Pagi ini,Tengku Shahrizal bersiap dari rumah Damia untuk pergi ke pejabatnya.Damia sedang perhatikan lelaki itu memakai tali leher.
"Sayang..u nak jugak ke pergi office..?".Soal Damia manja.
"Yelah..kenapa ?".Soal Tengku Shahrizal kembali.
"Tak payahlah...u teman I dekat rumah je okay ?".Pinta Damia gedik.
"Mana boleh Damia..I kena pergi kerja..banyak benda I kene uruskan tahu tak ?".Ujar Tengku Shahrizal dengan nada kurang selesa.
"Alaa..macam lah u tak biasa tak masuk office..boleh lah sayang".Pinta Damia gedik.
"U faham tak..I ni kerja..bukan nak pergi enjoy..please lah stop buat perangai ngada-ngada u tu..penat semalam pun tak hilang lagi".Ujar Tengku Shahrizal agak tinggi suaranya.
"U ni tiba-tiba pulak nak marah I...u ada simpan perempuan ke selain I ?".Soal Damia menduga.
"Kenapa u tanya selain u..u rasa u mistress I ke ? hmmm..kalau u nak sangat jadi my mistress I okay je".Ujar Tengku Shahrizal sinis.
"Murah sangat ke I ni sampai u nak panggil I mistress..u jangan melampau sangat tau Rizal..I perhati je tau perangai u okay..If one day I tahu yang u ada simpan perempuan lain selain I...u dengan betina tu I kerjakan...faham tak ?".Ugut Damia.Tengku Shahrizal hanya senyum sinis.
"Let's see what happen next..".Ujar Tengku Shahrizal sinis.Dia terus mengambil kunci kereta dan keluar dari rumah Damia.
Damia merengus geram dengan perangai Tengku Shahrizal melayannya.
"Kau jaga Rizal..kalau aku dapat betina tu..aku kerjakan dia".Ujar Damia dalam nada geram seorang diri.
~~~~~~~~~~~~~~
Tengku Shahrizal memandu menuju ke rumahnya.Dia hanya bersandiwara dengan Damia yang kata ingin ke pejabat tetapi dia tiada hati untuk masuk ke pejabat harini.Dia telah memaklumkan ketiadaannya di pejabat kepada Helena terlebih dahulu.
Tengku Shahrizal selamat tiba di perkarangan rumahnya.Laju sahaja pergerakannya dan menuju ke dalam rumah untuk mendapatkan Hani Nazirah.
"Sayang..oh sayang..Bie balik ni".Seru Tengku Shahrizal yang tidak nampak kelibat isterinya.
"Sayang..sayang kat mana ?".Seru Tengku Shahrizal lagi.Tapi masih belum jumpa isterinya di dalam rumah itu.
Dia naik ke tingkat atas menuju ke biliknya.Dia membuka pintu biliknya dan dia tersenyum melihat isterinya sedang mengemas tempat tidur mereka.Tapi dia juga rasa bersalah kerana,semalam adalah malam pertamanya dengan Hani Nazirah.
"Sayang..sayang dah breakfast ?".Soal Tengku Shahrizal lembut.Soalannya tidak berjawab tetapi Hani datang kepadanya dan menghulurkan tangan untuk bersalaman.Kerana satu malam dia tidak bertemu dengan lelaki itu.Tengku Shahrizal menyambut huluran Hani itu.
"Sayang...Bie tahu sayang marah Bie..please jangan buat Bie macam ni..sayang bagitahu Bie..apa je denda yang sayang nak buat dekat Bie..Bie terima sayang..please sayang maafkan Bie".Pinta Tengku Shahrizal dengan penuh pengharapan.
"Sayang tak sihat lah..tak sedap badan..sayang takda mood nak bercakap..sorry lah Bie..sayang tak marah Bie pun".Ujar Hani tenang tapi dihatinya siapa yang tahu.Dia hanya memendam rasa kerana tidak mahu derhaka pada suaminya.
"Ohh..Bie ingat sayang merajuk dengan Bie..sayang okay tak ni ? kita pergi klinik ye".Ujar Tengku Shahrizal tenang.
"Takpalah..Bie dah balik kan..Bie lah ubat sayang".Ujar Hani sayu.
"Sayang ni..suka buat Bie tak tahan dengan sayang tau..nak manja dengan Bie eh ?".Soal Tengku Shahrizal ingin memulakan permainannya bersama Hani.
"Sayang tak larat lah Bie..harap Bie faham..kalau sayang tak masak untuk Bie harini boleh tak ?".Soal Hani minta simpati.
"Siapa yang suruh sayang masak ? Bie memang nak sayang rest je..harini pun Bie tak masuk office..so Bie akan jaga sayang okay".Ujar Tengku Shahrizal.
Hani rasa terharu,kerana suaminya sudi ingin menjaga sehingga tidak pergi kerja.Walaupun dia mempunyai bisnes sendiri tapi itu adalah salah satu tanggungjawabnya.Tetapi demi Hani dia sanggup tinggalkan tugasnya dan duduk di rumah menjaga Hani.
"Sayang nak makan apa ? Bie nak masakan untuk sayang".Ujar Tengku Shahrizal yang teruja dengan tawarannya.
"Bie pandai masak ke ?".Soal Hani seperti tidak percaya.
"Tengok tangan lah".Ujar Tengku Shahrizal berlagak.Dia terus keluar dari bilik dan menuruni anak tangga menuju ke dapur.
Selepas beberapa minit, Hani turun dan menuju ke dapur.Dia terbau sesuatu masakan yang membuka seleranya.
"Bie masak apa tu ?".Soal Hani mesra dan dipeluknya Tengku Shahrizal dari belakang.Dia cuba menggoda suaminya.Dia mencium bahu Tengku Shahrizal lembut.Dia meraba dada Tengku Shahrizal.
"Sayang..Bie bagi sayang pilihan..sayang nak Bie makan sayang sampai kenyang ke atau nak makan masakan Bie masak sampai kenyang".Ujar Tengku Shahrizal yang mengulangi ayat isterinya semalam.
"Nak makan masakan Bie lah".Ujar Hani.Dia juga turut mengikut rentak ayat suaminya.Kemudian mereka tertawa kecil.
"Haa tahu pun..kalau Bie makan sayang sampai kenyang esok baru kita keluar bilik..tapi kalau sayang makan masakan Bie sampai kenyang..tak boleh move on seminggu".Ujar Tengku Shahrizal serta tawa besar.
"Bie ni nakal lah".Ujar Hani manja.
"Sayang...sayang Bie tak ?".Soal Tengku Shahrizal tiba-tiba sambil menghidang makanan didalam pinggan.
"Mestilah sayang..Bie kan punca untuk sayang masuk mana-mana lorong syurga".Ujar Hani romantis.
"Amboiii..ayat bukan main..I love you sayang".Ucap Tengku Shahrizal dan satu kucupan singgah di pipi Hani.
"I love you too Hubby".Ucap Hani Nazirah kembali dan satu kucupan singgah di dahi Tengku Shahrizal Hayrat.
Mereka merasai bahagia yang pertama sebagai suami isteri.
Share this novel