Hani.Hani Nazirah terbuai.Sudah 3 minggu juga dia tidak dapat kucupan hangat suaminya.

"Emmm..lembutnya Bie..".Ucap Hani Nazirah tanpa dia sedar.

"Ishhh sayang ni nakal ehh..tak payah lah cakap macam tu".Ujar Tengku Shahrizal seraya melepaskan kucupannya bersama Hani.

"Alaaa..kenapa berhenti..nak lagi".Ucap Hani Nazirah meronta manja.

"Ehh..sayang Bie nak pergi kerja lah".Ujar Tengku Shahrizal yang cuba melepaskan pelukan erat Hani itu.

"Jangan lah pergi kerja dulu..cium lah dulu..nak lagi".Ronta Hani seperti anak kecil mahukan gula-gula.

"Sayang..jangan lah macam ni..Bie nak pergi kerja ni..nanti Bie bawak sayang pergi jalan-jalan lepas balik kerja".Ujar Tengku Shahrizal memujuk isterinya.

"Taknakk !.. nak Bie cium sekarang".Ronta Hani sambil menghentak-hentak kakinya.

"Dah lah..Bie nak pergi kerja..bye".Tengku Shahrizal ingin meninggalkan Hani begitu sahaja.Tetapi pergerakkannya terhenti akibat Hani menarik tali lehernya sehingga dia terpusing menghadap Hani.Dan mereka bertaut ciuman bibir semula.

"Biy tak boleh pergi kerja harini..Bie kena layan sayang dekat rumah".Ujar Hani tegas dan manja sambil membesarkan matanya kepada Tengku Shahrizal.

"Sayang tak baik tau buat Bie macam ni..Bie nak pergi cari rezeki tahu tak ?".Ujar Tengku Shahrizal menyakat isterinya tapi dalam nada serius.

"Nak buat orang rasa bersalah lah tu".Ujar Hani memuncung.

"Cepat salam Bie..nanti balik kita pergi starbucks".Ujar Tengku Shahrizal memujuk Hani.

"Janji kita pergi starbucks ?".Soal Hani menduga.

"Janji sayang".Ucap Tengku Shahrizal lembut.Dia mengucup dahi dan bibir isterinya.

Hani menghantar suaminya hingga ke pintu.Dia melambai kepada suaminya sehingga kenderaan suaminya hilang dari pandangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience