Bab 16

Crime Series 719

Hujung minggu ini, Zurina dan Wafa bersepakat untuk melakukan jogging di sekitar kawasan sekolah. Setelah 5 hari Periksa Pertama dijalankan, akhirnya mereka 'merdeka' dari peperiksaan mengejut itu. Setiap saat ketika menjawab, memberikan tekanan kepada mereka. Jadi mereka memilih untuk melepaskan stress yang terkumpul dengan jogging.

" Amacam periksa lepas? Ok ke? " tanya Wafa. Mereka memulakan jogging dari Hostel Maharani, hostel pelajar baharu perempuan.

" Ok je saya rasa, awak? " jawab Zurina.

" Kalau awak ok, mestilah saya pun ok. Kita kan belajar sama-sama " Wafa berseloroh. Zurina tergelak kecil.

Sedang mereka berjogging di tepi jalan, kelihatan juga beberapa orang pelajar juga yang turut melakukan perkara yang sama di seberang. Jelaslah berjogging pada hujung minggu, sudah menjadi satu perkara lazim yang dibuat pelajar.

Kerana itu jugalah, beberapa kiosk dibuka di sepanjang jalan. Sama ada staf sekolah sendiri yang berniaga, ataupun orang luar sendiri yang menyewa tapak. Malah sesetengah pelajar MESC menjadikan kiosk makanan dan minuman ini sebagai checkpoint untuk mereka berhenti rehat.

Setelah 1km berlari anak, Wafa dan Zurina memilih untuk berhenti rehat di satu kiosk minuman. Ramai pelajar yang berjogging berkumpul di situ, menandakan kedai ini antara yang popular.

" Terima kasih " Zurina menyimpan semula gajetnya setelah membayar. Dia mengambil air minuman dengan kedua tangannya. Satu lagi untuk Wafa yang sedang menjaga tempat duduknya.

Saat dia berpusing, seseorang sedang berjogging menderu di hadapannya. Zurina terkejut, dan terus menahan dirinya dari terlanggar. Akhirnya salah satu air jatuh tertumpah. Semua orang melihat situasi itu.

" Oh sorry, biar saya bayar balik " ujar Azami. Dia terus pergi foodtruck itu dan memesan semula air Zurina yang tertumpah. Kemudian dia beri pada Zurina.

" Nah saya ganti balik " Azami menyerahkan air itu pada Zurina. Dia mengambilnya dan menunduk.

" Terima kasih " ucap Zurina ikhlas.

Azami tersenyum. Kemudian dia terus kembali kepada kumpulan joggingnya dan meneruskan larian.

Pelajar-pelajar yang berhenti rehat di situ mula berbisik sesama sendiri. Sudah semestinya mereka mem'bawang' tentang kumpulan Majlis Tujuh dan beberapa pelajar Sukses yang jogging bersama. Begitulah puak mereka. Jarang sekali di MESC untuk seseorang pelajar Sukses itu melepak atau duduk bersembang bersama pelajar Standard. Apatah lagi pelajar Stigma yang dipulaukan.

Namun ada seorang perempuan dari kumpulan itu berhenti. Dia tidak turut serta kumpulannya yang sudah memulakan larian di hadapan. Dia mendekati Zurina.

" Bak sini air tu " arahnya.

Sebaik saja Zurina memandang wajah perempuan itu, tanpa berfikir panjang dia terus beri padanya. Dia lah Syarifah Hazni, kerusi no.2 dalam Majlis Tujuh yang memberi taklimat hari itu.

Hazni terus mengambil air yang dibeli Azami itu dengan muka cemburu. Dia terus menyedut minuman itu sehingga menjadi separuh, kemudian dia serahkan semula pada Zurina.

" Nah " Hazni tersenyum saat memberikan semula Zurina.

" Hazni! " jerit Shania. Kumpulan elit sekolah itu berhenti apabila sedar Hazni ditinggalkan di belakang.

Hazni menyahut dan kembali semula mengejar kumpulan jogging nya di depan. Zurina terus mendapatkan Wafa.

" Weh kenapa tadi? "

" Saya terjatuhkan air awak, tapi lelaki tu dah ganti semula. Tiba-tiba Hazni tu minum air awak jadi sampai separuh " terang Zurina juga masih kebingungan.

" Awak tak kenal ke? Yang ganti air awak tu Azami. Kerusi no.1 Majlis Tujuh, mungkin dia jealous kot "

" Hah? " Zurina terpinga.

Bukan salah dia kerana tidak tahu. Mengikut perbualan pelajar MESC juga, mereka mengatakan jarang sekali Azami muncul di khalayak umum. Sebab itulah masih ada sesetengah pelajar yang tidak kenal siapa pemilik kerusi no.1 Majlis Tujuh. Orangnya juga tampak mengekalkan misterinya. Namun dialah tunjang kepada genius berkepala tujuh di sekolah itu.

***

Periksa Pertama bagi tahun ini baru saja tamat pada minggu lepas. Namun sudah zahir perasaan freedom pada setiap pelajar. Walaupun mereka akan menempuh dua lagi peperiksaan untuk tahun ini, lega itu tetap dapat dirasakan dek kerana kejutan yang dibuat sekolah pada minggu lepas. Apakah kejutan seterusnya yang akan dibuat pihak sekolah? Itu mereka tidak pasti. Yang pastinya sekarang, mereka perlu sedaya upaya mempertahankan Student's Point mereka agar tidak jatuh.

Asfan melunjurkan kakinya di atas meja. Kepalanya disandarkan dengan bertongkatkan tangan, matanya terkatup untuk mendapatkan tidur. Dia sendiri tidak tahu apa motif dia datang ke kelas awal pagi ini, semangat itu datang secara tiba-tiba. Dia hanya turutkan sahaja.

" Naharam " sumpah Asfan setelah gagal untuk mendapatkan tidur. Dia terus membetulkan postur duduknya kembali kepada normal.

Pada masa yang sama, Zurina dan Wafa tiba di kelas. Saat Zurina datang menghala ke mejanya, matanya bertaut dengan Asfan. Namun kali ini dia tidak melarikan anak matanya, lirikan tajam tak henti dia berikan pada Asfan.

Asfan sedar Zurina sedang memandang serong, tetapi dia tidak membalas. Namun setelah berfikir panjang, Asfan nekad untuk berhadapan terus dengan perempuan itu.

" Eh..eh " panggil Asfan dari belakang. Tetapi Zurina tidak mengendahkannya.

" Weh " Asfan menendang kerusinya beberapa kali selepas panggilannya tidak dilayan.

Zurina berpaling.

" Apa weh weh?! Aku ada nama la! "

" Oh sorry, Zurina "

" Kau nak apa? "

" Aku nak tanya la "

Zurina terus menantikan pertanyaan daripada lelaki yang duduk di belakangnya itu. Pandangannya penuh sekali dengan kebencian. Timbul persoalan dalam dirinya, apa lagi yang dia mahukan?

" Selama ni aku tengok, kau macam marah aku sorang je. Dengan orang lain kau elok pulak, malu malu lagi. Kenapa eh? " akhirnya Asfan meluahkan rasa tidak puas hatinya.

" Habis tu kalau aku curi barang kau, kau belanja aku makan ke? "

" Aku tak curi la. Aku memang betul nak pulang, cuma time tu aku kene pergi klinik "

" Kenapa baru sekarang nak cerita? "

" Kalau aku cerita time tu pun bukan kau percaya, mesti kau fikir aku buat alasan "

Shahrun menggeleng di sebelah. Dia sudah dapat jangka pergaduhan ini akan berlaku juga akhirnya. Zurina itu ada masalah baran, Asfan pula tetap mempertahankan egonya. Jika ini berterusan, mereka berdua sememangnya akan menjadi gandingan yang mantap. Shahrun terus memanggil Wafa dari belakang, perempuan itu menoleh. Dia mengisyaratkan supaya meleraikan pertelagahan mereka. Namun Wafa juga buntu bagaimana caranya.

" Zurina, kenapa ni ya? "

Mereka berempat serentak melihat gerangan suara itu.

" Raiqal... Tak ada apa lah " Zurina terus menghadap ke hadapan semula. Dia juga sedar mungkin dia melebih.

Raiqal melihat ke arah Asfan. Dia terus mendekati mejanya.

" Kau jangan kacau Zurina lagi " arah Raiqal seperti lagak gangster. Jari telunjuknya ditunjukkan pada Asfan seakan memberi amaran.

Asfan tergelak sebentar dengan kelakuan Raiqal.

" Kau siapa pulak ni? Aku tengah elok bincang dengan dia, kau tak payah masuk campur "

" Sedar lah kau tu budak Stigma. Pelajar kelas bawahan dekat sekolah ni, jaga sikit perangai kau tu "

" Wuish, lepak la bro. Jangan lebih-lebih " Shahrun akhirnya mencelah. Tak boleh dia biarkan kawan baiknya dihina macam tu di kelas.

Asfan menghilangkan lenguh di lehernya sebentar dan terus bangun dari kerusi. Perlahan-lahan dia mendekati Raiqal, dan berhenti berdiri di hadapan lelaki itu. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Jarak di antara wajah mereka hanya sejengkal, mereka menikam pandangan sesama sendiri.

" Dah lah, Raiqal " Zurina cuba meleraikan setelah melihat situasi menjadi lebih panas. Dia tak mahu orang fikir mereka bergaduh kerana dirinya. Lebih-lebih lagi perkara itu remeh, nanti apa pula orang akan kata terhadapnya.

" Kau cakap apa tadi? " tanya Asfan dengan nada sopan.

" Kenapa? Kau nak aku ulang ke? " Raiqal sengaja memprovok dirinya.

Asfan mengangguk.

" Haah, ulang lah "

" Jaga sikit perangai kau tu. Kau tu cuma... "

Belum sempat Raiqal menghabiskan katanya, Asfan terus mencengkam kolarnya. Raiqal turut berbuat demikian.

" Asfan! " tempik Zurina.

" Fan sabar, fan " Shahrun sudahpun bangun menahan Asfan agar tidak membuat perkara yang lebih jauh.

Seluruh tumpuan pelajar di kelas itu mula beralih pada mereka. Sudah ada yang bersedia dengan telefon untuk merakam, mungkin bakal menjadi video tular buat kali kedua di Student's Community. Ada juga yang bertaruh, siapa yang akan menang jika mereka beradu. Tetapi kelihatan majoriti memilih Asfan berbanding Raiqal.

" Kalau awak nak gaduh, gaduh kat luar. Lepas tu saya potong SP awak " ujar Cikgu Naira sambil meletakkan barangnya di atas meja.

Satu kelas terkejut dengan kehadiran guru itu yang secara tiba-tiba. Tidak ada seorang pun yang sedar wanita itu masuk ke kelas. Selalunya informer mereka akan menjerit setiap kali guru datang. Dan mereka mempunyai masa untuk bersedia menjadi budak baik.

Barulah mereka sedar, hari ini informer mereka tidak hadir kerana sembelit. Katanya dia makan durian dengan air coke ketika subuh tadi. Ada juga yang kata dia tidak sembelit, tapi sudah high sampai ke bulan. Sejauh mana kesahihan sama seperti gaji informernya, tiada siapa yang tahu.

Asfan dan Raiqal duduk semula di tempat masing-masing. Kemudian diikuti pelajar yang lain.

" Baiklah, first saya nak ucapkan tahniah lah kepada awak semua sebab berjaya melepasi Periksa Pertama. Berikan tepukan untuk diri sendiri " Cikgu Naira mula menepuk tangan.

Suasana di dalam kelas itu mula riuh dengan bunyi tepukan tangan dari setiap pelajar. Namun dari kalangan mereka semua, Abuman lah yang paling bersemangat sekali menepuk tangannya. Tanpa sedar, dia telah menepuk sekali pipinya yang berisi itu.

" Abuman kenapa awak tepuk macam tu? " tegur Cikgu Naira setelah menyaksikan kegilaannya.

" Maaf cikgu, saya naik syeikh. Excited sangat "

" Nak kene potong SP ke? "

" Taknak, cikgu. Maafkan saya, saya janji tak buat lagi " Abuman terus menunduk hormat pada Cikgu Naira. Wanita itu terus menggeleng.

" Baiklah, untuk pengetahuan awak semua. bulan depan akan bermula acara sukan tahunan sekolah. Awak semua akan mewakili kelas 1-5, untuk melawan 20 kelas yang lain "

Di Malaya's Elite School, boleh dikatakan acara sukan tahunan mereka adalah berskala besar. Ini kerana mereka mempunyai 21 kelas dari tahun 1 hingga 3. Bagi acara kecil, mereka akan bertanding seperti biasa. Tetapi tidak untuk acara besar seperti bola sepak dan bola jaring, setiap kelas tahun 1 hingga 3 akan bergabung sesama sendiri dan membentuk satu kumpulan. Ketika inilah wujud kumpulan dari kalangan staf untuk mengisi kekosongan semi final.

Setiap acara yang mendapat tempat, akan memperoleh Student's Point. Johan akan mendapat 20 SP, manakala naib Johan 15 SP dan ketiga 10 SP. Disertakan juga trofi emas, perak, dan gangsa untuk para pemenang. Namun setiap pelajar hanya dibenarkan untuk memasuki dua acara sahaja untuk mengelakkan pembolotan keseluruhan oleh seorang pelajar.

" Di depan saya ni borang untuk setiap acara. Awak semua boleh pilih acara mana yang awak nak masuk. Seorang boleh masuk dua acara sahaja, borang terhad ya " ujar Cikgu Naira.

Seluruh pelajar kelas 1-5 mula bergerak ke hadapan. Mereka mula mengagihkan borang penyertaan mengikut bakat masing-masing. Ada lebih kurang 20 acara yang boleh disertai para pelajar untuk sukan tahunan kali ini.

Zurina kembali ke tempat duduknya setelah mengambil dua orang penyertaan. Dia memilih acara kuiz matematik dan bola jaring. Dua permainan ini lah yang dia sering masuk sejak berada di bangku sekolah rendah lagi. Semua pingat emas juga dia bolot setiap tahun dan sedang terpapar di ruang tamu rumahnya sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience