BAB 39

Romance Completed 15425

Tengku Shahrizal sedang duduk di ruang tamu.Dia baru pulang dari membeli belah buat isteri dan bakal anaknya nanti.Dia mengeluh kecil.
Harini satu hari dia tidak menerima pesanan daripada Hani.Sedang dia duduk memikirkan tentang keadaan isterinya.Seseorang mengetuk pintu rumahnya.

"Assalammualaikum".Salam diberi oleh seorang lelaki.

"Waalaikummusalam".Jawab Tengku Shahrizal dan bangun dari duduknya dan membuka pintu.

"Encik saya..penhantar surat..ni ada surat untuk Encik..sila tandatangan sini Encik".Ujar lelaki itu dan memberi surat kepada Tengku Shahrizal.

"Okay terima kasih".Ucap Tengku Shahrizal dan menutup pintu rumahnya semula.

Dia membuka surat itu.Dia melihat alamat surat itu dari Turkey.Dia sudah mendapat agak siapa gerangan yang menulis surat untuknya.Dia mengukir senyuman.

Dari Isteri Tercintamu Hani Nazirah :

Assalammualaikum Bie..sayang nak beritahu..sayang dah masuk hospital sejak kelmarin..sayang ada komplikasi untuk melahirkan..Doktor minta sayang duduk dekat wad..sayang pun setuju je..Bie..sayang nak minta ampun dengan Bie..sayang banyak susahkan Bie sepanjang kita kahwin..sayang gagal jadi isteri yang baik untuk Bie..Bie balik lah kepangkuan sayang semula..sayang rindu Bie..sayang cuma nak Bie je..kalau Bie nak tahu..sepanjang Bie tinggalkan sayang..Damia lah yang jaga sayang..Fazriq dan Damia dah kahwin..dorang hari-hari datang tengok sayang..urusan sayang dekat hospital ni pun diorang yang uruskan..diorang yang bayarkan..sayang harap kalau Bie balik nanti..Bie jangan marahkan Damia lagi ye.

Salam Sayang Dari Isterimu Hani Nazirah.

Tengku Shahrizal mengalirkan airmata.Dia gagal menjadi suami yang baik buat Hani Nazirah.

"Maafkan Bie..kalau Bie buat sayang sakit..Bie gagal sayang..dan akan sentiasa gagal kalau takda sayang dekat sisi Bie..ampunkan Bie".Ucap Tengku Shahrizal dalam esakan.

Kemudian dia membuat panggilan dengan Helena.Dia ingin meminta bantuan Helena.

Tengku: Hello Hel,kau kena tolong aku Hel.

Helena: Tolong apa..macam urgent je.

Tengku: Aku nak balik Sanliurfa harini..aku dapat surat dari Hani..dia kata dah beberapa hari dia kena tahan wad sebab ada komplikasi melahirkan.

Helena: Ya allah...ye ke..okay-okay..I cuba okay Tengku.

Tengku: Kau mesti tolong dapatkan secepat mungkin Hel.

Helena: Okay-okay..I cuba sekarang.

Tengku: Okay bye.

Tengku Shahrizal mematikan panggilannya.Dia menangis dalam esakannya.Dia rasa sangat bersalah terhadap isterinya.

"Bie balik ni sayang..sayang tunggu Bie ye".Ucap Tengku Shahrizal dalam tangisannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience