Malam ini, Zurina bersetuju dengan cadangan Wafa untuk menemaninya ke Farabi Mall. Pusat beli belah bertingkat tiga itu beroperasi dari jam 7 pagi hingga lah 11 malam sahaja. Tepat 10.30 malam, semua pelajar diarahkan keluar pulang ke hostel, dan kawasan ini menjadi kawasan larangan.
Farabi Mall ini tidaklah besar seperti pusat membeli belah di luar sana, cukup sekadar menempatkan seluruh pelajar dan staf dengan selesa. Namun kedai keperluan semuanya lengkap ada di sini, termasuklah pusat hiburan seperti wayang, bowling, karaoke dan lain-lain.
Wafa sedang menyedut kopi Hazelnut yang dipesannya. Dia dan Zurina kini berada di Starbucks, atas alasan dia sendiri yang mengidam sudah lama tidak merasa air golongan elit ini. Zurina dari tadi hanya mengikuti sahaja Wafa ke mana-mana tanpa memberi sebarang aduan.
Pada malam hari, MESC Law membernarkan pelajarnya berpakaian bebas asalkan tidak menjolok mata. Tetapi setiap pelajar wajib memakai kot seragam sekolah dari jam 7 pagi hingga lah 3 petang semasa hari persekolahan.
Sedang Wafa menikmati kopi, matanya kali ini tepat melihat ke arah Zurina. Wanita itu hanya mengenekan blaus putih dan seluar jeans. Rambutnya pula yang lurus dibiarkan lepas di belakangnya. Dia sedar pakaian itu hanyalah sederhana, namun bila Zurina yang mengenekannya, jadi lain ceritanya. Matanya juga menangkap beberapa pelajar lelaki di situ yang curi-curi tengok melihat Zurina.
" Zurina " panggil Wafa.
Zurina hanya mengangkat kening, menandakan 'apa?' sebagai isyarat.
" Group lelaki kat belakang awak tu. Dari tadi dia tengok sini je " tuding Wafa menggunakan mulutnya. Zurina perlahan-lahan pusing ke belakang, sebelum ditahan Wafa.
" Jangan lah tengok! "
Zurina kaku. Pandangannya kembali kepada Wafa. Namun dapat dilihat jelas pada reaksi mukanya, yang tidak selesa dirinya dipandang-pandang. Wafa sedar akan hal itu, seraya dia pun cepat-cepat menghabiskan kopinya dan bangun mengajak Zurina.
" Jom lah kita gi wayang pulak " mereka sama-sama beredar mendapatkan lif untuk naik ke tingkat tiga.
Wayang Farabi Mall selalu menjadi tempat tumpuan pelajar. Apa yang menariknya, wayang ini mendapat pengecualian had masa operasi sehingga lah jam 2 pagi pada hari Jumaat dan Sabtu. Peraturan ini termaktub dalam MESC Law yang dikuatkuasa sendiri oleh Majlis Tujuh.
" Transformers 8, dua orang " kata Wafa ketika berada di kaunter.
" Seat mana? "
Dia memilih kerusi yang berada di tengah-tengah panggung tersebut.
" Semua sekali RM18 "
Dia mengeluarkan telefonnya. Segala transaksi dan jual beli di dalam sekolah perlu dilakukan secara atas talian menggunakan aplikasi Student's Account.
Zurina bersandar pada dinding sambil menunggu Wafa untuk membuat pembelian tiket. Dia kini sedang mengemas kini profil nya untuk meletakkan gambar yang sesuai. Dalam dia sedang leka dengan gajetnya, satu suara datang menyapanya dari sebelah.
" Hello "
Zurina terus berpaling.
" Ingat saya lagi tak? Kita ada jumpa kat library hari tu " beritahu lelaki itu.
Zurina berfikir sejenak. Dia mengangguk setelah dapat menangkap memorinya bersama lelaki itu saban hari.
" Oh, Raiqal kan? Ingat " balas Zurina. Raiqal tersenyum gembira.
" Awak nampak mesra kali ni "
" Erm, sorry pasal hari tu. Saya Zurina " Zurina meminta maaf sambil kepalanya ditundukkan sedikit. Raiqal tersentak dengan kelakuannya.
" Eh takpe takpe, saya tak marah apa pun "
" Ok "
Nun jauh di hujung, Zurina melihat Wafa sedang melambai ke arahnya, memanggil dirinya untuk datang ke pintu masuk. Dia mengangguk.
" Saya pergi dulu ya "
" Eh "
Baru saja Raiqal mahu menahan dirinya. Zurina laju terus meninggalkannya tercegat di situ. Raiqal dapat melihat kawan baiknya, Wafa sedang menunggunya di situ. Tak lama kemudian mereka masuk ke dala panggung. Raiqal hanya menggeleng, tersenyum sendirian melihat telatah Zurina yang nampak sentiasa tak kena.
***
Nyaman pagi kali ini kian terasa, namun tidak untuk suasana di dalam Mahkamah Sekolah itu. Hening. Hanya kedengaran suara hakim sedang membacakan perbicaraan terhadap seorang pelajar yang sedang berdiri di hadapan 5 kerusi barisan hakim.
Mahkamah Sekolah MESC itu terletak di Bangunan Utama tingkat 7, satu aras bersama M7 Lounge. Dalam lingkungan 40% kesalahan MESC Law sahaja yang akan dibicarakan di sini. Reka bentuknya tidaklah sama seperti mahkamah diluar yang menempatkan kandang pesalah, kerusi penonton dan lain-lain.
Mahkamah Sekolah hanyalah sebuah bilik sederhana besar. Ada satu bulatan di lantai tengah bilik yang dipanggil accused circle, iaitu tempat berdirinya pelajar yang didakwa melakukan kesalahan. Kedudukan tempat hakim pula dibina tinggi, membuatkan pelajar yang berada dalam accused circle akan mendongak untuk memandang para hakim.
" Baiklah, Karim bin Ziyad " ujar Cikgu Malik. Selaku guru bertugas menjadi hakim untuk minggu ini.
" Saya " jawab Karim yang sudahpun berdiri di dalam accused circle. Hanya Cikgu Malik seorang sahaja yang menjadi hakim kali ini. Empat lagi bahagian meja itu kosong, memandangkan kesalahan yang dia lakukan mungkin agak ringan.
" Awak didapati bersalah kerana cuba untuk naik ke tingkat 8, pejabat guru. Maka dengan itu, penolakan 8 SP akan berkuat kuasa serta merta "
Tok! Tok! Tok!
Cikgu Malik mengetuk palu kayu sebanyak tiga kali. Maka perbicaraan pun ditangguhkan. Setelah menunduk hormat, Karim terus melangkah keluar dari situ.
Wajah Karim kelihatan tenang sekali. Ini bukanlah kali pertama dia masuk ke sini. Selama 2 tahun dia berada di sekolah ini, jumlah kemasukannya ke mahkamah adalah dalam lebih 10 kali. Dia memang seorang budak yang nakal, namun kebanyakan dari semua tuduhan adalah tidak berasas. Cuma dia sahaja yang tidak pandai untuk mempertahankan diri.
" Oh Karim " sapa satu suara dari sebelah sebaik saja dia menjejakkan kaki di luar.
Karim berpaling.
" Aduh Iman, kau buat apa pulak dekat sini " rungut Karim. Sungguh wajah itulah yang paling dia benci untuk lihat di sekolah ini.
Iman Althar, si pemegang kerusi no.4 Majlis Tujuh itu terus ketawa terbahak-bahak. Reaksi muka Karim jelas bengang dengannya yang sedang mentertawakan dirinya. Iman sedaya upaya cuba mendapatkan nafas.
" Kau masuk mahkamah lagi ke? Salah apa pulak kau buat kali ni "
" Bukan masalah kau pun. Buat apa nak sibuk "
" Oh, melawan. Aku beritahu mak kau nanti "
Mereka berdua adalah sepupu. Namun Iman tua setahun darinya memandangkan dia kini pelajar tahun 3. Semenjak Karim masuk MESC, dia tidak pernah tahu keberadaan sepupunya di sini. Sehinggalah ibunya sendiri yang menceritakan, ada seorang anak saudara perempuannya merupakan orang penting di sekolah ini. Tak sangka pula Iman yang sering dia bergaduh bersama waktu kecil dahulu, menjadi genius seperti ini.
" Ikut suka kau la, Iman " Karim terus beredar dari situ. Lagi lama dia berada di situ, lagi bertambah sakit hatinya dibahan oleh sepupunya.
***
5 hari telah berlalu....
Asfan sempat berjalan-jalan di sekitar kawasan sekolah minggu ini bersama Shahrun. Karim juga turut serta memperkenalkan beberapa tempat yang mereka kunjungi.
Setelah kerja pembersihan selesai, Asfan mengangkat beg galasnya di tangan kanan dan bergerak menarik luggagenya. Sepanjang berjalan di koridor, dia dapat rasakan dirinya diperhati dari bilik ke bilik. Dia terus mendapatkan lif untuk turun ke tingkat lobi.
Ting!
Di Lobi Hostel Mahara, Aizad dan seorang lagi kawannya sudahpun menunggu. Aizad melambaikan tangan ke arahnya. Asfan hanya membalas dengan mengangkat tangan. Dia datang berhadapan dengan Aizad.
" Sejak dari mula masuk hari tu, aku dah rasakan dah yang kau ni something " kata Aizad.
" Maksud kau? " Asfan bingung. Sejurus, ketawa Aizad langsung pecah.
" Tak ada apa, jom lah. Kereta dah ada kat luar tu "
Mereka bertiga mula beredar ke pintu masuk.
" Asfan! Asfan! " satu jeritan datang dari belakang.
Mereka bertiga serentak menoleh. Tuan empunya suara itu kelihatan lelah, membongkok tercungap-cungap mencari nafas. Mungkin akibat dia berlari mendapatkan Asfan. Dia perlahan-lahan bangun melihatkan wajahnya. Kening Asfan bertaut sebaik sahaja melihat wajah yang dikenali itu.
" Kau..."
Dia menangguk.
" Aminudin, yang kau tolong haritu dekat kafe " jawab Aminudin sambil tercungap-cungap. Nafasnya masih tersisa.
" Aminudin! "
Asfan tersenyum girang lalu terus memeluknya. Aminudin membalas pelukannya dengan senyuman kelat.
" Kau ok ke ni? Ada sakit pape tak? " tanya Asfan sambil melihat diri Aminudin dari hujung rambut hingga lah hujung jari kaki. Aminudin menggeleng, dia melihat kesan lebam berwarna biru masih tersisa di sebelah mata kanannya. Tetapi boleh pula dia tanya bagaimana keadaan orang lain.
" Aku ok, fan. Kau yang lebam tu "
" Ah, sikit je ni. Tak ada apa lah "
" Asfan... " Aminudin menggenggam jari jemari Asfan.
" Aku dapat tahu yang kene pindah jadi Stigma. Aku nak minta maaf sangat-sangat. Sebab aku lah kau jadi gini " rayu Aminudin sambil matanya bergenangan. Asfan hanya tersenyum kelat.
" Tak ada apa lah, din. Kau tak buat salah pun. Kau jangan rasa bersalah, aku ok je ni. Serious " pujuk Asfan sambil menepuk belakangnya.
" Terima kasih, fan. Aku janji aku akan balas jasa kau, fan " Saat ini, air mata Aminudin sudahpun mengalir. Sedih terhadap dirinya yang nampak lemah selama ini.
Aizad dari tadi menjadi pemerhati sahaja. Dia tersenyum melihat kelakuan dua sahabat itu yang nampak begitu asli sekali. Jauh di lubuk hatinya juga ada perasaan yang tidak senang dengan tindakan-tindakan Majlis Tujuh, namun dirinya tidaklah sehebat Asfan yang terus meninterprestasikan melalui fizikal. Simpan di ulu hati sahaja yang termampu buat dirinya.
Usai berpelukan, mereka beredar meninggalkan Hostel Mahara. Menuju ke Kondominium Stigma yang berada kira-kira satu kilometer dari situ.
Share this novel