BAB 14

Romance Completed 15425

Tengku Shahrizal selamat sampai di rumah.Dia keluar dari isi perut kereta dan menuju ke pintu rumah.Dia mendapatkan isterinya yang sedang memasak di dapur.

"Sayang masak apa tu ? sedapnya bau".Puji Tengku Shahrizal yang sudah memeluk Hani dari belakang.

"Nak buat kuih Bie..teringin nak makan kuih".Terang Hani sambil memberi satu kucupan di pipi suaminya.

"Kuih ? kan boleh beli je".Ujar Tengku Shahrizal yang ingin memudahkan kerja isterinya.

"Kat sini ada kuih kaswi ke ?".Soal Hani yang menjongket-jongketkan keningnya.

"Cakap lah nak makan kuih kaswi".Ujar Tengku Shahrizal yang mencubit punggung isterinya.

"Bieeee".Jerit Hani dengan kelakuan suaminya.Tengku Shahrizal hanya tergelak dengan jeritan Hani.

"Sayang..Bie teringin nak tahu pasal parents sayang".Ujar Tengku Shahrizal.

"Bie nak tahu apa pasal parents sayang".Soal Hani kembali yang sudah membancuhkan secawan air buat suaminya.

"Sayang cakap dorang meninggal sebab terbakar kan..macam mana boleh terbakar ?".Soal Tengku Shahrizal ingin tahu.

"Diorang mati terbakar masa tengah tidur...ni semua kerja orang kaya dekat kampung sayang tu..dia memang sentiasa tak puas hati dengan orang kampung sayang..one day..dia geram punya pasal..dia upah orang untuk bakar rumah saja nak buat propa..tapi dia tak tahu dia ragut dua nyawa dalam hidup sayang....".Hani tidak dapat menghabiskan kata-katanya lagi.Dia menangis teresak-esak.

"Kalau sayang jumpa dia pada hari ini..sayang nak buat apa dekat dia..sayang nak bunuh dia ?".Soal Tengku Shahrizal menduga.

"Tak....Biarlah allah yang membalas segalanya..siapa lah sayang nak buat semua tu".Ujar Hani penuh perasaan.

"Tapi...kalau dia dah mati..tapi dia ada waris...sayang akan balas dekat waris dia tak ?".Soal Tengku Shahrizal lagi.

"Sayang akan benci seluruh keturunan dia sampai mati".Ujar Hani tegas.Terkedu Tengku Shahrizal mendengar jawapan isterinya.

"Sayang..jangan fikir sangat tau pasal benda yang lepas..yang lepas tu biarkan lepas..kita yang hidup ni perlu teruskan kehidupan..okay ?".Ujar Tengku Shahrizal memujuk isterinya.

"Sayang tak tahu kenapa allah hantar Bie untuk hidup dengan sayang ? sayang tak nampak sebab dia lagi..tapi sayang harap Bie boleh jadi pemimpin rumahtangga yang terbaik untuk sayang".Ujar Hani dengan lembut.

"Insyaallah sayang..Bie akan ubah cara Bie untuk kebahagiaan rumahtangga kita okay ?".Ujar Tengku Shahrizal yang memberi satu ciuman di bibir isterinya.

"Bie ni memang suka goda sayang ehh".Ujar Hani yang telah melepaskan ciumannya dengan Tengku Shahrizal.

"Aah..suka goda sayang..sebab sayang kan ayam kampung Bie".Ujar Tengku Shahrizal nakal.

"Ishh nakal lah Bie ni..".Ujar Hani sambil memicit hidung suaminya.

"Bie nanti tolong sayang kemas bag baju ehh..".Ujar Hani sambil memberi senyuman manis.

"Boleh sayang..apa saja untuk wife Bie ni".Ujar Tengku Shahrizal lembut.

Mereka beriringan menuju ke bilik.Sesampai sahaja Hani memulakan tugasnya untuk mengemas pakaian yang bakal dibawa ke Malaysia.

~~~~~~~~~~~~~~~

Damia kini berada di rumah lelaki simpanannya.Dia merengus geram kerana Tengku Shahrizal tidak lagi peduli dengannya.

"U kenapa Damia..u nak marah Rizal sebab dia abaikan u ?".Ujar lelaki itu.

"U boleh diam tak ? I tengah serabut tau..macam mana I nak dapat duit lepas ni kalau dia taknak layan I lagi..u tu dah lah kedekut".Ujar Damia marah.

"I kedekut sebab I kenal sangat munafik macam u ni..Rizal baru kenal u..so dia dah terlambat sikit kenal perangai hantu u tu".Ujar lelaki itu sinis.

"u diam lah..yang u sibuk pasal I ni kenapa ?".Tinggi seoktaf suara Damia memarahi lelaki itu.

"I pun tak faham dengan u ni Damia...apa lagi yang u tunggu dengan Rizal tu..sedangkan dia dah tak nak u lagi..I ni sentiasa ada untuk u..tapi susah u nak pandang I..kenapa Damia ?".Ujar lelaki itu meminta simpati.

"U ? I nak hormat u ? u siapa nak I hormat u ? u are nothing..so I dah dapat apa yang patut I belah lah..buat apa tunggu lagi".Ujar Damia sinis kepada lelaki itu.

"U jangan sampai menyesal one day ye Damia..masa tu jangan cari I..faham".Ujar lelaki itu marah.

Damia hanya mendiamkan diri.Kini dua lelaki telah cuba untuk membuang dirinya dar hidup mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience