Decaria Cafe merupakan kafe terbesar di sekolah. Persekitarannya juga sentiasa bersih, kerana wujud staff cleaner yang bertugas sepanjang masa. Setiap meja makan boleh menempatkan empat orang pelajar, dan di tengah meja itu terdapat satu skrin sentuh untuk memesan makanan dan minuman. Pelajar tidak perlu lagi menjerit memanggil pelayan seperti di restoran luar, semuanya akan dihantar pelayan secara terus selepas makanan dipesan.
" Wooohooo " jari Shahrun jakun bermain di skrin meja itu. Dia terus menerus scroll menu makanan dan minuman yang ada sambil ketawa terbahak-bahak. Asfan hanya tersenyum melihat telatahnya.
" Ha cepat, fan. Kau nak order apa? Biar aku tekankan "
" Caramel Machiatto " Asfan terus memesan air kegemarannya. Shahrun menaip semula nama minuman itu pada ruangan cari.
" Ada! Uish aku rasa semua jenis makanan ngan air ada dekat sini lah " ujar Shahrun teruja sambil melihat senarai menu.
Dalam mereka sedang leka dengan teknologi itu, seorang pelajar perempuan berpakaian kot hijau masuk ke dalam kafe. Bersama-samanya beberapa orang pelajar dengan warna kot yang berbeza. Ada merah, biru tua dan juga hitam. Mereka membawa masuk sebuah pembesar suara dan segulung karpet.
Perempuan itu berhenti pada satu meja kosong yang terletak di tengah-tengah kafe. Karpet yang dibawa tadi terus dibentangkan di atas meja. Usai memasang alat pembesar suara, perempuan itu perlahan perlahan naik berdiri di atas meja yang beralaskan karpet itu. Lantas, pelajar-pelajar yang mengikutinya tadi berdiri mengelilingi meja itu.
" Test Test Test "
Satu suara keluar dari corong pembesar suara, menarik terus semua perhatian pelajar baharu yang berada di kafe. Perempuan itu terus mencuba mikrofon yang diberi.
" Selamat datang, adik adik sekalian! Saya taknak minta maaf sebab mengganggu masa awak semua. Tapi awak semua lah yang mengganggu masa saya untuk datang ke sini " ucap pelajar perempuan itu menerusi mikrofon.
Pelajar baharu di kafe semua mula kehairanan. Siapa pula yang berdiri di atas meja seperti mahu memberi pengumuman ini?
" Siapa dia ni? Pelajar sekolah ni ke? " tanya Wafa.
" Saya pun taktau. Tapi kot baju sekolah dia sama macam kita, cuma dia warna hijau. Mungkin dia ada jawatan kot " jelas Zurina sambil menghirup Hot Chocolate yang dipesan.
" Minah mana pulak berdiri atas meja ni? " Shahrun musykil.
" Entah la, gila kot " Asfan turut memberi perhatian padanya.
" Saya tahu awak semua curious siapa saya kan? Baiklah saya perkenalkan diri, nama saya Syarifah Hazni Mutahir. Selaku kerusi no.2 dalam Majlis Tujuh! Wuu tepuk tangan sikit semua! " sambung Hazni.
Para pelajar terpaksa menyahut paksaan tepukan itu.
" Majlis Tujuh? " Shahrun tertanya.
Ingatan Asfan segar lagi. Dia kembali ke situasi yang berlaku di dalam lif hostel pagi tadi. Dia terserempak dengan salah seorang daripada mereka, yang bernama Salman. Jika perempuan ini kerusi no.2, dia berharap Salman bukanlah kerusi no.1 dalam Majlis Tujuh. Itu membawa maksud dia lebih berautoriti, dan Asfan tidak gemar dengan kelakuan buruknya. Asfan terus menerangkan apa yang dia tahu. Shahrun terangguk-angguk.
" Tujuan saya kat sini nak beri taklimat ringkas saja. Berkenaan seksyen awak semua "
Suasana di dalam kafe mulai membingit. Masing-masing seperti membincangkan sesuatu.
" Ah maaf maaf, sebelum awak semua salah faham. Maksud saya bukan seksyen tempat kat luar tu. Tapi seksyen ni macam keluarga awak, yang awak akan tinggal bersama mereka lah, macamtu "
" Dan tempat perumahan setiap seksyen semuanya berada dalam kawasan sekolah. Tak ada yang kat keluar " sambungnya.
Hazni menarik nafas sebentar.
" Firstly, kat depan saya ni ada beberapa pelajar. Awak boleh tengok warna kot sekolah mereka "
Mereka dapati warna kot sekolah ada empat warna berlainan, iaitu merah, biru tua yang kini dipakai mereka, dan hitam. Hazni pula memakai kot berwarna hijau, membawa maksud bahawa itu pakaian rasmi untuk Majlis Tujuh.
" Baiklah saya mula, kot merah mewakili seksyen Sukses. Keluarga pelajar yang paling elit di sekolah ini, tempat perumahan mereka adalah di Senatorious Villa. Ada 3 buah Villa disitu. Awak akan mendapat layanan seperti anak raja, segala kemudahan dan servis lengkap disediakan di Villa. Awak cuma datang makan, tidur, bersembang dan mungkin bercumbuan dengan cinta hati awak. Dan yang menariknya, awak juga akan dapat tambahan RM100 dalam biasiswa awak, ini bermakna sebulan awak akan dapat RM600! " terang Hazni panjang lebar.
Semua pelajar mula berbisik antara satu sama lain. Jelas bahawa seksyen Sukses adalah keluarga paling sukses di sekolah ini. Sudah pasti keluarga ini menjadi keluarga idaman para pelajar. Hanya orang gila sahaja yang menolak untuk hidup mewah.
" Seterusnya, kot biru mewakili seksyen Standard. Sama warna macam yang awak semua tengah pakai sekarang. Mereka ni umpama rakyat marhaen yang tinggal di Taman Rama. Kat situ ada berpuluh-puluh rumah banglo yang akan didiami keluarga ni. Boleh tahan juga lah, cuma tak ada servis layanan seperti seksyen Sukses. Hidup mereka seperti hidup kebiasaan di rumah. Mereka jugak akan dapat tambahan RM50 dalam biasiswa "
Asfan terangguk-angguk. Baginya keluarga ini sudahpun mencukupi untuk menempuh kehidupan di alam persekolahan. Dia jenis yang suka bersederhana berbanding menunjukkan kekayaan. Baginya itu hanyalah akan mewujudkan sifat sombong dan bongkak pada seseorang kerana merasakan diri mereka ada kelebihan.
" Dan yang terkakhir, kot hitam mewakili seksyen Stigma. Saya rasa mereka ni macam erm.. kurang kasih sayang kot? Untuk pengetahuan awak semua, 70 peratus masalah disiplin datang daripada mereka ni lah. Buat masalah je kerjanya. Hidup pun dekat kondominium, mungkin keadaan kat situ membuatkan mereka menjadi bermasalah? Saya rasa tak perlu ada antara awak semua jadi seksyen Stigma "
" Oh ya, tak ada apa apa tambahan biasiswa untuk mereka " jelas Hazni secara keji. Kelihatan dia memberi reaksi-reaksi yang menjengkelkan semasa dia memberi penerangan.
" Weh, aku harap kita tak masuk situ " wajah Shahrun kelihatan risau sekali.
Kejian Hazni berjaya membuahkan rasa takut dalam dirinya. Sebaliknya Asfan sedikit berang dengan kelakuan Hazni yang mengeji mereka. Dia fikir mereka juga manusia, kita tidak boleh menyalahkan 100% pada pelajar yang bermasalah. Mungkin mereka mempunyai memori pahit dan pengaruh keadaan sekeliling yang menjadikan mereka seperti itu.
" Sekarang saya nak awak semua buka handphone masing-masing. Tengok dekat bahagian atas "
Masing-masing mula membuka peranti.
'200SP'
Itulah apa yang tertera pada peranti Zurina. Dia bertanya kepada Wafa akan hal itu, Wafa juga mendapat nombor yang sama.
" Mmperkenalkan, Student's Point! Ibarat nyawa awak kat sekolah ni. SP ni juga lah yang akan menentukan kedudukan seksyen awak di mana "
Semua pelajar baharu masih tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh Hazni.
" Pelajar yang mencapai 400 SP dan ke atas akan dikategorikan sebagai pelajar Sukses. 399 SP dan ke bawah pula sebagai pelajar Standard. Yang terakhir dan semoga dijauhkan, 199 SP ke bawah adalah Stigma "
Saat mendengar penjelasan Hazni, hampir semua pelajar terlopong. Perasaan terkejut dan takut bercampur baur dalam diri mereka. Hanya segelintir sahaja yang tenang.
" Ya, secara tak langsung awak semua merupakan keluarga Standard sekarang. Sebab tu lah kot sekolah awak warna biru tua sama macam Standard. Cuma awak semua tinggal kat hostel lagi, tak duduk di banglo Taman Rama "
" Dan awak semua bagai telur di hujung tanduk juga. Bila SP awak jatuh 199, automatik awak adalah pelajar Stigma "
" Tapi jangan takut, jangan risau " Hazni cuba mengawal keadaan yang sudah mula membingit.
" SP awak akan ditolak bila awak lakukan kesalahan yang termaktub dalam MESC LAW saja. Kalau awak ikut segala peraturan, semuamya ok je " Hazni melakonkan gaya perempuan gedik bak ulat beluncas.
" Apa jadi kalau SP kita jadi kosong? 0 SP " tanya seorang pelajar di depannya.
" Mudah je. Awak akan dibuang sekolah " jawab Hazni dengan nada bersahaja.
Para pelajar di kafe terkejut dengan kenyataan yang diberi. Ini bermakna mereka perlu sentiasa menjaga naik turun Student's Point mereka.
" Saya rasa sampai sini jelah taklimat saya. Awak boleh baca sendiri MESC LAW tu dekat handphone awak. Bye! "
Usai memberi ucapan, Hazni melompat turun ke bawah, dan terus berlari-lari anak keluar dari Decaria Cafe. Perangainya tak ubah seperti seorang kanak-kanak.
***
Asfan mengurut dagunya berkali-kali. Kening matanya berkerut seperti memikirkan sesuatu. Selang beberapa saat, dia menoleh ke arah Shahrun.
" Kau ingat lagi tak nama penuh Hazni Majlis Tujuh tu? "
Shahrun berfikir sejenak.
" Syarifah Hazni Mutahir? " usai sahaja Shahrun menyebut nama itu, mata dia terbeliak. Asfan tersenyum mengiakan.
" Weh dia anak pengetua mama tu ke?! " tanya Shahrun teruja.
Ibunya merupakan ahli kedua dalam Majlis Pengetua, iaitu Syarifah Rini Mutahir.
" Aku dah kata, dia dah kahwin. Siap ada anak dah "
" Patut cantik nak dekat sama. Tapi fan, aku tetap akan pilih mama. Perawan memang cantik, tapi janda lebih menarik " ujar Shahrun sambil melagukan bait lirik Perawan atau Janda.
" Kau ni kalau tak bangang, memang tak sah " ketawa Asfan pecah serta merta.
***
Di kejauhan, Zurina melihat Asfan sedang ketawa terbahak-bahak bersama Shahrun. Namun bukan dengan pandangan minat, tapi menjelekkan.
" Haa, tengok siapa tu? Dah suka orang belakang ke? " usik Wafa.
" Mana ada! Dia tu nampak teruk lah. Siapa je nak yang macam tu " tepis Zurina. Malu.
" Tapi dia handsome. Kan kan? " Wafa tidak berhenti mengambil peluang untuk mengusiknya. Zurina menepuk lengannya berkali-kali.
" Dah la, jom balik hostel. Dah lewat pukul 6 petang ni " Zurina mengubah topik, mengelak dari terus dibahan. Wafa hanya akur. Mereka sama-sama menghabiskan minuman dan terus beredar.
Share this novel