Bab 3

Crime Series 719

Asfan dan Shahrun bersama-sama melihat senarai nama pelajar yang ditampal pada Main Board. Setiap pelajar sudahpun ditentukan kelas masing-masing. Terdapat 7 kelas untuk setiap tahun, semua kelas hanya diletakkan nombor. Bermula dengan kelas 1-1 tahun satu, hinggalah kelas 3-7 tahun 3.

" Kau pun kelas 1-5 jugak ke? " tanya Shahrun kepada Asfan. Asfan mengerutkan dahi sebentar untuk mencari namanya yang tidak dia jumpa dari tadi.

" Haa ni, kelas 5 jugak " Asfan menuding jari ke arah namanya.

" Cantik! Jom pergi kelas. Aku tak sabar nak cari awek baru ni "

" Kau biar betul? "

Tiba-tiba langkah Shahrun terhenti. Dia menundukkan wajahnya ke bawah. Langkah Asfan juga ikut berhenti setelah dirinya sudah berada di hadapan sedikit.

" Kenapa ni? " tanya Asfan musykil.

Shahrun mula mendongakkan kepala. Matanya mulai berkaca, lama kelamaan jatuh menitik air matanya ke lantai. Dia membuka mulutnya seakan ingin meraung, namun laju Asfan hentikan dengan menutup mulutnya.

" Weh kau kenapa ni? "

" Asfan...sebenarnya..." Shahrun mengesat air matanya seketika.

" Aku dah lama single " sekali lagi Asfan menutup mulutnya sebelum suasana panik tercetus.

" Naharam budak ni. Aku ingatkan apa lah. Dah la jom gi kelas, kita cari awek baru untuk kau kat sana " ujar Asfan memujuk.

Mereka terus berjalan di sepanjang koridor, mengharungi lautan pelajar yang sibuk mencari kelas masing-masing. Di tengah kesibukan, Asfan melihat papan tanda 'Kelas 1-5'. Dia dan Shahrun mempercepatkan langkah, dan akhirnya tiba di situ.

Mereka melangkah masuk ke dalam kelas. Asfan mengambil tempat meja kosong yang berada di sebelah tingkap. Shahrun mengambil meja bersebelahan dengannya.

Sedang Asfan membetulkan kedudukan mejanya yang senget, kakinya secara tidak sengaja tersepak kerusi milik pelajar yang duduk di hadapannya. Tangan pelajar itu yang sedang menulis, tergerak ke hadapan. Secara tidak langsung merosakkan penulisannya. Pelajar itu melepaskan keluhan kecil.

" Eh sorry, saya tak sengaja " Asfan meminta maaf. Namun nada suaranya berbunyi agak sinis, pelajar itu rasa seperti maafnya tidak ikhlas. Dia menoleh ke belakang.

" Lain kali jaga-jaga sikit boleh tak? Ish! " marah pelajar itu. Nada suaranya sedikit tinggi, namun tidak sampai ke tahap menjerit.

Asfan mengerutkan dahi, memberi reaksi muka seakan tertanya-tanya. Dia memandang Shahrun yang duduk bersebelahan.

" Aku dah minta maaf kot? "

" Biasalah tu, fan. Orang perempuan memang emosi tak menentu. Hari ni dia cakap dia sayang kita, esok dia cakap dia benci kita " balas Shahrun secara berbisik.

" Kau bukan single ke? "

" Tak perlu ulang buat kali kedua, fan. Hal relationship ni isu sensitif bagi aku "

Serentak dengan itu, seorang wanita berkaca mata masuk ke dalam kelas bersama sebuah kotak berwarna biru. Suasana yang tadinya riuh kini menjadi senyap seketika.

Pakaian formal wanita itu yang berlainan membuatkan para pelajar berfikir dia adalah seorang guru. Tanpa membuang masa, guru itu mengambil pen dari dalam poket bajunya dan terus menulis di papan hadapan.

Mereka sedikit terkejut apabila guru itu mula menulis di hadapan. Papan putih itu tidak seperti sekolah lama mereka. Namun seperti papan digital yang diprogram segerak bersama pen khas yang berada di tangannya. Seusai dia menulis, dia menukar tulisannya itu menjadi warna hijau terang. Mereka yang berada di dalam kelas kagum melihat kecanggihan teknologi itu.

' NAIRA ' satu nama itu tertulis di papan putih.

" Selamat pagi semua. Saya Naira, boleh panggil Cikgu Naira. Saya adalah guru kelas awak secara rasmi mulai hari ni, juga akan mengajar awak semua subjek sejarah. Ada apa apa soalan? "

" Umur cikgu berapa tahun? "

" Saya taknak jawab. Next " Cikgu Naira melepaskan keluhan sambil anak matanya naik ke atas.

Kalau diperhati wajah beliau, tidaklah terlalu tua dan tidak juga terlalu muda. Umurnya mungkin dalam lingkungan lewat 30-an. Namun kulit wajahnya masih berseri. Gaya kaca mata dan rambutnya yang diikat sanggul itu membuatkan sesetengah guru lelaki terkinja-kinja. Ya, dia masih anak dara yang terlanjut usia.

" Baiklah tak ada soalan. Seterusnya saya nak lantik seorang ketua kelas dari kalangan awak " Cikgu Naira mula meliarkan matanya melihat 50 orang pelajar di dalam kelasnya.

" Hah awak, Siapa nama awak? " tuding Cikgu Naira pada seorang pelajar lelaki yang duduk di hujung pintu. Pelajar itu sedikit kekok ingin menyahut.

" Na...nama saya A...abuman, cikgu " balas Abuman sedikit gagap.

" Abuman? Buruk jugak nama awak ya. Oleh sebab tu, saya lantik awak jadi ketua kelas. Dan pelajar perempuan di belakang awak, siapa nama awak? "

" Shila, cikgu " jawab Shila pendek.

" Ha awak jadi penolong. Jangan bercinta sudah ya "

Cikgu Naira kembali ke mejanya dan mendapatkan kotak bewarna biru tadi. Dia membuka penutup kotak itu dan mengeluarkan sebuah telefon pintar berwarna hitam, lalu ditunjukkan pada semua.

" Seterusnya, ini adalah student's mobile, hasil kolaborasi pihak sekolah dengan syarikat Apple, maka wujudlah Iphone yang berteraskan sistem persekolahan MESC ini "

Suara-suara pelajar mula kedengaran teruja.

" Segala data berkait dengan sekolah sudah disimpan dalam ni. Seperti peta, direktori sekolah, gps. Termasuklah rekod pembelajaran awak. Silibus dan markah keputusan peperiksaan awak dan banyak lagi yang saya malas nak terangkan, biar awak saja lah yang check sendiri "

Kenyataan Cikgu Naira itu menimbulkan tanda tanya dalam minda mereka.

" Ya, setiap pelajar akan mendapat satu peranti. Sila ambil seorang satu di depan"

Lantas, semua pelajar di dalam kelas itu meluru ke depan untuk berebut. Mereka saling tolak menolak untuk mendapatkan telefon bimbit itu. Situasi sekarang tak ubah seperti kambing di dalam kandang yang menunggu masa tuannya membuka pagar. Cikgu Naira hanya menggelengkan kepala.

" Untuk pertama kali gunaan, masukkan nombor IC awak semua supaya data peribadi awak boleh sync terus dengan sistem sekolah " arah Cikgu Naira selepas semua pelajar mendapatkan peranti masing-masing.

Setelah mendapatkan satu, Asfan membelek inti di dalam telefon itu. Sejujurnya dia kagum dengan features telefon itu yang tak ubah seperti Iphone miliknya di rumah. Background peranti itu menggunakan lambang sekolah, dan ada beberapa aplikasi berkaitan dengan data sekolah.

Ting!

Tiba-tiba satu notis masuk ke dalam telefonnya.

' Shahrun wants to be your friend '

Asfan memandang ke sebelah.

" Kau pergi dekat apps friend list. Kat situ kau boleh hantar friend request dekat pelajar dalam radius 3 meter dari tempat kau " ujar Shahrun teruja.

" Serious lah? " Shahrun mengganguk.

Asfan menerima request Shahrun tadi, dari situ dia dapat lihat segala maklumat Shahrun yang asas termasuklah gambar peribadinya. Dia menekan punat ' find friends in 3 metres '.

' Zurina is 1 metre away from you. Send request? '

Mata Asfan melirik ke hadapan. Melihat sebentar pelajar perempuan yang berperangai agak dingin dengannya semasa awal masuk kelas tadi.

' Oh, Zurina rupanya ' getus hati Asfan. Terus dia menekan punat 'SEND'. dan menunggu respon darinya. Kelihatan Zurina tidak memberi apa apa reaksi, dia masih pegun membelek peranti miliknya. Selang beberapa saat..

' Zurina has rejected your friend request '

Asfan mencemikkan muka. Ternyata wanita di hadapannya itu sombong, tidak suka berkawan dan mungkin mempunyai masalah sosial. Asfan tidaklah terlalu kisah dengannya, namun wanita itulah yang akan duduk di hadapannya setiap hari. Nak atau tidak, sedikit sebanyak dia perlu menjaga hubungan agar tidak terlalu keruh, supaya dia boleh fokus di dalam kelas daripada melihat orang yang dia benci.

" Saya fikir awak semua dah dapat handphone masing-masing kan? Baiklah, arahan seterusnya saya nak awak semua buka aplikasi Student's Account yang berlambang dolar 'S' sekarang " arah Cikgu Naira. Semua pelajar akur mengikut.

Zurina membuka aplikasi itu, lantas tertulis RM700 di dalam simpanannya. Matanya membulat, terkejut.

" Seperti yang awak semua dah lihat, setiap pelajar baharu akan mendapat wang sebanyak RM700 untuk biasiswa bulan pertama. Dan diikuti RM500 untuk bulan-bulan seterusnya. Duit ini awak akan guna sepanjang awak berada di sekolah ini " terang Cikgu Naira.

" Lagi satu saya nak ingatkan. Mata wang kertas dan syiling tidak laku sama sekali di dalam kawasan sekolah ini. Semua urusan jual beli, awak akan lakukan secara atas talian dan hanya menggunakan duit virtual itu sahaja "

" Dan lagi satu, tiada pembelajaran kelas untuk minggu pertama ni. Awak semua boleh buat apa saja sepanjang minggu ni. Ada soalan?" sambung Cikgu Naira.

" Cikgu, handphone ni terus jadi milik kita ke? "

" Tak, ini masih harta milik sekolah. Awak kene pulangkan semula handphone ni bila awak dah habis belajar. Segala kerosakan akan dikenakan ganti rugi " sambung Cikgu Naira.

Para pelajar kelas 1-5 berasa sedikit kecewa. Tetapi mereka faham, kos pengeluaran student's mobile ini pasti sangat besar. Dengan menyediakan satu peranti untuk setiap pelajar sudahpun mencukupi. Malah lebih.

Cikgu Naira mula mengemas barangnya di meja dan terus beredar keluar dari kelas. Sebelum kakinya menapak keluar, dia berpaling menghadap pelajar kelas 1-5 sebentar.

" Lupa saya nak bagitahu, jangan boros ya " kata Cikgu Naira lalu terus dia menutup pintu kelas.

" Zurina, nanti esok-esok kita pergi jalan-jalan Farabi Mall nak? " ajak Wafa terus setelah kemasukan biasiswa pertama.

" Hah? "

Secara jujurnya dia tidak mahu. Hidupnya di kampung dahulu membuatkan dirinya jarang ke tempat seperti itu. Namun setiap bulan, beberapa kali juga dia akan ke kota untuk membeli pesanan ibunya.

Dia juga bukanlah gadis desa yang tidak tahu apa-apa. Dia juga mempunyai sebuah telefon bimbit di rumah, tetapi tidak secanggih peranti sekolah ini. Namun sedikit sebanyak dia tahu cara penggunaannya.

" Nak tak? "

" Ok lah, jom " Zurina akur jua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience