Pada pagi ini,Tengku Shahrizal tidak ke pejabat sekali lagi.Dan dia akan berjumpa dengan sahabat karibnya Tengku Fazriq.
"Sayang..tadi Bie ada call Helena suruh booking kan ticket flight untuk kita".Terang Tengku Shahrizal sambil menyuapkan roti manis ke mulutnya.
"Yeke Bie..kita nak pergi mana ?".Soal Hani teruja.
"Kita pergi ke Malaysia...biasa orang Malaysia ke sini..sebab kita dah menetap kat sini..kita honeymoon dekat Malaysia..Bie tahu memang banyak tempat lagi boleh pergi..tapi Bie nak tahu juga..apa rasa orang luar macam kita ni bercuti ke Malaysia..sebab banyak yang datang Malaysia semuanya teruja lain macam..agak-agak kita lagi teruja dari diorang tak ?".Ujar Tengku Shahrizal gurau.
"Wahhh nak balik Malaysia ehh..boleh balik kampung sayang sekali ?".Ujar Hani.
"Sayang ada kampung lagi ? tak cakap dekat Bie pun ?".Soal Tengku Shahrizal pelik.
"Kampung tu still cuma dah takda sesiapa dekat sana ?".Ujar Hani sayu.
"Rumah sayang masih ada lagi ?".Soal Tengku Shahrizal ingin tahu.
"Takda..rumah sayang dah terbakar masa sayang kecik-kecik dulu..masa tu juga lan umi dengan abi meninggal...sebab dorang mati terbakar".Terang Hani yang suaranya mula tersekat kerana menahan sebak.
Terkejut Tengku Shahrizal mendengar luahan hati isterinya.Bagai hendak gugur jantungnya.
"Sebab tulah sayang cakap dengan Bie yang sayang dah takda sesiapa dekat dunia ni..sayang cuma ada Bie je".Ujar Hani menahan sebak.
"Sayang jangan cakap macam tu..Bie sentiasa ada sayang..sayang adalah pengerang jantung Bie..lepasni kalau Bie buat sayang menangis..Bie takkan maafkan diri Bie lagi".Ujar Tengku Shahrizal berjanji.
Laju sahaja Tengku Shahrizal berdiri dari duduknya dan ditarik tangan Hani untuk sama berdiri dengannya.Mereka berpelukan dan menangis teresak-esak.
"Terima Kasih Bie..sayang nak kasih sayang Bie seorang..taknak kongsi dengan sesiapa pun".Ujar Hani dalam tangisan.
"Bie pun takkan kongsikan kasih sayang Bie ni dengan sesiapa..kecuali semuanya untuk sayang..sayang..I love u Honey".Ucap Tengku Shahrizal sambil menenangkan isterinya.
"Sayang pun sayangkan Bie..I love you Hubby".Ucap Hani dalam tangisan.
"Okay dah..sayang Bie nak jumpa kawan Bie Fazriq kejap..nanti kejap lagi Bie balik kita manja-manja okay".Ujar Tengku Shahrizal selepas berjaya menenangkan isteri tercintanya.
"Bukan Bie nak jumpa Damia ?".Duga Hani.
"Bukan sayang..kalau Bie nak jumpa dia Bie bagitau sayang yang Bie nak jumpa dia..buat apa nak tipu wife Bie ni ? tapi dia dah tak penting sekarang ni".Ujar Tengku Shahrizal bangga.
"Sayang Bie..thank you Hubby".Ucap Hani sekali lagi dan mengucup bibir suaminya.Tengku Shahrizal melepaskan ciuman tersebut.
"Kenapa ? Bie dah tak suka kena cium ke ?".Ujar Hani dengan riak sedih.
"Siapa cakap Bie tak suka..buaya macam Bie ni mana boleh lepas peluang..tapi sekarang ni Bie ada kerja sikit..so kalau Bie melayan sayang..jawabnya kena call Fazriq cakap cancel je lah".Ujar Tengku Shahrizal tergelak.
"Yelah".Ujar Hani ringkas.Dia menghantar suaminya hingga ke muka pintu.Tangan suaminya dikucup hormat.Hani memberi lambaian kepada Tengku Shahrizal sehingga hilang bayang.
~~~~~~~~~~~~~~~
Tengku Shahrizal kini berada di perkarangan rumah Tengku Fazriq.Dia keluar dari isi perut kereta dan menuju ke pintu rumah.Dia memberi salam dan selepas beberapa minit Tengku Fazriq membuka pintu tersebut.
"Waalaikummusalam Bro..weii masuk..masuk..".Ajak Tengku Fazriq mesra.
"Kau busy ke ? ganggu tak ?".Soal Tengku Shahrizal duga.
"Ehh..busy apanya..aku duduk sesorang dalam rumah ni kot..nak cari bini tapi takda yang berkenan pulak".Ujar Tengku Fazriq bergurau.
"Kau tu yang memilih sangat..depan mata ada kau taknak sambar".Ujar Tengku Shahrizal bergurau.
"Hahh..siapa pulak yang ada di depan mata aku selama ni ?".Soal Tengku Fazriq ingin tahu.
"Damia kan ada ?".Ujar Tengku Shahrizal selamba.
"Ehh..kau ni dah gila ke ? tu kan kau punya..takkan aku nak amik pulak".Ujar Tengku Fazriq cuba pertahankan kata-katanya.
"Hmmmm...dia tu sampah je pada aku..pada aku takda apa yang special pun si Damia tu..so aku dah tinggalkan segala bekas dekat dia..kau amik je lah..lagipun aku nampak selama ni kau cuba nak pancing dia..tapi tak dapat..kalini aku sedekah je dekat kau".Ujar Tengku Shahrizal sinis.
"Ehhh..kau ada masalah dengan Damia ke ?".Soal Tengku Fazriq menduga.
"Aku dah malas nak layan gedik dia tu..selama ni aku sabar..sekarang aku nak bebas dari perempuan lah Bro..penat layan perempuan..kalau layan lelaki apa rasa ekk ?".Ujar Tengku Shahrizal sinis.
"Kau boleh tak jangan nak buat kerja gila..gila ke nak main dengan jantan".Terhambur gelak Tengku Fazriq.
"Sebenarnya aku datang sini nak beritahu kau...yang aku lagi dua hari nak pergi holiday..so nanti kau tolong tengok apa yang patut lah".Ujar Tengku Shahrizal.
"Ohh..kau pergi dengan Damia ke ?".Soal Tengku Fazriq.
"Ehh tak lah..aku pergi ni nak hilangkan rasa stress dalam kepala..kalau bawak dia bukan hilang bertambah lagi adalah".Ujar Tengku Shahrizal menyampah.
"Okay lah Bro..aku gerak dulu..nanti pape aku roger kau".Ujar Tengku Shahrizal minta diri.
"Okay..kau pun jaga diri..nanti balik dari bercuti bawaklah ole-ole untuk aku".Gurau Tengku Fazriq.
"Insyaallah...kalau cukup bajet..".Ujar Tengku Shahrizal seraya tertawa.
Tengku Shahrizal terus memasuki ke dalam kereta dan meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Tengku Fazriq.
Share this novel