Bab 19

Crime Series 719

Perlawanan akhir bola sepak sudahpun tamat dan dijuarai oleh pelajar tahun 3. Sorakan di mini stadium itu tidak berhenti lagi. Malah lebih gemuruh dengan hadirnya pemain-pemain tahun 3 berkumpul di tengah padang, menyambut kemenangan dan turut bersorak. Sebaliknya semua pemain tahun 1 berada bench dengan perasaan hampa. Kecewa dengan kekalahan tipis 1-0 di peringkat akhir.

" Tak apa jangan sedih sedih semua. Kamu ada lagi 2 tahun dekat sini. Anggap lah ini pengalaman bermain untuk tahun depan. Lagipun lawan tahun 3 pun bukan calang-calang, mereka juga juara pada tahun lepas. Semangat semua! "

Coach Jalal tak henti henti memberi kata-kata semangat pada pemainnya. Inilah kumpulan yang dia diberi tanggungjawab untuk melatih selama 3 tahun.

Shahrun meminum sedikit air mineral dari botol itu, kemudian selebihnya dia buat untuk menyiram kepalanya dari atas. Lega rasanya melakukan perbuatan itu, seperti baru lepas mandi shower. Dia terus bangun mendapatkan coachnya.

" Coach, saya gerak dulu ya. Nak jumpa kawan " Shahrun meminta izin.

" Baik, kamu main bagus dah tadi Shahrun. Cuba lagi tahun depan "

Shahrun terangguk-angguk. Dia bersalaman dengan semua orang dan beredar meninggalkan mini stadium itu.

Destinasinya ingin ke Dewan Serbaguna 1. Dia mendapat khabar daripada Asfan tentang perlawanan kuiznya berlangsung di situ. Mungkin masih sempat untuk dia melihat perlawanan sahabatnya jika dia bergegas. Sedang dia berjalan di koridor, dia terserempak dengan seorang pelajar yang cukup dikenalinya.

" Karim? "

" Oi Shahrun " Karim terus berlari-lari anak ke arahnya.

" Kau dari mana ni? " tanya Shahrun sebaik sahaja lelaki itu berada di depannya.

" Dewan 3, baru habis. Aku wakil kelas main chess "

" Fuh power. Menang tak? "

" Eh come on lah Shahrun, ini Karim kot. Aku tak kalah langsung setiap game " ujar Karim dengan bangga dan bongkaknya. Pecah ketawa Shahrun dengan gelagat rakannya.

" Padu. Aku pun baru je ni lepas lawan bola. Naib johan je "

" Ok lah tu. Ni kau nak pergi mana ni? "

" Tengok Asfan main kuiz. Jom nak? "

" On. Tapi bagi aku kencing dulu jap "

" Ha cepat "

Karim terus bergegas ke tandas yang berada tidak jauh dari tempat mereka. Shahrun meletakkan beg but kasutnya ke bawah sebentar. Semasa dia menunggu Karim, seorang pelajar lelaki mendekati dirinya.

" Sorry, tumpang tanya. Ada nampak tak budak tinggi tinggi gini lalu sini tadi? "

Shahrun mengerutkan dahi. Akalnya pantas memikirkan figura Karim yang tinggi juga rambutnya yang panjang sedikit.

" Kenapa dengan budak tu? " tanya Shahrun. Mencungkil kepastian.

" Oh cikgu cari dia tadi kat dewan. Dia juara chess tapi main tipu "

Terkejut Shahrun mendengar perkhabaran itu.

" Main tipu? "

" Haah. CCTV pintu dewan tadi dapat rakam, dia tengok handphone bawah meja masa main chess " ulas pelajar lelaki itu.

' Alah bangangnya lah kau ni, Karim ' ujar Shahrun di dalam hati.

" Oh yeke? Rasanya budak tu macam pergi sana tadi " Shahrun menunjukkan arah belakang, berlawanan dengan destinasi yang mereka hendak tuju.

" Ok terima kasih, bro "

Pelajar lelaki itu terus berlari-lari anak ingin mengejar penyangak yang mengelat semasa perlawanan catur tadi. Saat sahaja dia lari melepasi pintu tandas, Karim keluar dengan wajah bersahaja. Dia berjalan mendapatkan Shahrun semula. Namun gerakannya terbantut sebentar, melihat Shahrun yang sedang memegang sebelah butnya di tangan. Seakan bersedia untuk dilempar.

" Kenapa ni? " tanya Karim akan kelakuan pelik Shahrun.

" Kau tu kenapa. Kenapa main tipu lahanat? " mata Shahrun terjegil.

Karim terlopong. Lama dia terbungkam di situ.

" Macam mana kau tahu? "

" Aku tak tahu, bangang. Cikgu cari kau sekarang tau tak? Kantoi kau tengok phone dekat CCTV "

Karim berfikir sejenak.

" Oh kat pintu dewan ada CCTV! Aduh aku lupa pulak "

Shahrun terus meluru ke arah Karim. Dia memukul tubuh badan Karim dengan kasut butnya. Tidak terlalu kuat, tetapi cukup untuk mengajar si penyangak ini untuk sedar.

" Ah sakit! Sakit! Sorry! Sorry! " rayu Karim.

" Dah, jom gi dewan Asfan dulu. Kang kau kene tangkap kat sini, aku pun kene sekali sebab bersubahat "

" Aduh, mesti masuk mahkamah lagi ni minggu depan "

Shahrun menggeleng. Namun dia tidaklah terlalu terkejut dengan perbuatan Karim. Sejak mula berkenalan dulu lagi, dia sudah nampak perangai nakal tak guna rakannya itu. Tanpa membuang masa lagi, mereka sama-sama terus menujuk ke Dewan Serbaguna 1 yang berada kira-kira 100 meter dari situ.

***

" Kemenangan kali ini milik kelas 1-5 ! "

Tepukan gemuruh bergema di seluruh dewan. Masing-masing teruja melihat pertarungan kuiz matematik sebentar tadi. Sepertinya kelas 1-5 sudah menjadi tumpuan sejak beberapa jam yang lalu selepas memenangi tempat pertama dalam liga. Kini mereka sudahpun di ambang perlawanan akhir.

" Dengan mata 3 berbalas 1. Kelas 1-5 berjaya melangkah ke pusingan akhir! "

Zurina menepuk tangan berkali-kali. Perasaan gembira dalam hatinya tidak terhingga kerana usaha ulungnya berjaya mara ke peringkat akhir. Ya, usaha ulung. Ternyata dia seorang yang berusaha. Senyuman di bibirnya mati seketika. Matanya melirik ke tempat duduk yang berada di sebelahnya.

Asfan sedang nyenyak terlena di alam ciptaannya. Semenjak pergaduhannya dengan Zurina di match pertama, kepalanya sedap terlentok di atas meja sepanjang pusingan-pusingan seterusnya. Setiap perlawanan, hanya Zurina sahaja yang menjawab segalanya dan mara hingga ke peringkat ini. Manakala Asfan hanya melelapkan mata dan dikejutkan oleh juri setelah perlawanan tamat.

Zurina menyeret kerusi belakangnya dengan kuat dan terus beredar. Seretan kerusi kayu itu membingit, lalu membuatkan Asfan terjaga. Perlahan-lahan kepalanya dibangunkan dan mengeliat sebentar. Secara tak semena matanya bertembung dengan Cikgu Amir, lelaki berusia 30-an hanya menggelengkan kepala. Asfan tersengih seperti kerang busuk dan juga beredar dari situ.

Pada perlawanan ketiga, Zurina sudahpun mengajukan cadangan pada Cikgu Amir agar menyingkirkan Asfan supaya dia seorang sahaja yang berlawan, dan hakikatnya memang seperti itu. Tetapi Cikgu Amir tidak boleh berbuat demikian kerana peraturan setiap kumpulan hendaklah mempunyai 2 orang pemain. Zurina hanya boleh menggantikan Asfan dengan orang lain, itupun perlu dipersetujui Asfan. Namun Asfan tetap berkeras untuk hadir setiap perlawanan walaupun hanya untuk tidur sahaja.

" Dengan mata 3 berbalas 0, kelas 2-1 memperoleh kemenangan yang mudah menentang kelas 1-2! "

Tepukan dan sorakan penonton dalam dewan kali ini lebih dahsyat. Tetapi itu tidak menjadi suatu tanda tanya apabila si kembar genius yang beraksi. Daim dan Rasyiqah, pemilik kerusi no.5 dan 6 dalam Majlis Tujuh itu mewakili kelasnya sendiri dalam kuiz ini. Setiap perlawanannya sebelum-sebelum ini semuanya dimenangi mudah dengan 3-0. Belum ada lagi kelas yang mampu menandingi kepantasan mereka dalam menjawab. Namun kali ini buku telahpun bertemu dengan ruasnya.

" Pusingan akhir kuiz matematik, di antara kelas 2-1 menentang kelas 1-5 akan bermula selepas rehat 15 minit ini. Terima kasih " Satu pengumuman telah dibuat.

Dalam masa itu, perlahan-lahan Dewan Serbaguna 1 dibanjiri pelajar-pelajar yang baru datang untuk menyaksikan perlawanan akhir. Memandangkan perlawanan bola sepak baru sahaja tamat, kuiz matematik ini pula yang menjadi tumpuan kerana adanya ahli Majlis Tujuh yang bertanding.

" Eh Shahrun, dah makin ramai ni " ujar Karim sebaik sahaja mereka tiba di Dewan Serbaguna 1.

" Nak cari Asfan ke? " tanya Shahrun.

" Aku rasa baik kita cop tempat duduk je lah terus. Lagipun sekejap je lagi nak mula ni, habis kuiz kita jumpa Asfan "

Shahrun mengangguk setuju dengan cadangan Karim. Cepat-cepat mereka berdua mengambil tempat duduk kosong yang berada di tengah-tengah dewan. Lalu menanti perlawanan Asfan dan Zurina yang akan bermula sebentar sahaja lagi.

***

BEEP BEEP!

Kereta Myvi biru itu berbunyi dari jauh setelah Cikgu Naira menekan punat unlock pada kunci keretanya. Dia ditugaskan untuk membeli peralatan bola jaring yang perlawanannya akan diadakan pada esok hari. Keretanya meluncur keluar dari perkarangan sekolah dan menuruni Bukit Wilayah.

Dia bersiar-siar sebentar di kota bandar. Bukan selalu dirinya dapat keluar berjalan semasa waktu persekolahan. Hajatnya mahu mengajak Cikgu Mimi sekali untuk menemaninya, tetapi wanita itu ditugaskan untuk menjadi juri permainan pada waktu ini. Tinggal hanya dirinya seorang memandangkan Cikgu Mimi hanyalah satu-satunya rakan kerja yang dia rapat. Dia memarkir keretanya di tepi sebuah taman sebentar.

Enjin kereta dimatikan. Cikgu Naira menurunkan tingkap kereta tempat duduknya menjadi separuh, lalu sebuah kotak rokok dikeluarkan. Dia mencapai alat pemetik api yang disimpan di dalam dashboard dan membakar putung rokok yang berada di mulutnya. Ditariknya sepam dua, berkepul-kepul asap rokok keluar dari tingkap keretanya.

Pun begitu, Cikgu Naira bukanlah seorang perokok yang tegar. Dia hanya akan merokok bilamana dia bosan ataupun dalam keadaan stress. Namun, sekali pun dia tidak pernah merokok dalam kawasan sekolah. Dia sudah besar panjang untuk berfikir secara rasional dan menjadi profesional. Sepanjang 5 tahun dia berkhidmat sebagai guru MESC, telinganya sudah lali dengan gossip yang disebarkan mengenai dirinya seorang perokok. Namun sedikit pun dia tidak heran, kerana inilah dirinya.

Beberapa kali juga dia dipanggil ke Pejabat Majlis Pengetua. Namun tiada tindakan yang dapat diambil kerana tidak ada kesalahan pun yang dia lakukan di dalam sekolah. Tambahan pula bapanya adalah salah seorang penyumbang dana terbesar sekolah, status dirinya menjadi secured. Namun Tuan Syafiq tetap menasihati dirinya agar menjaga imej guru secara berterusan.

Tiba-tiba matanya terbeliak. Dia terlihat satu kelibat yang sangat dikenalinya di sekolah, iaitu Cikgu Halim, guru matapelajaran Sivik. Cikgu Naira menepuk dahinya apabila dia baru sedar kereta di hadapannya milik Cikgu Halim. Mungkin keinginannya untuk merokok membuatkan dia leka seketika. Namun dia tetap menenangkan dirinya memandangkan kini dia berada di luar sekolah.

Mata mereka bertembung seketika. Cikgu Halim tampak sedikit terkejut melihat Cikgu Naira. Tidak tahu sama ada terkejut melihat asap berkepul keluar dari kereta ataupun perjumpaan mereka di luar yang tak diduga. Cikgu Naira terus memandang ke tempat lain dan sambung menyedut putung rokoknya.

' Gasak lah. Bukannya orang tak tahu aku hisap rokok, rasanya satu pejabat tu dah pernah kutuk aku ' getus hati Cikgu Naira.

Selang beberapa seketika, Cikgu Halim menapak keluar dari keretanya. Pintu keretanya ditutup dan dia mula menuju ke arah Myvi Cikgu Naira yang berada di belakang. Perkara itu membuatkan Cikgu Naira sedikit tidak senang duduk.

' Hah jangan nak ceramah aku sudah. Putung ni juga aku tonyoh kat mulut kau nanti ' Cikgu Naira bermonolog.

Setibanya Cikgu Halim di sebelah tingkap, dia menundukkan kepalanya sedikit dan terus memulakan bicara.

" Awak keluar beli barang ke? " tanya Cikgu Halim.

" Haah. Barang bola jaring untuk esok " jawab Cikgu Naira sambil meletakkan putung rokoknya ke bawah sebentar.

" Oh saya pun beli barang juga tadi "

" Kenapa ya? "

" Oh tak ada lah. Sebenarnya saya berhenti sini nak beli coconut shake kat depan tu, tapi dia bagi free 2 pula. Awak nak satu tak? "

Cikgu Naira berfikir sejenak. Sangkaannya tentang Cikgu Halim ingin berceramah Bahaya Rokok ternyata meleset.

" Boleh juga "

" Kalau camtu jom lah minum dulu kat sini. Air tu dah nak cair dah "

Cikgu Naira tersentak dengan pelawaannya. Di dalam hatinya timbul bermacam-macam soalan.

Dia ni nak try aku ke? Sama single juga dengan aku. Tapi tak mungkin lah, mesti perempuan baik yang jadi standard dia. Tapi boleh pakai juga alasan dia coconut shake dah nak cair, mungkin memang betul dia nak ajak minum je.

" Nak tak? " tanya Cikgu Halim sekali lagi selepas Cikgu Naira terjeda.

" Err, awak selesa ke? "

Cikgu Halim tersenyum.

" Tak apa, saya dah biasa. Bapa saya pun hisap rokok dekat rumah " ujar Cikgu Halim lalu beredar mendapat bangku panjang yang tersedia di tepi taman itu. Dia duduk menghirup sedikit air coconut shake miliknya, sebelum dia melambai ke arah Cikgu Naira agar turut serta. Perlahan-lahan Cikgu Naira melepaskan tali pinggang keledarnya dan keluar melangkah mendekati pemuda itu secara teragak-agak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience