BAB 36

Romance Completed 15476

Tengku Shahrizal sedang mengemas bag pakaiannya.Hani Nazirah yang lalu di depan biliknya terhenti langkahnya.Dia menolak daun pintu perlahan.Dia masuk dan melihat kelakuan suaminya yang gigih mengemas bag pakaian itu.

"Bie..kita nak pergi mana ?".Soal Hani tenang.

"Bukan kita....aku".Terkedu Hani mendengar jawapan suaminya.Dia tiba-tiba mengalirkan airmata.

"Bie nak pergi mana ?".Soal Hani lembut.

"Aku dapat offer projek dekat Malaysia".Ujar Tengku Shahrizal.

"Habis sayang..takkan Bie nak tinggalkan sayang macam ni je".Ujar Hani dalam linangan airmata.Tengku Shahrizal melepaskan keluhan di dada.

"Hani..tolong dengar apa yang aku nak cakap ni..sebenarnya aku minta Helena settlekan tempat baru untuk aku...aku nak cari ketenangan untuk diri aku sendiri".Ujar Tengku Shahrizal lemah.

"Macam tu je Bie nak tinggalkan sayang....sampai hati Bie..sayang boleh jaga Bie..kenapa Bie kena pergi jauh-jauh dari sayang dengan baby ?".Ujar Hani dalam tangisan.Tengku Shahrizal menangis.Dia melutut di hadapan Hani.

"Hani..sakit aku ni susah nak baik..kau cakap kau boleh jaga aku ? sakit aku ni bukan jaga macam sakit orang demam..sakit aku ni bukan jaga macam orang mengandung atau berpantang..tapi memerlukan semangat yang kuat dari jiwa".Ujar Tengku Shahrizal dalam linangan airmata.

"Sayang tahu Bie..tapi jangan lah pergi jauh-jauh sangat..sayang perlukan semangat Bie untuk lahirkan anak kita nanti".Ujar Hani dalam tangisan.

"Aku akan beri kau semangat yang kuat...tapi sekarang tolong izinkan aku cari ketenangan aku".Ujar Tengku Shahrizal lembut.

"Sayang cintakan Bie".Ucap Hani dalam tangisan.

"Jujur aku cakap..tak pernah satu hari pun aku tak jatuh cinta dekat kau..tapi untuk kebaikan cinta kita..tolong lepaskan aku pergi cari ketenangan".Ujar Tengku Shahrizal dalam esakan.

"Susah sayang nak lepaskan Bie pergi..sayang perlukan Bie dekat sini..tapi itulah yang orang selalu cakap kan..kalau kita sayangkan seseorang tu akhirnya kita kena lepaskan dia pergi mencari kebahagiaan di sendiri".Ujar Hani dalam esakan.

"Dan....kita takkan miliki orang tu selamanya..sebab dia bukan milik kita sepenuhnya".Ujar Tengku Shahrizal dalam esakan.

Mereka melayani perasaan seketika.Selepas beberapa minit Tengku Shahrizal bangun dari melutut di hadapan isterinya dan bersiap untuk ke lapangan terbang Instanbul,Turkey.Dia sudah bersedia di hadapan pintu rumah.Turut mengikuti bersamanya Helena.

"Bie..jaga diri ye..Bie jangan lupakan sayang ye..sayang sayangkan Bie sangat".Ucap Hani dalam sebak.

"Hani..sepanjang aku dekat Malaysia..tolong buat aku jatuh cinta setiap hari dengan kau..kalau kau nak aku kembali pada kau buat lah apa yang aku minta tu".Ujar Tengku Shahrizal dalam linangan airmata.

"Sayang akan buat untuk..Bie...Bie jangan tinggalkan sayang lama-lama ye".Ujar Hani dalam esakan.

"Tak sayang..aku takkan tinggalkan kau lama-lama".Ucap Tengku Shahrizal kemudian mengucup dahi isterinya.Hani mencium tangan suaminya buat kali terakhir.Dia menangis teresak-esak pelukan Tengku Shahrizal.Helena yang berada di situ turut mengalirkan airmata.

Mereka berpisah buat seketika.Hanya allah yang mampu melindungi cinta mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience