Jam sudah menunjukkan 11 pagi, menandakan peperiksaan kertas sejarah tadi sudahpun berakhir. Cikgu Naira sudah keluar beberapa minit yang lalu bersama-sama kertas soalan yang dijawab. Para pelajar di dalam kelas 1-5 mula membentuk kumpulan-kumpulan mereka, untuk berbincang akan perkara yang berlaku tadi. Shahrun seperti biasa akan merapat pada Asfan apabila dia ada sesuatu yang ingin dikatakan.
" Aduh fan! Tadi aku jawab biasa-biasa je. Aku ada lah jugak buka buku time minggu lepas, tapi aku tak target A la " Shahrun mula mengadu.
" Takpe kau rilek je, kau pandai "
" Kau aku tengok tadi tekun jugak jawab soalan. Aku dah agak dah, masa first time aku tengok kau, aku dah boleh tahu kau ni otak geliga "
Namun Asfan diam sahaja, tidak membalas pujian Shahrun. Dia sendiri tak pernah merasakan dirinya sedemikian, mungkin cara asuhan ibunya yang tidak memaksa untuk sentiasa skor di dalam pelajaran. Orang sering pandang pada hasil. Tetapi mereka lupa, usaha itu lah tunjangnya.
" Fuh nasib baik lah awak ajak saya study masa minggu lepas. Awak macam tau tau je ada exam minggu ni " kata Wafa dalam nada bercanda.
" Tak ada lah, saya memang selalu baca buku je bila ada masa lapang. Saya pun tak tahu sangat nak pergi bermain macam orang lain bila ada free time. " ada nada sedih dari suara Zurina. Dia sendiri sedar dirinya tidaklah terlalu pandai bersosial, minggu lepas juga kali pertama dia memasuki wayang. Hasil berkawan dengan Wafa, sedikit sebanyak dia mempelajari hiburan dunia luar.
" Hmm, apa kata petang nanti kita gi mandi swimming pool nak? Dekat pusat sukan " cadang Wafa sejurus dia sedar akan nada kesedihan Zurina.
" Hah? Bukan minggu periksa ke sekarang? " Zurina terkejut dengan ajakan Wafa.
" Alah tak apa, belajar memang belajar. Tapi kita kene lah bersukan jugak. Malam nanti kita sambung study la. Lagipun minggu lepas kita dah cover banyak bab dah semua subjek " pujuk Wafa.
" Ok " Zurina terima juga pelawaan Wafa. Dia fikir mungkin ini salah satu langkah untuk dirinya menjadi lebih bersosial.
" Sekarang ni jom kita gi study jap exam lepas ni. Exam apa eh? "
Zurina membuka telefonnya untuk melihat jadual peperiksaan yang dihantar oleh pentadbiran sekolah.
" Lepas ni BM "
" Oh tak ada lah susah sangat, kita tengok sikit bab literasi jom "
" Jom "
Zurina dan Wafa pun mula bangun dan beredar dari kelas. Mereka mungkin menuju ke perpustakaan di mana tempat belajar utama mereka berdua. Namun Zurina tidak sedar, jam tangan miliknya tertinggal di atas meja. Dia membuka jamnya semasa menjawab kertas soalan sejarah tadi.
Pandangan Asfan tertangkap pada jam berwarna biru di atas meja Zurina. Dia melihat ke pintu kelas, Zurina dan Wafa baru sahaja keluar. Pantas dia ke hadapan mengambil jam itu.
" Eh kau nak buat apa ngan jam Zurina tu, fan " tanya Shahrun pelik.
" Aku nak gi pulangkan la ni. Kau tunggu sini jap "
" Aik? Biar je la. Nanti dia datang ambil sendiri "
" Dia macam benci aku je. Aku nak nampak baik jugak depan dia sekali sekala " itulah motif sebenar Asfan.
" Fuh, baru minggu kedua kat sini kau dah mulakan langkah ya. Tak apa fan, aku support kau dari belakang, walaupun Zurina tu nampak garang sikit "
Asfan mencebik. Dia menggeleng seraya terus keluar dari kelas, dia terus mengejar Zurina, agar perempuan itu tidak pergi terlalu jauh.
" Goodluck! " jerit Shahrun semasa Asfan menapak keluar dari pintu kelas.
Di koridor Asfan melihat kiri dan kanan, dia mencari kelibat dua orang perempuan tadi. Akhirnya matanya tertangkap pada tubuh yang berambut hitam panjang itu sedang mendapatkan lif. Dia segera mengejar.
BEEP! BEEP! BEEP!
Langkah Asfan terhenti, gajet sekolahnya berdering dari dalam poket seluarnya. Dia segera mengeluarkan, satu panggilan telah masuk.
' Incoming call from Payed '
Asfan segera menekan butang jawab.
" Ah hello Payed, kenapa? "
" Asfan, datang klinik sekarang "
" Kenapa? "
" Jack tak bangun "
Mata Asfan membulat. Tanpa berfikir panjang dia segera berlari melawan arah untuk mendapatkan tangga di hujung. Dari situ, dia akan lebih cepat sampai ke klinik. Jam Zurina terus dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Dirinya terus hilang di balik lautan pelajar yang berada di koridor.
Sedang Zurina menunggu lif bersama Wafa, dia tersentak. Dia seakan teringat akan sesuatu.
" Awak, saya tertinggal jam dekat kelas " ujar Zurina.
" Ha tak apa, jom gi ambik "
Lif sudahpun sampai di tingkatnya, tapi mereka berdua berpatah balik semula ke kelas. Wafa menemani Zurina memandangkan jam itu seperti penting baginya.
Sampai saja di kelas, Zurina dapati jamnya sudah hilang di atas meja. Reaksinya bertukar resah.
" Awak..dah hilang " ujar Zurina penuh kerisauan.
" Hah?! Hilang? " Wafa terus ke meja Zurina. Dia memeriksa juga bawah mejanya, namun tidak juga dijumpai jam itu.
" Awak macam mana ni... " mata Zurina sudah mula berair.
Sedang Wafa berfikir, matanya melirik pada Shahrun yang sedang leka bersama gajetnya. Dia melihat ke sebelah, Asfan sudahpun tiada di tempat duduknya. Dia dan Zurina datang mendekati Shahrun.
" Ehem! " tegur Wafa. Zurina hanya memerhati dari belakang.
Shahrun mengangkat pandang. Lalu dia tersenyum.
" Ha, amacam? Dah jadi official couple ke? " tanya Shahrun merujuk pada perbualannya dengan Asfan tadi.
Wafa dan Zurina konfius.
' Apa mamat ni mengarut ni? ' getus hati Wafa.
" Awak ada nampak sesiapa ambil jam warna biru atas meja tu, tak? " tanya Wafa.
" Aik? " giliran Shahrun pula konfius.
" Kenapa? " Zurina mula mendekati.
" Asfan yang ambil tadi. Dia cakap nak pulangkan kat Zurina "
" Hah? Dia tak pulangkan pun?! "
" Asal saya pulak yang kene marah ni. Saya pun tak tahu, dia memang cakap nak pulang tadi "
" Bak sini nombor telefon dia " pinta Zurina.
Shahrun terus membuka ruang contact dalam telefonnya. Tiba-tiba dia tersenyum, seakan dapat hidu pergerakan licik seseorang.
" Oh...gini trick kau nak dapat nombor awek, fan. Kau memang power, tak sia-sia aku idolakan kau " ujar Shahrun dengan nada perlahan.
" Apa dia? "
" Ah, tak ada apa. Nah, ni nombor dia "
Zurina terus mengambil nombor Asfan dari skrin gajet Shahrun. Setelah mendail lengkap nombornya, dia menekan butang call untuk berhubung dengan lelaki Stigma itu.
Share this novel