BAB 17

Romance Completed 15425

Hani tersedar dari tidurnya.Dia melihat Tengku Shahrizal masih lena diulit mimpi.Dia memainkan jarinya di bibir lelaki itu.Dia merapatkan wajahnya dan hendak mengucup bibir suaminya.

"Dah lama dah buat kerja ni".Ujar Tengku Shahrizal tiba-tiba yang masih terpejam matanya.

"Ishh..Bie ni..terkejut tau sayang".Ujar Hani dan memukul bahu suaminya lembut.

"Hahaha..saja nak goda Bie lah tu ehh".Ujar Tengku Shahrizal menyakat isterinya.

"Nak goda apanya..takda keje lah sayang nak goda Bie..dah lah..bangun gi mandi..sayang lapar lahh".Ujar Hani lagi.

"Yelah..yelah..kita mandi okay..".Ujar Tengku Shahrizal selamba.

"Kita ? sayang cakap Bie..bukan kita".Ujar Hani yang membutangkan matanya.

"Ishh..garang macam singa lah sayang ni..takut Bie".Ujar Tengku Shahrizal lagi dan bangun masuk ke dalam bilik air.

"Alamak sayang..Bie lupa nak ambil tuala..please ambilkan".Ujar Tengku Shahrizal.

"Dekat mana Bie letak tuala Bie".Tanya Hani.

"Dekat hati sayang..hahahah..dekat atas katil tu lah sayang oii".Ujar Tengku Shahrizal bergurau.Hani terus mengambil tuala tersebut dan dihulurkan kepada suaminya.Tiba-tiba tangan Hani ditarik kedalam bilik air.

"Bieee..apa ni...tak payah lah nak tarik-tarik sayang masuk bilik air".Ujar Hani memarahi suaminya.

"Hahahha..sayang ni..jangan lah marah-marah..tak baik tau marah Bie macam ni..berdosa..nak masuk api neraka ?".Ujar Tengku Shahrizal seperti menasihati anak kecil.

"Bie ingat sayang ni budak-budak ke ?".Soal Hani dalam tangisan.Terkedu Tengku Shahrizal melihat isterinya dalam tangisan.

"Sayang..kenapa nangis ni..Bie gurau je lah..okay-okay..sayang boleh keluar..nanti lepas Bie mandi..sayang pulak mandi..dah jangan nangis-nangis lagi".Pujuk Tengku Shahrizal.

"Tak sayang Bie".Ujar Hani membuatkan Tengku Shahrizal tergelak.

"Haihh..dah kenapa lah bini aku ni..meroyan semacam je".Ujar Tengku Shahrizal seorang diri dalam bilik air.

~~~~~~~~~~~~~~~

Selepas berehat di hotel penginapan mereka,Tengku Shahrizal dan Hani Nazirah membuat keputusan untuk keluar makan dan bersiar-siar di bandar Kuala Lumpur.

"Bie..tempat makan apa yang Bie bawak sayang ni ?".Soal Hani ingin tahu.

"Ni gerai biasa je..tapi Bie tengok menu dia menarik tu Bie bawak sayang tu..sayang jangan ingat Bie kedekut pulak tak bawak sayang pergi tempat mahal-mahal..Bie cuma nak Honeymoon santai2 je dengan sayang Bie ni".Ujar Tengku Shahrizal sambil mengusap lembut tangan isterinya.

"Takpa..sayang okay je..tekak sayang pun nak makan-makanan yang macam ni jugak..boleh makan banyak-banyak".Ujar Hani manja.

"Yelah tu..sayang..Bie tengok sayang lain lah sejak dekat Airport Instanbul haritu..sayang tak sihat ke ?".Soal Tengku Shahrizal risau.

"Kenapa Bie tengok sayang tak sihat ke ?".Soal Hani pelik.

"Kenapa..sayang okay je".Ujar Hani dengan riak muka selamba.

"Sekarang memang lah okay..nanti datang moody tiba-tiba..habis Bie..".Ujar Tengku Shahrizal menyakat isterinya.

"Biee ni..tak payah lah kutuk-kutuk sayang".Ujar Hani yang sudah pun mengalirkan airmata seperti anak kecil.Terkejut Tengku Shahrizal.

"Haa..tengok tu..tiba-tiba je nangis..sayang ni ada problem ehh".Duga Tengku Shahrizal.

"Bie lah problem sayang".Ujar Hani selamba dalam tangisan seperti anak kecil.

"Lahh pulakk Bie..kenapa Bie..sayang yang sendiri nangis..lepastu salahkan Bie".Ujar Tengku Shahrizal yang tergelak dengan kerenah isterinya.

"Dah..dah..sekarang kita makan okay ?".Pujuk Tengku Shahrizal lagi.

Mereka menjamu makanan yang sudah terhidang yang dipesan mereka tadi.Hani makan dengan penuh berselera sehingga makanan yang berada di dalam pinggan Tengku Shahrizal juga diambilnya sedikit.

"Sayang ni makan banyak macam ni..macam orang mengandung pulak ?".Ujar Tengku Shahrizal menduga.Hani terkedu mendengar penyataan suaminya itu.Betul ke dia macam orang mengandung ?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience