Tengku Shahrizal sedang menyiapkan kerjanya yang tertangguh akibat dia tidak masuk ke pejabat beberapa hari yang lepas.Sedang dia menyiapkan tugasnya,ada tangan yang menjalar di bahunya.
"Bie..banyak ke kerja Bie tu ? nak sayang tolong ?".Soal Hani yang tiba-tiba tercegat dibelakangnya.
"Takda apa lah sayang..sikit je ni..kalau nak tolong..tolong picitkan badan Bie..sakit ni".Ujar Tengku Shahrizal manja.
"Ala..alaa..alaa..kesianya suami sayang ni..sayang picit Bie okay ?".Tawaran diberi oleh Hani.
"Emmm..sedapnya sayang Bie ni picit..lagi kuat sayang. sedap lahhh".Puji Tengku Shahrizal yang terbuai dengan urutan dari isterinya itu.
"Sayang..sayang teringin nak pergi honeymoon tak ?".Soal Tengku Shahrizal tiba-tiba.
"Kenapa Bie nak bawak sayang pergi honeymoon ke ?".Soal Hani teruja.
"Kalau sayang nak..nanti Bie suruh PA Bie set kan jadual Bie..lepastu kita Honeymoon puas-puas".Balas Tengku Shahrizal tersenyum.
"Boleh je..kalau tak ganggu kerja Bie lah..tapi kalau Bie busy..sokay kita honeymoon dekat rumah je".Ujar Hani nakal.
"Kalau honeymoon dekat rumah..bukan sehari..bukan seminggu..buat sampai mati...hahahaha".Gurau Tengku Shahrizal dan ketawa besar.
"Ishh Bie ni..kalau buat sampai mati..sebelum mati sebab tua..sayang dah mati dulu sebab kena kerjakan dengan Bie".Ujar Hani mengutuk Tengku Shahrizal.
Tengku Shahrizal menarik tangan Hani yang sedang mengurut tanggannya itu dibawa ke hadapannya.Kemudian Hani didudukan di atas ribanya.Dan dibelai belakang badan Hani.
"Sebab ni lah Bie sayangkan sayang tau..sebab sayang Bie ni faham kerja Bie macam mana ?".Ujar Tengku Shahrizal memuji isterinya.
"Tugas isteri mendoakan kejayaan suami..dan sokong segala usaha suami..kalau isteri tak sokong..siapa yang nak sokong ? betul tak Bie ?".Ujar Hani meminta pendapat suaminya.
"Yes true sayang...sayang lah tulang rusuk Bie..sayang lah nyawa Bie..Bie tahu Bie pernah buat silap..dan Bie dah terlalu banyak buat silap..Bie pun ada niat nak berubah..cuma Bie takda pebimbing dan takda semangat...now Bie dah ada pebimbing dan semangat".Ujar Tengku Shahrizal sayu.
"Takpa..walaupun sepatutnya Bie yang bimbing sayang..sebagai manusia yang tak akan sempurna..sayang akan bimbing Bie okay ?".Ujar Hani memberi semangat kepada suaminya.
"Sayang nak naik atas kejap ye Bie..nak solat isyak. belum solat tadi".Ujar Hani meminta izin.Tengku shahrizal hanya menganguk dan Hani terus menuju ke biliknya.Tengku Shahrizal termenung seketika.
"Yaa allah..dah lama aku tak bersujud pada mu yaa allah..malunya aku nak bertemu denganmu yaa allah..aku ingin bertaubat kepadamu yaa allah..".Ujar Tengku Shahrizal dalam hati.
Selepas beberapa minit Hani didalam bilik air mengambil wudhuk.Dia keluar dari bilik air untuk bersiap sedia.Alangkah terkejut Hani melihat suaminya sedang membentang sejadah seperti orang mahu berjemaah.Dia diam tidak bertanya apa-apa soalan kerana tidak mahu suaminya berkecil hati dengan kata-katanya nanti.
"Sayang..kita berjemaah ye..Bie nak imamkan sayang".Ujar Tengku Shahrizal tersenyum melihat isterinya sudah siap bertelekung.
"Bie tahu..Bie tak pernah imamkan solat sayang..mulai harini izinkan Bie jadi imam sayang..Bie dah lama tak sembahyang..tapi Bie nak juga buat macam sayang buat".Ujar Tengku Shahrizal yang sedikit sebak,tapi ditahannya.
"Sayang bangga ada suami macam Bie".Ujar Hani yang sedikit sebak.
Mereka berjemaah bersama.Alunan ayat-ayat suci al-quran yang dibaca oleh Tengku Shahrizal Hayrat membuat Hani Nazirah mengengalirkan airmata syukur kerana terlalu lunak suara Tengku Shahrizal mengalunkan ayat-ayat suci.Kemudian mereka mengakhiri tahiyat akhir.Hani bersalaman dengan suaminya.Tengku Shahrizal memberi satu kucupan kasih di dahi Hani.
"Terima kasih sayang sudi jadi makmum Bie malam ni".Ujar Tengku Shahrizal yang sudah pun mengalirkan airmata.
"Sayang pun nak ucap terima kasih dekat allah..sebab makbulkan doa sayang..dan terima kasih pada Bie..sebab sudi juga jadi imam sayang".Ujar Hani dalam tangisan kecil.
Mereka berpelukan kerana kasih sayang mereka makin erat selepas mereka berjemaah bersama.Tengku Shahrizal bangun dari duduknya dan mengemas sejadah dan juga telekung isterinya.Hani pula,menyalin pakaiannya dari kain batik dan tshirt kepada lingerie.Terkedu Tengku Shahrizal melihat isterinya.
"Bie ingat..sayang tak sudi nak pakai lingerie tu".Ujar Tengku Shahrizal tersenyum nakal.
"Sayang sudi lah..pakai depan Bie boleh lah".Ujar Hani menggoda.
Tengku Shahrizal tidak keruan lagi.Terus dia baring di tempat pebaringannya dan menanti kedatangan isterinya.Hani kini berada di sisi Tengku Shahrizal.Dia mengucup dahi suaminya.Dia bermain jari didada Tengku Shahrizal.Tengku Shahrizal terbuai dengan layanan Hani itu.Mereka terus memulakan permainan dengan bersaksikan cahaya terang dari langit.
Share this novel