Bab 18

Crime Series 719

Tepat jam 7 pagi, sinar matahari mula jelas kelihatan dari ufuk timur. Rata-rata pelajar MESC mula bangun untuk bersiap ke sekolah. Ada juga yang masih terbongkang di atas katil, ramai juga yang masih mengamalkan rutin bangun 15 minit sebelum waktu sekolah. Tidak kisah mana-mana sekolah sekalipun, hal itu sudah menjadi norma yang wajib ada.

Pagi ini, bermula lah minggu acara sukan tahunan Malaya's Elite School yang akan berlangsung selama 5 hari. Suasana di persekitaran sekolah sudah pun riuh dengan suara-surara jeritan pelajar. Foodtruck dan kiosk tersusun berderet di sepanjang jalan yang ada di sekolah ini. Harganya semua masih diminimakan bersesuaian pembeli dari kalangan pelajar. Pihak Majlis Pengetua juga memperuntukkan subsidi bagi makanan dan minuman yang dijual di MESC.

Setiap acara yang akan berlansung serentak di pelbagai tempat. Jadual permainan sudah diberikan awal kepada setiap pelajar supaya mereka memilih acara yang tidak saling bertembung. Dek kerana kuantiti pelajar yang ramai, setiap acara yang berlansung pasti ada audiens. Namun yang paling menarik perhatian sekarng adalah acara bola sepak yang sedang berlangsung di padang sekolah.

Zurina melihat ke arah jam tangan miliknya.

8.05 pagi.

Dia kini berada di dalam Dewan Serbaguna 1 yang menempatkan pertandingan kuiz matematik. Acara ini mengaplikasikan pertandingan berliga. Setiap liga mempunyai 5 atau 6 kelas, dan johan serta naib johan liga akan ke peringkat suku akhir. Memandangkan sebanyak 21 kelas akan berentap, 4 permainan kuiz akan dijalankan serentak untuk mengejar masa.

Sehingga kini Zurina masih tidak tahu siapa partner kuiznya. Dia masih duduk menunggu giliran perlawanannya yang akan menentang kelas 2-4 tidak lama lagi. Sambil-sambil itu dia melihat salah satu acara kuiz yang sedang berlangsung.

TING!

" Jawapannya adalah D! "

" Tepat sekali! Satu markah diberikan pada kelas 3-3! "

Sedang dia khusyuk melihat perlawanan itu, seorang lelaki mengambil tempat duduk di sebelahnya. Sedar akan kehadirannya, Zurina pantas berkalih.

" Hah?! " Jelas terpamer reaksi terkejut pada wajah Zurina.

" Aik? Kau buat apa kat sini? "

Muka Asfan bersahaja saat menanyakan soalan itu.

" Kau buat apa kat sini? " Zurina membalas soalan Asfan dengan soalan yang sama.

" Cikgu Naira call aku pagi tadi. Dia suruh aku masuk kuiz matematik ni, katanya ada satu kosong. Aku pun layan je la "

Zurina mula menyilangkan tangan. Jelas wajahnya menunjukkan rasa tidak puas hati.

" Kenapa? "

Asfan berfikir sejenak tentang motif Zurina berada di dewan yang sama dengannya.

" Oh, kau ke yang satu lagi wakil kelas? "

" Kau tarik diri " arah Zurina tiba-tiba.

" Aik? Kenapa pulak? "

" Tarik diri lah! "

" Tak nak "

Audien yang berada di sebelah mereka mula berdehem. Menegur bilamana suara mereka mula menganggu dan mencetuskan kebisingan. Asfan tersengih dan terangguk-angguk meminta maaf.

" Aku tak boleh satu kumpulan dengan kau " rungut Zurina dengan nada perlahan.

" Nak buat macam mana? Aku pun nak 20 SP ni kalau juara ni "

Zurina mula mengetap bibir. Tak sangka pelajar yang paling dia benci akan bergabung tenaga dengannya dalam acara ini. Dia sendiri tidak dapat bayangkan bagaimana chemistry mereka bila nak menjawab soalan kuiz nanti.

" Kelas 1-5 dan Kelas 2-4! Sila hadirkan diri sekarang! " panggil seorang staf di depan.

" Saya! " sahut Asfan dan terus ke hadapan.

Zurina mengeluh. Tiada pilihan lain melainkan teruskan sahaja acara ini bersama Asfan. Dia bangun dan turut ke hadapan untuk melaporkan diri.

***

Dua meja tersusun di sebelah kiri dan kanan. Di tengah pula merupakan meja juri yang akan menanyakan soalan-soalan kuiz. Mereka berdua duduk bersebelahan menghadap opponent mereka, iaitu kelas 2-4. Asfan memandang ke sebelah, dari tadi Zurina tidak henti memberikan reaski muram. Dia menyandarkan tubuh ke kanan, mendekati perempuan tersebut.

" Goodluck " bisik Asfan ke telinga Zurina. Sengaja mengusik.

" Diamlah! " tepis Zurina dengan menjauhkan dirinya.

Asfan mencebik.

Satu skrin putih diletakkan di tengah. Cahaya terpancar keluar dari projektor memaparkan skrin laptop kepunyaan juri.

" Baiklah. Selamat datang ke acara kuiz matematik. Sebelum kita mulakan, saya akan bacakan peraturan permainan " ujar Cikgu Amir, selaku menjadi juri untuk acara kuiz ini.

Dia menarik nafas sebentar.

" Caranya mudah saja. Sebanyak 5 soalan akan diberikan. 1 mata akan diberikan untuk jawapan yang betul. Namun 1 mata akan ditolak jika jawapan yang diberi adalah salah! "

Zurina agak terkejut dengan peraturan itu. Bermakna peserta tidak boleh semberono menjawab soalan yang diberi. Seharusnya peserta perlu berbincang sesama sendiri sebelum membuat keputusan untuk menjawab. Persoalannya, bolehkah dia berbincang dengan Asfan?

" Setiap peserta yang mahu menjawab perlu menekan loceng. Dan loceng hanya boleh ditekan setelah soalan habis dibacakan. Jika loceng ditekan sebelum itu, 1 mata juga akan ditolak "

" Jika kedua-dua kumpulan tidak menjawab sesuatu soalan, soalan yang baharu akan diberikan. Sesiapa saja yang berjaya mengumpul mata terbanyak di soalan akhir, akan dikira sebagai pemenang. Setiap permainan akan diberikan 5 soalan terlebih dahulu. Jika mata seri berlaku, baru satu soalan emas akan diberikan untuk penentuan. Jelas? " ulas Cikgu Amir panjang.

Asfan terangguk-angguk. Seakan faham dengan peraturan yang disebutkan. Dia memandang ke sebelah, perempuan itu masih lagi tidak melihat ke arahnya. Hanya memandang ke hadapan dan bermain dengan jari jemarinya sendiri.

" Baiklah, kita mulakan. Soalan pertama.... "

TING!

Serentak mereka berpaling ke arah loceng yang ditekan. Yang pastinya bunyi itu bukanlah datang dari meja kelas 2-4. Tetapi...

" Kelas 1-5, kenapa kamu tekan loceng? "

Asfan tersentak bila semua melihat ke arahnya. Dia menarik semula tangannya ke belakang.

" Oh...saya nak test bunyi tadi " jawab Asfan dalam nada bersalah. Zurina mula meraup wajahnya.

" Tidak kira! 1 mata ditolak untuk kelas 1-5! "

Kini mata menjadi -1 berbalas 0.

" Apa masalah kau hah? " marah Zurina.

" Serious aku nak test tadi. Aku tak tahu pula soalan tengah dibacakan "

" Baiklah, soalan seterusnya... "

Mereka berdua mula fokus semula.

" Berdasarkan gambar rajah di skrin. Kira perimeter bentuk yang berwarna "

Kedua-dua kelas yang berentap sama-sama menumpukan perhatian pada skrin. Dalam hanya 10 saat, Zurina terus mendapat jawapannya. Tangannya terus bergerak untuk menekan loceng.

PAP!

Secara tidak sengaja, kedua tangan mereka bertemu. Asfan juga ingin mencapai loceng pada waktu yang sama. Mereka berdua saling berpandangan.

TING!

" Baiklah kelas 2-4, apa jawapannya? "

" Jawapannya B. 23 cm "

" Betul! 1 mata untuk kelas 2-4! "

Peserta kelas 2-4 membuat hi-5 setelah menjawab dengan jayanya. Jika dilihat dari sudut chemistry, jauh sekali hubungan Asfan dengan Zurina berbanding mereka. Sekali lagi Zurina mengeluh. Kepalanya dipicit perlahan.

" Asal kau langgar tangan aku? "

" Manalah aku tahu, aku pun nak jawab. Kau tak cakap pun yang kau nak jawab " Asfan mempertahankan diri.

" Kau tak payah lah jawab! Biar semua soalan bagi aku yang jawab "

" Ok fine. Kalau itu yang kau nak, tak ada masalah "

Asfan terus mengundurkan kerusinya ke belakang sedikit, menjauhi mejanya. Tangannya terus disilangkan. Zurina pula terus merapatkan kerusinya ke meja, tangannya pula bersiap sedia untuk mencapai loceng dengan lebih senang.

Berbaki 3 lagi soalan untuk pusingan ini. Dia harus menjawab ketiga-tiga soalan dengan betul untuk memperoleh kemenangan. Tanpa menghiraukan pergelutan Asfan dan Zurina, Cikgu Amir terus membacakan soalan-soalan seterusnya.

TING!

" Jawapannya A "

" Jawapannya D "

" Jawapannya B "

Peserta kelas 2-4 terlopong dibuatnya. Kesemua tiga soalan yang berbaki dijawab pantas oleh Zurina di bawah 15 saat. Secara tak langsung memberi kemenangan kepada kelas 1-5 dengan mata 2 berbalas 1 secara comeback.

Zurina terus bangun meninggalkan Asfan berseorangan diri. Asfan hanya memuncungkan bibir, baginya soalan yang diberi tadi tersangat lah mudah. Dia sedikit pun tidak heran dengan kepantasan Zurina menjawab kesemua soalan tadi, kerana dia sendiri mampu berbuat demikian. Tanpa membuang masa, dia juga beredar untuk mendapatkan sarapan percuma yang disediakan pihak sekolah.

***

Mini stadium sekolah masih hangat lagi dengan jeritan penyokong. Beberapa cheers kedengaran dilaungkan berbalas-balas di antara dua bahagian stadium itu. Kini pertarungan akhir bola sepak di antara Tahun 3 dengan Tahun 1 sedang berlangsung. Perlawanan bola sepak adalah di antara permainan yang wajib dibanjiri pelajar sekolah baik lelaki mahupun perempuan. Sudah menjadi norma para lelaki untuk melihat perlawanan bola ini, bermacam aspek yang dapat dilihat untuk menarik minat mereka. Namun bagi perempuan, sudah tentu minat mereka terletak pada rupa pemainnya. Kelincahan dan kepeluhan pemain buat mereka tak senang duduk.

Shahrun kini sedang fokus melihat ke arah gerakan bola di atas padang. Dia berjaya melepasi saringan untuk mewakili tahun 1 dan memainkan posisi penyerang. Formasi 4-5-1 yang dipakai membuatkan dia lah satu-satu nya penyerang yang berada di hadapan. Namun dengan formasi ini, kawalan bola akan lebih dipegang oleh mereka jika setiap pemain tengah memainkan peranan masing-masing.

Sebaliknya tahun 3 memainkan formasi 3-4-3 dengan memaksimakan serangan. Strategi agresif ini jika diaplikasikan dengan benar, mereka mampu membuatkan perlawanan ini menjadi berat sebelah. Setiap pemain haruslah handal dalam mengawal dan mencongak ke mana bola itu harus pergi. Mereka juga memperoleh emas pada acara sukan tahun lepas semasa mereka di tahun 2. Melihat tahun 3 beraksi adalah suatu perkara yang dinantikan setiap pelajar.

" Sini! "

Shahrun mengangkat tangan sambil berlari. Dia terus meminta bola apabila berjaya melepasi jagaan pemain pertahanan tahun 3.

