BAB 7

Romance Completed 15425

Malam itu,Tengku Shahrizal baru sahaja selesai mandi.Dia hanya berlilitkan tuala dipinggang dan turun ke ruang tamu untuk mendapatkan isterinya.Dia terkejut melihat pemakaian Hani pada malam ini.

"Sayang..sayang pakai apa ni ?".Soal Tengku Shahrizal seolah tidak percaya.

"Pakai baju lah..kenapa Bie tengok sayang pakai sarung guni ke ?".Soal Hani kepada suaminya selamba.

"Just kain batik dengan tshirt..are you serious ? sayang ingat kita duduk dekat Malaysia ke ? sayang nak pakai macam ni ?".Soal Tengku Shahrizal yang pening dengan cara pemakaian isterinya.

"Ishh..Bie ni asyik membebel je..macam pakcik-pakcik..biarlah sayang nak pakai apa pun..nape Bie nak sayang bogel ke ?".Soal Hani tanpa sedar yang dia sedang berhadapan dengan buaya darat.

"Hmmm...berani ke buat depan Bie..Bie okay je..tapi nanti kalau tak boleh berjalan jangan salahkan Bie pulak tau".Ujar Tengku Shahrizal dalam nada nakal.Hani terkedu.Dia tersalah masuk perangkap.

"Bie ni..gatal ehh..dah lah..sayang nak tengok TV..haa..yang Bie ni tak pakai baju kenapa pulak ?".Soal Hani.

"Bie panaslah sayang".Ujar Tengku Shahrizal bersahaja.

"Bie ingat kita duduk dekat Malaysia ke ?".Soal Hani menyindir suaminya kembali.Tengku Shahrizal bengang apabila disindir begitu.

Dia duduk di sebelah Hani.Tangannya merayap di betis Hani dan naik ke paha sehingga kain batik Hani terselak.Dia membiarkan Hani menonton TV supaya tidak menganggu tugasnya.Hani berasa geli apabila tangan suaminya sudah berada di dalam kain batiknya.

"Bie janganlah..sayang geli lah...kan sayang tengah tengok TV ni..".Ujar Hani yang rasa rimas dengan kelakuan suaminya.

"Sayang tengok je lah TV..biar Bie buat kerja Bie ni..duduk diam-diam sayang".Arah Tengku Shahrizal.

Sedang dia mengentel isterinya.Telefon Tengku Shahrizal berbunyi.
Hani dapat melihat sekilas nama pemanggil itu.Tiba-tiba hatinya sakit.
Tengku Shahrizal berdecit kerana dia terpaksa jawab juga panggilan itu.

Damia: Hai sayang..sayang jom datang rumah I malam ni..I ada buat parti pukul 12.
Tengku: Hai,kenapa tak buat lain kali..buat malam ni pun u tak cakap awal-awal.
Damia: Heyy..kenapa pulak kena roger u awal-awal..suka hati I lah nak buat bila pun..makesure u kena datang ehh..tak datang siap u..I serang u dekat rumah esok.
Tengku: Yelah..yelahh..sekejap lagi I sampai..bye.

Telefon Tengku Shahrizal dimatikan.Dia masuk semula kedalam rumah.
Dia lihat Hani sedang menonton televisyen dan dia mendekati isterinya dan terus meletakkan tangannya di atas paha isterinya.

"Sayang..Bie nak jumpa Damia kejap..nanti sayang jangan tunggu Bie tau..kalau sayang ngantuk sayang tidur je".Ujar Tengku Shahrizal yang ada rasa bersalah untuk pergi ke majlis kekasihnya itu.

"Okay Bie".Jawab Hani mendatar dan ringkas.

"Sayang okay kan ?".Soal Tengku Shahrizal ingin memyedapkan hatinya sebenarnya rasa bersalah sudah menghurung hati lelakinya.

"Takpa Bie pergi je..sayang okay".Ujar Hani dengan tenang.Sedangkan dia sedang meraung di dalam hati.

"Okay..thank you sayang..Bie nak naik..nak siap kejap".Ujar Tengku Shahrizal yang memberi satu kucupan di dahi Hani.Hani tidak memberi apa-apa reaksi pada ciuman Tengku Shahrizal.Hatinya sedang terluka.

Selepas 20 minit.Tengku Shahrizal turun dari tangga dan terus mencapai kunci keretanya dan terus membawa keretanya meluncur laju.

Hani menangis sepuas-puas hatinya.Dia menekup mukanya.

"Yaa allah..jika ini takdir kehidupanku..aku terima dengan redha..kau berilah aku kekuatan untuk aku tempuh segala ujianmu yaa allah..tidak sanggup aku melihat suamiku bersama yang lain yaa allah".Doa Hani di dalam tangisan yang lebat.

~~~~~~~~~~~~~~~

Tengku Shahrizal selamat sampai di rumah Damia.Dia terus masuk ke dalam dan mendapatkan kekasihnya itu.

"Sayang..".Jerit manja Damia sebaik sahaja Tengku Shahrizal tiba di kolam belakang rumahnya.

"Hai baby..kenapa tiba-tiba buat party ni..tak cakap pun siang tadi".Soal Tengku Shahrizal ingin tahu.

"I kan dah nak pindah Instanbul..so I nak buat party dengan kawan-kawan I yang ada dekat Sanliurfa ni lah sayang..kenapa u asyik tanya je ? u tak suka ke ?".Soal Damia gedik.

"Taklah I okay je..jom kita dance".Ajak Tengku Shahrizal yang tidak mahu mulakan pengtekaran antaranya dan Damia Hana.

Selepas beberapa jam.Parti di rumah Damia pun tamat.Malam ini Tengku Shahrizal diminta tidur di rumah tersebut oleh Damia.

"Sayang malam ni u stay sini ehh..teman I".Ujar Damia yang separuh mabuk itu.Dia terlalu banyak minum minuman keras.

"Hmm..okay..u dah mabuk sangat ni Damia..jom lah kita masuk bilik. u rehat dulu".Ujar Tengku Shahrizal yang terus mengendong Damia membawa gadis itu kebiliknya.Tidak lama kemudian,mereka selamat sampai di bilik.Tengku Shahrizal membantu Damia menanggalkan pakaiannya dan hanya selimut membaluti tubuh gadis itu.Kemudian dia baring di sebelah Damia.

"Sayang..u jangan balik tau..teman I sampai pagi".Pinta Damia dalam keadaan mabuk.

"Yelah..u tidur lah dulu".Ujar Tengku Shahrizal memujuk.

Damia memusingkan badannya menghadap Tengku Shahrizal.Laju sahaja dia mencium buah hatinya.Tengku Shahrizal terbuai dan hanyut dalam godaan Damia.

~~~~~~~~~~~~~~~

Hani yang dalam keadaan bertelekung dan sedang duduk di atas sejadah menangis tidak berlagu.Dia sedang memikirkan tentang suaminya dengan Damia.

"Bie..kenapa tinggalkan sayang untuk pergi dekat Damia..ni kan malam pertama kita..sayang cuma nak belaian Bie je..susah ke untuk Bie bagi kasih sayang Bie tu dekat sayang..ke dah takda lagi ruang untuk sayang nak berkasih dengan Bie..jangan seksa sayang macam ni Bie..sayang tak kuat nak hadapi dugaan ni sorang-sorang".Ujar Hani dalam tangisan yang lebat.

Dia mengambil posisi di atas sejadah.Dia berbaring di atas sejadah dan mula terlelap.Dia terlena sehingga pagi dengan airmatanya yang kering.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience