Kedua tangannya ditadah, curahan air dari kepala paip terus mengisi ruang. Asfan terus menyimbah air itu pada mukanya beberapa kali sehingga lantai tandas juga mula kebasahan. Lega. Itulah nikmat resfreshening water yang akan menghanyutkan segala kekusutan di kepala dengan sekali simbah. Asfan melihat sebentar dirinya dari refleksi cermin hadapan.
FLUSH!
Salah satu pintu tandas terbuka. Seorang lelaki keluar dan terus membuat stretching di sebelah Asfan. Lelaki itu tinggi dan badannya agak berisi.
" Oh "
Lelaki itu seakan terkejut setelah melihat wajah Asfan dari balik cermin.
" Kau Asfan kan? Yang gaduh ngan Salman tu? " tanya lelaki itu.
Asfan tersenyum kelat.
Memang itukah cara dirinya dikenali di sekolah ini? Bagi Asfan itu sudahpun meninggalkan tanggapan buruk dirinya terhadap komuniti pelajar. Jelas sekali dia tidak mahu dirinya yang dipandang jahat, sebaliknya ketika itu hanya dia sahaja lah yang berani tampil mempertahankan Aminudin.
" Tak apa relax. Aku sokong tindakan kau walaupun Salman tu baik ngan aku " ujar lelaki itu sambil membasuh tangannya.
" Nama kau siapa "
" Badak "
" Badak? "
Asfan mengimbau semula ingatannya sebentar. Ketika malam dia bersama Payed dan Bad di Black Market, lelaki ketot itu ada menyebut nama seseorang. Orang yang mengendalikan kemasukan Black Market.
" Kau Badak Black Market ke? "
" Oh? "
Badak sedikit terkejut mendengar soalan Asfan. Dia melihat ke arah pintu tandas sebentar. Kosong. Kemudian dia memandang Asfan semula dengan wajah yang serius.
" Kau baru tahun 1 kan? Mana kau tahu pasal benda ni? "
" Oh, malam hari tu Payed yang bawa aku gi sana "
" Serious Payed bawa kau? "
" Haah, kenapa? "
Dia terjeda. Lirik mata Badak ke bawah dan dahinya berkerut. Ada sesuatu yang sedang bermain di fikirannya.
" Apa motif dia bawa kau eh? Tak pernah pernah Payed rapat ngan junior " Badak mula mempersoalkan tindakan Payed.
Asfan juga tidak terus menjawab.
" Aku rasa sebab dia dah percaya kat aku kot? "
" Hahaha " Badak tergelak kuat mendengar kenyataan itu. Asfan terus dibiarkan terpinga-pinga.
" Jangan naif sangat, Asfan. Bad, orang kanan Payed tu pun belum tentu dia percaya "
" Apa maksud kau? "
Badak terus bersiap-siap untuk keluar dari tandas.
" Hati-hati lah duduk situ, Asfan. Nasihat ikhlas dari aku ni. Aku gerak dulu " ujar Badak seraya beredar meninggalkan Asfan dalam keadaan terpinga-pinga. Dia masih cuba untuk mencari logik di sebalik kata-kata Badak. Memang tak dapat dinafikan, kelakuan Payed sangat baik dengannya. Hatinya mula ragu-ragu. Patutkah dia terus percaya pada Payed atau terima sahaja nasihat Badak untuk dirinya berhati-hati. Asfan terntunduk buntu, fikirannya bertambah serabut.
***
Nurse itu berjalan lenggang sambil membawa tray yang penuh dengan ubat-ubatan. Dia menjalankan rutin hariannya dengan memeriksa pesakit dari bilik ke bilik. Sambil-sambil itu juga dia akan menulis report atau update berkenaan pelajar yang sakit untuk diberi pada Doktor Ahmad, selaku direktor klinik sekolah. Klinik ini tidak pernah kosong. Setiap hari pasti sahaja ada pelajar yang datang mengadu kesakitan, tetapi 70% daripada mereka mestilah tipu untuk mendapatkan MC.
Kaki nurse itu berhenti di hadapan sebuah pintu bilik. Dia melangkah masuk.
Satu tubuh yang kekar sedang terlantar tidak sedarkan diri. Dia terus mendekati. Picagari yang sudah diisi dos lumpuh terus disuntik ke dalam nadinya. Sudah masuk 2 minggu pelajar ini dilemahkan. Belum ada arahan lagi dari pihak atasan untuk tindakan seterusnya. Nurse itu kemudiannya menukar paket antibiotik yang sudah kering, sebagai pengganti kerana pelajar itu tidak makan dan minum. Usai sahaja kerjanya, nurse itu terus melangkah keluar.
Sebaik sahaja pintu bilik ditutup, jari telunjuk pelajar itu mula bergerak-gerak. Tidak lama selepas itu, tiba-tiba matanya terbuka.
***
Asap daripada cangkir kopi itu berkepul naik. Masih segar dan baru dibru oleh mesin expresso di dalam bilik rehat itu. Perempuan itu mula mengikat rambutnya menjadi messy bun, sebelum tangannya perlahan-lahan mengangkat cangkir kopi itu. Gerak gerinya penuh sopan sekali. Dia menghidu sebentar aroma yang terhasil secara semuljadi. Perlahan-lahan cangkir itu dibawa ke mulutnya itu dihirup.
" ARGHHHH! "
Tangannya kaget setelah mendengar jeritan itu. Senyuman dibibirnya mati. Dia meletakkan semula cangkir kopi itu di atas meja. Mood sepetang bersama kopinya musnah begitu saja.
" Salman, kau nak gaduh ke? " tanya Iman dingin.
" Aduh... Sikit lagi aku nak menang tadi, man. Haish " balas Salman yang sedang berbaring di atas sofa. Fokus pada game yang dimainkan di gajetnya.
Setiap kali habis waktu persekolahan, pasti mereka akan berehat sebentar di M7 Lounge. Sama ada untuk tidur, ataupun membuat kerja sekolah. Suasana bilik rehat itu yang selesa mampu menghilangkan segala stress yang mereka hadapi sepanjang hari. Namun seperti biasa, hanya enam dari mereka yang hadir di situ. Jarang sekali bayangan kerusi no.1 itu untuk datang ke sini.
" Azami nak jumpa kita ke? " tanya Fahmi pada Hazni yang sedang sibuk menyolek di hadapan cermin. Cantik berseri wajahnya walaupun hanya dengan solekan nipis. Hazni juga merupakan salah seorang primadona MESC, iaitu 5 pelajar perempuan yang mendapat undian terbanyak dalam pertandingan kecantikan pada malam Prom Night.
" Yerrr, dia cakap nak jumpa jap kat sini tadi "
Fahmi mengangguk. Pandangannya ditalakan semula pada pasangan kembar yang sedang sibuk bermain catur di meja kopi. Dia datang mendekati mereka.
" Siapa pulak menang kali ni? " tanya Fahmi sambil menganalisis permainan catur antara Daim dan Rasyiqah.
" Daim lah menang kali ni "
" Sabar, belum habis lagi "
Kedua kembar itu saling puji-memuji. Mereka tetap fokus pada papan catur berjenama Harry Potter itu. Dari dahulu lagi mereka selalu berentap menggunakan kebijaksanaan dalam setiap perkara. Ada kalanya Daim menang, ada juga masa Rasyiqah bersinar. Namun selalunya Daim yang lebih menyerlah pada akal. Mungkin kerana kelebihan dia sebagai abang kembar.
Pintu M7 Lounge terbuka.
" Ah semua dah ada ke? Sorry lambat " Azami terus masuk dan mengambil tempat duduk di sofa.
" Fuh leganya. Salman, buatkan kopi jap "
" Aku bukan kuli kau, Azami "
" Alah, bukan susah pun. Kau tekan je mesin tu, nanti dia siapkan. Cepat la, aku haus ni " desak Azami.
Salman mengeluh. Dia terus mematikan telefonnya dan bangun berjalan ke mesin kopi ekspres.
Ketawa Iman pecah melihat kelakuan Salman. Sebesar mana pun sifat rebel dalam dirinya, tersungkur juga bila berdepan dengan Azami. Hanya kerusi no.1 itu yang mampu menundukkan ego si panas baran itu. Mesin kopi itu terus membru kopi yang dipesan. Setelah siap, cangkir itu terus diberikan pada Azami.
Dia meniup sebentar kopi hitam itu untuk meredakan bahangnya. Menggeliat lidahnya apabila kopi itu dihirup.
" Aih panasnya "
" Kenapa kau nak jumpa ni, Azami " Kesemua tujuh ahli sudahpun berkumpul di sofa tengah. Fahmi yang memulakan bicara.
" Ah, pasal sukan tahunan bulan depan la "
" Kenapa? "
Azami menghirup lagi kopinya sebentar.
" Aku dah jumpa Majlis Pengetua. Dorang izinkan Majlis Tujuh masuk 3 acara " ujar Azami.
" Serious? " Dia mengangguk. Reaksi terkejut jelas terpamer pada wajah mereka.
" Time ni la kita nak tunjuk kat budak tahun 1, kenapa kita digelar Majlis Tujuh. Kali ni aku nak kita semua bolot pingat emas dalam setiap acara yang kita masuk "'
Mereka bertujuh bukan lah satu kelas. Hanya Azami dan Hazni berada di kelas 3-1, dan Daim serta Rasyiqah di kelas 2-1. Manakala selebih yang tiga berada di kelas berlainan. Ini bermakna Majlis Tujuh tidaklah bertanding sebagai satu kumpulan. Jika ditakdirkan, mereka juga akan berentap sesama sendiri.
" Kalau kita jumpa sesama sendiri kat final macam mana? " tanya Iman.
Tahun lalu dia bertemu dengan Hazni di peringkat akhir dalam acara kuiz pantas biologi. Pelajar diberi 20 soalan untuk jawab sepantas yang mungkin. Dengan hanya berbeza 3 saat, Hazni berjaya memperoleh pingat emas. Manakala dia mendapat tempat kedua.
" Tak ada masalah selagi Majlis Tujuh yang johan. Budak-budak ni lagi suka tengok kita berentap "
Mata Iman terus menikam wajah Hazni. Seakan memberitahu supaya bersiap sedia, kali ini pasti dia akan mengalahkannya dalam apa jua acara sekalipun jika mereka bertemu. Sebaliknya Hazni hanya membalas dengan mengangkat kedua keningnya, menyahut cabaran yang diberi. Setelah itu, mereka sambung berbual kosong sehingga senja mula berlabuh.
Share this novel