Hujan renyai mula turun membasahi bumi MESC. Zurinamelemparkan pandangannya ke luar tingkap bilik. Sama-sama melayani perasaannya yang dibelai arus hujan. Mungkin dia rindu akan kampung halamannya. Hostel Maharani yang menempatkan pelajar perempuan baharu itu sama strukturnya dengan Hostel Mahara. Cuma jarak kedua-duanya agak jauh untuk seorang pejalan kaki.
Zurina terus membuka aplikasi Whatsapp di telefonnya untuk membuat panggilan video. Talian itu berbunyi lama kerana menunggu panggilan di sana untuk disambungkan. Setelah 3 minit berlalu, akhirnya panggilan itu terjawab. Satu gambaran video mula terpacul keluar. Zurina tersenyum.
" Kak Ina! " Budak kecil itu gembira melihat kakaknya yang berada dalam video.
" Adik! "
" Ayah! Ibu! Kak Ina video call! "
Budak kecil itu terus berlari bersama telefonnya untuk diberi pada orang tua. Akibat dari itu, videonya bergegar dan menjadi kabur. Lama juga Zurina menunggu untuk melihat kedua orang tuanya.
" Ah ya, Zurina. Sihat ke kat sana tu? "
Muka Haji Othman dan isterinya terpapar di skrin. Hati Zurina melonjak gembira dapat melihat kedua orang yang disayangi itu. Rindunya mereka terlerai.
" Sihat! Ayah Ibu macam mana? "
" Oh...ka..mi....si..si..Hat...ju "
" Ayah, video sangkut-sangkut lah "
Panggilan Video itu mula tersekat-sekat. Mungkin line di kampungnya tiada coverage yang luas, ditambah pula dengan cuaca hujan. Talian itu menjadi tidak stabil.
" Zu....na....call....bia..ssa "
Akhirnya panggilan itu termati dengan sendirinya. Zurina terus membuat panggilan biasa seperti yang disuruh. Barulah talian itu menjadi lebih stabil. Dia terus menghenyakkan tubuhnya di katil, dan terus meluangkan masa rehatnya dengan bersembang bersama kedua orang tuanya.
***
Memandangkan minggu ini bebas, Asfan dan Shahrun menghabiskan masa sarapan mereka di kafe. Sambil memikirkan apa aktiviti yang menarik untuk dilakukan di sekitar sekolah ini.
Sejujurnya mereka belum habis lagi meneroka segala infrastruktur sekolah. Sedang Asfan mengigit daging lamb chop yang dipesan, Shahrun masih lagi tekun dengan gajet buatan sekolah itu.
" Fan, kau kene baca MESC Law ni. Ada macam-macam cara nak naikkan Student's Point(SP) kita " ujar Shahrun sambil menunjuk aplikasi e-buku itu. Asfan menelan sisa makanan yang berada di dalam mulutnya.
" Contohnya apa? "
" Setiap matapelajaran yang mendapat gred A dalam setiap peperiksaan, akan ditambah 10 SP " Shahrun membacakan semula peraturan yang termaktub itu.
" Ok lah tu, kita ada 10 subjek, 3 kali periksa setiap tahun " ujar Asfan
" Namun, setiap matapelajaran yang mendapat gred B dan kebawah akan menolak mata SP secara berperingkat berdasarkan gred. B -5 SP, C -10 SP, D ke bawah -15 SP "
Asfan berhenti mengunyah, ternyata peraturan itu berat. Mungkin itu salah satu punca prestasi pembelajaran MESC sentiasa di tempat pertama setiap tahun.
" Adapun imuniti pelajar baharu, yang mendapat gred A dalam semua matapelajaran di Periksa Pertama, secara automatik akan bertukar seksyen Sukses "
Sejurus itu, mulutnya terlopong. Matanya bercahaya, seakan mendapat sinar harapan yang baru.
" Student's Point kita sekarang 200, fan. Maknanya kita nanti terus jadi Sukses, fan! Fan, kau dengar tak aku cerita ni?! " Shahrun kelihatan teruja.
Tetapi Asfan tidak memberikan apa-apa reaksi, dia kelihatan bersahaja menikmati lamb chop nya. Tidak mengendahkan segala peraturan yang disebutkan tadi.
" Kau rasa bila periksa pertama, eh? Setiap tahun, kita ada tiga kali periksa "
" Dalam takwim sekolah, tak ada pulak tarikh tetap untuk setiap periksa " balas Asfan sambil meneguk airnya.
" Itulah masalahnya, Cikgu Naira haritu pun tak ada cakap apa-apa pasal periksa. Bagi aku, macam misteri pulak sekolah ni, semua benda kita kene tahu sendiri "
" Memang macam tu pun " satu suara menyapa datang dari sebelah mereka.
Asfan dan Shahrun menoleh serentak.
Seorang pelajar berkot biru tua seperti mereka sedang menikmati roti subway. Mukanya bersahaja, walhal dia lah yang menyampuk perbualan Asfan dan Shahrun. Mereka sendiri tidak sedar bila dia datang ke mari dan duduk bersama mereka.
" Sorry, aku Karim. Pelajar tahun 2 " Karim perkenalkan diri selepas sedar dia diperhati janggal. Asfan dan Shahrun hanya menngangguk.
" Asfan.. "
" Shahrun.. "
Mereka masing-masing memperkenalkan diri.
" Kau tahun 2 seksyen Standard ke? " Asfan mula bertanya.
Karim meletakkan roti nya di atas meja sebentar. Lalu dia mengeluarkan peranti yang sama seperti mereka. Dia menunjukkan skrin telefonnya pada mereka berdua.
" 283 SP? "
Karim mengangguk.
" Banyak tu je yang naik? "
Karim menyimpan semula perantinya di dalam poket.
" Nak naikkan SP bukan senang macam kau sangka. Paling tinggi pernah aku dapat 315, tapi turun balik pulak "
" Sebab? "
" Gred B C, disiplin, buat hal dengan orang. Macam-macam lagi kot "
Shahrun yang dari tadi khusyuk menelaah buku peraturan sekolah di perantinya. Tidak semena-mena matanya bersinar, seperti nampak penemuan baru.
" Weh tengok ni, Kesalahan Besar mengakibatkan penolakan 40 SP. Semuanya ada 10 perkara "
" Antaranya apa? "
1. Sesiapa yang mengganggu-gugat Majlis Pengetua atau Majlis Guru atau Majlis Tujuh secara fizikal dan mental.
2. Sesiapa yang didapati bersalah meniru dalam peperiksaan.
3. Sesiapa yang terlibat dalam hal barang larangan seperti rokok, dadah, vape, senjata api dan sebagainya(Rujuk 9.8)
Shahrun menunjukkan senarai kesalahan besar pada Asfan. Tapi yang menarik perhatiannya adalah perkara no.1 itu.
" Majlis Tujuh pun ada layanan isitmewa ke? "
Asfan mempertikaikan peraturan yang memberikan kelebihan hanya pada Majlis Tujuh.
" Dorang bukan sembarangan pelajar, tujuh ahli dari Majlis Tujuh tu, semua pegang rekod SP tertinggi. Aku ada dengar cerita SP dorang semua 1000 ke atas "
" 1000? " mata Asfan terbeliak.
Itu bukanlah sejumlah nombor yang kecil, bagai tiada kesalahan langsung yang dilakukan oleh Majlis Tujuh sebagai pelajar. Karim hanya mengangguk.
" Kita gelar dorang genius sekolah. Dorang ada jugak buat peraturan sendiri dalam MESC Law " sambung Karim.
***
Aminudin meghirup air, menikmati aroma wangian yang keluar hasil bancuhan serbuk teh yang jarang ditemui di negara ini. Fizikalnya berbadan gemuk, rambutnya pula keriting dan dia mempunyai masalah rabun yang sangat teruk. Cermin matanya ibarat nyawa ketiga baginya kerana dia sudah tekad, nyawa keduanya adalah untuk cinta hatinya.
Dalam dibuai aroma, dia tersentak. Amirudin melihat jam yang berada di tangannya, mulutnya terlopong. Dia seakan ingin mengejar sesuatu, lantas dia mengangkat cawan itu dan terus berlari anak keluar dari kafe.
BAAMM!
Aminudin terduduk, air tehnya jatuh tertumpah di lantai. Dia baru saja melanggar seseorang dengan tidak sengaja. Dia melihat sepasang kaki yang berseluar hijau itu berada di hadapannya. Perlahan-perlahan dia mendongak ke atas.
Seorang lelaki memakai kot hijau sedang menenung tajam ke arahnya. Mukanya kemerahan menahan marah. Aminudin sedar kot bajunya bertompok akibat tumpahan air tehnya tadi. Dia segera menunduk.
" Maafkan saya, saya betul betul tak sengaja " Aminudin meminta ampun, melutut di hadapan lelaki itu. Namun lelaki itu tidak endah, dia terus mencengkam kolar baju Aminudin, memaksanya untuk berdiri.
" Apa masalah kau sebenarnya? Buta ke? Tak nampak orang nak lalu? Hah?! " marah Salman bertalu-talu. Pantang kot sekolahnya dikotorkan, lagi lagi oleh pelajar bawahan. Sifat sombongnya sangat jelas terpapar.
" Saya betul-betul tak sengaja, bang. Tolong maafkan saya " Aminudin merayu.
" Siapa bang? Kau kenal tak aku siapa?! "
Kini perhatian seluruh kafe tertumpu mereka.
Aminudin mengangguk, berdasarkan kot warna hijau yang dipakainya, dia tahu Salman merupakan salah seorang Majlis Tujuh.
DUSH!
Satu tumbukan padu singgah di muka Aminudin, membuatkan dia terduduk kembali. Suara jeritan kecil keluar dari sesetengah pelajar perempuan yang berada di situ. Mereka terkejut dan takut. Suasana di dalam kafe bertukar sunyi, hanya jeritan Salman dan tangisan Aminudin sahaja kedengaran.
" Dengar sini, sekarang aku nak kau jilat balik teh kat lantai tu sampai kering. Dengar tak? Jilat balik air teh yang tumpah kat lantai tu " arah Salman lembut namun kedengaran sarkastik. Aminudin hanya menahan tangis.
" Maaf, saya..."
PAP!
Satu tamparan keras singgah sekali lagi ke muka Aminudin sehingga dia terpaling. Salman mencengkam kolar Aminudin semula.
" Weh apahal tu? "
Mereka menjenguk perbalahan yang sedang berlaku di tengah cafe.
" Salman tu asyik bergaduh je kerjanya " ujar Karim bersahaja.
" Tak ada siapa leraikan ke? " tanya Asfan.
" Soalan jenis apa lah yang kau tanya ni, Majlis Tujuh kot tu. Memang semua orang tutup mata je lah "
Asfan mengerutkan dahinya, masih memerhati gerak geri Aminudin yang berada di lantai.
" Kau nak aku keluarkan kau dari sekolah ni ke? Jadi dengar cakap aku baik-baik. Jilat balik air teh kat lantai ni sekarang "
Aminudin hanya diam sebentar. Selang beberapa saat, dia perlahan-perlahan menghadap ke lantai. Hatinya teragak-agak. Dia mengeluarkan lidahnya perlahan, tidak menyentuh lagi ke lantai. Dia masih menahan untuk tidak membuat perkara keji itu di khalayak ramai.
DUSH!
Kaki Salman terus memijak kepala Aminudin. Mukanya terus tersembam ke lantai. Kedengaran suara Aminudin meronta-ronta.
" Haa jilat... jilat balik semua air teh tu. Kan tak elok membazir " ujar Salman dengan senyuman di bibir. Dia seakan puas dengan tindakannya.
Suasana di kafe senyap sepi dari tadi. Zahir kerisauan dan perasaan kesian di sesetengah muka pelajar, namun tiada seorang pun yang berani mencelah. Mereka sedar Salman bukan orang sembarangan. Sedikit kecuaian pasti tidak menguntungkan nasib mereka bila berhadapan dengan Majlis Tujuh. Mungkin inilah realiti sebenar di Malaya's Elite School. Kuasa adalah segala-galanya, tak ubah seperti dunia di luar sana.
Dalam kesunyian situasi itu, satu objek sedang menderu, membelah angin menuju ke sesuatu destinasi.
DUSH!
Satu tendangan kuat hinggap tepat di leher Salman.
Ya, objek itu adalah kaki. Salman melayang ke tepi sehingga terlanggar sebuah meja pelajar. Aminudin terkejut bukan kepalang.
Dia terduduk, menahan bisa yang melekat di lehernya. Dia hairan, bagaimana keadaan dirinya boleh menjadi seperti ini? Apa yang berlaku?
Hampir semua pelajar di kafe itu terpana. Tidak percaya dengan perkara yang baru saja terjadi ini. Siapa pelajar itu? Tergamak dan tidak berfikir panjang.
Dari kejauhan, Shahrun mengintai kejadian yang baru berlaku. Dia mengerutkan dahi, seraya terus menoleh ke kerusi hadapannya. Kosong.
Matanya terbeliak. Karim mula menepuk dahi.
' Asfan! ' jerit Shahrun dalam hati.
Mata Asfan memandang tepat ke arah Salman yang sedang terduduk. Pandangannya nampak rileks, tidak marah. Cuma reaksi kesian akan keadaan Salman sekarang.
Perlahan-lahan Salman bangun sambil memegang lehernya yang masih sakit. Dia membalas pandangan Asfan dengan tenungan yang tajam. Dia mula berjalan mendekati Asfan.
" Kau nak mati ke? " soal Salman.
" Dari dalam lif semalam aku tak suka perangai kau. Aku paling pantang orang dengan orang main kepala ni " Asfan masih mengawal nada suaranya.
Salman berkerut dahi sebentar. Selepas diteliti, barulah dia ingat. Pelajar inilah yang bersama Aizat sewaktu pendaftaran di hostel semalam. Darahnya makin mebuak-buak.
" AAHH!! "
Salman terus meluru ke arah Asfan dan menolaknya jatuh ke lantai. Tanpa membuang masa, bertalu-talu tumbukan diberikan.
Tetapi Asfan betah bertahan, dia menutup mukanya dengan kedua siku. Sekali sekala dia dapat membalas tumbukan ke muka Salman. Mereka sama-sama bergelut.
Suasana bertukar menjadi tak tenteram. Semua pelajar berpusu-pusu melihat pertarungan bak MMA secara percuma di situ. Segenlintir yang lain pula sibuk merakam menggunakan peranti masing-masing.
" Asfan! Aduh apa yang kau dah buat ni, fan " Shahrun gelisah. Dia risau melihat pertarungan itu.
" Karim! Tolong leraikan cepat! "
" Aku pulak yang kena lerai kenapa? Kau lah yang lerai " Karim menolak.
Dia meneruskan kunyah roti subwaynya. Tetapi jauh di sudut hati, dia juga risau akan keadaan Asfan. Namun apa boleh buat, memang prinsip hidupnya tidak akan menyusahkan diri sama sekali.
Asfan meneruskan pertarungan dengan Salman. Dia berada di tempat yang tidak menguntungkan. Malah hujan tumbukan tidak henti diberikan dari tadi. Seketika Asfan mengumpulkan tenaga, lalu menolak Salman ke tepi.
Kini mereka bertukar tempat, the table has turned, giliran Asfan pula yang memberi tumbukan. Kalau dilihat dari sudut fizikal, mereka nampak setanding.
" Berhenti semua! Berhenti! "
Suasana bising tadi bertukar hening dalam sekelip mata, termasuklah Asfan dan Salman. Genggaman penumbuk masih lagi tersedia untuk dihayun, tetapi mereka berdua memilih untuk melihat ke arah empunya suara. Siapa pula gerangan yang berani mencebur ke dalam situasi ini.
Seorang pelajar berkepala botak berjalan melepasi ratusan pelajar di situ. Badannya tegap sehinggakan kot hijau yang dipakainya tampak melekat pada otot-otot lengannya.
Dia berhenti menghadap Asfan yang sedang menimpa Salman. Mukanya juga nampak sedikit bengis.
" Lepaskan dia, budak " arah Fahmi.
Serentak itu, Salman menolak Asfan ke tepi. Pergaduhan mereka berdua akhirnya terlerai.
" Sudah la, man. Kita ada meeting lepas ni "
Fahmi terus beredar.
" AAAHHH! " bergema seluruh kafe mendengar jeritan Salman. Dia melepaskan keluhan berat dan bangun.
" Kau tunggu, syaitan! " jerkah Salman seraya beredar membuntuti Fahmi.
Di pintu masuk kafe, 3 orang lagi pelajar berkot hijau sedang menunggu ketibaan Fahmi dan Salman. Tetapi kelibat Hazni tidak pula kelihatan di situ. Inilah kali pertama kemunculan ahli-ahli Majlis Tujuh di hadapan pelajar baharu. Akhirnya, mereka beredar dari perkarangan.
Asfan bangun dari duduk, terdapat beberapa kesan lebam pada mukanya. Shahrun terus berlari mendapatkan Asfan dari belakang. Karim juga mengikut.
" Asfan! Kau tak ada apa-apa ke? Aduh lebam lebam muka kau ni " Shahrun memegang muka Asfan dengan penuh kerisauan.
Karim meliarkan pandangan, dia lihat rata-rata pelajar mula berbisik sesama sendiri. Mungkin pelbagai spekulasi sudahpun dibuat, dia pasti kejadian ini akan mendapat tumpuan yang hebat dari segenap arah.
" Kering jugak hati kau ya, fan " ujar Karim.
" Dah jom aku bawa gi klinik "
Karim terus bergerak.
Shahrun cuba meletakkan tangan Asfan pada bahunya, tetapi dia tolak. Asfan memberikan isyarat semuanya ok. Mereka sama-sama beredar menuju ke klinik.
Share this novel