BAB 25

Romance Completed 15425

Tengku Shahrizal pulang ke rumah lewat kerana dia perlu menyelesaikan tugasnya di tapak projek.Dia masuk ke dalam rumah untuk mendapatkan isterinya Hani.Dia mendapati Hani sedang duduk tegak di atas kerusi tanpa menghiraukan kepulangannya.

"Sayang...Bie balik ni".Ujar Tengku Shahrizal kepada isterinya.Tetapi Hani tetap tidak memandang ke arahnya.

"Sayang okay tak ?".Soal Tengku Shahrizal yang sudah berdiri di sisi isterinya dan menyentuh bahu Hani.Hani tetap tidak memberi apa-apa reaksi.Dia memegang dokumen yang dibongkarnya di dalam bilik kerja Tengku Shahrizal.

"Sayang pegang apa tu ?".Soal Tengku Shahrizal yang sudah dapat agak apa yang dipegang Hani,tetapi dia sengaja ingin menduga isterinya itu.

"Saya tengah pegang dokumen dan bukti kes mak bapak saya dibunuh".Ujar Hani.Terkejut Tengku Shahrizal mendengar penyataan isterinya itu.Dia meraup mukanya.Dia cuba menyentuh tangan Hani tetapi ditepis oleh Hani sendiri.

"Sayang..sekarang masa yang tak sesuai untuk kita cakap perkara ni..sayang pergi rehat dulu okay ? nanti kita bincang..memang Bie...".Kata-kata Tengku Shahrizal dibidas oleh Hani.

"Memang apa ? awak nak cakap apa ? awak nak cakap yang bapak awak tu pembunuh..awak memang keturunan pembunuh ? awak nak cakap tu ke ?".Tinggi seoktaf suara Hani Nazirah di depan suaminya.
Tengku Shahrizal mengalirkan airmata.Dia tidak menyangka sebegini sekali ujian yang dia akan terima.Tetapi kenapa melalui Hani Nazirah ? perempuan yang dia cinta ?.

"Sayang dah bencikan Bie ke ?".Soal Tengku Shahrizal lemah.Dia menyeka airmatanya supaya dapat melihat cinta hatinya dengan jelas di depan mata.

"Aku benci kau dengan seluruh keturunan pembunuh kau tu".Ujar Hani Nazirah dengan airmata.Terkedu Tengku Shahrizal mendengar penyataan isterinya.Dia mengalirkan airmata sekali lagi.Hani Nazirah ingin meninggalkan suaminya bersendirian tetapi langkahnya terhenti dengan kata-kata Tengku Shahrizal.

"Ye..papa Bie pembunuh...dia lah yang bakar rumah parents sayang tu..tapi sumpah sayang..Bie tak tahu sebelum ni..Bie tahu beberapa bulan sebelum dia meninggal..sejak dari haritu..Bie terfikir..andai kata waris keluarga si mati ada lagi..dorang datang tak tuntut keadilan dengan Bie..tapi Bie silap...waris tu sekarang adalah nyawa Bie..cinta hati Bie..Bie tak tahu nak ujar macam mana ? masa sayang bagitau Bie yang parents sayang mati terbakar..Bie dah dapat rasa..sayang lah orang yang Bie maksudkan selama ni..tapi sayang kena tahu..walaupun orang gelar papa Bie pembunuh..tapi Bie tak pernah buat semua tu..Bie sayangkan sayang sesangat..apa yang papa buat. semuanya tempias dekat Bie..tak boleh ke sayang bagi Bie peluang jadi suami terbaik untuk sayang ?".Ujar Tengku Shahrizal panjang dan jelas dalam linangan airmata.

"Hmm..kau dengar sini Shahrizal Hayrat..kalau kau nak aku masih duduk serumah dengan kau..kau jangan sentuh aku..tapi kalau kau berani jugak sentuh aku...aku tak teragak-agak keluar dari rumah ni".Ugut Hani yang kini tidak merasa kesian kepada suaminya lagi.

Hani terus meninggalkan suaminya bersendirian dalam keadaan kecewa dengan layanannya.

"Kenapa papa buat Shah macam ni..apa dosa Shah..isteri Shah sendiri dah tak hormatkan Shah papa..ni semua salah papa..sebab papa..hidup Shah hancur sekelip mata".Ujar Tengku Shahrizal dalam tangisan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience