BAB 28

Romance Completed 15425

Tengku Shahrizal harini tidak pergi ke kerja kerana ingin berehat di rumah bersama isterinya.Dia ingin menagih kembali cintanya.Kerana Damia dia kehilangan cinta hatinya serta merta.

"Kenapa tak siap lagi ni ? tak pergi kerja ke ?".Soal Hani sedikit marah.

"Tak..sebab Bie nak kerjakan sayang harini".Ujar Tengku Shahrizal nakal.

"Jangan nak gatal sangat boleh tak ?".Ujar Hani menyampah.

"Sayang..sini lah duduk dekat Bie".Panggil Tengku Shahrizal manja.

"Nak apa ?".Soal Hani marah.

"Nak sayang lah..".Ujar Tengku Shahrizal bersahaja.

"Tak nampak ke orang ada kerja ni...buta eh ?".Soal Hani kasar.Sebenarnya dia terpaksa menjawab begitu kerana di dalam hatinya tidak tahan dengan ajakan suaminya.

"Alaaa..sayang ni garang lah..macam serigala".Ujar Tengku Shahrizal selamba.

"Habis Bie tu..gatal macam buaya darat".Ujar Hani membalas kembali.Dia tidak sedar yang dia memanggil suaminya dengan panggilan Bie.

"Ehhh....sayang panggil Bie..hahahah...kantoi..tulah sombong lagi..kan dah terlepas..kalau sayang cakap je lah sayang".Sakat Tengku Shahrizal kepada isterinya.Tiba-tiba Tengku Shahrizal terdengar satu esakan kecil.

"Lahh..kenapa sayang nangis..Bie gurau je..dah lama tak gurau dengan sayang".Ujar Tengku Shahrizal yang menenangkan isterinya.

"Mungkin awak berjaya dah pikat hati saya untuk puaskan hati awak..tapi hati saya yang sakit ni masih lagi sakit kerana luka dia terlalu besar untuk diubat..dan kalau saya masih rasa benci pada awak..awak jangan tanya saya kenapa..jauhkan diri awak dari saya Shahrizal".Ujar Hani dalam tangisan yang lebat.

"Sayang memang tak boleh maafkan Bie ke ?".Soal Tengku Shahrizal lemah.

"Saya tak bersedia lagi nak maafkan atas kesilapan ayah awak".Ujar Hani tegas dalam tangisan.

"Sayang nak Bie buat apa untuk puaskan hati sayang".Soal Tengku Shahrizal lagi.

"Kalau awak taknak saya keluar dari rumah ni tinggalkan awak..kita kena berpisah dalam rumah ni..buat hal masing-masing..saya nak pindah bilik satu lagi..saya taknak satu bilik..satu katil...satu bantal dengan awak Shahrizal".Ujar Hani tegas dalam tangisannya yang sudah semakin reda.Terkejut Tengku Shahrizal mendengar penyataan isterinya itu.Dia mengeluh kecil.

"Baiklah..biar Bie je yang pindah bilik satu lagi..sayang tidur je bilik ni..kalau waktu malam ada apa-apa panggil lah Bie dekat sebelah okay".Ujar Tengku Shahrizal yang sudah mendekati robok bajunya dan mengemas barang-barangnya sikit demi sedikit untuk dipindahkan.

"Terima kasih sebab bagi kerjasama".Ucap Hani.

"Tolong jangan benci Bie lama-lama..Bie tak boleh hidup tanpa nyawa Bie..Bie rindu dekat sayang..Bie nak sentuh perut sayang pun dah tak boleh..Bie sakit menahan sakit ni..dan Bie faham apa yang rasa..kita menanggung sakit ni sama-sama ye sayang".Ucap Tengku Shahrizal dan terus berpindah ke bilik sebelah.

~~~~~~~~~~~~~~~

Hani sedang duduk di atas katil.Dia mengusap perutnya yang terasa sakit.Dia mengerang perlahan menahan sakit.Tetapi suaranya yang menahan sakit itu dapat didengari Tengku Shahrizal.Tengku Shahrizal masuk ke bilik tidur mereka.Dia melihat Hani sedang memegang perutnya dan mengalirkan airmata.

"Sayang kenapa ? sakit ke ?".Soal Tengku Shahrizal risau.Hani hanya mendiamkan diri tidak menjawab soalan suaminya.Tetapi dia masih memegang perutnya menahan sakit.

"Sayang jangan lah diam..Bie tanya ni..kalau sakit cakap..jangan buat Bie risau please".Ujar Tengku Shahrizal sedikit tegas.

"Sakit sikit".Luah Hani akhirnya.

"Okay sayang tunggu jap...".Ujar Tengku Shahrizal.Dia pergi semula ke bilik dia mengambil barang.Selepas beberapa minit, Tengku Shahrizal kembali bersama sebuah Al-Quran kecil.Dia duduk di sisi Hani.

"Selak baju sayang sikit".Pinta Tengku Shahrizal lembut.

"Awak ni nak tolong ke nak gatal ?".Soal Hani serius.

"Kan Bie suruh selak..selak je lah".Ujar Tengku Shahrizal lembut lagi.Akhirnya Hani menurut permintaan suaminya.

"Marah-marah..ikut jugak cakap Bie".Ujar Tengku Shahrizal selamba.

Tengku Shahrizal memulakan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sambil dia mengusap perut Hani.Hani terbuai dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan usapan lembut suaminya.Hani terbuai hingga diulit mimpi.
Tengku Shahrizal mengakhiri bacaannya dan melihat isterinya yang sedang tidur.

"Bie tahu..sayang masih sayangkan Bie..Bie tahu..sayang tak boleh takda Bie..ugut Bie je lebih nak keluar rumah lah..apa lahh..tapi tak buat sebab tak berani..tak berani nak hilang Bie kan..harap sayang dapat maafkan Bie........anak daddy..daddy minta maaf sebab daddy bukan daddy yang baik..tapi untuk cuba jadi daddy yang baik..daddy tengah cuba ni sayang daddy..I love you sayang daddy".Ucap Tengku Shahrizal
dan mengucup perut dan dahi Hani dalam linangan airmata.Dia keluar dari bilik itu dan pulang ke biliknya semula.

Hani terjaga dari tidurnya selepas Tengku Shahrizal keluar dari bilik.Dia sebenarnya hanya memejamkan mata.Dia mendengar segala luahan hati Tengku Shahrizal.

"Maafkan sayang ye Bie..sayang gagal jadi isteri yang baik untuk Bie..tapi sayang akan cuba jadi mummy yang terbaik untuk anak kita..Bie suami terbaik sayang..untung sayang dapat Bie..terima kasih sebab jaga sayang sepanjang sayang mengandung ni..I love you Hubby".Ucap Hani dalam tangisan yang lebat.Dia tidur dalam linangan airmata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience