Tengku Shahrizal dan Hani Nazirah kini selamat sampai di rumah mereka.Hani terus membawa barang-barangnya naik ke bilik.Tengku Shahrizal turut mengikuti isterinya ke bilik.Hani hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang.Tengku Shahrizal mengeluh kecil.
"Sayang..sayang marah kan Bie ye ?".Soal Tengku Shahrizal menduga.
"Taklah...mana ada sayang marah..sayang penat sikit je".Ujar Hani yang sedang mengemas.Dia tidak memandang wajah Tengku Shahrizal kerana dia tidak kuat untuk memandang wajah itu sekarang.
"Kalau macam tu..pandang lah Bie..kan Bie tengah cakap dengan sayang ni".Pinta Tengku Shahrizal yang ingin menduga isterinya.Dia tahu yang isterinya sedang merajuk dengannya.
"Kejap lah Bie sayang tengah kemas ni".Ujar Hani yang masih tidak memandang ke arah Tengku Shahrizal.
"Pandang lah Bie..tak baik tau suami cakap tapi isteri membelakangkan suami".Terang Tengku Shahrizal lagi.
"Kan sayang cakap kejap Bie..sayang nak kemas barang ni dulu".Ujar Hani lembut.Tetapi dia masih tidak bersemuka dengan suaminya.
"Sayang...".Tengku Shahrizal sudah berada di belakang Hani.Dia menyentuh bahu isterinya.
"Bieee...sayang tak suka tengok apa yang Damia buat tadi tu".Luah Hani sebaik sahaja dia memusing menghadap suaminya dan menangis teresak-esak.
"Bie..kenal siapa isteri Bie..sayang jangan cuba nak tipu Bie".Ujar Tengku Shahrizal tenang selepas Hani meluahkan perasaannya pada Tengku Shahrizal.
"Sayang..tak kuat nak hadap dugaan ni Bie..sayang taknak kongsi dengan sesiapa pun kasih sayang yang Bie bagi dekat sayang".Ujar Hani dalam esakan dan dakapan Tengku Shahrizal.
"Bie takkan biarkan sesiapa pun berkongsi kasih sayang Bie dengan wife Bie ni".Ujar Tengku Shahrizal seraya mengucup dahi isterinya.
"Kenapa Damia boleh ada dekat Malaysia Bie".Ujar Hani dalam tangisan.
"Mana Bie tahu..nanti lah Bie tanya dia..dia buat apa dekat sana..habis mood honeymoon Bie...nasib dah nak balik..kalau awal-awal dia menyemak..lagi jahanam mood Bie".Ujar Tengku Shahrizal dalam nada geram.Hani tergelak dengan emosi suaminya itu.Mereka berpelukan seketika dan melayani perasaan masing-masing.
"Bie mintak maaf tau kalau buat sayang sakit hati".Ucap Tengku Shahrizal sayu.
"Takpalah..bukan salah Bie pun".Ujar Hani sayu.Mereka meleraikan pelukan dan memulakan sesi mengemas semula barang-barang yang dibawa dari Malaysia.
~~~~~~~~~~~~~~~
"Ishhhh...sial punya perempuan..nahas kau aku kerjakan".Ujar Damia geram.Dia kini berada di rumah lelaki simpanannya.
"U dah kenapa ? gila ke ? masuk-masuk rumah I nak marah-marah pulak".Ujar lelaki itu yang datang dari dapur dengan secawan air di tangan dihulurkan ke arah Damia.
"U tahu tak ? yang Rizal dah kahwin".Ujar Damia geram sambil mengambil huluran lelaki simpanannya.
"Haa..kan I dah cakap..dia tu dah taknak u sebab dah ada yang lain..sekarang terang-terang depan u..yang dia mengaku dia dah kahwin".Ujar lelaki itu sinis.
"U jangan nak barakan lagi api kemarahan I boleh tak ?".Ujar Damia marah dengan lelaki itu.
"Hahaha...relaks lah sayang..lepas ni kalau u nak apa-apa u boleh datang jumpa I je".Ujar lelaki itu sinis.
"U ingat I ni apa ? patung ? semua orang boleh buat main ?".Soal Damia geram.
"Hahahah..bukan ke u jadikan diri u macam tu ?".Soal lelaki itu sambil tawa sinis.
"I akan balas dendam dengan cara halus..tapi sakit bila rasa".Ujar Damia sinis.
"Buat lah apa pun Damia yang u nak buat..tapi ingat Rizal takkan lepaskan u macam tu..mungkin u akan mati dikerjakan dia".Jawab Lelaki itu selamba.
"U tak ingat ke 10 tahun lepas dia buat apa dekat I ?".Soal lelaki itu kepada Damia.Damia terkedu seketika.Dia hanya mendiamkan diri.
Share this novel