Tengku Shahrizal sudah seminggu tidak ke pejabat,dia tiada dalam mood untuk membuat kerja-kerjanya.Dia hanya duduk di rumah bersama Hani walaupun mereka sudah sebulan tidak bertegur siapa.
"Awak nak makan tak ?".Soal Hani lembut.
"Tak nak".Jawab Tengku Shahrizal mendatar.Dia tidak lagi melayan Hani secara lembut.Dia hanya membuat halnya sendiri.Dia tidak lagi mempedulikan Hani seperti sebelum ini.
"Tapi awak tak makan dari tadi..nanti sakit macam mana ?".Soal Hani lembut.
"Hmmm...saya sakit..pening...macam nak mati...ada awak kisah ke ?".Soal Tengku Shahrizal sinis.
"Awak betul-betul benci saya ke ?".Soal Hani sayu.
"Saya malas nak cakap pasal benda ni".Jelas Tengku Shahrizal.
"Saya tahu...saya ada dosa dengan awak sebagai isteri...tapi please ampunkan saya..mana layanan awak macam dulu Shahrizal ?".Soal Hani dalam tangisan kecil.
"Mana panggilan untuk saya sebagai suami Hani Nazirah ?".Soal Tengku Shahrizal tegas.
"Awak jangan buat saya macam ni..saya dah tak sanggup berjauhan dengan awak..saya nak awak Shahrizal".Ucap Hani dalam tangisannya.
"Tak perlu cakap nak saya Hani...kalau dalam hati awak masih bencikan saya sebagai suami".Ujar Tengku Shahrizal tegas.
"Saya tak boleh nak hadapi kehidupan ni seorang diri....awak penguat saya...kalau awak takda macam mana saya nak lahirkan anak kita dengan seluruh kekuatan saya Shahrizal".Luah Hani dalam tangisan.
"Kalau awak nak saya yang dulu..awak kena ubah diri awak yang dulu..baru saya terima awak semula".Ujar Tengku Shahrizal tegas.Hani hanya menangis di hadapan suaminya.
Tiba-tiba telefon Tengku Shahrizal berbunyi.Da tersenyum melihat panggilan itu.Niatnya untuk menyakiti hati isterinya.Demi hubungan mereka juga.Dari situ Hani akan mula mahu berubah untuk kembali kepadanya.
Tengku: Hello Baby.
Tengku: Takdalah Baby..saja je..I rindu u.
Tengku: u datang rumah I...kita jumpa dekat rumah I je..I malas nak keluar.
Tengku: okay bye.
Tengku Shahrizal mematikan panggilan tersebut.Dia tidak mengendahkan isterinya yang sedang memandangnya dengan linangan air mata.
"Awak bercakap dengan siapa ?".Soal Hani serius.
"Dengan buah hati saya".Ujar Tengku Shahrizal selamba yang ingin menyakitkan hati isterinya.
"Ohhh..habis saya ni siapa Shahrizal ?".Soal Hani agak tidak puas hati.
"Awak isteri saya yang tidak diiktiraf lagi".Ujar Tengku Shahrizal lagi.Mengalir airmata Hani.
"Macam ni awak buat saya...ni apa ?...balas dendam ?".Soal Hani lagi.
"Tolong masakkan apa-apa sikit untuk Damia..kejap lagi buah hati saya tu nak datang".Ujar Tengku Shahrizal lagi.Hani betul-betul tawar hati dengan lelaki itu sekarang.
Dia ke dapur menurut perintah suaminya.Sampai sahaja di pintu dapur Hani tidak dapat lagi menanggung sebak di dada.Dia menghamburkan tangisnya di situ juga.
"Yaa allah..jika ini kifarah buatku sebagai seorang isteri yang berdosa..aku terima yaa allah".Ujar Hani di dalam tangisan yang lebat.
Tiba-tiba ada lingkaran tangan yang melingkar di perutnya yang kini sudah membesar mencecah 6 bulan.
"Bie tak kejam sayang...dayus Bie ni..kalau Bie bawak perempuan lain masuk rumah kita sedangkan isteri Bie ada depan mata".Ujar Tengku Shahrizal lembut.Dia mengucup kepala isterinya.
"Habis tadi awak cakap dengan siapa ?".Soal Hani terkejut.
"Please jangan bahasakan diri tu saya..awak..Bie and sayang je okay".Jelas Tengku Shahrizal.
"Okay Bie..habis tadi Bie cakap dengan siapa dalam telefon tu".Tanya Hani sekali lagi.
"Dengan Riq..saja je Bie berlakon..nak tahu jugak apa reaksi isteri Bie ni...hihihi...sorry sayang".Ujar Tengku Shahrizal dalam tawanya.Hani memusingkan badan memeluk suaminya.Tengku Shahrizal menyambut pelukan Hani.
"Sayang..tengok ni..dah tak boleh peluk lagi..sayang dah gemuk lah".Ujar Tengku Shahrizal mengada.
"Ishhh Bie ni..memang lah..nama pun pregnant kan".Ujar Hani sambil menepuk bahu suaminya.
Mereka tertawa bahagia.
~~~~~~~~~~~~~~~
Malam itu Tengku Shahrizal tidur di bilik bujangnya itu.Tiba-tiba Hani Nazirah mengetuk pintu bilik tersebut.
"Bie..sayang nak masuk boleh".Pinta Hani manja.
"Masuklah..kenapa nak minta izin pulak".Ujar Tengku Shahrizal kepada isterinya.
"Bie dah nak tidur ke ?".Soal Hani manja.
"Belum lagi..kenapa ? nak Bie tidurkan sayang ke ?".Ujar Tengku Shahrizal nakal.
"Boleh jugak..dah lama tak tidur dengan Bie".Ujar Hani sayu.
"Siapa suruh halau Bie".Ujar Tengku Shahrizal selamba.
"Bie sayang nak minta maaf ye..sayang jadi isteri derhaka Bie..sayang lawan cakap Bie..sayang sayangkan Bie sangat..sayang taknak lawan-lawan cakap Bie dah..ampunkan sayang tau..I love you Hubby".Ucap Hani dan mengucup tangan Tengku Shahrizal.
"Bie pun nak minta maaf...kalau ada sakit kan hati sayang".Ujar Tengku Shahrizal lembut dan mengucup dahi isterinya.
"Ada...siang tadi...macam gay pulak...bersayang-aayang dengan Fazriq tu".Ujar Hani memuncung.
"Bie..nak minta something boleh ?".Pinta Hani manja.
"Nak mintak apa sayang ?".Soal Tengku Shahrizal lembut.
"Nak Bie baca Al-Quran lagi sambil pegang perut sayang...best ahh Bie..boleh ehh ?".Pinta Hani manja.Dia memeluk Tengku Shahrizal yang sedang baring itu.
"Okay..kejap Bie pergi ambil Quran".Ujar Tengku Shahrizal.Dia bangun dan mengambil Quran kecilnya dan duduk di atas lantai.
"Sayang baring..Bie baca".Ujar Tengku Shahrizal kepada Hani.Laju sahaja Hani baring di atas katil bujang itu dan menyelakkan bajunya sehingga menampakkan perutnya yang agak besar itu.
"Sayang daddy jadi anak yang baik ye..".Ujar Tengku Shahrizal yang sudah menyentuh dinding perut itu dan mengucup perut Hani.
Tengku Shahrizal mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran sambil memegang perut Hani.Hani menyentuh tangan suaminya yang kini berada di atas perutnya itu dan memejamkan mata.Tengku Shahrizal memandang wajah isterinya di dalam keadaan mata terpejam itu.Dia memandang wajah tersebut dengan suatu maksud yang tidak dapat ditafsirkan.Dan sekali lagi dia jatuh cinta terhadap Hani Nazirah.
Share this novel