Salah seorang pemain sayap tahun 1 terus menendang bola dengan kuat. Hantaran lencong itu terus menuju ke arah Shahrun yang berada di tengah. Saat Shahrun melakukan touch ball, penyokong dari kalangan tahun 1 terus mulai bersorak. Dengan lincah, dia terus memecut ke hadapan.

Kebijaksanaan Shahrun mencari ruang membuatkan pertahanan tahun 3 terlepas pandang mengenai keberadaannya. Serentak mereka bertiga mengejar Shahrun yang sedang membuat pecutan ke gawang gol. Namun semuanya seakan terlambat, bola itu sudah memasuki kawasan kotak penalti. Shahrun melirik sekejap ke arah gawang, mencari tempat yang sesuai untuk dibolosi. Tanpa melengahakan masa, satu rembatan padu diberikan Shahrun. Berpusing bola itu ke bucu gawang.

PAP!

Malangnya bola itu ditepis keeper tahun 3. Kelajuan refleksnya untuk fly ke bucu gawang telah menyelamatkan keadaan.

" Mantap Bad! "

Bersorak kegirangan penyokong pelajar tahun 3 apabila Bad berjaya menepis rembatan Shahrun. Sejak di tahun 1 lagi, dia sudah menjadi penjaga gol utama bagi pasukannya. Tanpa membuang masa, Bad terus memberikan lontaran kuat ke hadapan.

Bola itu melayang tinggi ke tengah dan dicapai salah seorang pemain midfield tahun 3. Peluang ini terus digunakan pasukan tahun 3 untuk melakukan taktik Tiki-Taka. Hasil daripada strategi serangan maksimum, short passing tactical itu berjaya dimainkan dengan baik sekali. Formasi pasukan tahun 1 menjadi sedikit kucar kacir.

Saat bola itu tiba di kaki seseorang, gemuruh mini stadium sekolah dengan sorakan pelajar. Dia lah penyerang tengah tahun 3, Azami. Melihat kerusi no.1 itu beraksi adalah punca utama stadium ini dibanjiri para pelajar.

Tetapi pertahanan tahun 1 bukan lah sembarangan, mereka merampas segala peluang pihak lawan dengan aplikasi clean tackle. Namun mereka tidak sedar, yang kini berhadapan dengan mereka adalah 'Raja Gelecek'. Gelaran itu melekat pada Azami semenjak 2 tahun yang lepas lagi kerana kehandalannya dalam driblling.

Satu per satu back dilepasi Azami dengan lincah. Sorakan stadium menjadi semakin kuat. Ada satu sahaja perkara yang perlu dihalang supaya tahun 1 memperoleh kemenangan, iaitu jangan biarkan Azami masuk ke dalam kotak penalti. Namun itulah yang terjadi sekarang.

Gopoh penjaga gol dibuatnya apabila kelibat Azami di hadapan. Tanpa berfikir panjang, dia terus meluru ke arah Azami, dengan harapan akan berlaku delay semasa Azami mengawal bola. Tatkala itulah dia boleh menangkap bola dengan selamat. Tetapi Azami tidak lah bebal, ada sebab kenapa dia menyandang kerusi no.1 Majlis Tujuh.

Tindakan penjaga gol itu telahpun diramal Azami awal lagi. Saat keeper itu melangkah ke hadapan, peluang emas sudahpun muncul di matanya. Dia mengurangkan pacenya sedikit kerana tendangan bakal dibuat. Setibanya penjaga gol itu 1 meter daripadanya, Azami terus membuat tendangan sederhana perlahan. Bola itu menggelincir di bawah kelengkang keeper tahun 1. Itulah Peluang Ole yang dinampaknya.

" GOLLLL!!!! "

Azami terus melambai-lambai ke arah pesorak selepas menjaringkan gol. Tergila-gila pelajar perempuan dibuatnya apabila senyuman sang kasanova itu mencapai hati mereka. Pada masa yang sama, semua pemain tahun 3 meluru ke arahnya untuk menyambut jaringan sulung pasukan mereka. Reaksi pemain tahun 1 pula nampak sudah putus harapan. Mereka bolos pada minit yang 86. Bukan setakat menang, seri pun belum tentu mereka dapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience