Jari Zurina lancar menekan papan skrin direktori di Librari Hilania, satu-satunya perpustakaan di sekolah. Setiap bahan rujukan yang dikehendaki pasti dapat dijumpai di sini.
Dia mula bergerak mencari rak yang dinyatakan dalam direktori. Setelah beberapa minit, biji matanya berjaya menangkap kulit buku yang berwarna merah itu. Dia segera mendapatkannya.
TAP!
Zurina kaget. Tangannya disentuh seseorang saat dia ingin mencapai buku tersebut. Dia melihat ke arah tuan empunya tangan.
" Ah, sorry. Saya pun nak ambil buku tu "
Seorang lelaki berkulit sawo matang dengan tinggi yang sederhana mula menyapa. Zurina hanya diam.
" Awak guna lah dulu. Saya boleh baca lain kali " ujar lelaki itu dengan senyuman.
Sebaliknya, Zurina hanya diam seribu bahasa melihat ke arahnya. Lelaki itu menjadi tidak keruan.
" Er, saya Raiqal " kata Raiqal sambil menghulurkan salam.
Zurina melihat tangannya, kemudian dia terundur beberapa langkah ke belakang. Sifat tidak pandai bersosialnya membuatkan dia bertindak seperti itu. Raiqal sedikit terkilan dengan kelakuannya.
" Sorry, dia memang macam ni. Tak suka sangat bercakap. Kami gerak dulu ya. Hehe " Wafa muncul secara tiba-tiba. Dia menolak Zurina pergi dari situ.
Raiqal terlopong, dia tidak faham akan situasi yang berlaku sebentar tadi. Perlahan-perlahan tangannya dimasukkan semula ke dalam poket.
" Zurina, awak jangan merayap jauh sangat. Awak tu bukannya senang nak cari. Tau tau dah duduk depan mamat tu " Wafa mengadu.
" Yeke? "
" Yelah! "
Zurina terdiam. Wafa melepaskan keluhan kecil. Mereka terus mengambil tempat di hujung bucu librari.
" Buku apa tu? "
" Ensiklopedia sekolah " Zurina mula menyelak halaman pertama buku itu.
" Lain betul awak ni, minggu pertama sekolah ramai pilih bersuka-ria. Tapi awak nak jugak baca buku, sejarah sekolah pulak tu "
Wafa memuncungkan bibir. Sedikit rebel dengan tindakan Zurina yang mengajaknya ke perpustakaan hari ni. Sebelum ini Zurina sudahpun menceritakan hidupnya yang selalu berada di kampung. Mungkin suasana di situ membuatkan dirinya menjadi seorang budak yang 'nerd'.
Wafa membuka telefon bimbitnya, dia terus ke aplikasi Student's Community.
Aplikasi ini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat naik gambar atau video ataupun karangan cerita. Seterusnya akan dapat dibaca oleh seluruh pelajar yang berada di sekolah ini. Posting yang mendapat banyak likes akan naik ke atas menjadi keutamaan untuk pelajar lihat.
Dia hairan, mengapa terlalu banyak video yang sama dimuat naik dalam komuniti itu. Seperti satu topik yang sedang viral, akhirnya dia tekan video itu untuk lihat.
Suara riuh rendah mula keluar dari speaker telefon Wafa. Zurina yang sedang khusyuk membaca agak sedikit terganggu. dia mengalihkan pandangan ke hadapan.
" Awak, perlahan sikit " arah Zurina lembut. Namun Wafa masih tidak melakukan apa-apa. Matanya masih tepat pada skrin.
" Awak.. "
" Zurina " panggil Wafa, perlahan-lahan pandangannya naik ke atas.
" Cuba awak tengok ni "
Wafa menunjukkan skrin telefonnya pada Zurina. Dia teragak-agak untuk melihat, penting sangatkah? Persoalan itu bermain di fikiran Zurina. Dia mula melihat video itu.
Di dalam video, kelihatan dua orang lelaki sedang bergelut di kafe. Salah seorang daripadanya memakai kot sekolah berwarna hijau, yang mereka maklum sama seperti Hazni. Suasana di kafe itu sangat bising dengan kerumunan pelajar.
Matanya yang mengecil tadi bertukar besar setelah dia dapat mengecam pelajar yang bertarung dengan Ahli Majlis Tujuh itu.
" Eh, ni budak yang duduk belakang saya " ujar Zurina.
" Kan? "
Ingatan Zurina mula kembali pada hari semalam. Dia ingat lagi pelajar lelaki itu menghantar friend request ke dalam perantinya.
' Asfan wants to be your friend. Accept? '
" Haah, Asfan. Nama dia Asfan "
" Haih, apalah nak jadi dengan dia ni. Baru masuk dah buat hal " leter Wafa sambil menggeleng.
Video itu tamat apabila Fahmi, salah seorang lagi Majlis Tujuh menapak masuk ke dalam pergaduhan.
***
Di Malaya's Elite School, bukan lah satu perkara yang asing jika pelajar sering terlupa bangunan dan jalan yang begitu banyak. Akan tetapi terdapat satu struktur bangunan yang dapat dikenal semua pihak dengan sekali pandang, iaitu Pusat Bangunan yang berada di tengah-tengah sekolah itu.
Pusat Bangunan terdiri daripada Bangunan Utama, Bangunan B dan Bangunan C. Semua kelas, makmal dan pejabat terletak di sini.
Termasuklah bilik istirahat yang dibina khas untuk ahli Majlis Tujuh. Reka bentuknya persis bilik VVIP hotel, yang mana semua kelengkapan asas cukup disitu untuk seseorang menjalani kehidupan seharian. Barang dan perabotnya juga dinaik taraf menampakkan bilik itu seperti sebuah bilik yang cukup mewah.
" Ah "
Salman menghenyakkan tubuhnya di sofa merah yang empuk. Sekali sekala dia meregangkan ototnya yang sengal akibat perbalahannya dengan Asfan tadi. Di tulang pipinya jelas nampak kebiruan akibat tendangan dari budak pelajar tahun 1 itu.
" Kau ni tak habis habis memalukan Majlis Tujuh la, Salman " ujar Iman sambil meletakkan beg galasnya di atas meja.
Iman Althar, seorang gadis pendek yang berkaca mata. Kini menyandang kerusi no.4 dalam Majlis Tujuh.
" Kau jangan nak mula, iman. Mood aku baik dah ni, jangan nak rosakkan balik. " tegur Salman sambil menutup mata, cuba mendapatkan tidur sebentar. Penat tenaganya dibazirkan dengan pergaduhan yang tak mendatangkan faedah tadi.
" Aku sokong iman. Ni bukan pertama kali kau bergaduh macam budak-budak "
Fahmi mengambil tempat duduk di sofa berhadapan dengan Salman. Dia menyandang kerusi no.3 dalam Majlis Tujuh.
" Bukan pertama kali? " tanya Salman.
" Jack "
" Wah, kenapa kau tak ambil cerita 10 tahun lepas je terus? " balas Salman sinis.
" Baru je bulan lepas jadi, man. Kau pun tahu kenapa kau duduk dekat kerusi no.7 dari dulu, masalah-masalah yang kau buat semua jadi bualan. Dekat community dah berapa banyak yang kutuk kau " bebel Fahmi panjang.
" Tak apa lah, Fahmi. Jangan nak sekolahkan aku, aku dah ada sekolah sekarang "
Fahmi menggeleng. Dia menoleh ke arah dua lagi ahli Majlis Tujuh yang duduk bersebelahan.
" Ha kembar tak seiras ni. Korang tak naik menyirap ke dengan perangai Salman ni? Tak ada rasa nak tumbuk muka dia ke? " tanya Fahmi dalam nada berseloroh.
Daim dan Rasyiqah hanya tersenyum menggeleng. Kembar dua beradik itu sama-sama menyandang kerusi no.5 dan no.6 dalam Majlis Tujuh. Mereka juga lah ahli yang paling sedikit bercakap. Tetapi banyak buah fikiran dan solusi datang dari mereka bila suatu masalah timbul di kalangan Majlis Tujuh. Menariknya mereka sering berduaan ke mana sahaja.
" Korang tak payah takut lah dengan Salman, dia kerusi last. Korang lagi tinggi " ujar Iman sengaja ingin mencari pasal. Namun Salman tak endah.
Pintu bilik terbuka. Kelihatan Hazni masuk sambil membawa sehelai borang. Dia memuncungkan bibir, membuat reaksi sedih pada mereka semua.
" Tak datang jugak hari ni? " tanya Iman.
Hazni hanya mengangguk.
" Ah dia tu, mentang-mentang no.1. Busy aje memanjang, takde ke selalu nak lepak sekali ke " Salman merungut, dia mula bangun membetulkan postur tubuh.
" Kau kene faham, man. Dialah satu-satunya pelajar yang boleh jumpa pengetua. Mana ada pelajar boleh masuk pejabat selain kerusi no.1 dalam Majlis Tujuh. Ada lah tu kerja dia nak buat, demi kita jugak " kata Hazni sambil melabuhkan punggungnya di sofa. Kertas yang dipegangnya tadi diletakkan atas meja.
" Yelah yelah " Salman malas melayan.
" Ok jom mulakan meeting kita? "
Hazni mengeluarkan ball pen dari poket. Bersedia untuk menulis.
***
Asfan balik semula ke biliknya di Hostel Mahara. Dia menhenyakkan tubuhnya di atas katil, sudah masuk hari kedua dia masih lagi tiada roommate. Badannya masih terasa sengal akibat pergaduhan dengan Salman tadi. Dia menghidupkan perantinya, selang beberapa saat, satu mesej masuk ke kotak noti.
Shahrun : Kau dah sampai bilik ke?
Jari jemari Asfan laju menekan punat papan kekunci telefonnya.
Asfan : Ha dah, terima kasih Shahrun teman aku sampai lobi tadi. Cakap kat Karim terima kasih jugak, aku tak friend dengan dia lagi
Shahrun : Jap, aku ada
Shahrun : [ Friend Contact]
Asfan : Thanks, aku mesej dia jap eh
Asfan terus menghantar friend request pada Karim. Tanpa menunggu lama, Karim terus menerima ajakannya.
Karim : Yoww
Asfan : Thanks Karim tolong aku tadi
Karim : Takde hal bro
Asfan melihat butiran peribadi Karim. Kemudian matanya tertangkap pada satu ruangan tertulis 'SP Score'. Dia dapati profilnya tiada lagi features tersebut. Pautan tersebut ditekan.
+50 First Year Mid term
+11 Charity Work
-5 Littering
-6 Harassing Others
-8 Harassing Others
-12 Harassing Others
+40 First Year Final term
Segala data naik turun Student's Point Karim tercatat di situ. Barulah Asfan dapat simpul ruangan ini akan wujud bilamana berlaku penambahan dan penolakan pada SP seseorang pelajar sahaja. Ini bermakna setiap orang akan dapat lihat perjalanan SP miliknya di profil nanti.
Asfan terus kembali ke mesej.
Asfan : Aku dah tengok SP Score kau. Nampaknya kau seorang pelajar yang baik
Karim : Haha bodoh.
(1 Message from School System)
Asfan mengangkat kening. Dia menekan mesej yang masuk secara tiba-tiba itu.
' Mata SP anda telah ditolak dengan -40 SP bertepatan pelanggaran peraturan MESC Law, kategori Kesalahan Besar '
Di dalam peranti ini, segala urusan rasmi akan disampaikan dalam bahasa Melayu demi memperkasakan bahasa kebangsaan. Manakala hal yang lain kekal dalam bahasa inggeris.
Asfan melihat SP nya di ruangan atas. Permulaannya dari 200 SP telah bertukar menjadi 160 SP. Kalau mengikut taklimat Majlis Tujuh, dia secara tak langsung sudah bertukar seksyen Stigma. Kini dia tertanya-tanya apa yang akan berlaku selepas ini.
Asfan : Karim? SP aku baru je kene tolak jadi 160
Karim : Aku agak dah, kesalahan besar memang tak ada kompromi, tak akan masuk mahkamah
Asfan : Apa jadi lepas ni?
Karim : Kita sembang esok eh, aku ada kerja ni. Bye!
Asfan menutup perantinya. Dia melihat ke arah jam, menandakan sudah masuk pukul 4 petang. Kepalanya dilentokkan kembali di atas bantal, fikirannya terngiang lagi dengan perbuatan drastiknya di kafe tadi.
Semuanya berlaku dalam sekelip mata, namun tidak ada perasaan menyesal wujud dalam hatinya. Begitulah prinsip hidupnya. Tak kisah sebesar mana jawatan dan pangkat seseorang itu, yang salah tetap salah. Perbuatan Salman ke atas Aminudin tadi sangat membakar jiwanya, sekaligus mengakibatkan dia bertindak seperti itu.
Akhirnya dia membuat keputusan untuk memberi panggilan kepada ibunya yang berada di tengah kota. Nombor telefon wanita itu di dail.
" Hello ni siapa ya? " Sahut suara di hujung talian.
" Mak, ni Asfan "
" Oh Asfan! Nombor baru ke ni? "
" Haah mak, ni handphone sekolah. Asfan guna ni je selagi kat sini "
Dua beranak itu terus bertanya khabar dan berborak lama. Juga bertanya tentang bagaimana hari masing-masing, sehingga lah Asfan menceritakan kejadian yang dia lakukan terhadap Salman di kafe tadi.
" Asfan...Asfan tak boleh buat gitu "
" Tapi tak ada sorang pun yang tolong, mak. Semua tengok je budak tu kene macam tu "
Suara keluhan kedengaran di hujung talian. Mungkin wanita itu risau jika pihak sekolah mengambil tindakan berat terhadap anaknya. Asfan lekas meredakan hati ibunya yang gundah. Dia berjanji akan terus berada di sekolah ini, menjaga kelakuannya dengan berhati-hati. Usai bersembang panjang, Asfan keluar dari talian.
Tok! Tok! Tok!
Pintu biliknya diketuk.
Asfan tersentak. Dia lantas mendapatkan tombol. Pintu biliknya dibuka separuh, mengintai siapa yang menziarah.
Kelihatan dua pelajar dengan tag MPP di poket hadir di hadapannya.
" Asfan Haniff? Tak sangka kita jumpa lagi. Ingat aku lagi tak? " ujar pelajar MPP itu.
Asfan memandang mukanya. Lama juga dia tenung selepas beberapa saat barulah dia ingat kembali.
" Oh Aizad, ingat. Ada apa? "
Pantas dia kenal wajah MPP yang menolongnya semasa awal pendaftaran. Dia tersengih.
" Oh aku just nak beritahu, dalam masa 5 hari lagi kau akan pindah pergi kondominium Stigma. Jadi dah boleh mula mengemas apa yang patut "
" Baiklah, terima kasih "
Lalu mereka berdua pun beredar. Dia menutup pintu biliknya semula.
Situasi ini dia telah pun jangka. Sejak tumitnya mencium muka Salman, dia sudah fikir apa yang akan jadi kepadanya selepas itu. Dia duduk di sebentar di katilnya, tidak berbuat apa-apa. Fikirannya kosong tatkala ini.
" Baik aku berjimba dulu minggu ni " monolog Asfan berseorangan.
Share this novel