Harini Tengku Shahrizal kurang melakukan kerja di pejabat kerana Helena sudah membantu menyelesaikan tugasnya di pejabat.Helena pergi ke pantri untuk dapatkan majikannya itu.
"Tengku u nak balik hari apa ?".Soal Helena dalam nada ceria.
"Aku tak tahu..kau tengokkan lah jadual aku yang kosong..makesure sebelum bini aku bersalin".Ujar Tengku Shahrizal tersenyum.
"Of course lah Tengku...I nak u rasa ada dekat sebelah wife u nanti".Ujar Helena tersenyum.
"So apa plan kau lepas balik Turkey semula nanti ?".Soal Tengku Shahrizal kepada Helena.
"Tak tahu lagi..maybe pencen lah Tengku".Ujar Helena melawak.
"Kau dah nak mati ke...nak pencen awal-awal".Ujar Tengku Shahrizal melawak.
"Belum rasa nak mati lagi..tapi ajal maut kan rahsia allah".Ujar Helena selamba.
"Pandai lah kau".Ujar Tengku Shahrizal tersenyum.
"Tengku..nanti masa balik u taknak bawak balik apa-apa ke untuk Hani ?".Soal Helena.
"Nak bawak balik apa ?".Soal Tengku Shahrizal lurus.
"Adoii..bini sendiri pun tak kenal".Ujar Helena dalam keluhan kecil.
"Ya lah..kau tanya aku nak bawak balik apa untuk Hani ? takkan aku nak bawak balik madu pulak untuk dia..mahu aku kena kuntau dengan dia kang".Ujar Tengku Shahrizal selamba.
"Ehhh..ada hati nak pasang nombor dua..yang pertama pun tak terjaga lagi nak pasang nombor dua".Sindir Helena.
"Aku cakap je..dah kau suruh bawak balik apa-apa...aku pun tak tahu".Ujar Tengku Shahrizal panjang.
"Bawak lah hadiah untuk wife u Tengku".Ujar Helena bosan.
"Alaaa..susah lah nak beli dari Malaysia..bini aku tu suka makan coklat..suka bunga..nanti beli coklat sini..sampai sana cair..beli bunga kat sini sampai sana layu".Ujar Tengku Shahrizal panjang.
"U balik naik kapal apa..kapal laut ke kapal terbang..dalam kapal laut pun ada aircond tau..ni kan kapal terbang..lain kali bercakap fikir guna otak boleh bukan kepala lutut".Ujar Helena membebel.
"Kau ni..macam mak-mak sangat..membebel je".Ujar Tengku Shahrizal menyampah.
"Esok I teman u cari barang for Hani and baby..nak balik jumpa bini pun nak kena ajar".Ujar Helena seperti ibu-ibu.
"Diamlah..memekak je".Marah Tengku Shahrizal.
"Suka I lah..mulut I".Ujar Helena kembali.
Mereka membawa perasaan masing-masing.Tengku Shahrizal tidak sabar untuk berjumpa dengan isterinya.Dia amat merindui wanita itu.
Share this novel