Tengku Shahrizal selamat sampai di Sanliurfa,Turkey.Dia kini sedang bergegas ke hospital untuk melawat isterinya yang sedang bertarung nyawa.Selepas beberapa jam perjalanan dia selamat tiba di sebuah hospital yang menempatkan isterinya.Dia sudah nampak Damia dan Tengku Fazriq yang berada di situ.
"Weii Zal..dah sampai pun kau..aku ingat baru nak call kau".Ujar Tengku Fazriq.
"Sorry aku lambat sikit..aku nak ucapkan terima kasih dekat korang berdua sebab sudi jagakan isteri aku dengan baik sepanjang aku takda".Ucap Tengku Shahrizal sayu.
"Dah lah Zal..aku dan Damia pun dah taknak fikir pasal masalah tu..yang lepas tu..biarlah lepas..cuma kau doakan aku dan Damia ye..kita orang pun tak lama lagi nak jadi parents jugak".Ujar Tengku Fazriq gembira.
"Wahhh..alhamdulillah..tahniah bro..tahniah Damia..aku harap korang jadi parents yang terbaik".Ucapan diberi kepada Damia dan Tengku Fazriq.Mereka berdua hanya tersenyum.
Selepas meminta diri.Tengku Shahrizal masuk ke dalam wad yang menempatkan isteri dan juga anaknya yang sudah selamat dilahirkan.
"Biee".Jerit Hani manja.Tengku Shahrizal tersenyum melihat isterinya yang manja dan terharu kerana dia disambut dengan hati yang gembira.
"Sayang okay ? baby sihat tak ?".Soal Lembut Tengku Shahrizal.
"Sihat..cuma hati je tak berapa sihat..sebab rindu Bie".Ujar Hani manja.Dia amat merindui lelaki itu.Dia memeluk erat Tengku Shahrizal erat.Tengku Shahrizal mengucup kepala isterinya.
"Bie nak minta maaf..banyak susahkan sayang".Ucap Tengku Shahrizal sebak.
"Cukup-cukuplah minta maaf..sayang dah lama maafkan Bie..sayang cuma nak Bie dekat sisi..taknak benda lain".Ucap Hani dalam linangan airmata.
"Bagi Bie azankan baby dulu kejap".Ujar Tengku Shahrizal lembut.Hani Nazirah mengangguk saja dengan penyataan suaminya.
Tengku Shahrizal mengazankan anak mereka.Hani Nazirah mengalirkan airmata sewaktu mendengar suara merdu Tengku Shahrizal mengazankan anak mereka.Mana tidaknya lelaki yang pernah bergelar buaya darat inilah yang mengazankan anak mereka.Lelaki yang mempunyai penyakit gila inilah yang mengazankan anak mereka.Dan lelaki ini jugalah yang memudahkan urusannya untuk masuk kemana-mana lorong pintu syurga.
"Comel anak Bie..macam Bie jugak".Ujar Tengku Shahrizal menyakat isterinya.
"Aah..redha je lah..kita yang beranak..lepastu semua ikut dia".Ujar Hani selamba.
"Hahaha..sayang ni comel lah..I love you Honey".Ucap Tengku Shahrizal.Hani mengalirkan airmata sudah lama dia tidak dengar panggilan itu dari suaminya.
"I love you too Hubby".Ucap Hani kembali.Tengku Shahrizal mengucup dahi isterinya.Mereka mengalirkan airmata bersama.
"Thank you sebab lahirkan 3 Musketeers untuk Bie".Ucap Tengku Shahrizal senyum dalam nada sebak.
"Sama-sama Bie".Ucap Hani kepada suaminya.
Hani ternampak sepucuk surat yang berada di pegangan suaminya.Dia berasa pelik.
"Surat apa tu Bie ?".Soal Hani ingin tahu.
"Surat cinta".Jawab Tengku Shahrizal tersenyum.
"Surat cinta ? dari siapa ?".Soal Hani pelik.
"Surat Cinta Dari Sanliurfa".Ujar Tengku Shahrizal tersenyum.Hani Nazirah turut tersenyum.
Mereka melayari bahtera bahagia bersama tiga orang kembar anak mereka.Cinta yang bertautkan tragedi.Cinta yang memerlukan perjuangan yang hebat.Cinta antara Tengku Shahrizal Hayrat dan Hani Nazirah.
Share this novel