BAB 27

Romance Completed 15425

Malam ini Tengku Shahrizal membuat keputusan untuk pulang ke rumah lewat.Dia takut hatinya terluka jika ada di dalam rumah itu.Dia akan pastikan cinta hati dia sudan lena.Baru dia pulang.Dia tahu waktu tidur isterinya Hani.

"Kenapa nak jumpa aku ni..macam ada hal mustahak je".Soal Tengku Fazriq yang tiba-tiba muncul.Tengku Shahrizal sudah membuat panggilan dengannya dan minta datang ke suatu tempat berjumpa untuk berjumpa dengan Tengku Shahrizal.

"Aku tak tahu nak luah dekat siapa sekarang ni..hati aku..jiwa aku..terseksa sebab dosa yang papa aku perna buat".Ujar Tengku Shahrizal lemah.

"Kenapa bro..bini kau tak nak terima kau ke ?".Soal Tengku Fazriq ingin tahu.Tengku Shahrizal menggeleng lemah.

"Habis kau taknak ajak dia berbincang dulu ke ?".Soal Tengku Fazriq lagi.

"Jenuh aku cakap dengan dia baik-baik...apatah lagi bawak berbincang..nak tengok muka aku pun dia benci lagi nak ajak dia berbincang".Ujar Tengku Shahrizal hampa.

"Sabar lah bro..kau tak tanya dia mana dia tahu semua benda ni..takkan lah tiba-tiba tahu..mustahil".Ujar Tengku Fazriq lagi.

"Aku malas nak tanya dan aku pun tak tahu mana dia dapat info ni semua".Ujar Tengku Shahrizal lemah.

"Takpa biar aku beritahu kau".Ujar Tengku Fazriq berani.

"Macam mana kau tahu ? siapa yang beritahu bini aku ? apa kena mengena dengan kau ?".Soal Tengku Shahrizal cuak.

"Sebenarnya..ni semua kerja Damia..dia yang datang rumah kau kemarin dan beritahu benda ni..dia nak hancurkan rumahtangga kau Rizal..dia sakit hati kau kahwin dengan orang lain..dia dah rancang nak jatuhkan kau memang dah lama tapi cuma tak terbuat je..sekarang bila ada peluang dia gunakan secukupnya.......dan aku dan Damia ada hubungan selama ni..aku minta maaf Rizal kalau aku ambil hak kau..tapi aku dah lama suka Damia..cuma tak tahu nak ubah perangai liar dia tu macam mana ?".Ujar Tengku Fazriq jujur dengan Tengku Shahrizal.Terkedu Tengku Shahrizal seketika.Walaupun dia dah tahu Tengku Fazriq menjalinkan hubungan sulit dengan Damia sejak mereka menjadi kekasih.Dia hanya mendiamkan diri.

"Aku dah tahu Riq..kau ada hubungan dengan Damia tu...aku bukan bodoh yang macam dia sangka..tapi aku bangga sebab kau jujur dengan aku".Ujar Tengku Shahrizal sambil tersenyum sinis.

"Habis kau maafkan aku..".Ujar Tengku Fazriq terketar-ketar.

"Sokay lah Bro..Damia tu memang binatang..".Ujar Tengku Shahrizal.

"Aku harap kau dapat berbaik dengan wife kau semula..".Ucap Tengku Shahrizal.

"Habis sekarang ni aku kena settlekan betina tu dulu lah ye...aku akan cari dia".Ujar Tengku Shahrizal sinis.

~~~~~~~~~~~~~~

Tengku Shahrizal pulang ke rumah setelah selesai berurusan dengan Tengku Fazriq.Dia masuk ke dalam rumah dan membuka lampu.

"Kenapa balik lambat".Soal Hani tiba-tiba yang sudah tercegat di dalam gelap daripada tadi.Terkejut Tengku Shahrizal mendengar pertanyaan Hani itu.

"Kenapa sayang tanya ?".Soal Tengku Shahrizal tersenyum manis.

"Takda apa..saja je..dah makan belum ?".Soal Hani dengan nada mendatar.

"Kalau Bie belum makan..sayang nak masakan ke ?".Soal Tengku Shahrizal mengada.

"Kalau nak makan..saya masak..kang mati pulak anak orang".Ujar Hani selamba.

"Boleh lah..rindu nak makan masakan sayang".Ujar Tengku Shahrizal manja.

"Hmm..pergilan mandi dulu..busuk bau..nak muntah".Ujar Hani selamba dan terus masuk ke dapur memasak untuk suaminya.Walaupun luaran dirinya marah terhadap Tengku Shahrizal.Tetapi dalam hatinya tersiksa kerana perlu berpura-pura tidak suka lelaki itu,sedangkan dia amat mencintai suaminya.

"Bie dah mandi..sayang masak apa ?".Soal Tengku Shahrizal yang sedang datang dari arah ruang tamu.Dia mendekati Hani dan memeluk isterinya dari belakang.Dia mencium batang leher isterinya.Dia menghidu bau wangi isterinya di leher.

"Tak faham ke saya cakap jangan sentuh saya ?".Soal Hani tegas.

"Okay..sorry sayang".Tengku Shahrizal mengundur dua langkah kebelakang.Dia mengeluh kecil.Dia tidak dapat layanan dari Hani lagi seperti sebelum ini.

Mereka sedang duduk meja makan dan makan bersama.Hani melihat suaminya sungguh berselera makan masakannya.Dia tersenyum kecil.Tetapi di hatinya suka yang amat.

"Sedap sayang masak..terima kasih sudi masak untuk Bie lagi...terima kasih sebab sudi jaga makan minum Bie lagi".Ucap Tengku Shahrizal lembut dan tersenyum manis.

"Hmm".Ucap Hani ringkas.Tetapi dia amat menghargai semua ucapan romantis Tengku Shahrizal.

"Tadi Bie ada belikan sayang coklat nanti sayang makan okay".Ujar Tengku Shahrizal.

"Hmm".Ujar Hani lagi.

"Sekarang Bie dah boleh makan masakan sayang..agak-agak lepasni boleh dapat sayang dengan baby tak ?".Soal Tengku Shahrizal selamba dan tersenyum menyakat isterinya.Hani memberi pandangan yang tajam tetapi tetap tidak diendahkan oleh Tengku Shahrizal.

Tengku Shahrizal Hayrat dan Hani Nazirah makan malam bersama dengan melayani perasaan bahagia masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience